Rombakan Bkt Aman, Khalid dilantik pengarah KDN/KA

on Oct 13, 2010

polis diraja malaysia policeKetua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, hari ini mengumumkan beberapa pelantikan baru termasuk Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar sebagai pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman.

Manakala Ketua Polis Pahang, Datuk Robiah Abd Ghani, menjadi polis wanita pertama dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Bukit Aman, mengantikan Datuk Abd Razak Bokhari yang bersara.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim, pula dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).

“Ketua Polis Kedah, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, pula dilantik sebagai pengarah JSJ Komersil,” katanya pada satu sidang akhbar di Bukit Aman di kuala Lumpur.
Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail. 

Sementara itu, Ismail berkata, kesemua pelantikan tersebut, yang berkuat kuasa hari ini, adalah bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan sejak tahun ini.
ismail omar police deputy igpEmpat jawatan pengarah itu kosong apabila seorang daripada penyandangnya iaitu Datuk Hussin Ismail (pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam) dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

Tiga lagi jawatan kosong berikutan persaraan wajib pengarah berkenaan iaitu Datuk Abdul Razak Bokhari (pengarah Jabatan Pengurusan), Datuk Zulhasnan Baharuddin (pengarah JSJ Narkotik) dan Datuk Koh Hung Sun (pengarah JSJ Komersial).

Ismail berkata pengisian kekosongan jawatan ketua polis dan pesuruhjaya negeri akan diputuskan pada mesyuarat bertarikh 29 Oktober ini. 

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan turut meluluskan pelantikan seramai 265 pegawai berpangkat Asisten Supritendan (ASP) ke Timbalan Supritendan (DSP) berkuat kuasa hari ini.

Katanya, semua pelantikan dibuat bagi mengemas kini struktur organisasi badan keselamatan negara itu supaya lebih sistematik dan teratur.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List