Kuota kerusi BN: Pemuda UMNO juga setuju perlu ‘ formula baru’ yang realistik

on Oct 13, 2010



Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin juga berpendapat perlu ada ‘ formula baru’ dalam pembahagian kerusi komponen Barisan Nasional menghadapi pilihan raya umum ke 13 dengan lebih cemerlang.
Ini selari dengan pandangan beberapa pemimpin UMNO termasuk Datuk Seri Hishamuddin dan Datuk Seri Khaled Nordin agar BN tidak lagi letak calon disesuatu tempat cuma untuk memenuhi kuota tanpa mengambil kira penerimaan rakyat di kawasan berkenaan.
“Saya rasa kita tidak perlu terikat dengan formula yang lama sebab persekitaran politik telah berubah, kita perlu mengubah cara kita mengagihkan kerusi,” tambah Khairy menjawab soalan Agendadaily tentang keperluan kajian semula dibuat terhadap pembahagian kuota kerusi pada parti komponen BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Khairy bercakap demikian di sidang media selepas mempengerusi Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di Menara Dato’ Onn,PWTC lewat malam selasa.
Katanya, “saya tidak kata mana parti dapat kurang dan parti mana yang bertambah tapi soal formula yang perlu kita ada keterbukaan untuk membincangkan soal perkara ini.”
Hishammuddin baru-baru ini yang diminta mengulas mengenai pembahagian kerusi BN menganggap ‘TAK PERLU’ dikekalkan sistem kuota pembahagian kerusi kerana lanskap politik kini berubah dan langkah perlu diambil untuk memperbaiki sistem ini mengikut formula-formula yang berpijak di atas bumi yang nyata.
Bagaimanapun Hishammuddin mahu perkara itu dibincangkan secara konsensus oleh BN dengan pendekatan realistik bagi menjuruskan kepada memastikan kemenangan calon-calon BN.
Pada pilihan raya umum ke 12, BN memenangi 140 kerusi Parlimen dari 222 kerusi yang ditandingi dan gagal mendapat dua pertiga majoriti.

Timbul persoalan misalnya calon MIC diletak bertanding kawasan majoriti orang Melayu hingga berlaku undi protes yang menyebabkan BN kalah di situ.
Diminta mengulas lebih lanjut tentang kebebasan berhemah pembahas usul di perhimpunan pergerakan itu, Khairy berkata, “mereka diberi kebebasan berucap dengan penuh kebertanggungjawabannya”.
Menurutnya, pembahas tidak boleh menyentuh soal perkauman, perlu ada batasan dan sekiranya hendak menyampaikan sesuatu mesej perlulah disampaikan dalam cara yang baik dan berhemah.
“Tidak ada apa-apa sekatan, soal tidak bebas maksudnya kalau kita bagi ‘talking point’ dengan hanya menentukan apa yang perlu mereka cakapkan. Kita serah pada mereka, cuma kita bagi garis panduan sikitlah.” ujarnya

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List