Showing posts with label Dengki-Fitnah. Show all posts
Showing posts with label Dengki-Fitnah. Show all posts

KEBODOHAN YANG TERLAMPAU.........???

on Jan 8, 2011



Nampaknya najib kini semakin cekap buat kerja. Mungkin nak capai NKRA yang di pantau oleh rosmah secara tidak langsung. Baru2 ini ummi telah mula berblog. WOW. Ini benar2 pelik. Kenapa setelah lebih dari 12 tahun barulah dia berminat nak menceburkan diri dalam bidang perblogkan? Heh.

Alasan si ummi neh berblog konon nya nak membersihkan semula nama dia yang tercalar teruk. Aik PRU-13 nak hampir ke? Dah macam novel pula blog dia tue. Dari satu citer ke satu citer dia jaja. Patutlah beria2 hapuskan DSAI dari parlimen. Heh

Tengok sini beb ;


Baca ayat no 6 ;

Sekira nya benar.. itulah antara kata2 yg terkandung kat dalam ayat tersebut.. "sekiranya benar" itu ditafsirkan bahawa ummi sendiri tak yakin bahawa DSAI bersalah. Kalau dia 100% yakin dia takan tulis ayat macam neh beb.

ayat no 7 ;

Seks luar tabii Allah swt larang. Habis tue yg perang rambut Allah swt galakkan? Heh. Fikir sendiri beb.

Ummi claimed yg DSAI habiskan masa berjam2 dalam telefon. Okey good one. Ada bukti log telefon? Mesti ada kan? Heh.

Baca cerita novel kat bawah neh plak ;

Dah baca?

Senang je. Mula2 dia kata perkara neh dirahsiakan selama 8 tahun sehingga dibocorkan oleh aton pembantu rumah shamsidar tapi ;

yang kat last sekali tue dia cakap puan shamsidar selalu berceita kepada dia yg Dsai tue pakwe dia.. so benda neh rahsia ke bukan? aku confused. Kalau rahsia.. kenapa shamsidar nak bercerita secara terbuka?

Dan, kenapa mesti dia menganggap semua orang atasan ada gelaran datuk seri? [berdasarkan kepada penulisan si ummi neh dia sepatutnya tidak menganggap bahawa yg bercakap dalam telefon tue mempunyai gelaran datuk seri]

dan lagi sekali.. kenapa nak menganiaya si afifa tue. Bagi je bukti dna afifa tue bukan anak azmin. heh. Neh tidak mendera mental budak yg tak berdosa tue kenapa? dia taktahu apa2 tapi dikutuk dan dicaci macam2. Katakan lah mmg benar dia bukan anak azmin pun, dia bukan insan yg patut si ummi neh jebakkan. Agak2lah nak menganiaya saudara sendiri pun..

Dan tgk plak kat bawah neh.. inilah yg paling meroyan sekali di antara royanan2 si ummi neh beb ;



Kelakar pun ya. Pelik pun ya. Konon nak menyedarkan orang ramai sapa DSAI. Tapi dalam diam tak diam dok kutuk2 TGNA. Lepas tue perli2 DAP. Sound tuk guru yg taknak berkerjasama dengan UMNO.. alamak.. neh sebijik telenovela weh.. ceritera sayfool dah tak laku ke weh?

Korang baca dan fikirlah sendiri isi kandungan artis wanita terhebat di abad ini. Abg dia sendiri [azwan ali] pernah mengaku 'pondan' so ble dah jadi pondan tue kita pepaham la yew.. kat sini bukan nak ungkit citer pasal abg2 dia ke apa ke, cuma nak bagitau.. dalam pada dia beria2 nak expose pasal sang peliwat.. sapa sebenarnya yg ter expose? Heh.

Sudah2lah tue ummi.. PRU-13 dah dekat. Skrip masih sama. Manusia kalau diberikan makanan yg sama hari2 akan muak dan muntah.

