PETANG tadi aku telah hadir dalam satu perjumpaan dengan bekas pelajar Sekolah Tinggi Bukit Mertajam (HSBM) di Safira Country Club, Seberang Jaya. Perjumpaan itu bertujuan untuk berbincang mengadakan majlis malam mesra bekas pelajar sekolah berkenaan dan membentuk jawatankuasanya. Tujuan utama diadakan majlis tersebut adalah untuk menjalin semula ikatan siratulrahim dikalangan pelajar sekolah berkenaan yang mungkin telah terputus sekian lama.
Malah sesuatu yang menarik dengan program ini sekiranya sambutan yang diterima mengalakan kami akan memaklumkan kepada para pelajar untuk menjemput guru-guru mereka untuk turut hadir sebagai tetamu istimewa pada majlis itu.
Perjumpaan itu telah menetapkan yang majlis tersebut akan diadakan pada 21 November 2010 di Safira Country Club. Bekas pelajar sekolah berkenaan yang belajar di era 50an, 60an dan 70an dijemput mendaftar dengan kadar yang segera kerana tempat terhad kepada 600 orang. Bekas pelajar yang berminat boleh menghubungi Setiausaha program tersebut Hj. Md. Abu Bakar Othman ditalian 012-5290786 atau 019-4571029 (Arzaman).
Rata-rata yang hadir dalam perjumpaan itu adalah bekas pelajar tahun 60an dan aku satu-satunya pelajar lepasan tahun 1977. Namun begitu suatu masa dulu aku memang aktif berpolitik maka aku kenal rapat dengan tiga empat orang bekas pelajar tahun 60an itu.
Salah seorang daripadanya bekas aktivis UMNO Nibong Tebal dan kerana persempadanan kawasan pilihanraya kini beliau berada di bahagian Batu Kawan. Beliau merupakan salah seorang anggota Geng 11 yang telah menyaman UMNO sehingga UMNO diharamkan di zaman pentadbiran bekas mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Selepas majlis itu selesai kami berbual pelbagai isu termasuk isu politik. Anggota Geng 11 itu terus melontarkan pendapatnya yang Datuk Seri Anwar akan terus berhadapan dengan isu liwat ini kerana bertujuan untuk mengaibkan mantan Timbalan Perdana Menteri itu.
Katanya, untuk melibatkan Datuk Seri Anwar dengan isu rasuah tidak ada bukti malah terdapat ramai dikalangan mereka yang bergelumbang dengan rasuah. Kalau hendak melibatkan beliau dengan isu perempuan memang lumrah lelaki suka perempuan malah dikalangan mereka sendiri terbabit dengan isu perempuan. Lalu mereka kiatkan Datuk Seri Anwar dengan isu liwat disamping mungkin dikalangan mereka tidak ada yang terlibat, orang melayu juga memandang jijik malah Nabi tak mengaku umat.
Namun pertuduhan yang dibuat selama ini tidak begitu kuat untuk menyakinkan masyarakat sebagai contoh isu terbaharu yang berkiatan dengan Rahimi. Adakah logic setelah beberapa tahun hari ini baru mengeluarkan kenyataan beliau dipaksa membuat akuan bersumpah.
Aku menyambutnya betul bang, "Adakah hari ini kita diliwat atau dirogol bagi seorang perempuan atau kena pukul setelah berbulan atau beberapa tahun baru kita buat aduan kepada polis."
Beliau tersenyum dan terus berkta, BN/UMNO kini berada dalam keadaan yang cukup gawat hari ini. Beliau merasakan BN/UMNO akan berhadapan dengan masalah cukup besar dalam pilihanraya umum yang akan datang. Dan beliau sendiri sedang melihat perkembangan dalam pilihanraya kecil Dun Galas. Sekiranya BN/UMNO kalah beliau akan bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengistiharkan diri masuk PKR."UtaraOnLine
0 comments:
Post a Comment