Galas: 69.88 peratus keluar mengundi

on Nov 4, 2010



4.28pm Setakat jam 4 petang, sebanyak 8,073 telah keluar mengundi. Jumlah ini mewakili 69.88 peratus.

3.57pm Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, PAS mendapat petunjuk yang baik berkaitan peluangnya untuk memenangi pilihan raya itu.

Bercakap dalam satu sidang media, Abdul Halim berkata, andaian itu berdasarkan maklumat yang diperolehinya bahawa lebih 95 peratus pengundi luar didapati pulang ke kawasan untuk mengundi.

3.27pm Setakat jam 3 petang, sebanyak 66.23 peratus telah keluar mengundi.

2.15pm Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 2 petang ialah 61.39 peratus atau 7,092 orang. 

Peratusan ini tidak termasuk lima kawasan Orang Asli.

1.45pm Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 1 tengahari tadi ialah 55.75 peratus atau 6,441 orang.

'Budak sekolah balik rumah'

NONE
1.26pm Pada jam 12,30 tadi, kelihatan barisan panjang di bilik operasi BN di Bukit Cekati. Kira-kira 300 orang beratur selepas mengundi untuk mendapatkan RM250.

1.16pm Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Wan Ahmad Wan Omar berkata pemilihdibenarkan memasuki pusat pengundian dengan memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia.

12.27pm Sehingga jam 12, peratus keluar mengundi sebanyak 49.61 peratus. Seramai 5,732 orang telah mengundi.

11.57am Perang mulut masih berterusan di antara penyokong PAS dan BN di luar pusat mengundi SK Seri Wangi.

NONE
"Budak sekolah, budak universiti balik ke rumah," laung seorang penyokong BN yang memakai tudung merah jambu.

Ini disahut dengan, "budak tak sekolah balik ke rumah," daripada penyokong PAS.

Pemandu yang lalu lalang di kawasan berkenaan terpaksa memperlahankan kenderaan masing-masing ketika melalui kawasan berkenaan memandangkan keadaan jalannya yang menjadi sempit.

Langit cerah, helikopter berlegar

11.27am Di pusat pengundian Bandar Baru di Sekolah Menengah Kebangsaan Indra Petra, kelihatan helikopter polis berlegar-legar di langit yang mulai cerah.

Keadaan tenang. Penyokong PAS mula berselawat dan penyokong BN mencari tempat berteduh daripada panas matahari.

Di SK Lepan Jaya, pusat pengundian bagi LepanTupai keadaan hampir sama.

11.35pm Sehingga 11 pagi, jumlah keluar mengundi di Galas sebanyak 4,589 orang atau 39.72 peratus (tidak termasuk enam kawasan Orang Asli).

NONE
10.55am Pengerusi MCA Kelantan Dr Ng Yen Yen berkata beliau yakin kejayaan akan memihak kepada BN kerana rakyat tempatan mahukan perubahan.

"Mereka mahu kemajuan dan mereka mahu konsep 1Malaysia menjadi kenyataan," kata Ng kepada pemberita di luar SK Gua Musang di Bandar Lama Gua Musang, kawasan campuran Melayu dan Cina.

10.55am Setakat 10 pagi, peratusan keluar mengundi sebanyak 24.02% (2775), tidak termasuk 6 kawasan Orang Asli.

Gear 2 naik bukit

10.15am Pemilih terpaksa berjalan 300 meter mendaki jalan yang curam ke pusat pengundian.

Ramai mengadu keletihan, terutamanya wanita mengandung dengan anak kecil dalam dukungan untuk berjalan ke SK Sri Wangi.

"Rehatlah dulu, sekejap lagi nak masuk gear dua," keluh mereka.

NONE
10.14am Di Sg Terah, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Md Isa tiba, bersalaman dan kelihatan berseloroh dengan Ahmad Maslan.

"Pertandingan persahabatan," kata Ahmad.

