Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Khairul Fahmi Ingin Bersara Awal Kerana Kontroversi?

on Dec 2, 2011




Tindakan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek), 21, yang terfikir mahu bersara awal daripada arena bola sepak berikutan tidak tahan dengan kontroversi di luar padang mendapat perhatian banyak pihak yang menyifatkan jika benar keputusan itu dibuat, ia sesuatu merugikan kerana prestasi Apek sedang memuncak. 

Pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Razak, 24, berkata, sebagai pemain profesional, Apek perlu melalui semua kontroversi dengan sabar kerana dia adalah ‘selebriti bola sepak’ dan peminat pastinya mahu tahu perjalanan hidupnya termasuk membabitkan soal peribadi.

Katanya, perkara sama pernah dilaluinya dan tidak masuk akal jika Apek meninggalkan karier diraihnya dengan penat lelah hanya disebabkan kontroversi yang dianggap perkara biasa. 

“Apek perlu menolak ke tepi semua kontroversi itu dan jangan peduli apa orang cakap. Yang penting Apek tahu apa dia buat, tidak halang perjalanan karier, profesional dan beraksi cemerlang di atas padang,” katanya.

Menurut Zaquan, jika Apek masih berniat meneruskan hasrat bersara, dia perlu berfikir panjang dan menyifatkan tindakan individu menyebarkan gambar mesra Apek sebagai usaha menjatuhkan kariernya, dengki dan tidak senang melihat kejayaan orang lain.

“Fikirlah sebaik-baiknya kerana peluang bermain bola hanya ada bila waktu sihat. Sebolehnya teruskan karier, pandai bawa diri dan jangan mudah percaya orang,” katanya. 

Pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley Salleh, 31, berkata, tugas menjaga gawang lebih sukar daripada menepis kontroversi yang datang. 

“Nasihat saya, anggaplah kontroversi itu sekadar ‘come and go’ (datang dan pergi). Sebagai Hero Malaya, peminat perlu menyokong perjalanan karier Apek, apa lagi tugas meneruskan misi negara lebih berat. 

“Apa berlaku kepada Apek perkara biasa di mana-mana kelab bola sepak kerana peminat mahu tahu cerita mengenai bintang bola sepak mereka,” katanya. 

Pelakon, Neelofa Mohd Noor, 22, berkata, sebagai ‘public figure’, artis mahu pun selebriti sukan pasti dihujani banyak cerita positif dan negatif yang dianggap publisiti, tetapi pelakunya perlu bijak menghadapi.




Photobucket

Nasib pengulas sukan

on Jul 3, 2011

Kalau kita boleh senaraikan Tan Sri Dr M, Jegathesan, Datuk Soh Chin Aun, Datuk M. Chandran dan Razif-Jalani Sidek sebagai legenda sukan negara, aku percaya Datuk Rahim Razali, Datuk Hasbullah Awang, Amran Hamid, Dzulkarnain Hassan, Aziz Ibrahim, Husin Ibrahim, Abdullah Hasim, Karim Mohammad, Jamaluddin Alias dan Baharin Tahir tersenarai selaku pengulas sukan bertaraf legenda. 


Ulasan sama ada di televisyen atau radio jadi halwa telinga aku yang membesar pada era sebelum TV3 muncul pada 1984, apa lagi dasar langit terbuka.yang mencetus kewujudan Astro pada 1996..aku selalu tengok Rahim dan Aziz mengacarakan rancangan sukan sambil merujuk kepada majalah Shoot yang sama ada kat tangan aku pada 1970-an dan 1980-an hehehe...



Bersama legenda...dengar cerita Datuk Rahim dibayar 
lebih RM100,000 sepanjang Piala Dunia 1982...

Generasi susulan melahirkan nama-nama pengulas seperti Sherkawi Jirim, Zainal Abidin Rawop dan Shaukei Kahar...ah, hebat belaka...

Isnin ini Kafe Sukan akan membincangkan cabaran pengulas sukan...

Walaupun mereka idola, mereka juga tidak terlepas daripada kritikan. Apatah lagi zaman moden serba canggih ini yang mengizinkan penonton berinteraksi secara terus menerusi pelbagai media sosial...kalau dulu aku ada perasan beberapa kesilapan sama ada fakta atau cara sebutan, bolehlah tulis kepada pengarang suratkhabar, itupun belum pasti disiarkan sebagai surat pembaca...sekarang anak-anak muda seronok melampiaskan kritikan mereka tanpa batasan...sebagaimana kalau kita tuduh orang besar-besar menyalah guna kuasa, begitu juga kita kadang-kadang menyalah guna kebebasan yang ada dalam dunia siber untuk menulis sesuka hati...

