Bas Delima dah merentangi jalan
Myvi merah terperosok di bawah bas
Honda Accord hancur..
Bas JKM yang terkena serpihan kemalangan
Pemandu Vios cedera, manakala pemandu van tak dapat diselamatkan
Pemandu van mati
Penumpang yang tercampak keluar
Mangsa tersepit masih lagi hidup
Selepas sejam..baru mangsa dapat di keluarkan
Antara yang maut ditempat kejadian
Honda Accord kena tarik
Yang paling parah..
Cerita pasal penguatkuasaan had kelajuan... ini cerita BASI... Hangat-hangat Taik Ayam. Pihak yang berkuasa tidak melaksanakan tugas dengan amanah... yang mereka sibukkan adalah saman ekor kenderaan penumpang.. lebih sikit saja terus saman...
Dulu kita masih ingat sibuk, gaduh, kalut satu negara bas2 penumpang kena pasang Kotak Hitam dan pasang Lampu Amaran untuk memantau had kelajuan... mana benda2 tu sekarang... yang jelas yang untung ialah pembekal peralatan tersebut dapat durian runtuh, untung bermusim yang lumayan termasuk jugalah orang2 yang pandai mengambil kesempatan dan menumpang2 laba (makan komisen)... Lepas semua bas dah pasang ... senyap, bahkan sekarang dah tak da pun kaedah pemantauan itu lagi...
bila berlaku kemalangan begini pihak2 yang bertanggungjawab mula sibuk mencongak2 jawapan untuk melepaskan tanggungjawab kepada orang lain.. itulah amalan yang lazim berlaku...
Jadi yang terlibat menjadi mangsa kalau tak mati dapat sakit atau cacat kekal. lebih parah lagi keluarga mangsa juga menjadi trauma.
Nak salahkan syarikat bas 100% pun tak kena. Sebab faktor2 lain seperti penguatkuasaan juga amat memainkan peranan utama sebagai pencegah dari berlakunya kemalangan seperti ini. Tetapi yang nyata bila kejadian ini berlaku telah terbukti faktor penguatkuasaan telah gagal.
Sepatutnya pemantauan oleh pihak berkuasa terhadap syarikat2 bas ini dilakukan secara lebih berkesan dan berterusan. Ini tidak, ianya bersifat bermusim... Ops sikap berjaya ke??? tapi tak da satu kepala otakpun oleh pihak berkuasa boleh berfikir untuk melaksanakan pemantauan dengan lebih baik dan bersistematik. Balik2 saman ekor, tangkap gambar itu saja ke yang boleh. Bila ada proposal baru atau gadjet2 baru itu yang disibukkan sebab ada duit kat situ. Bila cerita pasal upgrade yang melibatkan perbelanjaan wang rakyat yang banyak, baru pihak berkuasa ada minat nak cerita pasal keselamatan rakyat. Pasal apa tak guna satelit ke, GPRS ke nak pantau bas2 ini. Kan kita dah ada satelit. Yang herannya bila bayar duit boleh pulak guna satelit nak pantau pergerakkan kenderaan oleh syarikat swasta yang buat bisnes. Bila ada bisnes, masyukkkkk pihak berkuasa dapat duit....
Jadi terbuktilah duit lebih penting dari nyawa rakyat (rakyat didahulukan????), sedangkan bina satelit tu guna duit rakyat... Malah kita bengga tak tentu pasal sebab dah ada angkasawan, walaupun apa sumbangannya kepada rakyat masih kabur sedangkan duit rakyat dah habis berjuta2 ringgit.
Jadi sama-samalah kita fikir dan bermuhasabah... kepentingan rakyat ni dimana? betulke rakyat didahulukan... atau keuntungan dan wang diutamakan... berfikirlah dengan kepala otak jangan guna kepala lutut pulak sebab nanti cerita yang sama akan berulang... ada lagi yang akan menangisi kematian orang yang tersayang...
Apa yang pasti bila penguatkuasaan undang2 dilakukan mereka hanya mampu berfikir kaedah yang akan menyusahkan rakyat terbanyak... orang2 besar ada eskot dan traffik jaga... rakyat kena ketepi dulu...RAKYAT DIDAHULUKAN.... kwang kwang kwang.
0 comments:
Post a Comment