KRISIS MESIR : Protes Kembali Dengan Puluhan Ribu Hadir

on Feb 9, 2011

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/Egyptian-protesters-802.jpg

Ikhwan tuntut pembubaran parlimen dan pembatalan 'darurat'


Puluhan ribu 'gelombang terbaru' penunjuk perasaan mencurah datang ke Dataran Tahrir Kaherah semalam, sebagai protes terhadap Hosni Mubarak, yang kini memasuki hari ke-15.

Puluhan ribu yang lain pula keluar ke jalan-jalan raya di Iskandariah, bandar kedua terbesar di Mesir.

Al-Jazeera melaporkan, gerombolan protes juga kelihatan di luar bangunan parlimen di Kaherah dan seorang saksi berkata sekurang-kurangnya seribu orang telah berkumpul malah sebahagiannya telah masuk ke bangunan tersebut.

Himpunan raksaksa di Dataran Tahriri yang 'aman seketika' kelmarin telah membesar dan berkembang pada Selasa petang, 

Mereka bergabung dengan para penunjuk perasaan sedia ada, dikenal pasti adalah muka-muka segar yang baru kali pertama menyertainya.

Para pendatang baru itu mengatakan mereka telah terpanggil setelah pembebasan Wael Ghonim, seorang eksekutif Google, yang ditahan selama dua minggu oleh pegawai-pegawai keselamatan negara.

"Saya datang ke sini untuk pertama kalinya hari ini kerana kabinet ini telah gagal, Mubarak masih bermesyuarat dengan wajah-wajah (ahli kabinet) hodoh yang sama ... dia (Hosni Mubarak) tidak percaya semuanya (kekuasaannya) telah berakhir. Dia adalah orang yang sangat keras kepala," kata Afaf Naged, bekas Ahli Lembaga Pengarah Bank Nasional milik negara Mesir.

"Saya juga di sini kerana Wael Ghonim, Dia berkata benar ketika mengatakan Parti Demokratik Nasional yang memerintah telah tamat, Tidak ada parti tertinggal,. Tetapi mereka tidak mahu mengakuinya," katanya.

Amr Fatouh, seorang doktor bedah, mengakui, ia adalah kali pertama beliau bergabung dengan protes tersebut.

"Saya berharap orang akan hadir berterusan dan lebih banyak yang akan datang. Pada awalnya, orang tidak percaya rejim (ini) akan jatuh tapi itu sudah berubah," katanya.

Tidak mungkin penyuraian dapat dilakukan ke atas para penunjuk perasaan yang berhimpun di Dataran Tahrir kerana ramai yang mengatakan mereka tidak akan berganjak sehingga tuntutan mereka dipenuhi.

Sementara itu, kira-kira 20 orang peguam telah mengemukakan petisyen terhadap Meguid Abdel Mahmoud, Ketua Hakim Negara  untuk membicarakan Hosni Mubarak dan keluarganya kerana dipercayai mencuri kekayaan negara.

Draf petisyen tersebut telah disusun oleh Ibrahim Yosri, seorang peguam dan seorang bekas timbalan menteri luar negeri

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/Essam.jpg
Ikhwan tuntut pembubaran parlimen dan pembatalan 'darurat'

Dalam pada itu, Essam El-Erian, anggota kanan Ikhwan al-Muslimin, pembangkang terbesar Mesir, berkata kepada Ikhwan akan menyertai mana-mana perbincangan selagi ia akan  memenuhi tuntutan rakyat.

(Gambar kanan - Essam, bertali leher, turut turun ke jalan raya bersama anggota Ikhwan)

Seorang ahli Ikhwan yang menyertai perbincangan dengan kerajaan berkata Ikhwan tidak bersedia untuk menggugurkan tuntutan utamanya mendesak perletakan jawatan dan pengundiran Hosni Mubarak.

"Kita tidak boleh menyebutnya sebagai perbincangan atau perundingan. Ikhwanul Muslimin pergi dengan syarat utama yang tidak boleh ditinggalkan ... bahawa dia (Hosni Mubarak) perlu berundur ," kata Abdul Moneim Aboul Fotouh

Terdahulu, menurut kenyataan dikeluarkan pejabat Timbalan Presiden Omar Suleiman menyusul perbincangan berkaitan, kerajaan menawarkan untuk membentuk sebuah jawatankuasa bagi menyemak perubahan perlembagaan yang dicadangkan, menbanteras pegawai kerajaan yang dipercayai rasuah, "liberalisasi" media dan komunikasi dan membatalkan status darurat di negara ketika situasi keselamatan terjamin.

Mengulas kenyataan kerajaan itu, Fotouh berkata kerajaan telah gagal untuk mengambil langkah-langkah konkrit.

"Jika mereka serius, parlimen perlu dibubarkan, juga membatalkan 'dekri' presiden dan menamatkan undang-undang darurat".

Mesir berada di bawah pemerintahan undang-undang darurat sejak tahun 1981, sebaik Hosni Mubarak mengambil alih kuasa pemerintahan.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List