KUALA LUMPUR 12 Okt. - Persoalan sama ada Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar akan bertanding jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau tidak pada pemilihan parti itu bermula hujung bulan ini, masih belum terjawab.
Ini berikutan langkah beliau yang hanya mahu membuat keputusan setelah Jawatankuasa Pemilihan Pusat mengeluarkan senarai penuh calon yang layak bertanding bagi pemilihan peringkat pusat.
"Saya akan umumkan pendirian bila pusat keluarkan senarai layak bertanding jawatan timbalan presiden... saya juga tengah tunggu senarai itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Ketika diminta mengulas mengenai Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden parti, beliau berkata, “Saya alu-alukan Menteri Besar nak tanding Timbalan Presiden.” - Bernama

0 comments:
Post a Comment