Apa pun itulah Ku Li walaupun beliau Umno beliau tetap lantang kritik Umno dan Umno tak pernah ambil tindakan terhadap beliau walaupun ada desakkan supaya Ku Li dikenakan tindakan disiplin.Kini Ku Li bebas kata apa pun kepada Umno tambah-tambah dalam keadaan sekarang di mana Umno pergunakan khidmat beliau untuk prk Galas; Ku Li kata Umno sekarang dianggap orang sebagai parti yang kotor. Walaupun dianggap kotor Umno tetap tidak mahu berubah. Perhimpunan agung Umno akan datang tidak ada apa-apa sama macam tahun-tahun lepas diakhiri dengan gelaka ketawa saja.
Baca di bawah-: Ku Li: 'Masa depan saya dalam Umno?' -The Malaysian Insider;
Pemerhati-pemerhati Umno melihat tumpuannya adalah ke atas Tengku Razaleigh, Ahli Parlimen dan Ketua Umno Gua Musang, yang saban tahun seolah-olah diketepikan daripada arus perdana politik Umno.
Keputusan Tengku Razaleigh menerima pelantikannya sebagai pengarah jentera pilihan raya kecil BN di Galas, yang jarang diberikan kepada seseorang ketua bahagian, dilihat telah menyumbang kepada satu bentuk penghormatan dengan ada yang melihat sebagai ‘titik tolak baru’.
Bagaimanapun Tengku Razaleigh sendiri melihat peranannya dalam pilihan raya kecil di DUN Galas sebagai ‘perkara kecil’ dan tidak menjangkakan sebarang pembaharuan ketika perhimpunan kali ini.
“Ia akan sama sahaja. Akan ada perbahasan dan disusuli dengan gelak ketawa. Saya tidak melihat akan ada apa-apa kelainan,” kata beliau ketika diajukan soalan sama ada beliau menjangkakan apa-apa perubahan besar pada perhimpunan agung kali ini, yang kedua bagi Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno.
Najib dipilih sebagai presiden pada Mac 2009. Umno mengadakan perhimpunan agung khas dan perhimpunan agung tahunannya Oktober lalu.
Bagaimanapun dalam temu bual eksklusif dengan The Malaysian Insider di sini semalam, Tengku Razaleigh mengakui, Umno perlu mengubah pendekatan perjuangannya yang menjadi perhatian ramai sejak khususnya selepas 8 Mac 2008.
Malah, beliau juga menekankan, parti itu perlu mengembalikan inspirasi asal Umno yang menjadi ikutan pemimpin-pemimpin terdahulu.
“Di bawah Tun Razak, Tun Hussein Onn, Umno diminati dan dihormati. Setiap orang mahu mendampingi Umno. Bukan sahaja mereka dalam MCA atau parti-parti politik, malah mereka yang tidak memihak (mana-mana parti).
“Tetapi, hari ini berbeza. Ada satu bentuk perasaan menjauhkan diri, mereka merasakan Umno seolah-olah (parti) kotor.
“(Seolah-olah) semuanya tidak betul dengan Umno, kemungkinan kerana terlalu banyak yang digambarkan pembangkang. Umno dilabel sebagai korup, angkuh, elitis, mengamalkan kronisme dan menyalahgunakan kuasa,” katanya.
Pemimpin dari Kelantan ini menambah, masalahnya ialah walaupun parti sudah diwarnai dengan dakwaan-dakwaan sedemikian tetapi “kita belum membersihakn diri kita daripada dakwaan-dakwaan sedemikian.”
Tengku Razaleigh yang sering memberi pandangan kritikal mengenai perlembagaan parti juga berkongsi pandangan tentang perasaan tidak puas hati dengan cara pemimpin-pemimpin yang dipilih menduduki jawatan tertinggi parti.
Pada 2004, Tengku Razaleigh mengesyorkan agar diadakan sistem pemilihan “satu ahli satu undi” untuk memilih pucuk kepimpinan pusat parti itu.
Kata beliau, kaedah itu akan menghindari amalan membeli ketika pemilihan Umno yang kini mempunyai sekitar 3.2 juta.
Sehingga pemilihan lalu, Umno menggunakan sistem pemilihan menggunakan perwakilan.
Beliau juga sebelum ini mengesyorkan agar diadakan sistem pemilihan terbuka dan langsung.
“Saya telah menawarkan cadangan, bahawa perlu ada pembaharuan yang menyeluruh. Dari segi struktur, Umno mesti membuat pembaharuan dan meminda perlembagannya supaya ia kelihatan terbuka,” kata beliau.
“Umno mesti membenarkan lebih ramai orang muda supaya akan ada kesinambungan, dan perjuangn harus berdasarkan matlamat asal Umno, keadilan dan kesaksamaan, bukan menjadi parti yang melihat ke dalam,” katanya lagi.
Bagaimanapun pemimpin berusia 73 tahun ini yang ditanya sama ada akan bertanding jawatan tertinggi parti pada pemilihan tahun depan berkata, mereka seharusnya telah memilih beliau sekiranya telah merasakan perlukan kepakarannya.
“Masa depan saya di dalam Umno? Saya tidak tahu apa-apa tentang itu, biar kita lihat... saya sudah tualah. Apakah nafas baru politik yang ada bagi saya (sekarang)? Saya tidak melihat sejauh itu.
“Jika mereka memerlukan kepakaran saya, sudah tentu mereka telah memilih saya. (Tetapi) mereka tidak akan memilih saya,” katanya lagi.Baca semua klik tajuk di atas.
Tun Mahathir pernah berkata Umno parti perasuah dan Umno dah busuk hingga ke ususnya.
0 comments:
Post a Comment