UMNO ADA SAYAP BARU KE....???

on Oct 21, 2010

Sayap Baru UMNO :- "Briged Musang Berbulu Ayam" dan "Briged Sesumpah"......???

http://buletinonline.net/images/stories/berita35/musangberbuluayama.gif


Kadangkala bila membaca berita dan cerita tentang parti 'usang' Umno macam membaca sebuah hikayat, maklumlah sebuah parti purba..

Pemimpin Umno tidak mahu menerima kejelekan yang berlaku adalah dek kerana perangai mereka yang suka hidup bermewah-mewah sesuai dengan pengakuan mereka bahawa mereka lah 'Tuan-Tuan Melayu'.

Sebab itu, sekiranya parti Umno ada lagi pada tempoh 50 tahun akan datang, pemimpinnya akan terus melaungkan dan berbahas dengan begitu bersemangat tentang perjuangan Melayu.  

Nak buat macamana, parti tu dah ggitu, tak ada modal nak buat bercakap, tak ada modal nak buat berniaga, ‘wa emma’ 100 atau 200 tahun lagi pun, Perhimpunan Agung Umno akan wat modal niaganya, Melayu…Melayu…. Melayu….

Dengan buat modal Melayu lah selama ini Umno boleh hidup, sebab itu Tun Mahathir walaupun sudah acap sakit-sakit dan ‘keluar –masuk’ Umno macam naik turun lif, tapi tetap menjadi penyokong tegar Ibrahim Ali

Kalau zaman penjajah British, orang-orang di Malaya baik Melayu, India atau Cina akan memanggil 'Tuan' kepada pegawai-pegawai Inggeris 

Sekarang, British sudah menurunkan 'tarikat' itu kepada Umno, maka Umno akan terus memperjuangkan 'ketuananan Melayu'.

Jadi, kalau rakyat buat salah, tersalah ‘berkasih’ dengan anak-anak mereka, mereka bukan berikan keizinan dan mengahwinkan dengan segera, supaya mengelak maksiat kerana mereka juga mengaku Islam.

Tapi rakyatlah yang akan dipersalahkan; tersalah tegur, tersalah panggil, tersalah ‘gelar’, tersalah memilih anak pemimpin Umno sebagai orang yang dicinta, Mamat Melayu kampung yang 'bangsat' akan menerima nasib seperti filem P.Ramlee, rakyat semua tahu filem ‘Antara Dua Darjat’.

Rata-rata pemimpin Umno yang ada pada hari ini bukannya pejuang rakyat, jauh sekali diantara mereka yang masih berbaki sebagai pejuang kemerdekaan.

Kebanyakkan yang memimpin Umno sekarang ini mewarisi 'takhta dan kuasa' dari ayahanda mereka, kerana ayahanda mereka telah menjadi pemimpin Umno sebelum ini, maka dengan mudah mereka masuk dan diangkat, kemudian mendapat pangkat.

Mereka tidak pernah merasa kesusahan rakyat, mereka bersekolah disekolah yang terpilih, masuk universiti luar negara, kerana bapa mereka orang ternama, walaupun mereka bukan pelajar kelas pertama dan tak layak terima biasiswa, tapi boleh semacam.

http://buletinonline.net/images/stories/berita35/cerberus_.jpg
Ada di merata-rata, pemimpin Umno yang SPM pun tak ada, tapi boleh hidup mewah kaya raya, ada duit berjuta-juta, rumah gedung dan kereta besar.

Lalu mereka berbangga, inilah nikmat kemerdekaan selama 53 tahun, apakah kamu tidak bersyukur?

Inilah kekayaan negara, yang diagih sama rata, kata mereka, sedang rakyat dikampung-kampung yang berjaya, lulus cemerlang dalam periksa, payah nak dapat biasiswa.

Bahkan ramai rakyat yang berjaya, lulus cemerlang, tetapi tdak akan dianggap sebagai gemilang dan terbilang, kerana mereka menyokong pembangkang!

Pemimpin Umno meletakkan diri mereka seolah-olah setaraf dengan dewa-dewa dikayangan (kalau ada), tinggal diistana-istana, tidak berjalan melainkan menaiki kenderaan yang  bergerak laju umpama ‘terbang’, kalau pun tidak pergi-mari dengan manaiki kapal terbang.

Sebab itu mereka mesti berjuang, bukan untuk membela rakyat, tetapi mengekalkan diri mereka sebagai ‘Tuan-tuan’ Melayu. Lalu mereka namakan perjuangan mereka adalah untuk ‘Ketuanan Melayu’.

