Tragedi: Kegagalan Pihak Polis (FRU) Bertindak Pantas, Menjadi Punca Penyokong Kelantan Mati Akibat Kekecohan Di Luar Stadium Malam Tadi !!
KUALA LUMPUR, 13 Okt [ - Juara sebanyak 32 kali, Selangor bukan saja gagal mencari bekalan selesa dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia semalam, malah saingan di Stadium Shah Alam turut dicemari pergaduhan di antara penyokong Merah Kuning dan Kelantan. Kekecohan yang dicetuskan penonton kedua-dua pasukan, selain pesta bunga api dari tempat duduk penonton mengganggu kerancakan perlawanan. Paling mengejutkan, belum pernah terjadi dalam sejarah Malaysia kekecohan bolasepak hingga membawa kepada kematian. Namun ia berlaku dalam perlawanan semalam. Anehnya, media arus perdana tidak melaporkan perkara yang sebenarnya dan hanya mengatakan penyokong terbabit meninggal kerana sesak nafas. Apakah yang mahu disembunyikan agaknya. Difahamkan, seorang penyokong Kelantan telah meninggal dunia akaibat serangan daripada penyokong Selangor selepas perlawanan. Lihat bukti disini, atau disini kepalanya berdarah akibat dipukul ketika kekecohan yang berlaku semasa dan selepas perlawanan.
Polis Lambat Bertindak Jadi Punca Pergaduhan
"Tindakan polis yang terlalu berlembut menangani serangan hendap dengan batu-bata penyokong Selangor kepada penyokong Kelantan juga amat dikesali kerana ramai penyokong Kelantan percaya sekiranya berlaku serangan seperti gambar diatas oleh penyokong Kelantan sudah pasti ramai yang ditangkap atau dibelasah dengan belatan. Itulah tindakan yang sentiasa dikenakan kepada Kelantan. Petugas media terlalu cepat mensensasikan berita penyokong Kelantan tetapi menutup sebelah mata sekiranya sesuatu perkara dimulakan penyokong Selangor. Walhal mereka dapat melihat dengan jelas rempuhan penyokong Selangor yang mengamuk merempuh anggota rela untuk menyerang penyokong Kelantan yang sememangnya dihadang oleh pagar.", kata seorang penyokong Kelantan. "Apakah begitu hina dan jijik penyokong Kelantan yang sentiasa diburukkan walaupun 1 kematian telah berlaku akibat dipukul ganas penyokong Selangor. Keganasan penyokong Kelantan tidak pernah melibatkan kematian tetapi hal ini berlaku di kalangan penyokong Selangor. Mengapa media boleh menutup kes keganasan penyokong seperti ini? Adakah kerana kematian ini berlaku pada penyokong Kelantan?", kata seorang lagi penyokong.
"Perkara ini dibangkitkan bukan untuk memanaskan suasana dan perasaan penyokong tetapi kami penyokong Kelantan mengharap satu laporan dan hukuman yang adil oleh semua pihak. Kes kematian ini dianggap serius dan lebih menyayat hati ianya dipandang sepi oleh media dan pihak berkuasa. Kami juga menyokong segala tindakan polis kepada penyokong kami yang ganas tetapi biarlah adil. FAM perlu memandang serius perkara ini dan tidak hanya mengenakan hukuman yang berat sebelah sahaja. KAFA sentiasa mengutuk sebarang kesalahan yang melanggar undang-undang. Terima kasih diatas sokongan tidak berbelah bahagi penyokong The Red Warriors. Jumpa di Kota Bharu nanti, kami akan pastikan separuh akhir milik pasukan Kelantan. InsyaAllah", katanya.
FRU Lebih Minat Gempur Ceramah Pembangkang
Difahamkan pergaduhan telah bermula sejak awal lagi dengan letupan mercun daripada kedua-dua penyokong. Aksi semakin panas ketika waktu rehat dan ia memuncak selepas perlawanan berakhir. Pergaduhan dan tumbuk-menumbuk antara kedua-dua penyokong melarat keluat stadium selepas tamat berlawanan. Banyak kenderaaan yang dirosakkan dan tidak kurang juga yang tercedera akibat keganasan tersebut. Rakyat amat kecewa melihat apa yang berlaku. Ke mana perginya Polis Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU)?. Kenapa jumlahnya kecil sedangkan jumlah kedua-dua penyokong begitu ramai. Jika FRU sanggup menyerang dan merempoh majlis-majlis rakyat yang diadakan oleh parti pembangkang, kenapa mereka tidak melakukan perkara yang sama terhadap mana-mana penyokong yang bertindak ganas. Tragedi hingga menyebabkan kematian ini sengaja dirahsiakan oleh media bagi menjaga nama baik FAM dan maruah bola sepak di negara kita. FRU pula ternyata gagal memainkan peranan dengan baik untuk mengawal apa yang berlaku. Ini mungkin kerana mereka lebih gemar menjaga ceramah pembangkang daripada melaksanaka tanggung jawab sebenar mereka.
[Kejadian berlaku dikatakan akibat kesilapan pengurusan stadium menyusun kedudukan penyokong. Tindakan polis yang terlalu berlembut menangani serangan hendap dengan batu-bata penyokong Selangor kepada penyokong Kelantan juga amat dikesali kerana ramai penyokong Kelantan percaya sekiranya berlaku serangan seperti gambar diatas oleh penyokong Kelantan sudah pasti ramai yang ditangkap atau dibelasah dengan belatan. Itulah tindakan yang sentiasa dikenakan kepada Kelantan. Petugas media terlalu cepat mensensasikan berita penyokong Kelantan tetapi menutup sebelah mata sekiranya sesuatu perkara dimulakan penyokong Selangor. Walhal mereka dapat melihat dengan jelas rempuhan penyokong Selangor yang mengamuk merempuh anggota rela untuk menyerang penyokong Kelantan yang sememangnya dihadang oleh pagar. Media mengatakan penyokong terbabit mati akibat sesak nafas.Namun berdasarkan kepada fakta dan keadaan pendarahan pada kepala mangsa, ia jelas berpunca dari pergaduhan dan bukan sekadar hanya sesak nafas semata-mata sebenarnya].
PDO
0 comments:
Post a Comment