Datuk Lee Chong Wei Dan Bergu Koo Kien Keat - Tan Boon Heong Mara Ke Perlawanan Akhir Kejohanan "Badminton All England".

on Mar 13, 2011

Jaguh badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei (foto) hanya selangkah lagi dipisahkan daripada mempertahankan kejuaraan badminton All England selepas berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir di Birmingham, awal pagi tadi. Chong Wei mara selepas menumpaskan pemain muda China, Chen Long 21-17, 21-13 dalam pertarungan separuh akhir yang hanya mengambil masa 46 minit. 


Kemenangan tersebut bakal menemukan jaguh perseorangan negara itu dengan musuh ketatnya, yang juga juara All England empat kali, Lin Dandari China pada perlawanan akhir esok. Lin Dan, penyandang juara Olimpik dan juara dunia tiga kali terlebih dulu melayakkan diri ke final selepas menyingkirkan pemain Jerman, Marc Zwiebler 21-9, 16-21, 21-11. 

Sementara itu Beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong berada pada kedudukan terbaik untuk merampas kembali kejuaraan All England yang dimenangi pada 2007, apabila melangkah ke perlawanan akhir sebentar tadi selepas menundukkan juara dunia, Fu Haifeng-Cai Yun dari China di separuh akhir. Pasangan nombor lima itu dunia dipaksa berhempas pulas sebelum menang 21-11, 23-21 untuk menempah pertemuan akhir dengan beregu nombor satu dunia, Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark dalam penentuan gelaran esok.

Syabas dan tahniah kita ucapkan kepada pemain negara kerana berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir acara perseorangan dan bergu kejohanan badminton All England ini. Kejayaan Lee Chong Wei dilihat lebih konsisten sebenarnya jika dibandingkan dengan pemain lain sebelum ini. 

Lihat apa ang berlaku kepada Hafiz Hashim. Namanya merudum biar pun pernah menjadi juara All-England satu ketika dulu. Apakah yang berlaku sebenarnya?. Jika dilihat kepada Lee Chong Wei prestasinya dilihat lebih baik dari yang lain. Semoga beliau dapat mengatasi musuh tradisinya Lin Dan itu pada kali ini. Sesungguhnya, perlawanan antara Chong Wei dengan Lin Dan adalah sesuatu yang amat dinantikan oleh peminatnya itu.


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List