Pemuda berhemah ketika bahas isu kaum- Reezal Merican |
Pergerakan Pemuda Umno akan mengambil pendekatan berhemah dalam membahaskan isu-isu berkaitan kaum Melayu dalam perhimpunan Agung Umno 2010 yang akan bermula Selasa depan.
Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina berkata, kesemua 13 pembahas terpilih akan sentiasa diingat untuk menghormati bangsa lain di negara ini bagi memastikan isu yang mereka bahaskan tidak diputar belit pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Saya tidak mengenakan sebarang sekatan ke atas mereka mengenai apa yang akan mereka bercakap, tetapi saya akan ketengahkan beberapa perkara," katanya dalam sidang media di sini hari Isnin.
Katanya, yang penting ketika membahaskan isu adalah untuk mencerminkan kekuatan parti dan juga perpaduan yang kukuh.
"Kita tidak akan rasis. Tetapi sudah tentu mereka akan bercakap apa saja berkaitan orang Melayu," katanya.
Perwakilan Pemuda akan membahaskan tiga usul iaitu ucapan dasar Ketua Pemuda, usul ekonomi, pendidikan serta agama.
Antara pembahasnya ialah perwakilan Pemuda Umno Padang Besar, Razi Abdul Rahman; Ketua Pemuda Umno Jerai, Basorri Hassan; Ketua Pemuda Umno Machang, Eriandi Ismail; Ketua Pemuda Umno Besut, Mohd Mahdi Musa; Ketua Pemuda Umno Balik Pulau, Aziaan Ariffin; Ketua Pemuda Umno Bukit Gantang, Shamsul Alias.
Ketua Pemuda Umno Bera, Datuk Mohd Azizan Che Omar; Ketua Pemuda Umno Klang, Zainuri Zakaria@Zainal; Ketua Pemuda Umno Seputeh, Mohd Razlan Mohd Rafii; Ketua Pemuda Umno Jempol, Mohd Nizam Aman; Ketua Pemuda Umno Tangga Batu, Mohd Nizam Dawood; Ketua Pemuda Umno Sekijang, Anuar Abd Manap dan Ketua Pemuda Umno Papar, Armizan Ali
0 comments:
Post a Comment