Chegu Bard umum bertanding Ketua AMK

on Oct 13, 2010

DSC_0589KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Badrul Hisham Shaharin hari ini mengumumkan hasratnya untuk bertanding merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat sekaligus mencabar penyandangnya Shamsul Iskandar Mohd Akin dan calon Mohd Rafizi Ramli.
Perkara itu  diumumkan beliau secara rasminya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) di sini.
Sehubungan itu, beliau turut menampilkan bergunya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja Chang Lih Kang bagi merebut jawatan Timbalan AMK.
Manakala bagi jawatan Naib Ketua AMK pula beliau mempertaruhkan Ketua AMK Perak yang juga Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari dan Ketua Cabang Keningau Dr Nicholas Guntobon .
Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard merupakan individu kedua yang mengumumkan hasrat bertanding bagi Ketua AMK selepas Rafizi, manakala FMT difahamkan Shamsul pula dijangka akan mengumumkan keputusan sama ada untuk mempertahankan jawatannya itu Jumaat ini.
"Saya bersyukur dapat sokongan kebanyakan golongan anak muda daripada seluruh negeri malah mendapat restu daripada pemimpin tertinggi PKR," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Kira-kira 100 penyokong, Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub, serta beberapa pemimpin PKR lain turut hadir bagi menyatakan sokongan terhadap Chegu Bard.
Manifesto utama
DSC_0594Dengan menampilkan manifesto utama iaitu mahu merancakkan semula gerakan anak muda untuk mengubah negara dan memulangkan semula hak rakyat Perak kepada pemerintahan Pakatan Rakyat, beliau yakin mendapat sokongan golongan muda parti dan ahli selain AMK.
Ditanya mengenai peluangnya bersaing dengan pencabar lain seperti Rafizi, Shamsul, dan Hasmi Hashim, beliau meyifatkan mereka sebagai calon Ketua AMK yang "saling melengkapi".
"Masing-masing mempunyai kelebihan. Kepada mereka yang mempunyai rekod dan idea yang baik, sudah tentu dapat sokongan daripada ahli.
"Tapi dalam pertandingan perlu pilih yang terbaik. Kalah menang adat pertandingan dan kepada yang kalah, perlu bersedia menerimanya dengan hati terbuka," katanya.
Beliau juga difahamkam akan mula menggerakkan jenteranya dan berkempen ke seluruh negeri pada 17 Oktober depan bermula di Kedah.
Chegu Bard turut mengumumkan untuk mengambil sikap berkecuali dan menyokong semua calon naib presiden yang mahu bertanding.
"Kami menyokong Azmin (Ali), begitu juga Zaid (Ibrahim), (Tan Sri) Khalid (Ibrahim) dan Mustaffa (Kamil Ayub).
"Bagi kami ini adalah satu proses biasa untuk memilih satu pasukan kepimpinan untuk memperkukuhkan parti," katanya.
Sementara itu, Lih Kang berkata keputusannya untuk bertanding jawatan tertinggi adalah kerana mahu memperkukuhkan agenda parti.
"Setelah berbincang dengan rakan-rakan lain, saya menawarkan diri bertanding sebagai timbalan," katanya yang sebelum ini berpendirian hanya berminat bertanding di peringkat exco pusat.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List