10.03am Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata selain insiden di SM Tengku Indera Putra, suasana tenang di tempat lain.

Ahli parlimen pontian itu berkata penyokong BN mengalami kececeraan ringan.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Ahmad berkata, kedua-dua pihak telah bersalaman dan berbaik semula selepas kejadian itu.

Mustapha: Penyokong dia nampak lebih ramai

10.02am Menurut seorang pegawai SPR, sehingga jam 9.50, peratus keluar mengundi di Sg Terah hampir 300 orang daripada 1,912 orang yang layak mengundi. 

Beliau menjangkakan 400 akan turun menjelang jam 11.

NONE
9.49am Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed berkata proses membuang undi hari ini bermula perlahan.

"Tapi kita tengoklah nanti," katanya ringkas ketika ditemui di luar SK Seri Wangi.

"Penyokong dia (PAS) nampak lebih ramai dekat sini," katanya lagi ketika meninjau kumpulan penyokong berkenaan.

Beliau juga berkata, jalan utama di simpang yang menghala ke sekolah berkenaan juga terlalu sempit.

9.51am Setakat jam 9 pagi, peratusan keluar mengundi di Galas sebanyak 9.93 peratus. Sebanyak 1147 telah membuang undi. Ini tidak termasuk di enam kawasan orang asli.

Hadang dengan Landrover
9.18am Lebih seratus orang telah membuang undi di SRJKC Gua Musang sejak peti undi itu dibuka sejam lalu.

Sedikit ketegangan berlaku berhampiran SK Gua Musang, di Bandar Lama (kawasan campuran) apabila penyokong PAS melintas kawasannya, mengundang kemarahan penyokong Umno.

Polis menggunakan Landrover sebagai penghadang kepada dua kumpulan yang rancak berperang mulut.

SK Gua Musang, kawasan tumpuan, 600 orang daripada PAS dan BN berkumpul sejak pagi.

8.45am Nik Aziz dan calon PAS Zulkefli menghabiskan kira-kira 10 minit di SRJKC. Ramai mengambil kesempatan bergambar dengannya. Pengarah Strategik PKR turut tiba lima minit kemudian.

NONE
8.41am Di kubu kuat PAS di Sg Terah, kelihatan kira-kira 400 penyokong parti itu berbanding hanya 50 berbanding BN. Kelihatan Pengerusi Umno negeri Mustapha Mohamad berlegar sekitar kawasan penyokong BN.

'Penimbang lama' lawan 1Malaysia

8.35am Penyokong PAS kelihatan jauh melebihi penyokong BN di sepanjang jalan menuju SK Sri Wangi.

Mereka mengejek penyokong BN yang agak senyap sebagai 'penimbang lama'.

Sementara itu, kelihatan beberapa pemilih memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia di SK Gua Musang dan SRJKC Gua Musang.

NONE
8.26am Seorang penyokong PAS berpakaian Briged Muslimat menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan kuat kepada SPR dengan mendakwa tidak membenarkan petugas Pakatan Rakyat memasuki kawasan yang ditutup sekitar SMK Agama di Taman Mawar.

8.25am Calon PAS Zulkefli meluangkan kira-kira 10 minit bertegur sapa dengan pemilih, pegawai polis dan kakitangan pilihan raya.

NONE
Beliau meninggalkan tempat itu dengan laungan takbir daripada penyokong PAS.

Perang mulut berlaku antara kedua-dua penyokong menyebabkan polis dan pegawai SPR menjarakkan lagi kedudukan penyokong bagi mengelakkan sebarang insiden tercetus. 

Pagi mendung 

8.15am Di SK Gua Musang - salah satu pusat pengundian di Kampung Baru Gua Musang - penyokong PAS yang berkumpul kelihatan memakai baju bertulis 'PAS for All, manakala penyokong Umno pula membawa poster bertulis 'PAS Penipu'.

azlan
8.02am Cuaca di Galas sedikit mendung. Bagaimanapun, tiada hujan lebat seperti malam tadi.