Nak gelak pasal ada juga org BODOH percaya kat skrip bebal neh. Hehehehehe......

Pemimpin PKR anti Anwar api2kan Taiko Yong

on Oct 24, 2010




Bekas KM dan Taiko gengster, Dato Yong Teck Lee sudah umumkan pencalunan dirinya untuk Batu Sapi. Dengan calun yang bernama seperti, adakah PKR masih mahu bertanding? Adakah Anwar masih bertegas mahukan Tamrin bertanding?

Sementara kita menunggu jawapan kepada soalan-soalan tersebut, bertanya juga kenapa perbincangan antara PKR dan SAPP gagal mencapai satu kata sepakat dan masing2 nampaknya mahu terus meletakkan calon parti masing?

Dari sumber-sumber kami dalam PKR, sebaik saja diketahui Anwar Ibrahim bertegas mahu PKR yang bertanding di situ, seorang pemimpin PKR telah memberitahu Yong Teck Lee akan rancangan Anwar ini.

Sudahlah PKR sedang berkecamuk dengan perpecahan dari pemilihan parti. Anwar pula masih sibuk untuk cari pentas untuk memeutarbelit dan bermain persepsi untuk membersihkan dirinya.

Bertambah hari bertambah kurang kepercayaan orang terhadap penafian Anwar yang tidak berjubor kononnya. AMK sudah menuntut Anwar bertaubat. Dengarnya orang PAS pub sudah mula tak percaya.

Isnin ini bicara bersambung.

Taiko Yong tahu masaalah PKR dan marah bila mendengar maklumat ini. Dia menyuarakan bahasa2 kesat.

Itu pasal Yong sendiri mahu bertanding. Jangan lupa Yong tersangkut dengan pujuk rayu Anwar untuk keluar dari BN pada Sept 16 2008. Dah sedap2, tiba2 dia kini dalam political wilderness.

Memanglah dia marah kerana diketepikan Tun Abdullah dari bertanding pada Mac 2008. Tak sangka dia kini tersangkut disebabkan kemarahannya. Kita tunggu dan lihat sejauh mana kemarahannya dengan Anwar ... jeng jeng jeng.

Pasti Anwar akan meletop marah giler babi meliwat kalau dia tahu siapa pemimpin PKR yang memberitahu Yong. Wa garenti mesti dia panggil Trojan Horse, pembelot dan macam2.


http://theunspinners.blogspot.com



SIAPA YANG KUAT FITNAHNYA, BUKAN KAH UMNOOLINE.....???

on Oct 23, 2010

TUDUHAN KHALWAT TERHADAP CALON PAS – APA NI UMNOONLINE?




Dengan bangganya, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini menasihatkan ahli UMNO jangan baca blog lain – termasuk blog proUMNO – tetapi hanya umnoonline untuk mendapatkan berita yang tepat mengenai UMNO. 

Jadi ahli UMNO yang ‘patuh’ kepada arahan mungkin dapatkan berita hanya melaluiumnoonline, termasuk mengenai Galas. 

Namun, apa yang mengejutkan, semalam umnoonline dikatakan membuat fitnahterhadap calon PAS Dr Zulkefli Mohamad yang beliau pernah ditangkap berkhalwat. 

Ini bermakna bahawa calon PAS ini menjadi sasaran umno-online tidak sampai 24 jam selepas diumumkan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas. 

Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu. 

Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya.

Dr Zulkefli, lulusan ijaza
h sarjana muda perubatan dan pembedahan, Universiti Malaya pada tahun 1992 dan mengendalikan klinik sendiri di Chiku 3, Gua Musang, menjelaskan isterinya bernama Zainab Jalar.

Malaysiakini yang memetik kenyataan Dr Zulkifli menyebut, media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh. 

"Fitnah semata-mata, - boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia," katanya dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Selain mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap berkhalwat, umnoonline juga cuba memperlekehkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mengenakan syarat untuk menjadi calon adalah bukan perokok dengan memberikan gambaran seolah-olah beliau adalah perokok. 