Apapun, aku bersyukur diberi peluang bergaul dengan individu-individu yang dikenang selaku pelukis dan pencorak dunia penyiaran sukan negara. Hendak tahu serba sedikit kisah seorang wartawan penyiaran, baca Rolling Stone


Bersama Datuk Hj Hasbullah...Baca nukilan Tuan Haji Amran Hamid 
dalam blognya di sini


Sejurus Shaukei dipilih selaku presiden SAM, aku pulak setiausaha agung...tapi Shaukei pasti ingat bagaimana aku kadang-kadang tak setuju dengan Mr Presiden...hah itu bezanya kalau setiausaha dipilih banding dengan dilantik presiden...maaf ya Ji...

Kafe Sukan Isnin ini mempelawa Tuan Haji Shaukei dan Tuan Haji Zainal Abidin untuk membincangkan kerjaya pengulas sukan...dua tokoh ini aku respect (bukan saja sebab bagi aku job) bukan saja kerana kecemerlangan mereka menyinari dunia penyiaran sukan tapi ramai tidak tahu karakter mereka di balik tabir...jika Zainal akan pastikan waktu solat sentiasa berjemaah, Shaukei ada buka kelas Al-Quran...


Hafizal Hamad (kiri) bagi aku peluang masuk RTM pada 2006.
 Zainal selalu tinggalkan komen dalam blog ini dengan nama ZAR...






FORMULA ONE.

on Jun 6, 2011

Bahrain is back in 2011 F1 calendar, India is now last race






The 2011 Bahrain GP has been reinstated and will take place on October 30, FIA’s World Motor Sport Council (WMSC) announced on Friday. In the original F1 calendar, that date was scheduled for the first ever Indian GP, which will now be the season finale on December 11 and venue of the FIA Annual General Assembly and Prize-Giving Gala.
If you remember, Bahrain was supposed to be this season’s opening race on March 13, but the wave of civil unrest and uprising the hit the Arab world saw it being postponed. Theon/off decision was to be made early May, but the island state asked for a later deadline from the FIA.
“Following a fact-finding mission undertaken at the request of FIA President Jean Todt, FIA Vice President Carlos Gracia visited Bahrain on 31 May 2011 to assess the situation in the country,” read an FIA statement.
“Meetings were conducted with the Ministry of Interior, the Ministry of Culture and Tourism, the Bahrain Motor Federation and Bahrain International Circuit, as well as other national and international organisations including Mr. Tariq Al Saffar at the National Institute of Human Rights. It should be noted that the recent announcement by the King of Bahrain has established a political dialogue and reconciliation process.
“This decision reflects the spirit of reconciliation in Bahrain, which is evident from the strong support the race receives from the Government and all major parties in Bahrain, including the largest opposition group, all of whom endorse the Formula One Grand Prix and motor sport in the country.
“The WMSC feels that reinstating the Grand Prix is a means of helping to unite people as the country looks to move forward, and also recognises the commitment made by the Formula One teams, their employees and families, and personnel associated with the Championship including the local team of volunteers who are so vital to the event,” it added.
The decision to reinstate Bahrain means that this season’s F1 calendar will have an unprecedented 20 rounds and will end on December 11. The teams aren’t happy with it, as are human rights activists.


JUARA ALL ENGLAND...

on Mar 14, 2011

Kagum Bukan Saja Sebagai Juara All England Tetapi Sikapnya Yang Memahami Sensitiviti Budaya & Agama Bangsa Malaysia






Tahniah Datuk Lee Chong Wei yang berjaya mengekalkan kejuaraan kejohanan Badminton All England, lebih-lebih lagi setelah menundukkan musuh utamanya Lin Dan.  Apa yang ingin orang muo war-warkan di sini ialah sikap dan tindakan terpuji Chong Wei semasa upcara menerima hadiah di atas pentas juara.  


Sesiapa yang mengikuti siaran langsung pada tengah malam tadi tentu anda sangat kagum dengan tindakan Chong Wei apabila dihadiahkan dengan sebotol arak, dengan riak muka terkejut, Chong Wei tidak menjulang botol arak tersebut tetapi segera meletakkannya di atas pentas dan menutupnya dengan replika cek.  