Oleh kerana itu tidak hairan kalau mereka sudah berkuasa, mereka boleh kata macam-macam kepada orang yang dikuasainya, macam kisah raja-raja, kisah ‘Musang Berjanggut…..

Tapi yang di Terengganu dia tidak panggil begitu, Cuma dia ‘gelor’ ahli-ahlinya sendiri sebagai ‘Musang Berbulu Ayam’…… maknanya Dato’ Sri Hishamuddin Hussein tak percaya kepada ahli-ahli Umno Terengganu.

Sebab itu dia panggil ‘Musanggg…… yang makan dan gemuk dalam Umno’…. ??11

Mungkin dia sendiri tak jumpa si Musang itu, kalau dia jumpa mengapa dia tak temmbak atau perangkap Musang itu?

Kalau dia jumpa si Musang yang berbulu ayam dalam Umno, yang makan dan gemuk dalam Umno, tetapi Hishamuddin tak buat apa-apa…. itulah sebabnya beliau gagal memimpin Umno Terengganu…….

Itu  kurang sikit, kira O.K jugalah, sebab binatang ‘Musang’ni sebenarnya ada juga faedahnya dalam rantaian hidup pemangsa dan menjadi mangsa.

Di tepi jalan menuju ke rumah ambe, ada sebatang pokok ciku, yang berbuah sokmo sepanjang tahun, ada sokmo buah.

Nak tahu apa rahsianya, si Musang lah......

http://buletinonline.net/images/stories/berita35/ezamseseumpah.gif
Tapi ini musang buah, nak menunjukkan kebesaran Allah SWT.

Setiap malam pasti musang itu ada dibawah pokok ciku, mengambil rezeki dari Allah, mungkin ada bini dan ada anak yang makan buah dari pokok yang sama

Musang jenis ini Hishamuddin tidak akan tembak atau perangkap, kerana dia setia dan tepat waktu 'jemba' ke pokok ciku, mahu mengisi perutnya yang lapar.

Perut-perut yang lapar jugalah yang menjadi ikatan Umno Terengganu, sebab itu ada bemacam-macam dana ditabur keliling-kelalang. 

Yang tua, fesyen dengan tua, dana bantuan itu dan ini.

Yang muda cara orang muda, dengan dana bakti remaja.

Jadi tidak selesaian, sehingga baru-baru ini, Ketua Umno Setiu, Dato' Mat Jidin kata, jumlah orang miskin di kawasan Setiu 'kohor' ramai, bukan semakin berkurang!.

Walau bagaimana pun, mantan ketua pemuda Umno, si Hishamuddin tidak sehebat Ketua Pemuda si Khairy Jamaluddin yang belajar di Oxford

Hebatnya dia sampai dia gelor Pakatan Rakyat sebagai seeekor haiwan 'Cerberus' yang orang Melayu tak pernah tengok dengan mata kepala.

Punyalah hebatnya Khairy punya imiginasi, sampai cerita dongeng 'Heraclus' (Herculis) pun masuk dalam perhimpunan agung Umno.

Mungkin pengalaman lalu, samada dia atau anak-anaknya ketakutan tengok cerita tentang haiwan itu sehingga lekat di 'kepala'nya.

Lalu kerana ketakutan itu, dia mengumpamakan Pakatan Rakyat sebagai 'Cerberus' yang berkepala tiga. 

Tapi adakah patut, dia menggelar pemimpin umno dengan seekor haiwan kecik 'peh' yang dipanggil sesumpah.

Mungkin dia kurang mengenali haiwan sesumpah kerana belajar dinegeri orang putih.

Jadi, kalau si Khairy nak mengkaji lebih lanjut tentang haiwan yang bernama 'sesumpah', dia perlu tubuhkan satu lagi makmal yang dikendalikan oleh pemuda Umno di Putrajaya.

Tak susah untuk cari pakar tentang sesumpah ni, panggil saja si Ezam atau Zahit Mat Arip, mereka dengan beberapa kawan-kawan sewaktu dengannya, memang cukup 'arif' tentang sesumpah.

Oleh itu, Tuan Pengerusi Tetap....... ambe cadangkan, dua sayap baru untuk Umno dalam usaha umno untuk mendekati pengundi muda; Briged 'Musang Berbulu Ayam' dan 'Briged Sesumpah'!