"Saya tidak merokok. Semoga Allah mengampuni dosa mereka yang membuat fitnah," kata Dr Zulkefli. 

Dr Zulkefli diumumkan sebagai calon PAS oleh Nik Aziz di Gua Musang malam semalam. 

Beliau adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008 tetapi tewas. 

Berusia 44 tahun, Dr Zulkefli merupakan anak ketujuh daripada 10 adik beradik. 

Persoalannya kenapakah umnoonline berharapkan blog lain yang bukan menjadi pilihan Tengku Adnan untuk dijadikan sumber berita? 

Saya tabik kepada blog parpukari dan the unspinners dalam kerja mereka untuk Galas tetapi kedua-duanya kalau menurut analogi Tengku Adnan tidak layak untuk dijadikan rujukan kerana tidak ‘setanding’ umnoonline. 

Lebih malang, apa yang dipetik oleh umnoonline itu disifatkan ‘berunsur fitnah’ dan boleh memalukan UMNO (ikut standard Tengku Adnan). 

Dengan kedudukan ini, tidakkah perbuatan umnoonline ini dengan sendirinya memalukan Tengku Adnan yang mengharapkan portal berita umno itu sebagai sumber rujukan utama dan boleh dipercayai? 

Bergantung kepada Tengku Adnanlah untuk memperbetulkan keadaan ini kerana beliau juga yang meletakkan umno-online kononnya satu-satunya online yang perlu dirujuk mengenai apa sahaja berkenaan UMNO. 

Cuma sedikit memalukan ialah portal yang sepatutnya menjadi rujukan menjadi sebaliknya dan kini didakwa membawa ‘fitnah’ kepada calon PAS Galas. 

Jangan perkecilkan perkara ini kerana ia akan menjadi bahan kempen untuk menempelak UMNO!

IMBAS KEMBALI :- Mahathir Yang Terus Fobia....???