Selesai saja upacara, Chong Wei tidak membawanya bersama, tetapi terus menyerahkan semula botol arak tersebut kepada pihak pengelola hadiah.  Sikap terpuji Chong Wei ini menggambarkan bahawa walaupun beliau seorang bukanIslam tetapi Chong Wei amat memahami sensitiviti rakyat Malaysia yang terdiri daripada   pelbagai kaum dan agama,  apatah lagi penyokong-penyokong Chong Wei pada malam itu adalah daripada semua kaum warga Malaysia. 

Satu lagi sikap terpuji Chong Wei, setelah tamat perlawanan, beliau meraikan kemenangannya tidak seperti Lin Dan yang  suka mendabik dada dan menunjuk-nunjuk kejaguhannya. Tahniah Datuk Lee...anda memang seorang juara dan seorang warganegara yang terpuji.


Datuk Lee Chong Wei Dan Bergu Koo Kien Keat - Tan Boon Heong Mara Ke Perlawanan Akhir Kejohanan "Badminton All England".

on Mar 13, 2011

Jaguh badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei (foto) hanya selangkah lagi dipisahkan daripada mempertahankan kejuaraan badminton All England selepas berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir di Birmingham, awal pagi tadi. Chong Wei mara selepas menumpaskan pemain muda China, Chen Long 21-17, 21-13 dalam pertarungan separuh akhir yang hanya mengambil masa 46 minit. 


Kemenangan tersebut bakal menemukan jaguh perseorangan negara itu dengan musuh ketatnya, yang juga juara All England empat kali, Lin Dandari China pada perlawanan akhir esok. Lin Dan, penyandang juara Olimpik dan juara dunia tiga kali terlebih dulu melayakkan diri ke final selepas menyingkirkan pemain Jerman, Marc Zwiebler 21-9, 16-21, 21-11. 

Sementara itu Beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong berada pada kedudukan terbaik untuk merampas kembali kejuaraan All England yang dimenangi pada 2007, apabila melangkah ke perlawanan akhir sebentar tadi selepas menundukkan juara dunia, Fu Haifeng-Cai Yun dari China di separuh akhir. Pasangan nombor lima itu dunia dipaksa berhempas pulas sebelum menang 21-11, 23-21 untuk menempah pertemuan akhir dengan beregu nombor satu dunia, Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark dalam penentuan gelaran esok.

Syabas dan tahniah kita ucapkan kepada pemain negara kerana berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir acara perseorangan dan bergu kejohanan badminton All England ini. Kejayaan Lee Chong Wei dilihat lebih konsisten sebenarnya jika dibandingkan dengan pemain lain sebelum ini. 

Lihat apa ang berlaku kepada Hafiz Hashim. Namanya merudum biar pun pernah menjadi juara All-England satu ketika dulu. Apakah yang berlaku sebenarnya?. Jika dilihat kepada Lee Chong Wei prestasinya dilihat lebih baik dari yang lain. Semoga beliau dapat mengatasi musuh tradisinya Lin Dan itu pada kali ini. Sesungguhnya, perlawanan antara Chong Wei dengan Lin Dan adalah sesuatu yang amat dinantikan oleh peminatnya itu.


Usaha Safee Sali ke Pelita Jaya berjaya membuka mata pengurusan FAM

on Feb 9, 2011




Akhirnya hasrat penyerang kebangsaan yang sebelum ini dikatakan mendapat tawaran banyak pasukan dari Indonesia telah memilih pasukan tercorot liga Super Indonesia, Pelita Jaya.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Abdul Mokhtar Ahmad pada sidang media di pejabat FAS, Kelana Jaya, semalam.

Dengan pengumuman itu, maka sahlah penyerang kelahiran Kajang, Selangor itu berhijrah ke Indonesia bersama pasukan Pelita Jaya yang dikatakan ketandusan penyerang bagi membuat penyudah di depan gawang lawan.

Pelita Jaya dikhabarkan mengikat kontrak Safee selama setahun. Majlis menandatangani kontrak akan diadakan 14 Februari depan.

Pelita Jaya adalah pasukan tangga tercorot dari 15 pasukan dalam Liga Indonesia.

Walaupun sebelum ini hasrat pemain Selangor itu telah mendapat tentangan dan mendapat reaksi banyak pihak.

Liga Indonesia setaraf Liga Malaysia

Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong memberi ulasan, perpindahan Safee ke Liga Indonesia tidak banyak memberi manfaat kepada pemain itu kerana pasukan Indonesia tidak jauh bezanya dengan pasukan kebangsaan (Malaysia).