Azmin dan Saifuddin bidas Zaid, jangan bawa propaganda Umno....???

on

KUALA LUMPUR, 21 Okt — Calon timbalan presiden Azmin Ali mendakwa pesaingnya Datuk Zaid Ibrahim mengamalkan pendekatan propaganda Umno ekoran kenyataan beliau kelmarin bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya bergerak atas isu tunggal — Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

“Saya nak bertanya Zaid, mengapa beliau bercakap menggunakan bahasa Umno?” kata Azmin kepada The Malaysian Insider mengulas tulisan Zaid dalam blognya kelmarin.
“Ini adalah kedudukan yang diambil Umno sejak hari pertama (Anwar dipecat pada) 1998, mengatakan bahawa Keadilan adalah parti yang hanya berpusatkan (kepentingan) Anwar,” kata beliau yang memperoleh pencalonan tertinggi pada pemilihan PKR kali ini.

Dalam tulisan terbarunya, Zaid yang juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan berkata, PKR perlu diacuankan untuk menjadi sebuah “kekuatan politik yang tulen, sebagai sebuah kekuatan yang boleh dijadikan sandaran rakyat dan rakan-rakan dalam pakatan dalam usaha membentuk masa depan yang lebih baik.”

Oleh itu kata beliau, pemilihan ini — yang julung kali berlandaskan sistem pemilihan langsung — adalah penentu masa depan parti dan negara.
“Kita perlu terlebih dahulu memperbaiki diri kita sebelum kita boleh memikirkan soal memperbaiki negara.

“Kita perlu meletakkan diri sebagai pemimpin dalam Pakatan Rakyat, menjadi pentas yang kukuh bagi orang ramai dan mengemudi Pakatan bagi memenangi PRU-13 nanti.
“Kewujudan kita harus menguntungkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dan bukannya hambatan. Kita perlu memperjuangkan keadilan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun pada masa yang sama juga terdapat banyak ketidakadilan yang menimpa rakyat negara ini yang memerlukan perhatian kita,” kata beliau.
Zaid menambah, rakyat rata-rata mendesak mahukan keadilan ekonomi dan keadilan sosial dan hak supaya diberi layanan dengan hormat dan bermaruah mengikut kedaulatan undang-undang.

“Kita tidak patut menurunkan darjat parti ini menjadi sebuah parti yang memperjuangkan hanya satu isu. Hal ini tidak adil bagi mereka yang ingin kita wakili.
“Kita bukan sahaja sebuah parti ‘reformasi’, sebagai nama bagi sebuah gelombang di hujung 1990-an, tetapi juga sebuah parti yang menuntut refromasi tulen dan sanggup untuk mereformasi diri,” kata bekas pemimpin Umno ini yang menyertai PKR pertengahan tahun lalu.

Azmin, yang juga Naib Presiden PKR menekankan bahawa partinya tidak pernah berpusatkan isu Anwar meskipun ia berjuang memastikan perbicaraan yang adil bagi Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, yang kini berhadapan dengan kes liwat kedua dalam tempoh 12 tahun ini.

“Keadilan tidak pernah bertindak sebagai parti berpusatkan Anwar. Pandangan bahawa Keadilan adalah parti berpusatkan Anwar adalah propaganda Umno,” kata Azmin.
“Ya, kami berjuang untuk keadilan bagi Datuk Seri Anwar pada 1998, 1999, tetapi sudah pasti PKR bukan merupakan parti berpusatkan Anwar kerana kami juga bercakap mengenai agenda reformasi,” katanya.

Azmin menekankan bahawa pemimpin-pemimpin parti tidak harus mengulangi fitnah satu dekad Umno terhadap PKR. “Pemimpin-pemimpin parti tidak harus membuat kenyataan yang dibawa oleh umno sejak 10, 12 tahun lalu,” kata Ahli Parlimen Gombak ini.
“Sebagai pemimpin kanan parti, kami tidak akan jatuh dalam perangkap Umno.
“Menjadi keyakinan saya dan keyakinan ahli-ahli parti bahawa ini adalah parti reformasi,” tambah beliau.

Azmin berkata, penggubalan Akta Kebebasan Maklumat oleh kerajaan negeri Selangor dan pendiriannya partinya mempertahankan hak peneroka Felda adalah bukti PKR memperjuangkan prinsip demokrasi, yang sudah pasti berbeza daripada isu Anwar.
“Kami memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat. Ia tiada kaitan dengan Anwar,” katanya.
Seorang lagi calon jawatan timbalan presiden ialah Mustaffa Kamil Ayub.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail memperlihatkan nada yang seiring dengan pendirian Azmin sambil menekankan, kenyataan-kenyataan Zaid menggambarkan pemikiran tipikal yang dibawa Umno selama ini.
“Ini fikiran tipikal Umno sejak 12 tahun lalu. Untuk mengatakan PKR hanya berjuang demi kepentingan Anwar (seorang), ia sebahagian daripada usaha mereka cuba membuatkan orang ramai percaya perkara ini,” kata Saifuddin.

