Pemilihan 2010: Ketua Cabang Kuala Krau, Hj.Suhaimi Said Nafi Terlibat Konspirasi Untuk Jatuhkan Kepimpinan Dato' Fauzi Di Pahang !!
"Saya tidak pernah terlibat dengan konspirasi untuk menjatuhkan Dato' Fauzi", kata Ketua Cabang Kuala Krau, Hj.Suhaimi Said (foto). Kenyataan itu dipaparkan dalam laman sosial Facebooknyamutakhir ini. Beliau bertindak demikian bagi menjawab beberapa tuduhan dan fitnah yang kononnya beliau berkomplot untuk menjatuhkan Dato' Fauzi Abdul Rahman dari jawatan (MPN) PKR Pahang.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri "Saya kecewa dengan tuduhan tersebut yang jelas bertujuan untuk memecah belahkan PKR di negeri ini. Saya dah Dato' Fauzi tiada halangan untuk berkerjasama, malah saya menghormati ketokohan beliau sebagai Pengerusi PKR Negeri. Saya juga banyak terlibat dengan aktiviti secara bersama untuk membantu menaikkan prestasi PKR di Pahang.
Maka, mana mungkin saya berhasrat untuk menjatuhkan beliau", tambahnya lagi. Beberapa hari lalu, banyak posting dalan Facebooknya yang mengatakan kemungkinan besar berlaku rombakan kepimpinan negeri andainya Azmin Ali menang jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan 2010 ini. Individu yang menggunakan username "Tok Gajah" dipercayai telah menghentam beliau secara agreasif. Ini menyebabkan Hj.Suhaimi merasa terkilan dan tidak berpuas hati. Antara posting individu terbabit mengatakanan Hj.Suhaimi akan dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengerusi Negeri, sementara itu Zakaria Abd Hamid (Ketua Cabang Lipis) akan kembali menggalas tanggungjawabnya sebagai Pengerusi Negeri menggantikan Dato' Fauzi.
Malah, individu terbabit juga menyatakan nama-nama seperti Dato' Fauzi, Zaidi Ahmad, Razali Alias, Nizam Hamid, Adnan Md Lazim, Hj.Zahari Mamat, Md.Nor Jaafar dan ramai lagi akan disingkirkan. Kononnya mereka semua adalah penyokong kuat Datuk Zaid Ibrahim. Malah, katanya nama-nama seperti Azan Ismail, Fuziah Salleh, Man Kadir serta ramai lagi termasuk Cikgu Zul (PRM) akan diangkat sebagai pimpinan baru di Pahang. Semua perancangan ini bakal terlaksana sekiranya Azmin Ali memenangi jawatan Timbalan Presiden.
Kenyataan inilah yang menyebabkan Hj.Suhaimi melenting dan menanggap semua itu adalah tohmahann liar untuk menghuru-harakan PKR Pahang. Malah, beliau juga tidak menolak kemungkinan individu yang mengeluarkan kenyataan itu adalah "tali barut UMNO BN" yang menyusup ke dalam PKR Pahang atas tujuan untuk memecah belahkan parti itu. Justeru itu, beliau berharap ahli dan pimpinan PKR Pahang tidak terpedaya dengan kenyataan tersebut.
"Saya menghormati kepimpinan Dato' Fauzi sejak dari awal lagi, malah saya juga lebih mengenali Zaid sejak dulu lagi. Kadang-kadang ada benda yang tidak sehaluan, tapi tidak bermakna kita membenci atau bermusuh", kata Hj.Suhaimi. Beliau turut menasihatkan "Tok Gajah" agar tidak terus cuba memecah belahkan PKR Pahang.
PDO
0 comments:
Post a Comment