Dengan memberi pendapat, beliau memberi pandangan, adalah lebih baik Safee memilih untuk berada di Liga Jepun atau Korea Selatan kerana standard kualiti liga di kedua-dua negara berkenaan lebih tinggi.

Sebelum itu, FAM dikhabarkan sedang berusaha untuk menghantar tiga pemain kebangsaan menjalani sesi pemilihan untuk salah satu pasukan di Liga Jepun. Tiga pemain itu termasuklah Safee Sali dan dua pemain dari Kelantan iaitu penyerang, Norshahrul Idlan Talaha dan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Namun selepas Safee dikatakan akan menyertai Liga Indonesia, nama beliau digugurkan daripada pemilihan itu.

Dulu lagi kita patut ambil peluang pendedahan di Jepun atau Korea

Kenapa sekarang FAM baru nak terfikir menghantar pemain-pemain kebangsaan menerima pendedahan di Liga Jepun? Bila Safee dah mula mahu merubah angin ke Indonesia, barulah FAM kelihatan membuka mata untuk menghantar pemain di bahagian Asia. Sebelum ini berlagak nak hantar ke negara Eropah yang jauh berbeza dengan tahap kemampuan pemain kita.

Sebelum ini kita sudah banyak berbelanja untuk menghantar pemain kita berlatih di negara Eropah, namun hasilnya tidak semaksima yang mungkin. Sekadar berhabisan duit.

Padahal, dah lama kita perlu melihat ke negara Jepun dan Korea Selatan kerana mutu pemain mereka sudah boleh melepasi pemain Eropah. Jangan kita hanya mabuk untuk ’mengunjungi’ Eropah tetapi hasil tak seberapa.

Selepas Safee mahu ke Indonesia, barulah FAM mahu memikirkan Liga Jepun. Ada hati nak menyertai pasukan Eropah, di Asia pun tak lepas lagi.

Jadi tahniah kepada Safee Sali kerana berjaya membuka mata pengurusan FAM selama ini yang lembab menentukan hala tuju pasukan bola sepak negara kita sehingga perbelanjaan jutaan ringgit hangus begitu sahaja.

sumber  :- http://warkahdaily.blogspot.com/2011/02/usaha-safee-ke-pelita-jaya-berjaya.html

MANTAP......MENGGIURKAN......MELELEH....

on Feb 6, 2011

Nah tu dia! ...

Perasmian kereta lumba Formula 1 McLaren MP4-26 untuk musim baru di Berlin, Germany semalam.





Rekabentuk terbaru tidak menampakkan sebarang perubahan ketara berbanding dengan kereta musim lalu. Hanya yang paling ketara adalah keunikan U-Shape sidepod.

Rekabentuk U-Shape sidepod baru yang agak radikal ini mampu memudahkan pengaliran angin secara efisyen memandangkan 'double diffuser system' telah diharamkan pengunaannya bagi musim ini.




Ciri ciri baru yang terdapat pada McLaren MP4-26 adalah 'long wheelbase', pengubahsuaian 'airbox' dan 'nose', 'central-mounted rear exhaust system' penggunaan KERS dan 'moveable rear wing' beroperasi secara manual melalui steering kereta.

Pasukan McLaren Mercedes akan mengadakan ujian masa pertama di Idiada Ground, Sepanyol pada 8 Februari 2011. Ujian kenderaan tersebut juga akan diadakan di Jerez, Sepanyol pada 10 Februari 2011.



Pasukan McLaren Mercedes masih mengekalkan dua pelumba utamanya, Lewis Hamilton dan Jenson Button.

Macam Tu Le Datuk Bun........???

on Jan 21, 2011


Chong Wei mara ke suku akhir Terbuka Proton




Kehadiran Datuk Misbun Sidek yang duduk di kerusi jurulatih pada perlawanan pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Proton Malaysia Siri Super malam ini ternyata menyemarakkan semangat perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei.

Chong Wei yang menentang Hu Yun dari Hong Kong melakukan serangan bertubi-tubi sebaik permainan permainan bermula, menyaksikan beliau menang mudah 21-6, 21-9 untuk mara ke suku akhir esok.

Pemain nombor satu dunia itu akan bertemu Nguyen Minh dari Vietnam.

"Saya tak sangka Misbun akan hadir malam ini. Sekarang saya hanya fikir untuk buat yang terbaik dan fokus untuk menang kejohanan ini,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu di sini.