on Oct 21, 2010


BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya masih terus fobia dengan kehadiran bekas Timbalannya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam politik negara.
Fobianya Mahathir seolah-olah beliau sentiasa dihantui bayang-bayang Anwar, walau ke mana beliau pergi.
Sepatutnya pada usia extra emas seperti sekarang ini, bekas Presiden Umno itu harus banyak berehat dan meluangkan masa dengan anak cucu cicit. Tidak perlu hirau politik negara.
Baru-baru ini pun bekas PM itu dimasukkan ke sebuah hospital di Australia kerana keadaan kesihatannya tidak stabil. Ingatkan bila beliau dalam keadaan tidak sihat, beliau akan berhenti bersuara.
Namun, nampaknya Mahathir ini kata orang Utara jenis ‘ketegaq’ (keras kepala). Tidak hirau sakit demam, tidak hirau usia dah lanjut, masih hendak campur urusan politik juga.
Dalam satu sesi dialog pada program forum antarabangsa baru-baru ini, Anwar yang sudah dipecat, dipukul dan dihumban dalam penjara sejak 12 tahun lepas, masih menjadi ‘ulam’ beliau.
Katanya, keputusan mengheret Anwar ke muka pengadilan atas tuduhan meliwat kira-kira 12 tahun lalu merupakan satu tindakan tepat dan bukan konspirasi.
“Sebagai seorang yang rasional mustahil kes Anwar ini hasil daripada konspirasi. Kes Anwar membabitkan institusi kehakiman dan di dalam institusi ini, konspirasi sukar dilakukan kerana kita terpaksa berhadapan dengan banyak pihak.
“Kita bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan satu dua orang tetapi lebih 100 orang. Antaranya hakim, pendakwa, polis, saksi-saksi dan mangsa. Ini bukan kerja mudah kerana banyak pihak yang akan terlibat,” katanya pada sesi soal jawab itu.
Dakwanya, sepanjang 22 tahun memimpin negara, beliau tidak pernah sekali mempelawa hakim hadir untuk majlis-majlis rasmi sama ada di kediamannya atau di tempat lain kecuali Ketua Hakim Negara.
“Saya faham kedudukan hakim dan etika yang harus mereka patuhi. Sebagai hakim mereka perlu bebas daripada dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk golongan pemimpin kerana akhirnya mereka yang akan membuat keputusan bagi satu-satu kes,” katanya.
Bagi penulis, ironinya, mengapa selepas 12 tahun Anwar dipecat dan selepas tujuh tahun Mahathir bersara, beliau masih terpaksa mempertahankan tindakan memecat Anwar?
Bagaimana mungkin Mahathir boleh menafikan campur tangan beliau dalam urusan kehakiman negara. Semua orang tahu walaupun Ketua Hakim Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, tetapi ianya adalah di atas nasihat Perdana Menteri. Dalam logik mudah, PM yang berkuasa melantik Ketua Hakim.
Isu Mahathir campur tangan dalam kehakiman bukannya baru. Rakyat tidak lupa bagaimana beliau terbabit dalam konspirasi memecat Tun Salleh Abas pada tahun 1988 yang lalu.
Kes Tun Salleh adalah satu isu besar yang merosakkan sistem kehakiman negara, sehingga menyebabkan rakyat meragui keadilan mahkamah kita. Ini berlaku zaman Mahathir menjadi PM.
Jika pada waktu itu (1988) pun beliau sudah campur tangan, apakah tidak mungkin tahun 1998 beliau tidak campur tangan? Dah tua-tua begini usahlah Mahathir hendak nafi. Budak-budak sekarang sudah cerdik.
Dalam kes Anwar secara spesifik. Bagaimana Mahathir boleh mengatakan beliau tidak ada konspirasi dan tidak campurtangan, sedangkan Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah (arwah) dan penggantinya, Tan Sri Abdul Gani Patail, duduk di bawah ketiak PM?
Ketika Anwar dibawa ke mahkamah selepas beberapa hari ditahan dan diseksa, dipukul sehingga lebam mata, Mahathir beriya-iya mendakwa Anwar memukul diri sendiri untuk meraih simpati rakyat.
Akhirnya terbukti melalui satu suruhanjaya, didapati Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor (ketika itu) yang memukul Anwar.
Ketegaqnya Mahathir ketika itu Allah sahaja yang tahu. Beliau beriya-iya mendakwa Anwar memukul dirinya sendiri, bila didapati sebaliknya, sedikit pun beliau tidak mahu meminta maaf.
Isu itu sudah lama berlalu, penulis sekadar mencatat sedikit rentetan sahaja.
Seterusnya, selepas Anwar dibebaskan pada November 2004, beliau tidak pernah menyerang Mahathir, malah enggan memburuk-burukkan bekas ketuanya.
Walaupun banyak kepahitan dialami Anwar, akibat daripada gelagat Mahathir, Anwar cuba ‘berjiwa besar’. Beliau enggan bertelingkah dengan orang yang sudah bersara. Biar banyak mana salah bekas PM tersebut, biarlah rakyat yang menghukumnya.
Namun bekas PM itu masih enggan duduk diam. Beliau terus menyerang dan mempersalahkan Anwar, di mana sahaja platform yang beliau sempat bersuara.
Mengapa Mahathir fobia sangat? Mengapa alergi sangat dengan Anwar? Khabarnya begitu fobia Mahathir dengan Anwar sehingga beliau enggan hadir ke majlis makan malam sempena 50 tahun Parlimen di PWTC, 15 Oktober lepas.
Pada majlis itu Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menjadi tetamu VVIP. Tun Abdullah Ahmad Badawi hadir, Dato’ Seri Najib Tun Razak hadir, semua VIP dan sebahagian besar bekas Ahli Parlimen turut hadir. Entahlah mungkin juga masa itu Mahathir tidak sihat.
Oleh itu, jika Umno-BN semakin lemah, semakin ditolak rakyat, bukan semuanya 100 peratus kerana Anwar. Ada salah Mahathir, ada salah Abdullah Badawi dan ada juga salah Najib.
Apakah semua ini disuarakan kerana Mahathir bimbang, jika Pakatan Rakyat menerajui Kerajaan Persekutuan nanti, beliau akan disumbat ke dalam penjara?
Usahlah fikir macam itu, beliau dah terlalu tua, kesian juga kita kepadanya.
Sepatah komen Anwar sewaktu sembang-sembang sambil menunggu lif di Parlimen dengan penulis, dalam nada berseloroh, “Orang tua ini tidak habis-habis menyerang saya, nanti kalau dikata nyanyuk, marah pula.”
Kata-kata spontan Anwar itu disambut gelak besar rakan-rakan Ahli Parlimen yang berada di situ.