Ahli Parlimen Machang ini memberitahu, partinya berdiri teguh bersama Anwar sebab pendirian beliau memperjuangkan keadilan adalah simbolik membawa matlamat yang lebih besar.
“Saya tidak bersetuju dengan Zaid. PKR mempertahankan Anwar kerana layanan tidak adil yang beliau lalui 12 tahun lalu... ketidakadilan di mana beliau dipenjarakan, beliau dipukul, dan bagaimana beliau melalui perbicaraan... kesemua ini adalah gambaran kemusnahan institusi-institusi negara,” katanya lagi.

“Kami berjuang bagi Anwar sebagaimana kami berjuang untuk Teoh Beng Hock, Kugan dan Aminulrasyid Amzah,” kata Saifuddin.
Justeru kata beliau, keputusan pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan BN dinafikan majoriti dua pertiga di Parlimen adalah bukti rakyat percaya pada perjuangan PKR.
“Rakyat mengundi PKR, Pakatan kerana mereka tidak percaya cara BN menguruskan negara. Jadi, bagaimana anda boleh mengatakan yang PKR hanya berjuang untuk Anwar,” kata beliau lagi.

BATU SAPI OH BATU SAPI...PELUANG PKR....???

on

PELUANG PKR DI BATU SAPI CUMA 25 PERATUS!!!!  ADA HATI MAHU MENANG...????





Jika diteliti tumpuan masyarakat pada dua buah pilihanraya kecil yang serentak,Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi dilihat lebih menjadi tumpuan berbanding di Dun Galas.

Hal ini kerana janji Tengku Razaleigh untuk menjadikan PRK Galas pertandingan bersifat setempat tanpa membabitkan penglibatan besar-besaran di peringkat nasional.

PRK Batu Sapi juga menjadi tumpuan yang lebih apabila terlalu banyak parti yang berhasrat bertanding di sana termasuklah BN,PKR,PAS,DAP dan SAPP.Oleh kerana itulah tumpuan terarah kepada Batu Sapi.

Di pihak Barisan Nasional,,mereka sudah hampir pasti meletakkan calon PBS di kerusi tersebut memandangkan ianya diperuntukkan untuk parti tersebut.Di pihak Pakatan Rakyat pula,Pas dan DAP akur untuk meletakkan calon PKR bagi kerusi tersebut.Seterusnya,SAPP yang keluar daripada Barisan Nasional dua tahun yang lalu juga berhasrat meletakkan calonnya di kerusi tersebut berkemungkinan Presidennya sendiri,Yong Teck Lee.

Ramai pihak yang meramalkan pertandingan tiga penjuru bakal berlaku di sana,tetapi pada pandangan penulis,berkemungkinan ianya bakal menjadi sekurang-kurangnya empat penjuru atau lebih.Hal ini memandangkan,berkemungkinan calon bebas yang bertanding di kerusi tersebut,Chong Kwong Wing mungkin turut berminat untuk menjadi calon.Sekiranya ianya berlaku,pertandingan banyak penjuru semakin pasti.

Persoalannya,siapa yang bakal menjadi calon Pakatan Rakyat dan PKR di kerusi tersebut?Khabarnya,pergolakan mula berlaku di sana dalam soal siapa yang menjadi calon apabila terlalu ramai pimpinan PKR di negeri tersebut dikatakan berminat.Antara mereka yang dikhabarkan bakal menjadi calon di sana termasuklah Ketua Cabang tersebut,Hassnar Ebrahim,Ketua Cabang Tuaran,Ansari Abdullah,Ketua PKR Sabah,Ahmad Tamrin Jaini,Naib Presiden PKR,Jeffrey Kitingan,bekas Timbalan Menteri Persekutuan,Kalakau Untol dan beberapa nama lain lagi.

Adakah benar berlaku penyelewengan dalam pemilihan calon PKR kali ini seperti yang didakwa cabang tersebut sendiri?Dikatakan bahawa Tamrin akan menggunakan kelebihan sebagai Pengerusi bagi mencalonkan beliau sendiri sebagai calon di Batu Sapi.Malah,dalam mesyuarat PKR Sabah khusus membincangkan soal calon,Hassnar sebagai Ketua Cabang tidak dijemput untuk hadir setelah berlaku pertukaran tempat dalam mesyuarat tersebut.

