Fitnah Terhadap DSAI tersebar dalam SMS!!!!

on Oct 12, 2010

Inilah SMS fitnah yang sedang tersebar luas menerusi khidmat pesanan ringkas@SMS.
SMS ini telah dihantar kepada sahabat saya pada hari jumaat yang lepas(Mungkin dihantar secara rawak). Teks yang ditaip dalam Bahasa Inggeris ini berbunyi:

"Don't let Anwar manipulate us like fools. He wants Azmin to win so that only his group can continue to make money and be powerful. Azmin is using Shamsidar to control Anwar. Pls don't support Azmin n Anwar Pls spread this SMS to PKR members TQ....."

Itulah teks yang tertulis dalam SMS itu dan jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu ia berbunyi:

"Jangan biarkan Anwar terus memanipulasi kita seperti orang bodoh. Dia inginkan Azmin menang supaya kelompoknya sahaja yang boleh terus mengaut wang dan berkuasa . Azmin pula menggunakan Shamsidar untuk menguasai Anwar. Tolong jangan sokong Azmin dan Anwar sila sebarkan SMS ini kepada ahli2 PKR Terima Kasih ....." 

Selepas saya membaca SMS itu spontan mulut saya berkata:

"Confirm ini kerja U*NG*K"

SMS ini kononnya memberi gambaran bahawa ia dihantar oleh ahli PKR sendiri, namun kita sedia maklum bahawa hanya U*NG*K sahaja yang sanggup melakukan perkara seperti ini...SMS ini bertujuan untuk memecah-belah PKR namun saya cukup yakin bahawa penyokong Pakatan Rakyat yang terdiri daripada ahli mahupun penyokong PKR,DAP dan PAS sama sekali tidak akan termakan dengan fitnah yang murahan dan tidak beretika ini....

Firman ALLAH S.W.T:

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6)

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List