Kontroversi: Sah, Dakwaan Ada 215 Ahli PKR Paya Besar Keluar Parti Adalah 'Bohong' Semata-Mata, UMNO Terbukti Menipu Untuk Hadapi PRK Galas!
KUANTAN, 13 Okt - Laporan mengenai215 orang ahli PKR cabang Paya Besar keluar parti dan menyertai UMNO semalam, terbukti hanyalah satu pembohongan semata-mata. Demikian diperjelaskan oleh Dato' Fauzi Abdul Rahman(foto) dalam sidang media di kediamannya padi tadi. Malah, katanya salah seorang ahli PKR yang dikatakan menyertai UMNO itu juga turut hadir dalam sidang media hari ini. Tambah mengejutkan individu yang dikatakan ahli PKR itu sebenarnya adalah ahli UMNO cawanganterbabit. "Beliau dengan jujur dan beraninya mengaku bahawa dia telah ditipu untuk hadir dalam majlis yang diadakan oleh Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman itu. Hari ini dia dengan ikhlas hati sanggup datang ke rumah saya untuk menyatakan kebenaran. Malah beliau turut mengaku yang dia bukanlah ahli PKR tetapi ahli UMNO. Semua yang berlaku hanyalah satu penipuan semata-mata bagi menjatuhkan maruah PKR di mata rakyat Tambahan pula menjelangnya kempen Pilihanraya Kecil DUN Galas tidak lama lagi. Semua ini adalah strategi mereka sebenarnya ", katan Dato' Fauzi. Persoalannya sekarang, kenapa pemimpin UMNO berkenaan sanggup menipu rakyat denganmembuat satu sidang media yang kononnya ranting PKR di cabang berkenaan seolah-olah sudah lumpuh dan kini dibubarkan.
Sidang media dihadiri hampir kesemua media arus perdana pagi tadi
"Saya hairan dengan sikap Ketua UMNO Bahagian Paya Besar itu yang tergamak mencari publisiti murahan dengan berita palsu dan pembohongan ini. Malah, saya juga mencabar beliau menunjukkan bukti bahawa 215 orang ahli PKR yang telah keluar parti. Apa yang saya tahu, hanya seorang sahaja ahli yang keluar akibat kecewa kerana tidak dipilih ke jawatankuasa cabang baru-baru ini. Itu pun ketika saya hubungi dia, individu terbabit masing menyokong PKR cuma berminat untuk bertukar ke cabang Kuala Krau selepas ini. Jika dakwaan Tajuddin benar, sila kemukakan bukti dakwaan itu dan jangan cuba untuk berbohong kepada rakyat", tambah beliau lagi.
Baca seterusnya
[Tindakan Datuk Ahmad Tajuddin (foto) ini ibarat"menjolok sarang tebuan", kerana pemimpin PKR sebenarnya banyak menyimpan fail sulit beliau terutamanya isu tanah UMNO di Paya Rambutan dalam Bahagian Paya Besar. Makanya Tajuddin wajar memohon maaf secara terbuka atas tindakan beliau yang cukup memalukan ini. Wajarkah seseorang pemimpin berbohong kepada rakyat sedangkan hakikatnya "jauh panggang dari api". Malah, PKR cabang itu juga ada berjanji untuk memastikan parlimen Paya Besar jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Tajuddin juga harus ingat bahawa dialah "Tali Barut" yang banyak membocorkan rahsia Kerajaan Negeri Pahang, UMNO Pahang dan Felda selama ini. Banyak fail-fail yang telah diberikan kepada pemimpin pembangkang untuk diketengahkan. Maknanya UMNO Pahang tidak wajar menyimpan orang seperti Tajuddin ini. Malah, beliau juga pernah beberapa kali berjumpa dengan pimpinan tertinggi PKR Pahang kononnya berhasrat untuk menyertai PKR ketika itu. Kini banyak fail-fail Tajuddin bakal dilondehkan satu persatu akibat keceluparan beliau itu].
0 comments:
Post a Comment