Di pusat pengundian SK Tengku Muhammad Fakhry Petra, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad tiba diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Zulkefli ditentang calon BN Abdul Aziz Yusof dalan pertembungan satu lawan satu.

Zulkefli menggalas beban berat di DUN itu ekoran Galas merupakan antara kubu kuat Umno yang berjaya ditawan PAS dalam pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun, kejayaan dalam pilihan raya ini tidak akan memberikan sebarang kesan terhadap kawalan PAS di DUN. Parti itu kini menguasai 38 daripada 45 kerusi di Kelantan. 

Manakala sekutunya PKR mendapat satu dan Umno sebanyak enam.

Dun Galas : Habuan Pilihanraya.... Ratusan Lagi Beratur Untuk RM250.

on









Barisan panjang kelihatan di bilik operasi BN di Bukit Cekati, Gua Musang, di mana kira-kira 300 orang beratur selepas mengundi.

Kira-kira 12.30 tengah hari tadi, orang ramai kelihatan mendaftar di kaunter sebelum masuk ke dalam sebuah bilik secara bergilir. 


Mereka kemudian kelihatan memegang sepucuk sampul coklat. 



Semakan mendapati jumlahnya bernilai RM250.



Pengarah Pilihan Raya BN Tengku Razaleigh Hamzah bagaimanapun ketika ditemui pemberita enggan memberikan sebarang komen tentang apa sebenarnya yang berlaku.



Insiden ini adalah yang pertama dilihat berlaku di Galas sepanjang proses pengundian di Galas hari ini.



Bukit Cekati, sebuah kawasan majoriti Melayu terletak bawah pusat pengundian Batu Papan.



Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dan calon BN Abdul Aziz Yusof.




76.23 Peratus Sudah Mengundi



3.27pm Setakat jam 3 petang, sebanyak 76.23 peratus telah keluar mengundi.


2.15pm Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 2 petang ialah 61.39 peratus atau 7,092 orang. 



Peratusan ini tidak termasuk lima kawasan Orang Asli.

Terkini: Info Pilihan Raya Kecil Batu Sapi & Galas

on






SPR Tetap Gunakan Helikopter Angkut Peti Undi
GUA MUSANG [3.43 pm] - Empat pusat pengundian di kawasan pedalaman bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galasditutup pada 1 tengah hari tadi kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Empat pusat pengundian yang ditutup itu ialah Pos Belatim, Pos Hau, Pos Bihai dan Pos Balar atas faktor kesemua kertas undi di kawasan itu perlu dibawa keluar menggunakan helikopter. Menurut SPR seramai 924 penduduk Orang Asli menjadi pengundi berdaftar di empat kawasan itu. Kesemua peti undi itu dihantar ke pusat pengumpulan peti undi dan penjumlahan undi yang terletak di Dewan Sivik Gua Musang di sini. Helikopter dipercayai tiba pada 2 petang tadi.

Galas: SPR Kesal Penyokong Luar Buat Provokasi

GUA MUSANG [3.30 pm] - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar meluahkan rasa kesal dengan kekecohan yang berlaku ketika proses pembuangan undi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bermula pagi ini. Beliau berkata, berdasarkan laporan awal, kekecohan berpunca daripada provokasi melampau oleh ‘orang luar’ yang menyokong kedua-dua parti bertanding. "Kekecohan berkenaan bukanlah dicetuskan oleh penduduk tempatan sebaliknya melibatkan penyokong dari luar yang saya rasa mereka ini tidak memahami budaya tempatan. "Mereka tidak ada perasaan malu kepada penduduk tempatan. Inilah akibatnya... semua nak tunjukkan kekuatan,” katanya

Peratusan Keluar Mengundi Kini Mula Bertambah

KUALA LUMPUR [3.30 pm] - Seramai 4,589 pengundi atau 39.72 peratus telah menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas setakat 12 tengah hari tadi. Sementara itu menurut Suruhanjaya Pilihan Raya di Batu Sapi, 9,261 pemilih atau 36.2 peratus telah keluar mengundi bagi Parlimen Batu Sapi setakat 12 tengah hari tadi.