Tambah Hassnar,beliau mempertikai ketelusan PKR memilih calon untuk kerusi tersebut setelah nama beliau sendiri sebagai bakal calon disingkirkan selain nama Ansari Abdullah.Malah,beliau turut memberi amaran bahawa akan berlaku kesan serius sekiranya calon tempatan Batu Sapi ditolak PKR Sabah termasuk kemungkinan tidak bekerjasama untuk memenangkan calon PKR nanti.

SIAPAKAH YANG AKAN DILANTIK MENJADI CALON?

+  +  +

Apa sudah jadi?Belum sempat bertanding,bibit-bibit perpecahan sudah mula berlaku di Sabah.Sesungguhnya PKR di Sabah tidak pernah reda dengan pelbagai isu termasuklah tuduhan "agen-agen UMNO" dalam kalangan kepimpinan sendiri.Jika beginilah gayanya,peluang untuk PKR menang adalah cukup rendah berkemungkinan menerima sabotaj daripada dalam.

Di mana penulis ramalkan peratusan kemungkinan menang PKR cuma 25 peratus?Sebenarnya penulis anggap semua calon bakal bertanding mempunyai peluang sama rata.Jika berlaku pertandingan empat penjuru,maka peratusan seseorang calon menjadi 25 peratus.Oleh itu,bagaimana untuk seseorang calon menukar peratusan itu,usaha di atas tangan mereka.Itupun kalau tidak ditikam oleh rakan sendiri.

p/s:PKR dan SAPP bakal bermesyuarat esok bagi melihat sama ada berlaku pertembungan atau tidak.Masih belum pasti siapa yang bakal berundur.


TURUN DARJAT ATAU ANTARA DUA DARJAT.......???

on


PKR TURUN DARJAT JIKA MEMBELA DS ANWAR...???



BENARKAH PKR akan jatuh darjatnya jika memperjuangkan kes DS Anwar? Secara jujurnya kita semua tahu PKR wujud berasaskan perjuangan yang menuntut keadilan ke atas DS Anwar dan ianya meliputi semua aspek, samada institusi kehakiman, kebebasan media dan segala yang bersifat zalim ditentang. Ini asas yang sepatutnya semua ahli PKR mesti tahu dan parti ini berkembang sehingga dihormati dan digeruni lawan sehingga kini.


Dato Zaid menyebut PKR tidak harus semata-mata berjuang untuk DS Anwar kerana ianya boleh menjatuhkan darjat parti. Saya bersetuju bahawa PKR tidak boleh berjuang hanya untuk individu bernama Anwar, tetapi tidak bersetuju jika darjat PKR boleh jatuh kerana memperjuangkan nasib yang menimpa Ketua Umum PKR ini.

Di samping PKR berjuang untuk menegakkan keadilan untuk semua, PKR tidak boleh melupakan nasib atau penganiyaan yang dilakukan terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Bagaimana PKR boleh meyakinkan rakyat untuk menyelamatkan mereka dari kezaliman dan ketidak adilan, sedangkan PKR sendiri gagal untuk menyelamatkan tokoh utama mereka? "Bagaimana kamu boleh bantu kami, sedangkan bos kamu pun teraniaya?" Mungkin itulah yang akan mereka perkatakan kepada kita. Tergamakkah kita biarkan DS Anwar bersendirian untuk melepaskan dirinya dari kezaliman terhadap beliau?

Pada saya, mereka yang cuba untuk melupakan apa yang berlaku terhadap DS Anwar adalah mereka yang hanya pentingkan diri mereka sendiri. Apabila parti ini telah kuat sehingga berjaya memerintah sebuah negeri yang terkaya, terdapat segelintir pemimpin yang ingin menghasut agar tidak tumpukan lagi perjuangan membela nasib DS Anwar. Di kalangan mereka ini baru `dua hari' berada di dalam parti kemudiannya ingin memanjat tinggi dalam haraki kepimpinan. Pemimpin seperti ini tidak layak dipilih bahkan mungkin tidak sesuai berada di dalam PKR./wfauzdin.blogspot.com

Teori DOMINO : Gelombangnya kini telah bermula.....???

on



Teori domino heboh diperkatakan pada tahun 60 an dan 70 an dahulu tentang akan kemungkinan berlaku kejatuhan satu demi satu negara - negara di Asia Tenggara, berikutan jatuhnya Vietnam Selatan akibat pencerobohan Vietnam Utara yang akhirnya membentuk Vietnam raya, satu Vietnam sahaja. Selepas Vietnam Selatan mengikut teori ini akan berlaku pula kejatuhan negara - negara Kemboja, Laos, Thailand, Malaysia dan Singapura ke tangan komunis.