BONGKAR :- Tektik jahat Berita Harian didedah.......???

on Oct 19, 2010



Keratan akhbar diatas adalah dari Berita Harian bertarikh 17 Oktober 2010..Jelas gambar yg dipaparkan pada keratan ahkbar diatas tiada kaitan dengan tajuk "60 ahli PKR desak Anwar bertaubat"..

Gambar ini sebenarnya adalah gambar ketika perarakan penyokong/ahli PKR ketika penyerahan borang calon pemilihan 2010 bersama Shamsul Iskandar..tiada kena-mengena dgn isu 60 ahli PKR desak Anwar bertaubat...

Namun dengan jahatnya, gambar ini juga diguna pakai media memburukkan DS Anwar dan PKR..sungguh tidak beretika wartawan dan akhbar ampu Umno ini!

Penulis minta pihak atasan bangkitkan isu ini, jika perlu saman, maka samanlah sebagai pengajaran..maruah dan imej PKR akan terjejas jika perkara ini dibiarkan berterusan!..HENTIKAN SALAHGUNA MEDIA RAKYAT!!..wallahua'lam..









Ketua Bahagian Umno Paya Besar Kompom Berbohong......???

on Oct 13, 2010

Kontroversi: Sah, Dakwaan Ada 215 Ahli PKR Paya Besar Keluar Parti Adalah 'Bohong' Semata-Mata, UMNO Terbukti Menipu Untuk Hadapi PRK Galas!





KUANTAN, 13 Okt  - Laporan mengenai215 orang ahli PKR cabang Paya Besar keluar parti dan menyertai UMNO semalam, terbukti hanyalah satu pembohongan semata-mata. Demikian diperjelaskan oleh Dato' Fauzi Abdul Rahman(foto) dalam sidang media di kediamannya padi tadi. Malah, katanya salah seorang ahli PKR yang dikatakan menyertai UMNO itu juga turut hadir dalam sidang media hari ini. Tambah mengejutkan individu yang dikatakan ahli PKR itu sebenarnya adalah ahli UMNO cawanganterbabit. "Beliau dengan jujur dan beraninya mengaku bahawa dia telah ditipu untuk hadir dalam majlis yang diadakan oleh Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman itu. Hari ini dia dengan ikhlas hati sanggup datang ke rumah saya untuk menyatakan kebenaran. Malah beliau turut mengaku yang dia bukanlah ahli PKR tetapi ahli UMNO. Semua yang berlaku hanyalah satu penipuan semata-mata bagi menjatuhkan maruah PKR di mata rakyat Tambahan pula menjelangnya kempen Pilihanraya Kecil DUN Galas tidak lama lagi. Semua ini adalah strategi mereka sebenarnya ", katan Dato' Fauzi. Persoalannya sekarang, kenapa pemimpin UMNO berkenaan sanggup menipu rakyat denganmembuat satu sidang media yang kononnya ranting PKR di cabang berkenaan seolah-olah sudah lumpuh dan kini dibubarkan.

