Jawatan no 2: Zaid kemuka syarat untuk ibu pejabat

on Oct 13, 2010

Datuk Zaid Ibrahim hari ini berkata hasratnya untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR masih belum muktamad.

NONEDalam sepucuk surat kepada pengerusi jawatankuasa pemilihan PKR, Dr Molly Cheah, Zaid menggariskan tujuh “permintaan” kepada jawatankuasa berkenaan sebelum membuat keputusannya.

“Saya berharap permintaan ini boleh diluluskan secepat mungkin. Ini akan memudahkan saya membuat keputusan sama ada menerima pencalonan,” katanya dalam sepucuk surat yang juga dimuat-naikkan di blognya.

Kebanyakan “permintaan” itu dikatakan berbentuk prosedur, termasuk cadangan bagi kotak undi lutsinar dan kertas undi yang mempunyai nombor siri.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List