Malangnya ianya tidak berlaku sebagaimana yang diperkatakan Teori itu.. Tetapi ianya boleh diguna pakai dalam hal suasana politik di Malaysia ini.

Akibat kesilapan seorang pemimpin dalam menyusunatur AJK-AJK lantikannya yang terdiri dari orang-orang yang tidak dikenali oleh hampir kesemua AJK yang telah menang dalam pemilihan, tanpa mengambil kira perasaan AJK-AJK yang telah menang dalam pemilihan baru-baru ini hingga menyebabkan sebahagian dari mereka kecewa dengan tindakkannya itu.Kecewa kerana kemenangan mereka itu dirasakan tidak dihormati..


Gelombang yang melanda bermula dengan seorang yang telah meletakkan kesemua jawatannya samada didalam parti atau kerajaan negeri, kemudiannya diikuti oleh seorang lagi yang turut meletakkan jawatannya juga melibatkan parti dan kerajaan negeri, kemudiannya muncul seorang lagi turut meletakkan jawatannya didalam parti.. dan dijangka akan ada lagi yang akan turut meletakkan jawatan..dan lagi.. dan lagi hingga kemungkinan mencecah angka 11 orang semuanya..

Apakah ada tangan yang mampu menghalang gelombang yang telah tercetus ini dari bertukar menjadi ombak ganas yang akan menumbangkan sebuah Parti yang kini berbangga dengan status tidak pernah kalahnya itu di kawasan itu?

Atau akan dibiarkan saja gelombang itu merebak dan berakhir begitu saja.. yang pasti jika tidak dihalang.. Kubu Kuat akan bertukar menjadi KUBUR!!!


Saya tidak mungkin bersama dia (tunang) lagi - Rozaliya

on

Misteri kehilangan bakal pengantin yang dijangka berkahwin 12 November ini, Rozaliya Mat Lazim, 20, akhirnya terungkai apabila dia ditemui bekerja di sebuah kedai serbaneka di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur petang semalam.

Gadis itu bekerja di situ sejak dua hari lalu dan menyewa rumah bersama beberapa rakan berhampiran kawasan Bukit Bintang.

Sebaik sahaja polis Kuantan menerima maklumat awam mengenai kehadirannya di kedai itu, mereka menghantar beberapa orang anggota untuk menahan gadis itu dan membawanya pulang ke Kuantan malam tadi.

Rozaliya memberitahu Kosmo!: “Saya tidak mungkin bersama dia lagi (tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Noor). Saya ingin bina hidup baru, apa yang sudah berlaku biarlah berlalu.’’

Gadis yang berasal dari Kemaman, Terengganu itu kini mahu menenangkan fikiran dan tidak berhasrat memikirkan mengenai majlis perkahwinannya yang telah sedia diatur pada 12 November ini.

“Kalau diberi peluang jumpa tunang pun saya tidak mahu.

Hati saya sudah tertutup,’’ katanya.

Rozaliya mengakui perhubungannya dengan Mohd. Helmi begitu singkat dan terburu-buru.

“Saya hanya kenal dia kira-kira empat bulan dan terus bertunang sebelum merancang untuk berkahwin,’’ katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan malam tadi memberitahu, ketika ditemui, Rozaliya tidak lari sebaliknya bersetuju untuk dibawa pulang.

“Kes ini tiada unsur jenayah dan kepada kami, siasatan telah selesai,’’ ujarnya.

Ditanya kaitan dua khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima oleh Mohd. Helmi pada hari kehilangan Rozaliya yang berbunyi: ‘Ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’: beliau menjelaskan, ia mungkin rekaan gadis itu.

Katanya, Rozaliya sendiri mengaku menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur seorang diri pada hari kejadian.

Isnin lalu, akhbar melaporkan kehilangan Rozaliya semasa keluar membeli barang keperluan perkahwinan di Kuantan pada 13 Oktober.

Sementara itu, bapa mangsa, Mat Lazim Mat Ismail, 52, lega melihat anaknya selamat dan akan berbincang dengan keluarga bagi menentukan sama ada perkahwinan yang dirancang pada 12 November ini akan diteruskan.

Menurut Mat Lazim, Rozaliya mengenali Mohd. Helmi selama empat bulan sebelum mengikat tali pertunangan selama setahun.

“Bagaimanapun, selepas Rozaliya mengenali hati budi Helmi, dia sudah berubah sikap,’’ jelasnya.