Bagaimanapun kata Chong Wei, beliau tidak tahu sama ada Misbun telah memberi jawapan untuk kembali berkhidmat di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan berharap isu di antara Misbun dan badan itu selesai secepat mungkin.

Turut mara ke suku akhir esok ialah beregu negara Mohd Zakry Abdul Latif/Hoon Thien How setelah menundukkan beregu Singapura Hendri Kurniawan Saputra/Chayut Triyachart 21-16, 21-15.

Mereka dijadualkan bertemu Naoki Kawamae/Shoji Sato dari Jepun.

Sementara itu, ketua jurulatih negara Rashid Sidek berkata kedatangan Misbun pada malam ini tidak dijangka.
"Masa datang, dia meminta untuk duduk di tempat ”coach” jadi saya mengizinkan beliau,” katanya.

Bagaimanapun, pembantu jurulatih Tey Seu Bock berkata beliau dan Chong Wei ada menghubungi Misbun beberapa hari lepas untuk memujuknya hadir ke kejohanan tersebut.

"Semalam juga saya ada mengajak beliau, tapi katanya dia ”busy”.. tak sangka dia akan datang malam ini dan duduk bersebelahan saya,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat BAM Ng Chin Chai berkata persatuan itu telah menghantar surat kepada Misbun meminta beliau menimbang semula perletakan jawatannya.

"Dalam surat itu juga kami menjemput Misbun untuk hadir sebagai jurulatih Chong Wei pada Terbuka Malaysia. Kehadiran beliau malam ini menunjukkan beliau memberikan respon yang positif,” katanya.


Chong Wei Juara......Tahniah.....

on Jan 9, 2011



TAIPEH: Jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei, meraih kejuaraan ketiga Siri Super Masters apabila menewaskan pemain Denmark, Peter Gade Christensen, dalam final di Taiwan petang ini. 

Chong Wei yang juga pilihan utama kejohanan hanya memerlukan 40 minit untuk menewaskan lawannya itu 21-9 21-14.

CHONG WEI:- ANDA SEORANG MURID SEBENAR:TAHNIAH.....!!!

on Jan 3, 2011

KUALA LUMPUR - Jaguh badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei akan mengikut jejak langkah jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek yang bertindak meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), kelmarin.


Chong Wei ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam, berkata, tindakannya berbuat demikian kerana dia mahu kekal dilatih oleh Misbun, selain tiada persefahaman antara dirinya dan juga BAM.
"Saya akan ikut jurulatih, kalau dia kekal bersama BAM, maka saya akan ke kekal di BAM, tetapi jika dia keluar saya pun akan ikut jejak langkahnya," katanya yang dibentuk Misbun sejak usianya masih remaja.
Laporan sebuah akhbar kelmarin memetik Pengurus Besar BAM, Kenny Goh mengesahkan Misbun meletakkan jawatan menerusi satu surat bertarikh 31 Disember 2010 yang dihantar melalui e-mel ke pejabat BAM. Goh bagaimanapun, tidak menyatakan sebab peletakan jawatan tersebut.



Pemain berusia 28 tahun itu, turut mendedahkan masalah dengan pengurusan BAM sebagai punca kemelut tersebut berlaku.
Katanya, BAM hanya tahu mencari silap pemain, jika mereka tewas pada mana-mana pertandingan yang disertai, tetapi sekiranya kejayaan yang diraih mereka tidak pula menghargainya.
"Semua masalah ini melibatkan pengurusan BAM, mereka hanya tahu minta laporan kalau kita kalah dan jika kita menang, mereka tak minta laporan pun. Tidak pula mereka tanya bagaimana saya boleh menang," ujarnya.
Menurut Chong Wei, dia ada menghubungi jurulatihnya itu bagi meminta penjelasan mengenai peletakan jawatan tersebut.



"Saya ada hubungi jurulatih saya, dia minta semua orang hormati keputusan dia. Keputusan dia memang sudah muktamad. Saya pula akan ikut ke mana sahaja dia pergi.

"Saya sedih dengan keadaan ini, Misbun adalah jurulatih saya. Dia telah naikkan nama saya, daripada tiada apa-apa sehinggalah saya berada di tahap sekarang. Tak mungkin saya tinggalkan dia bersendirian," tegasnya.
Chong Wei berkata, hari ini dia akan berangkat ke Taiwan tanpa ditemani Misbun bagi menghadapi Terbuka Taiwan dan hanya akan dibantu oleh seorang penolong jurulatih.



