Tiada paksaan akuan bersumpah Rahimi

on Oct 13, 2010


Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Latheefa Koya dan peguam, Saiful Izham Ramli hari ini memberikan keterangan kepada pihak polis berhubung aduan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman.

Mereka diwakili peguam, N Surendran dan R Sivarasa hadir di Cawangan Komersial ibu pejabat polis Bukit Aman, pukul 11 pagi tadi.

Mereka disiasat di bawah seksyen 199 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 3 tahun jika disabit kesalahan memberi kenyataan palsu.

Keterangan mereka diambil oleh pegawai polis, Superintendan Baharuddin Idris dan Krisnan Nair.

Latheefa yang ditemui selepas selesai memberikan keterangan menafikan dakwaan kononnya beliau bersama Saiful Izham telah memaksa Rahimi menandatangani akuan bersumpah bagi mengaitkan nama Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak dan isteri dalam kes fitnah 2 terhadap Ketua Oposisi itu.

"Saya rasa tiada perkara baru tapi saya mahu maklumkan bahawa Pesuruhjaya Sumpah, S Selvarajah mengesahkan Rahimi menandatangani akuan tersebut di hadapan beliau dan ianya dibuat secara sukarela.

"Rahimi hadir dengan kereta berasingan ke pesuruhjaya sumpah pada 1 Julai 2008 untuk menandatangani akuan bersumpah kedua di hadapan Pesuruhjaya Sumpah selain akuan pertama yang dibuat 29 Jun 2008 disaksikan bekas ahli parlimen KEADILAN, Wee Choo Keong di Hotel Quality, Shah Alam.

"Namun begitu, saya dan Saiful Izham tidak dibenarkan mendapat salinan akuan bersumpah terbaru oleh Rahimi," ujar beliau.

Sementara itu, Surendran yang mewakili Latheefa berkata adalah menjadi satu kesalahan jenayah sekiranya individu menukar akuan bersumpah bertentangan dengan kenyataan yang dibuat sebelum ini.

"Kita mengesa pihak polis agar menyiasat Rahimi secepat mungkin dan mendakwa beliau membuat akuan bersumpah palsu.

"Rahimi mengambil masa dua tahun untuk menukar kenyataan dan ini menjadi tanda tanya, saya percaya tentu ada dalang di sebalik konspirasi ini.

"Ingat ini adalah versi Rahimi yang dibuat selepas dua tahun selepas kejadian. Adakah dia ditahan di Quality Hotel selama dua tahun? tidak. Dia bebas seperti burung. Jadi apa yang membuatkan beliau tidak keluar membuat laporan polis," tegas beliau.

Menurut Surendran lagi, pihaknya juga telah menghantar surat kepada Rahimi Jumaat lalu dan memberi beliau masa 24 jam untuk beliau memberikan maklumbalas berhubung laporan tersebut.

Manakala Malaysiakini melaporkan akuan bersumpah itu ditandatangani di hadapan Wee Choo Keong, yang ketika itu adalah ahli parlimen PKR di Wangsa Maju.

"Rahimi tandatangan akuan bersumpah pertama pada 29 Jun 2008, di Quality Hotel di Shah Alam. Dia tandatangan secara sukarela di hadapan peguam, ahli parlimen dan pesuruhjaya sumpah Wee Choo Keong.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List