Rosyam yang berlagak & sombong.....???

on Oct 13, 2010


Rosyam, tidak ada sebab untuk dia berlagak 
sombong atau melupakan rakan-rakan yang 
selama ini menjadi tulang belakang 
kejayaannya.


ROSYAM Nor bukanlah asing dalam drama TV mahupun filem-filem tempatan, malah hubungannya dengan wartawan juga baik. Selama ini, dia dikatakan bijak berdepan dengan media massa sehingga jarang terdengar masalah di antara kedua belah pihak. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, hubungan itu dikatakan mula retak apabila ada di kalangan orang media yang kurang senang terhadapnya.

Rosyam  bukan lagi seperti Rosyam dulu yang merendah diri dan tidak sombong orangnya, termasuklah apabila dikritik media. Ekoran sikapnya itu, pelakon yang mencipta nama pada pertengahan tahun 1980-an itu, dia dikatakan mula memperlihatkan sikap egonya. Sewaktu  ditanya mengenai hal itu benar-benar terkejut dengan persepsi itu. Dia semakin ego sehingga ramai wartawan yang kurang senang dengan sikapnya itu.

Siapalah saya hendak bersikap ego dengan wartawan? Saya amat memerlukan wartawan untuk kerjaya saya. Kalau saya ego dengan wartawan saya sengaja mahu membunuh kerjaya saya dalam bidang ini. Saya terkejut dengan tohmahan seperti itu. Saya tidak pasti daripada mana datangnya tohmahan itu. Saya yakin tidak semua wartawan memberi persepsi itu kepada saya. Mungkin hanya segelintir wartawan yang berkata macam itu. Kalau boleh, saya mahu berkawan baik dengan semua wartawan,” katanya menjelaskan salah faham banyak pihak padanya".

Menurutnya dia tidak pernah terfikir untuk sombong dengan wartawan, jauh sekali memusuhi golongan itu. “Dalam diri saya, tiada istilah sombong atau besar kepala dengan wartawan. Buat apa saya mahu menjauhkan diri dengan mereka?". Persepsi itu timbul sejak kebelakangan ini apabila ada di kalangan wartawan yang beranggapan dia tidak seperti Rosyam Nor yang dulu.  Pelakon yang pernah mendapat gelaran ‘hero tua’ ini antaranya, dikatakan mudah melenting akhir-akhir ini apabila dikritik media massa. 

Apatah lagi, selepas tersiarnya sesebuah artikel yang ditulis itu ia ada kaitan dengan kepentingannya dalam bidang-bidang perniagaan yang diceburinya. Lebih tepat lagi artikel yang pernah disiarkan dalam sebuah akhbar sisipan hujung minggu itu berkaitan dengan namanya. “Saya tidak kisah kalau dikritik asalkan ia boleh memberi manfaat. Tetapi saya tidak boleh terima kalau ia seperti mahu menjatuhkan saya. Sebagai contohnya, baru-baru ini ada wartawan di sebuah akhbar  yang tulis kata saya menipu. Akibatnya, saya kerugian ratusan ribu ringgit dalam perniagaan kerana laporan itu yang bukan sahaja tidak benar tetapi juga berbau fitnah. Saya ada cuba berjumpa wartawan terbabit tetapi apabila datang ke pejabatnya, rakan-rakannya kata dia tiada” .

Pada kesempatan ini, Rosyam mengharapkan rakan-rakan media yang selama ini akrab dengannya tidak akan memandang serong padanya, sebaliknya, pelakon itu akan berusaha menjernihkan semua hubungan yang tercalar.

begitulah nasib orang glamour. kadang-kadang si wartawan sengaja menulis sesuatu yang boleh menarik perhatian pembaca.  wartawan pun sedang mengejar dunia glamour juga. dia mahu dilihat hebat oleh rakan wartawan yang sama waktu dengannya. maka yang seinci diceritanya sejengkal, yang sejengkal dijadikan sedepa. yang kurang lemak ditambahnya santan. yang penting tulisannya mendapat perhatian. harap Rosyam akan terus menempa kemajuan dalam semua bidang yang diceburinya

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List