Sidang media dihadiri hampir kesemua media arus perdana pagi tadi

"Saya hairan dengan sikap Ketua UMNO Bahagian Paya Besar itu yang tergamak mencari publisiti murahan dengan berita palsu dan pembohongan ini. Malah, saya juga mencabar beliau menunjukkan bukti bahawa 215 orang ahli PKR yang telah keluar parti. Apa yang saya tahu, hanya seorang sahaja ahli yang keluar akibat kecewa kerana tidak dipilih ke jawatankuasa cabang baru-baru ini. Itu pun ketika saya hubungi dia, individu terbabit masing menyokong PKR cuma berminat untuk bertukar ke cabang Kuala Krau selepas ini. Jika dakwaan Tajuddin benar, sila kemukakan bukti dakwaan itu dan jangan cuba untuk berbohong kepada rakyat", tambah beliau lagi. 



Baca seterusnya





[Tindakan Datuk Ahmad Tajuddin (foto) ini ibarat"menjolok sarang tebuan", kerana pemimpin PKR sebenarnya banyak menyimpan fail sulit beliau terutamanya isu tanah UMNO di Paya Rambutan dalam Bahagian Paya Besar. Makanya Tajuddin wajar memohon maaf secara terbuka atas tindakan beliau yang cukup memalukan ini. Wajarkah seseorang pemimpin berbohong kepada rakyat sedangkan hakikatnya "jauh panggang dari api". Malah, PKR cabang itu juga ada berjanji untuk memastikan parlimen Paya Besar jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Tajuddin juga harus ingat bahawa dialah "Tali Barut" yang banyak membocorkan rahsia Kerajaan Negeri Pahang, UMNO Pahang dan Felda selama ini. Banyak fail-fail yang telah diberikan kepada pemimpin pembangkang untuk diketengahkan. Maknanya UMNO Pahang tidak wajar menyimpan orang seperti Tajuddin ini. Malah, beliau juga pernah beberapa kali berjumpa dengan pimpinan tertinggi PKR Pahang kononnya berhasrat untuk menyertai PKR ketika itu. Kini banyak fail-fail Tajuddin bakal dilondehkan satu persatu akibat keceluparan beliau itu].

Wang judi: Warga emas tolak fitnah Umno...???

on Oct 12, 2010


BUTTERWORTH, 12 Okt: Warga emas sekitar Seberang Perai Utara mengatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta meminta meneruskan program penghargaan kepada golongan veteran pada masa depan.
Seramai 70 orang warga emas yang datang dari Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan kawasan lain turut kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang tiba-tiba mengajak mereka mengembalikan RM100 dan RM1,000 untuk para waris jika terdapat kematian warga emas kononnya berpunca dari wang judi.
Bagi mereka, semua itu merupakan mainan politik jahat yang sengaja dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican yang menuduh pemberian wang pada pertengahan tahun ini berpunca dari wang Kelab Lumba Kuda.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man pula meminta warga emas usah terpengaruh dengan dakyah jahat pembangkang negeri ini yang sudah kehabisan modal.
Beliau berkata, sebenarnya wang itu adalah lebihan perbelanjaan Kerajaan Pakatan Rakyat tahun ini sebanyak RM88 juta dan RM20 juta diperuntukkan kepada warga emas sebagai menghargai pengorbanan mereka terhadap kemajuan Pulau Pinang.
"Wang hasil pemberikan Lumba Kuda memang ada tapi ia tidak dimasukkan pada tabung sumbangan kepada warga emas sebaliknya digunakan untuk Rancangan Anti Kemiskinan (RAK) khas untuk masyarakat bukan Islam, " jelasnya lagi.
Seorang warga emas, Zainab Mat (kanan) dari Butterworth menyifatkan, apa yang diperjelaskan oleh kerajaan negeri cukup meyakinkan bahawa semua itu pembohongan.
"Bila datang mendengar sendiri keterangan yang disampaikan oleh Adun dan Ahli Majlis Seberang Perai (MPSP) baru tahu hal sebenar," ujarnya.
Bekas ahli Umno, Abu Bakar Said (kiri) dari Bagan Ajam pula menambah, di zaman BN tidak pernah berlaku ketua menteri melawat surau atau masjid tetapi berlaku di era kepimpinan Pakatan Rakyat.
"Bila KM sendiri turun padang menziarahi umat Islam di samping memberikan penghargaan warga emas, ia satu peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN)," tegasnya.
Bagi Sambasivam (kanan) pula, kini baru beliau tahu hal sebenar mengenai perkara itu kerana selama ini mendengar sebelah pihak sahaja.
Sesi penerangan untuk menolak fitnah Umno itu diadakan di Bangunan Datuk Ahmad Badawi disampaikan oleh beberapa orang Adun termasuk Adun Bagan Dalam, Thanasekharan dan Adun Bagan Jermal, Lim Hock Seng.