Pengundian Di Batu Sapi, Galas Bermula Perlahan

SANDAKAN [2.30 pm] - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, proses pengundian dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi dan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas agak “perlahan” dalam tempoh satu jam pertama. Sehingga pukul 9 pagi tadi hanya 14.68 peratus atau 3,756 pemilih di Batu Sapi, manakala 9.93 peratus atau 1,147 pemilih di Galas telah keluar mengundi, katanya. Bagaimanapun katanya, beliau berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian setakat ini dan berharap jumlah mereka yang keluar mengundi meningkat pada tengah hari dan petang. Seramai 24,047 pemilih biasa layak mengundi di Batu Sapi, manakala pengundian secara pos diadakan pada Selasa dan semalam. Galas pula mempunyai 11,553 pengundi berdaftar. Keputusan kedua-dua pilihan raya kecil itu dijangka diumumkan seawal 8 malam ini.
PDO

Terkini! Galas: Tumpuan Kini Kepada Undi Orang Asal.......!!!

on

Empat pusat pengundian di kawasan pedalaman bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas ditutup pada 1 tengah hari ini, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Setakat 1 tengah hari, seramai 55.75 peratus atau 6,441 orang telah selesai mengundi.

Pengundian bermula pukul 8 pagi tadi.

Empat pusat pengundian yang ditutup itu ialah Pos Belatim, Pos Hau, Pos Bihai dan Pos Balar atas faktor kesemua kertas undi di kawasan itu perlu dibawa keluar menggunakan helikopter.

Menurut SPR seramai 924 penduduk Orang Asli menjadi pengundi berdaftar di empat kawasan itu.

Kesemua peti undi itu dihantar ke pusat pengumpulan peti undi dan penjumlahan undi yang terletak di Dewan Sivik Gua Musang di sini. Helikopter dijangka tiba pada 2 petang ini.

Keputusan pilihan raya kecil itu dijangka diumumkan pada 8 malam ini.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PAS, Che Hashim Sulaima, 46, pada 27 September akibat barah usus.

Pertandingan di DUN Galas membabitkan calon Barisan Nasional Abdul Aziz Yusoff dan calon PAS Dr Zulkefli Mohamed.

DUN Galas mempunyai 11,553 pengundi berdaftar.

Pandangan Luar Pas Sudah Atasi UBN Di Galas......???

on

PEMERHATIAN umum meletakkan dari segi moral, semangat dan sokongan Pas telah mengatasi BN di Galas. Boleh dikata di semua 12 saluran pengundian, Pas mendominasi dengan kehadiran jumlah penyokong dan perayu undi yang ramai.

Hanya di beberapa pusat pengudian saja kelihatan jumlah penyokong sama ramai. Ketika ini bandar Gua Musang dilaporkan telah sesak teruk. Ini berikutan kenderaan luar dipercayai pengundi luar sudah dibawa masuk ke Gua Musang.

Sementara menurut seorang Adun Pas yang bertanggungjawab mengawal sebuah pusat pengundian ramai anak-anak muda yang balik mengundi mendatangi ke pejabat Pas untuk mengambil wang perbelanjaan. Tawaran yang dibuat oleh Pengarah Pilihan Raya Pas untuk pilihan raya kecil itu, Abdul Halim Abdul Rahman untuk membiayai perbelanjaan menjadi tarikan. Halim menawarkan RM200 untuk penmgundi di Kuala Lumpur dan RM250 untuk pengundi di Johor.

Kira-kira 1,200 pengundi yang dikenal pasti berada diluar dan dipercayai Pas menguasai lebih 50%.