Walau apa juga keputusan selepas ini, jelas Chong Wei, dia akan menunggu kepulangan Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh yang kini berada di luar negara untuk berbincang mengenai kemelut tersebut.
"Saya harap persiapan bagi menghadapi Terbuka Malaysia tidak terjejas dan masalah ini dapat diselesaikan segera, bukan mudah tukar jurulatih, saya telah bersama dengan Misbun terlalu lama," katanya.



Sementara itu, Setiausaha Agung BAM, Ng Chin Chai ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyerahkan sepenuhnya kepada presiden yang kini berada di luar negara untuk memutuskan mengenai isu tersebut.
"Memang kita ada terima surat peletakan jawatan oleh Misbun dan kita juga telah edarkan kepada semua Ahli Jawatankuasa sebagai makluman," katanya.
Chin Chai yang enggan mengulas mengenai punca peletakan jawatan itu, memberitahu, Nadzmi hanya akan kembali ke tanah air, esok.

Piala AFF Suzuki : Bukti Penyokong Indonesia Terlebih Dahulu Memancarkan Laser

on Dec 27, 2010




Kami akui Timnas Indonesia adalah pasukan paling hebat di dalam dunia. Sebab itu kami minta maaf kerana berlaku insiden pancaran laser ketika final pertama malam tadi.

Tetapi cuba tonton video di bawah ini yang dirakamkan ketika pertemuan Malaysia-Indonesia di peringkat kumpulan 1 Disember lalu.





Apa yang melayang-layang di muka penjaga gol Sharbinee Allawee itu? Adakah bukan pancaran laser?


Adakah anda ingin katakan penyokong Malaysia yang datang ke Jakarta untuk bermain laser terhadap penjaga gol mereka sendiri?

Jadi jika semua ini diambil kira maknanya bukan peserta Malaysia yang memulakan semua ini. Indonesia yang perlu membayar harga mahal terhadap kebijaksanaan penyokong mereka sendiri.

Tetapi yang peliknya walaupun kalah 5-1 ketika itu. Pasukan Malaysia tak pernah mengugut untuk menghentikan perlawanan. Malah mereka menganggap itu perkara biasa dan pertahanan Malaysia dimandikan dengan motivasi yang pasti mereka kenang seumur hidup. Hal itu menyebabkan mereka yang baru kenal erti bola sepak mampu layak ke final Piala AFF Suzuki.

Tetapi apa jadi pada sang Garuda yang hebat perkasa,mampu terbang tinggi dan mengganyang harimau Malaya? Mereka tewas dengan hanya suluhan laser?

Amat menyedihkan Presiden Indonesia turut memberi komen atas insiden itu.

Jika kerana itu boleh difikirkan Timnas Indonesia bukanlah sehebat mana. Mereka hanya memberi alasan kerana gugup beraksi di tempat lawan. Jurulatih mereka tahu apa silapnya baca sendiri di sini.

Benarlah orang kata Bangsa beralasan takkan pernah maju dan kita hanya gagal kerana perkara kecil umpama suluhan laser. Indonesia perlu cermin muka mereka sendiri.

Jika Malaysia kalah di Indonesia nanti. Saya sudah cukup puas hati dengan kemenangan malam tadi.

Al-maklumlah berlawan dengan Timnas Indonesia - pasukan yang paling hebat di dunia, tapi sayang 'sekali lagi' ditekankan kalah hanya dengan suluhan laser.

Meminjam kata-kata penyokong-penyokong fanatik Indonesia. Nordin Undur! Nordin Undur!
Saya tak tahu apa maknanya. Mungkin mereka juga sedar Nordin Haldi punca Timnas Indonesia longlai.

Tahniah Malaysia!

Sukan Asia: Chong Wei mandi peluh sebelum mara ke suku akhir

on Nov 19, 2010



Lee Chong Wei dipaksa bekerja keras sebelum menempah tempat ke suku akhir Sukan Asia ke-16.

Pemain nombor satu dunia dan pemenang pingat gangsa di Doha itu diberi tentangan sengit dari peserta Hong Kong, Chan Yan Kit sebelum menang 17-21, 21-9, 21-6 di Pusat Gimnasium Tianhe.

Pada permulaan pertarungan segalanya tampak mudah buat Chong Wei dan sering berada di depan lawannya dengan tiga mata. Tetapi permainan Yan Kit mula menjadi untuk menang set pertama.