Fitnah Terhadap DSAI tersebar dalam SMS!!!!

on

Inilah SMS fitnah yang sedang tersebar luas menerusi khidmat pesanan ringkas@SMS.
SMS ini telah dihantar kepada sahabat saya pada hari jumaat yang lepas(Mungkin dihantar secara rawak). Teks yang ditaip dalam Bahasa Inggeris ini berbunyi:

"Don't let Anwar manipulate us like fools. He wants Azmin to win so that only his group can continue to make money and be powerful. Azmin is using Shamsidar to control Anwar. Pls don't support Azmin n Anwar Pls spread this SMS to PKR members TQ....."

Itulah teks yang tertulis dalam SMS itu dan jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu ia berbunyi:

"Jangan biarkan Anwar terus memanipulasi kita seperti orang bodoh. Dia inginkan Azmin menang supaya kelompoknya sahaja yang boleh terus mengaut wang dan berkuasa . Azmin pula menggunakan Shamsidar untuk menguasai Anwar. Tolong jangan sokong Azmin dan Anwar sila sebarkan SMS ini kepada ahli2 PKR Terima Kasih ....." 

Selepas saya membaca SMS itu spontan mulut saya berkata:

"Confirm ini kerja U*NG*K"

SMS ini kononnya memberi gambaran bahawa ia dihantar oleh ahli PKR sendiri, namun kita sedia maklum bahawa hanya U*NG*K sahaja yang sanggup melakukan perkara seperti ini...SMS ini bertujuan untuk memecah-belah PKR namun saya cukup yakin bahawa penyokong Pakatan Rakyat yang terdiri daripada ahli mahupun penyokong PKR,DAP dan PAS sama sekali tidak akan termakan dengan fitnah yang murahan dan tidak beretika ini....

Firman ALLAH S.W.T:

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6)

Dua Orang Exco AMK Pusat, Zulkifli Ibrahim Dan Amizuddin Ahmat Di Panggil Ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Untuk Siasatan Kes Rahimi Rabu Ini

on

Dua orang Exco AMK Pusat, Zulkifli Ibrahim danAmizuddin Ahmat telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Rabu ini (13 Okt). Difahamkan ia berkaitan dengan siasatan kes pendedahan bekas Pembantu Peribadi Anwar Ibrahim, Rahimi Osman (foto).


Mereka telah menerima panggilan daripadaSupritendan Meor, bagu tujuan melengkapkan siasatan tersebut. Selepas Rahimi membuat laporan polis pada 6 Oktober 2010 di Balai Polis Klang, dalam siasatan awal polis terhadap laporan polis Rahimi, selain nama peguam Anwar Lathefa dan Saiful Izham Ramli, nama Amizuddin Ahmat (Din Binjai) dan Zulikifli Ibrahimjuga disebut kerana mereka berdualah yang menjaga Rahimi selama 5 hari 4 malam ketika itu. Menurut kenyataan Amizuddin menerusi blongnyaSharpshooter "Pada mulanya Supritendan Meor mahu berjumpa kami di IPD Perda Bukit Mertajam pada hari Rabu, 13 Oktober 2010 jam 10 pagi tetapi oleh kerana kami berdua akan ke Kuala Lumpur pada hari tersebut maka akhirnya kami berdua akan dipanggil untuk siasatan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sekitar jam 5 petang", katanya. 