"Ada yang datang berseluar jens dan rambut gendrong dan jika dilihat kepada air muka mereka mengundi Pas," kata Adun berkenaan.

Mereka datang menuntut wang perbelanjaan itu sesudah mereka selesai menunaikan kewajiban.

Tuntutan wang tambang pulang mengundi bukan saja di pihak Pas tetapi UBN juga menyediakan peruntukan sama tetapi tidak diketahui berapa jumlahnya. Mana-mana pengundi yang tergamak mengambil kesempatan dipercayai tuntutan akan diperolehi sehingga RM500 sekiranya mereka menyengat di kedua-dua parti.
MSO

Gambar Gambar Dari Galas

on

Depa pun minat juga nak bergambar dengan TG Nik Aziz..
































PRK Galas: BN diramal menang dengan majoriti 2,300 undi.......???

on

GUA MUSANG: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pahang meramalkan Barisan Nasional (BN) akan merampas kembali Galas dari PAS dengan majoriti 2,300 undi.

Dalam ramalannya, Mohd Ariff Sabri Aziz berkata biar sesiapa pun yang menang di Galas, ia merupakan "kemenangan bagi PAS".

"Dengan menyamar diri, saya mendengar perbualan di kalangan orang-orang PAS di sini dan agak menyakinkan. Mereka kata jika Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) menang, ia juga dilihat sebagai kemenangan buat PAS," kata bekas Adun Pulau Manis itu.

Beliau berkata, para penyokong PAS melihat Ku Li sebagai seorang yang bersimpati dengan aspirasi rakyat Kelantan. Mereka percaya Ku Li tidak berkira sangat dengan orang PAS. Beliau dilihat sebagai salah seorang daripada mereka.

Ini bermakna PAS akan kehilangan sebahagian daripada para penyokongnya kepada BN pada hari pengundian yang dijadualkan berlangsung esok.

Galas bekas kubu kuat BN

Galas mempunyai 11,553 pengundi, di mana mereka harus memilih di antara Abdul Aziz Yusof dari Umno atau Dr Zulkefli Mohamad dari PAS.

Dalam pilihan raya umum 2008, PAS memecah kubu kuat BN di Galas dan merampas kerusi itu dengan majoriti 646 undi, kebanyakan undi datang dari Sungai Terah, kubu kuat PAS.

"Tapi pada masa itu, beberapa isu telah dapat diatasi. Isu terbesar pada masa itu ialah perumahan.

Kali ini, masalah perumahan sebahagian besarnya diselesaikan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak yang mengumumkan pembinaan sebanyak 1,500 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Orang Cina dan India akan menerima 750 unit rumah dan selebihnya untuk orang-orang Melayu.

Isu sekolah Cina di Desa Pulai sudah pun ditangani. Mulai sekarang, sekolah itu akan menerima peruntukan kewangan dari kerajaan pusat.

Harta warisan

Untuk masyarakat India di Desa Pulai dengan patung berusia 600 tahun diklasifikasikan sebagai harta warisan, akan menerima peruntukan kewangan dari kerajaan persekutuan," katanya dalam blog sakmongkolAK47.

Mohd Ariff, yang pernah menjadi Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan, kawasan Najib, yakin dengan ramalannya dengan menyatakan bahawa beliau hanya pernah silap sekali sahaja dalam ramalan berhubung keputusan pilihan raya kecil.

"Ramalan itu berhubung keputusan pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor. Pada masa itu, saya meramalkan Zaid Ibrahim akan menang tetapi sebaliknya BN yang menang."

Bagaimanapun ramalan beliau ini tidak menepati pendapat ramai yang merasakan kedua-dua pihak mempunyai peluang 50-50 untuk menang.

Di Galas terdapat seramai 11,553 pengundi berdaftar dengan 127 pengundi pos. Berdasarkan pecahan kaum, terdapat 7,125 Melayu, 2,317 Cina dan 1,889 Orang Asli dan 185 India. Masyarakat Thai di sekitar 10 orang.