Namun Chong Wei berjaya mengikis perasaan gugup untuk mengungguli set kedua dengan menghantar bulu tangkis ke penjuru dan tepi gelanggang untuk membuatkan Yan Kit kelam-kabut.

Beberapa kesilapan Yan Kit pada set penentuan menyebabkan dia ketinggalan 1-8. Hong Kong cuba bangkit tetapi pukulan Chong Wei berjaya memperdayakan lawannya untuk menamatkan sisa juang pemain nombor 37 dunia itu.

Chong Wei bakal bertemu Boonsak Ponsana dari Thailand pada peringkat suku akhir. Pemain Thai itu mengetuai pasukannya untuk menyingkir Malaysia dengan mengalahkan Chong Wei minggu lalu.

Kemenangan itu sudah pasti akan menyuntik keyakinan buat Boonsak ketika berdepan pemain nombor satu itu. Sudah pasti Chong Wei memerlukan persembahan terbaiknya untuk memburu pingat idaman kali ini

Malaysia Rangkul Emas & Perak Dalam Acara Basikal

on Nov 17, 2010



PELUMBA basikal negara Azizulhasni Awang merangkul emas kedua Malaysia di Sukan Asia selepas menang acara keirin.

Manakala rakan senegara, Josiah Ng menenangi perak, di Guangzhou hari ini.

kemenangan Azizul mengakhiri kematau 40-tahun pingat emas untuk Malaysia di dalam acara basikal di dalam Sukan Asia.

Kali terkahir pingat emas di dalam acara basikal di Sukan Asia ialah pada 1970 di Bangkok, bila Ng Joo Ngan memenangi acara perlumabaan individu dan Allahyarham Daud Ibrahim yang berjaya di dalam acara 1600m bermula beramai-ramai. 

(GAMBAR) BUKTI PIALA MALAYSIA BUKAN UMNO PUNYA

on Nov 2, 2010

Ni bukti jelas lagi nyata bahawa Piala Malaysia bukan milik UMNO Kelantan tetapi milik 'sume' rakyat Kelantan... nanti pasti ada puak-puak UMNgOk yang jahil akan berkata... "tengok tue orang Pas conteng muka... mesti tak sembahyang"... jawapan kepada puak jahil nie..."KAWE MUSAFFIR... KAWE BOLEH BUAT SOLAT JAMAK TAKHIR"....

credit gamba kepada Kelab Penyokong Kelantan.

Kelantan 2 Negeri Sembilan 1

on Oct 30, 2010






Menangggggggggggggggggggggg......






Penyokong Kelantan Mati Akibat Kekecohan Di Luar Stadium Malam Tadi....???

on Oct 13, 2010

Tragedi: Kegagalan Pihak Polis (FRU) Bertindak Pantas, Menjadi Punca Penyokong Kelantan Mati Akibat Kekecohan Di Luar Stadium Malam Tadi !!









KUALA LUMPUR, 13 Okt [ - Juara sebanyak 32 kali, Selangor bukan saja gagal mencari bekalan selesa dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia semalam, malah saingan di Stadium Shah Alam turut dicemari pergaduhan di antara penyokong Merah Kuning dan Kelantan. Kekecohan yang dicetuskan penonton kedua-dua pasukan, selain pesta bunga api dari tempat duduk penonton mengganggu kerancakan perlawanan. Paling mengejutkan, belum pernah terjadi dalam sejarah Malaysia kekecohan bolasepak hingga membawa kepada kematian. Namun ia berlaku dalam perlawanan semalam. Anehnya, media arus perdana tidak melaporkan perkara yang sebenarnya dan hanya mengatakan penyokong terbabit meninggal kerana sesak nafas. Apakah yang mahu disembunyikan agaknya. Difahamkan, seorang penyokong Kelantan telah meninggal dunia akaibat serangan daripada penyokong Selangor selepas perlawanan. Lihat bukti disini, atau disini kepalanya berdarah akibat dipukul ketika kekecohan yang berlaku semasa dan selepas perlawanan.