"Kelmarin peguam Anwar puan Latheefa telah hubungi saya dan beritahu beliau dan Saiful Izham Ramli telah dipanggil oleh Polis Bukit Aman pada Selasa (12 Oktober) untuk beri keterangan", tambah beliau.



Dua Exco AMK yang bakal disiasat oleh polis kes Rahimi 
Amizuddin Ahmat (kiri) dan Zulkifli Ibrahim (kanan)
Menurut Amizuddin lagi, pihak peguam Datuk Seri Anwar Ibrahimjuga sedang menyiapkan saman terhadap Rahimi dan akan diumumkan dalam masa terdekat ini. "Sebab itu saya tangguh sementara kisah sebenar tentang Rahimi sebab kami berdua akan menjadi saksi dalam kes saman terhadap Rahimi di Mahkamah. Saya dan Zulkifli adalah Exco AMK dan kami akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Bukit pada jam 5 petang pada hari Rabu ini. Berani kerana benar....kami tahu Rahimi sebenarnya berbohong dan berusaha membersihkan nama Najib dan Rosmah dan dalang sebenar dalam isu Rahimi adalah Senator Raja Sesumpah" kata Amizuddin lagi. 


Sementara itu Zulkifili pula menyatakan beliau bersetuju untuk memberi kerjasama kepada pihak polis, tetapi bagaimana dengan laporan polis yang dibuat oleh tokoh-tokoh keadilan terhadap pimpinan negara sebelum ini."Apakah ianya secepat ini siasatan dijalankan oleh polis? Keadilan dalam siasatan polis perlu kerana kes yang dilaporkan untuk kepentingan rakyat termasuk isu perkauman yang libatkan Nasir Safar dulu", kata Zulkifli.

[Memang benar dan cukup menghairankan kita, apabila pihak polis begitu"pantas macam kilat" untuk menyiasat laporan yang dibuat oleh Rahimi Osman. Sedangkan banyak laporan yang dibuat oleh pemimpin Pakatnan Rakyat hanya dipandang sepi dan di "bakulsampah"kan oleh mereka. Apakah ini namanya polis bertindak "adil dan telus", walhal ternyata dan amat jelas mereka masih bersikap "double standard" biarpun mengatakan integiriti telah meningkat.


 Apapun kita ucapkan syabas kepada Zul dan Din Binjai atas kerjasama yang akan diberikan itu. Soalnya apakah polis akan meenerima keterangan tersebut, jika ia tidak berpihak kepada Rahimi?. Sebagai makluman, Zulkifli Ibrahim juga kabarnya menawarkan diri sebagai Calon Exco AMK Pusat dalam Pemilihan 2010 ini. Beliau yang baru berumur 31 tahun dan berasal dari Nibung Tebal Pulau Pinang itu adalah merupakan Bekas Pengarah Syarikat Swasta, Bekas Setiausaha Politik Goh Kheng Huat (Bekas MP DAP Nibong Tebal), Pembantu Khas Exco Pertanian,Industri Asas Tani,Tebatan Banjir & Masyarakat Luar Bandar Pulau Pinang dan merupakan salah seorang Pengusaha Ladang Jagong Di Kedah


Justeru itu, anak muda AMK diseru menyokong beliau untuk diangkat sekali lagi dalam kepimpinan AMK selepas ini. Difahamkan beliau berada dalam barisan depan "Team Chegubard" yang menawarkan diri sebagai Calon Ketua AMK itu]. 


PDO

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List