BACAAN MENARIK : Tundukkah Anwar pada desakan RAKYAT?

on Mar 13, 2011



Kes liwat II yang melibatkan pertembungan pemimpin “Anugerah Tuhan”, Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari semakin hangat. Baru-baru ini kita dimaklumkan bahawa mahkamah telah menolak bukti-bukti pendakwaan yang dianggap “diambil tanpa rela” yang terdiri dari pada sehelai tuala “good morning”, berus gigi dan sebotol air mineral kosong.

Ini telah menyebabkan pihak pendakwaan agak sukar untuk memperbandingkan DNA lelaki Y yang disyaki milik Anwar. Justeru itu, pihak pembelaan mungkin fikir bahawa mereka bakal menang kes ini ekoran bukti-bukti tersebut telah ditolak mahkamah.

Oleh yang demikian, pihak pendakwaraya telah memohon pihak mahkamah untuk mengeluarkan perintah agar Anwar Ibrahim menyerahkan DNAnya secara sukearela untuk tujuan perbandingan dengan DNA lelaki Y. Terserahlah kepada budi bicara mahkamah untuk menerima dan mengeluarkan perintah berkenaan atau tidak.

Namun pada penilaian penulis, pihak mahkamah sewajarnya mengeluarkan perintah tersebut untuk memastikan keadilan bagi kedua-dua belah pihak, sama ada untuk membuktikan bahawa Anwar tidak bersalah atau sememangnya DNA lelaki Y itu milik Anwar. Tetapi, penulis bukanlah hakim kes tersebut dan penulis agak optimis bahawa Yang Arif yang mengadili kes ini tentunya mahukan keadilan ditegakkan di negara ini.

Penolakan bukti-bukti yang diambil dari sel tahanan Anwar tersebut sebenarnya telah mendedahkan “misteri” siapakah gerangan lelaki Y tersebut. Penulis yakin bahawa sampel DNA lelaki Y yang diperolehi dari dubur Saiful oleh pihak forensik memang sepadan dengan DNA yang diperolehi dari bahan bukti yang ditolak mahkamah itu.

Justeru itulah maka pihak peguambela Anwar bermati-matian memohon kepada mahkamah agar menolak bahan bukti tersebut. Jika DNA tersebut tidak sepadan dengan DNA lelaki Y, takkanlah mereka nak menolak pula? Jika DNA itu tidak sepadan, tentunya pihak pendakwa pun malu nak dakwa Anwar.

Pada penulis, sama ada Anwar beri atau tidak sampel DNAnya adalah tidak penting lagi. Penolakan bahan bukti tersebut sudah jelas membuktikan secara langsung (indirectly) bahawa sememangnya DNA lelaki Y itu adalah sepadan dengan DNA Anwar. Penolakan bahan bukti oleh mahkamah tersebut hanyalah satu lagi penolakan “teknikal” yang diputar alamkan oleh pihak peguambela Anwar untuk melambat-lambatkan kes.

Biarpun begitu, secara moralnya, kita sudah dapat meneka siapa pemilik DNA lelaki Y tersebut. Cuma, mahkamah perlukan pembuktian yang lebih kukuh dan Anwar perlu memberikan sampel DNAnya untuk membuktikan sama ada dia bersalah atau sebaliknya.

Pihak pendakwa sudah memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya Anwar menyerahkan DNAnya untuk diuji “semula”. Itu adalah protokol undang-undang.

Persoalannya, mengapakah Anwar begitu “liat” untuk menyerahkan sampel DNAnya untuk diuji? Malah dikhabarkan bahawa Azmin dan Shamsidar juga begitu konsisten menyarankan kepada Anwar agar tidak menyerahkan DNAnya. Mengapa pula begitu? Apa kaitan DNA Anwar dengan Azmin dan Shamsidar? Ada “apa-apa”kah di antara mereka bertiga?

Beberapa siri demonstrasi secara aman telah dan akan diadakan oleh NGO-NGO bagi mendesak Anwar untuk memberikan DNAnya untuk diuji sebagai pembuktian mahkamah. Menurut khabar, demo tersebut juga bakal disertai oleh beberapa orang blogger dan aktivis tersohor. Namun, mahukah Anwar memenuhi desakan-desakan rakyat, NGO-NGO dan blogger-blogger ini?

Anwar sering menggunakan nama “rakyat” untuk menuntut perkara yang bukan-bukan dari Kerajaan. Nah! Sekarang jelas sekali “rakyat” sendiri yang mendesak agar Anwar menyerahkan DNAnya secara sukarela kepada pihak mahkamah untuk diuji. Tundukkah Anwar pada kemahuan “rakyat” ini?


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List