Usaha Safee Sali ke Pelita Jaya berjaya membuka mata pengurusan FAM

on Feb 9, 2011




Akhirnya hasrat penyerang kebangsaan yang sebelum ini dikatakan mendapat tawaran banyak pasukan dari Indonesia telah memilih pasukan tercorot liga Super Indonesia, Pelita Jaya.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Abdul Mokhtar Ahmad pada sidang media di pejabat FAS, Kelana Jaya, semalam.

Dengan pengumuman itu, maka sahlah penyerang kelahiran Kajang, Selangor itu berhijrah ke Indonesia bersama pasukan Pelita Jaya yang dikatakan ketandusan penyerang bagi membuat penyudah di depan gawang lawan.

Pelita Jaya dikhabarkan mengikat kontrak Safee selama setahun. Majlis menandatangani kontrak akan diadakan 14 Februari depan.

Pelita Jaya adalah pasukan tangga tercorot dari 15 pasukan dalam Liga Indonesia.

Walaupun sebelum ini hasrat pemain Selangor itu telah mendapat tentangan dan mendapat reaksi banyak pihak.

Liga Indonesia setaraf Liga Malaysia

Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong memberi ulasan, perpindahan Safee ke Liga Indonesia tidak banyak memberi manfaat kepada pemain itu kerana pasukan Indonesia tidak jauh bezanya dengan pasukan kebangsaan (Malaysia).

Dengan memberi pendapat, beliau memberi pandangan, adalah lebih baik Safee memilih untuk berada di Liga Jepun atau Korea Selatan kerana standard kualiti liga di kedua-dua negara berkenaan lebih tinggi.

Sebelum itu, FAM dikhabarkan sedang berusaha untuk menghantar tiga pemain kebangsaan menjalani sesi pemilihan untuk salah satu pasukan di Liga Jepun. Tiga pemain itu termasuklah Safee Sali dan dua pemain dari Kelantan iaitu penyerang, Norshahrul Idlan Talaha dan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Namun selepas Safee dikatakan akan menyertai Liga Indonesia, nama beliau digugurkan daripada pemilihan itu.

Dulu lagi kita patut ambil peluang pendedahan di Jepun atau Korea

Kenapa sekarang FAM baru nak terfikir menghantar pemain-pemain kebangsaan menerima pendedahan di Liga Jepun? Bila Safee dah mula mahu merubah angin ke Indonesia, barulah FAM kelihatan membuka mata untuk menghantar pemain di bahagian Asia. Sebelum ini berlagak nak hantar ke negara Eropah yang jauh berbeza dengan tahap kemampuan pemain kita.

Sebelum ini kita sudah banyak berbelanja untuk menghantar pemain kita berlatih di negara Eropah, namun hasilnya tidak semaksima yang mungkin. Sekadar berhabisan duit.

Padahal, dah lama kita perlu melihat ke negara Jepun dan Korea Selatan kerana mutu pemain mereka sudah boleh melepasi pemain Eropah. Jangan kita hanya mabuk untuk ’mengunjungi’ Eropah tetapi hasil tak seberapa.

Selepas Safee mahu ke Indonesia, barulah FAM mahu memikirkan Liga Jepun. Ada hati nak menyertai pasukan Eropah, di Asia pun tak lepas lagi.

Jadi tahniah kepada Safee Sali kerana berjaya membuka mata pengurusan FAM selama ini yang lembab menentukan hala tuju pasukan bola sepak negara kita sehingga perbelanjaan jutaan ringgit hangus begitu sahaja.

sumber  :- http://warkahdaily.blogspot.com/2011/02/usaha-safee-ke-pelita-jaya-berjaya.html

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List