Polis Lambat Bertindak Jadi Punca Pergaduhan

"Tindakan polis yang terlalu berlembut menangani serangan hendap dengan batu-bata penyokong Selangor kepada penyokong Kelantan juga amat dikesali kerana ramai penyokong Kelantan percaya sekiranya berlaku serangan seperti gambar diatas oleh penyokong Kelantan sudah pasti ramai yang ditangkap atau dibelasah dengan belatan. Itulah tindakan yang sentiasa dikenakan kepada Kelantan. Petugas media terlalu cepat mensensasikan berita penyokong Kelantan tetapi menutup sebelah mata sekiranya sesuatu perkara dimulakan penyokong Selangor. Walhal mereka dapat melihat dengan jelas rempuhan penyokong Selangor yang mengamuk merempuh anggota rela untuk menyerang penyokong Kelantan yang sememangnya dihadang oleh pagar.", kata seorang penyokong Kelantan. "Apakah begitu hina dan jijik penyokong Kelantan yang sentiasa diburukkan walaupun 1 kematian telah berlaku akibat dipukul ganas penyokong Selangor. Keganasan penyokong Kelantan tidak pernah melibatkan kematian tetapi hal ini berlaku di kalangan penyokong Selangor. Mengapa media boleh menutup kes keganasan penyokong seperti ini? Adakah kerana kematian ini berlaku pada penyokong Kelantan?", kata seorang lagi penyokong.
"Perkara ini dibangkitkan bukan untuk memanaskan suasana dan perasaan penyokong tetapi kami penyokong Kelantan mengharap satu laporan dan hukuman yang adil oleh semua pihak. Kes kematian ini dianggap serius dan lebih menyayat hati ianya dipandang sepi oleh media dan pihak berkuasa. Kami juga menyokong segala tindakan polis kepada penyokong kami yang ganas tetapi biarlah adil. FAM perlu memandang serius perkara ini dan tidak hanya mengenakan hukuman yang berat sebelah sahaja. KAFA sentiasa mengutuk sebarang kesalahan yang melanggar undang-undang. Terima kasih diatas sokongan tidak berbelah bahagi penyokong The Red Warriors. Jumpa di Kota Bharu nanti, kami akan pastikan separuh akhir milik pasukan Kelantan. InsyaAllah", katanya.

FRU Lebih Minat Gempur Ceramah Pembangkang

Difahamkan pergaduhan telah bermula sejak awal lagi dengan letupan mercun daripada kedua-dua penyokong. Aksi semakin panas ketika waktu rehat dan ia memuncak selepas perlawanan berakhir. Pergaduhan dan tumbuk-menumbuk antara kedua-dua penyokong melarat keluat stadium selepas tamat berlawanan. Banyak kenderaaan yang dirosakkan dan tidak kurang juga yang tercedera akibat keganasan tersebut. Rakyat amat kecewa melihat apa yang berlaku. Ke mana perginya Polis Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU)?. Kenapa jumlahnya kecil sedangkan jumlah kedua-dua penyokong begitu ramai. Jika FRU sanggup menyerang dan merempoh majlis-majlis rakyat yang diadakan oleh parti pembangkang, kenapa mereka tidak melakukan perkara yang sama terhadap mana-mana penyokong yang bertindak ganas. Tragedi hingga menyebabkan kematian ini sengaja dirahsiakan oleh media bagi menjaga nama baik FAM dan maruah bola sepak di negara kita. FRU pula ternyata gagal memainkan peranan dengan baik untuk mengawal apa yang berlaku. Ini mungkin kerana mereka lebih gemar menjaga ceramah pembangkang daripada melaksanaka tanggung jawab sebenar mereka.


[Kejadian berlaku dikatakan akibat kesilapan pengurusan stadium menyusun kedudukan penyokong. Tindakan polis yang terlalu berlembut menangani serangan hendap dengan batu-bata penyokong Selangor kepada penyokong Kelantan juga amat dikesali kerana ramai penyokong Kelantan percaya sekiranya berlaku serangan seperti gambar diatas oleh penyokong Kelantan sudah pasti ramai yang ditangkap atau dibelasah dengan belatan. Itulah tindakan yang sentiasa dikenakan kepada Kelantan. Petugas media terlalu cepat mensensasikan berita penyokong Kelantan tetapi menutup sebelah mata sekiranya sesuatu perkara dimulakan penyokong Selangor. Walhal mereka dapat melihat dengan jelas rempuhan penyokong Selangor yang mengamuk merempuh anggota rela untuk menyerang penyokong Kelantan yang sememangnya dihadang oleh pagar. Media mengatakan penyokong terbabit mati akibat sesak nafas.Namun berdasarkan kepada fakta dan keadaan pendarahan pada kepala mangsa, ia jelas berpunca dari pergaduhan dan bukan sekadar hanya sesak nafas semata-mata sebenarnya].
PDO

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List