Mat Lazim mendakwa, sikap Helmi yang pemarah, mengongkong dan sukar diajak ke mana-mana tidak disenangi oleh anaknya itu - Kosmo

APAKAH KHAIRY MENDESAK NAJIB.......???

on

Saya kurang pasti apakah niat sebenar kenyataan Khairy Jamaluddin di bawah ini? Apakah beliau mendesak DS Najib agar memberikannya jawatan kabinet? Peluang apa yang dimaksudkan oleh Khairy dalam ucapannya itu? Dan apakah maksud tanggungjawab yang lebih besar harus diberikan kepada Pemuda UMNO? Khairy banyak bermain dengan retorik bahasa yang memualkan. Saya ingin mengingatkan Pemuda UMNO, agar tidak terlalu berbangga dengan angka dan jumlah ahli yang telah didaftarnya - yang penting sudahkan semua ahli UMNO yang baru itu berdaftar sebagai pengundi?

Jika belum, sia-sia sahaja usaha Pemuda mendaftarkan mereka sebagai ahli UMNO. Khairy berkata tentang peluang dan tanggungjawab - soalnya sudahkah beliau memberi peluang kepada para penyokong Mukhriz dan Khair Toyo untuk memegang jawatan dalam barisan EXCO Pemudanya? Jika belum, rasanya tidak perlulah beliau meminta Presiden Parti memberi peluang dan tanggungjawab yang lebih kepadanya. Wallahualam.

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Golongan muda perlu diberi banyak peluang dalam parti dengan memegang dan memikul tanggungjawab lebih besar jika mahu melihat mereka sebagai pewaris untuk memperjuang dan membela nasib orang Melayu pada masa depan.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, meskipun rata-rata generasi muda menerima corak kepimpinan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak, masih ada lagi pihak dalam parti sendiri yang masih ragu dengan kredibiliti mereka. Katanya, golongan tersebut amat berharap agar kepimpinan parti bersikap lebih terbuka kepada Pemuda UMNO.

“Namun, keterbukaan sama masih belum ditarikan oleh semua di mana masih ramai yang ragu-ragu dan takut untuk membuka ruang penyertaan lebih luas kepada orang muda. “Anggaplah kami sebagai harapan dan bukan ancaman, berikanlah juga kami peluang dan kepercayaan, upayakanlah kami untuk memegang dan menggalas tanggungjawab lebih berat.
“Saya percaya, Pemuda UMNO hari ini bukan golongan yang mengejar jawatan, gila kuasa, tamak projek tetapi kami pendokong harapan, pembela nusa, pencetus semangat, satria setia,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Menurutnya, senario politik semasa adalah berteraskan pemikiran dan idea yang bertunjangkan ilmu, bukan bergantung pada kuasa eksekutif semata-mata. “Anak-anak muda sekarang lebih gemar disajikan dengan pilihan politik yang menguji daya pemikiran mereka.

“Penyebaran maklumat melalui media sosial seperti Facebook dan Twitter sudah menjadi alternatif pilihan kepada media massa tradisi. “Pemikiran golongan muda dibentuk bukan melalui kenyataan atau ulasan menteri dalam Buletin Utama TV3 atau Warta Perdana TV1 tetapi melalui apa yang mereka lihat dan dengar dalam YouTube yang tidak boleh dikawal atau dipengaruhi,” ujarnya.

Justeru, beliau memberitahu, usaha mendampingi mereka juga mesti melalui pendekatan berpaksikan pemikiran dan pandangan yang lebih kritis dari era dahulu. Jelas beliau, golongan tersebut tidak boleh disumbat dengan propaganda berat sebelah, sebaliknya UMNO perlu mengamalkan budaya inklusif yang menghargai penyertaan belia dan remaja, bukan lagi budaya politik dari atas ke bawah. Beliau menambah, pergerakan itu merupakan penyumbang keahlian baru terbesar kepada parti dengan pertambahan seramai 41,663 orang yang membentuk 43 peratus daripada keseluruhan ahli baru.

