JUARA ALL ENGLAND...

on Mar 14, 2011

Kagum Bukan Saja Sebagai Juara All England Tetapi Sikapnya Yang Memahami Sensitiviti Budaya & Agama Bangsa Malaysia






Tahniah Datuk Lee Chong Wei yang berjaya mengekalkan kejuaraan kejohanan Badminton All England, lebih-lebih lagi setelah menundukkan musuh utamanya Lin Dan.  Apa yang ingin orang muo war-warkan di sini ialah sikap dan tindakan terpuji Chong Wei semasa upcara menerima hadiah di atas pentas juara.  


Sesiapa yang mengikuti siaran langsung pada tengah malam tadi tentu anda sangat kagum dengan tindakan Chong Wei apabila dihadiahkan dengan sebotol arak, dengan riak muka terkejut, Chong Wei tidak menjulang botol arak tersebut tetapi segera meletakkannya di atas pentas dan menutupnya dengan replika cek.  

Selesai saja upacara, Chong Wei tidak membawanya bersama, tetapi terus menyerahkan semula botol arak tersebut kepada pihak pengelola hadiah.  Sikap terpuji Chong Wei ini menggambarkan bahawa walaupun beliau seorang bukanIslam tetapi Chong Wei amat memahami sensitiviti rakyat Malaysia yang terdiri daripada   pelbagai kaum dan agama,  apatah lagi penyokong-penyokong Chong Wei pada malam itu adalah daripada semua kaum warga Malaysia. 

Satu lagi sikap terpuji Chong Wei, setelah tamat perlawanan, beliau meraikan kemenangannya tidak seperti Lin Dan yang  suka mendabik dada dan menunjuk-nunjuk kejaguhannya. Tahniah Datuk Lee...anda memang seorang juara dan seorang warganegara yang terpuji.


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List