Compare LibDem to PKR.....???

on



The LibDem Party President's role is to chair the Federal Executive Committee, to be a spokesperson for the party membership, and to represent the members' views to the party leadership. This is a separate function to the Party Leader, Nick Clegg, who is currently Britain’s Deputy Prime Minister.
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
I received a letter in the post today. It was from my party, the Liberal Democrats, which I had joined before the recent UK general elections.
You see; our party is having its party election, almost the same time as PKR. But we are just choosing our next party president, who serves for only four years. We do not do silly things like also choose a deputy president, three or seven vice presidents, the youth leader, the women’s wing leader, the supreme council members, the youth and women's wing EXCO members, and all that other nonsense.
And, just like PKR, all party members of the LibDem may vote. And we receive the ballot papers, together with a two-page leaflet about both candidates, through the post. There is no mad scramble to see who can receive the most number of nominations.
There are no press statements, slandering, name-calling, back-stabbing, cursing, smearing, swearing, ranting, raving, punch-ups, bar-room brawls, breaking of heads, hundreds of police reports, and whatnot -- like we see in PKR. Everything is done in a very civilised and matured manner. It’s quite boring, actually.
Now do you know why I am a member of LibDem? I am too cultured to be a member of an uncivilised party that fights each other instead of the enemy.   Baca Seterusnya

Laporan Perbicaraan Kes Liwat II Anwar Ibrahim di IPU.....???

on


Laporan ini mengandungi keseluruhan skop berkaitan permulaan karier politik Anwar, bagaimana dia dipenjara dan dibebaskan pada 2 September 2004, kemenangan besar dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 dan bagaimana pertuduhan kedua kes liwat serta konspirasi di sebalik apa yang berlaku. (Dalam Bahasa Inggeris)

Untuk melihat keseluruhan laporan 24 mukasurat ini dalam bentuk PDF, sila klik pautan di bawah.

ROZALIYA DI TEMUI DI BUKIT BINTANG KL........???

on


Rozaliya Mat Lazim, 20, gadis yang dilapor hilang selepas keluar bersama tunangnya untuk membeli barangan perkahwinan di sini 13 Oktober lepas ditemui di kawasan Bukit Bintang di ibu negara, Rabu. Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner 

(ACP)Mohd Jasmani Yusoff berkata Rozaliya dibawa pulang oleh anggota polis yang mendapat maklumat mengenai lokasi gadis itu dan diserahkan kepada keluarganya. Beliau berkata berdasarkan siasatan, polis mendapati wanita itu ke Kuala Lumpur bersendirian dengan menaiki bas tanpa paksaan daripada pihak lain dan tindakan Rozaliya melarikan diri itu berpunca daripada masalah keluarga. 

"Rozaliya juga sempat bekerja selama dua hari di Bukit Bintang dan hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kes itu. Kes ini dianggap selesai,"katanya. Rozaliya yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 12 November ini dilapor hilang ketika keluar membeli barangan persiapan perkahwinannya di sini, Rabu lepas.


 Rozaliya yang berasal dari Bandar Baru Cheneh, Kemaman keluar bersama tunangnya Mohd Hilmi Mohd Nor, 24, yang menjemput gadis itu di rumahnya kira-kira pukul 11 pagi dan dia dilapor hilang selepas menghantar SMS kepada tunangnya di sebuah pasar raya di sini. Mohd Jasmani berkata bertindak atas laporan polis mengenai kehilangan gadis itu yang dibuat pada pukul 10.41 malam Rabu lepas, polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan Rozaliya.

Hasil laporan media dan gambar yang dikeluarkan, polis menerima panggilan daripada orang ramai pada pukul 12 tengah hari tadi yangmemaklumkan gadis itu berada di Bukit Bintang, katanya. Beliau berkata Rozaliya tiba di Kuantan kira-kira pukul 8 malam ini dan disambut oleh saudara mara dan keluarga tunangnya, Mohd Hilmi Mohd Nor. Ayah Rozaliya, Mat Lazim Mat Ismail, 52, berkata dia amat gembira dan lega dengan kepulangan anaknya itu dan akan mengadakan majlis kesyukuran.



[Satu tindakan bodoh yang akhirnya memalukan diri sendiri. Ternyata Rozaliya seolah-olah sengaja ingin mencari publisiti murahan. Banyangkan dengan imej bertudung litup beliau sanggup menukar segalanya selepas beberapa hari bekerja di Kuala Lumpur. Inilah yang akan menyebabkan ramai anak gadis Melayu itu hancur akhirnya bila sudah berada di ibu kota. Senario ini memang sudah lama diketahui, cuma jalan penyelesaiannya sengaja tidak ditemui oleh pihak yang berkenaan. Kes beliau ini harus dijadikan tauladan oleh semua pihak terutamanya yang mempunyai anak gadis sebaya dengan beliau ini. Apa yang berlaku terhadap beliau ini perlulah dijadiakan ikhtibar agar ia tidak menganggau orang lain pula selepas ini. Siap Rozaliya yang tergamak membuka aurat selepas bekerja di Kuala Lumpur amatlah dikesali. Begitu cepat beliau berubah sedangkan kesnya kini semakin panas].

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List