Ujar beliau, "saya yakin majoriti masyarakat Cina akan mengundi BN, sekurang-kurang 65% atau 1,500 pengundi. Besar kemungkinan masyarakat India akan mengundi BN, pada sekitar 160 undi.

55% Melayu akan undi BN

"Buat masa ini di sekitar 55% Melayu akan mengundi BN, iaitu 3,900 undi. Kebanyakan Orang Asli, sekurang-kurangnya 75% akan mengundi BN kerana mereka melihat Ku Li sebagai seorang ahli politik yang ikhlas. Ini melibatkan 1,400 undi," tambahnya.

Beliau berkata secara keseluruhannya, BN akan mendapat di sekitar 6,960 undi manakala PAS akan mendapat di sekitar 4,500 undi.

"Berdasarkan pengiraan saya, BN akan memenangi pilihan raya ini dengan majoriti di sekitar 2,300 hingga 2,400 undi," katanya.

Beliau mengunjurkan majoriti 2,000 undi datang dari "Melayu bandar" di sekitar Bandar Baru Gua Musang di Taman Wangi dan penjawat awam.

"Ini termasuk ahli-ahli Umno sendiri yang dahulunya menyokong PAS pada pilihan raya umum 2008," katanya.

Terkini! Proses Pengundian Setakat Jam 12 Tengah Hari!

on

Peratusan keluar mengundi di Galas pada pilihan raya kecil hari ini meningkat mendadak antara 9 hingga 10 pagi selepas agak ‘dingin’ sepanjang satu jam pertama.

Seramai 24.02 peratus ataupun 2,775 orang keluar mengundi sehingga pukul 10 pagi, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang maklumatnya dikeluarkan menerusi Jabatan Penerangan.


Bagaimanapun peratusan itu tidak mengambil kira status pusat pengundian Pos Brooke, Hendrop, Belatim, Balar, Bihai dan Ladoi - yang melibatkan masyarakat Orang Asli ekoran masalah komunikasi.

Dalam pada itu, di Batu Sapi seramai 23.05 peratus atau 5,897 orang keluar mengundi sehingga 10 pagi.

Hampir 10 peratus keluar mengundi di DUN Galas antara 8 dan 9 pagi tadi.

Mengikut maklumat SPR, seramai 9.93 peratus keluar mengundi di Gala sehingga 9 pagi.

Menurut SPR, seramai 14.68 peratus ataupun 3,756 orang telah keluar mengundi antara 8 dan 9 pagi di Batu Sapi.

Proses pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Galas di Gua Musang, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi di Sandakan, Sabah bermula sebaik sahaja pusat pengundian dibuka pada 8 pagi.

Pertandingan di DUN Galas membabitkan calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusoff dan calon PAS Dr Zulkefli Mohamed manakala di Batu Sapi pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin, Datuk Yong Teck Lee daripada Parti Maju Sabah (SAPP) dan Ansari Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Proses pengundian akan berakhir pada pukul 5 petang.

Di DUN Galas, pengundi sudah mula berbaris di pusat-pusat pengundian, dan antara mereka ialah pengundi Orang Asli yang tinggal sejauh sempadan Pahang-Kelantan di Lojing bersebelahan Cameron Highlands.

DUN Galas mempunyai 11,553 pengundi berdaftar. Penjumlahan undi akan dilakukan Pusat Sivik Gua Musang, di sini dan keputusan dijangka diumumkan pada 8 malam.

Sebanyak 13 pusat pengundian dibuka bagi pilihan raya kecil itu.

Sementara itu, bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, 10 pusat pengundian dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang, manakala dua lagi pusat pengundian masing-masing ditutup pada pukul 3 petang dan 4 petang.

Dua pusat pengundian itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Timbang yang mempunyai 984 pemilih dan ditutup pada 3 petang serta SK Segaliud dengan 785 pemilih dan ditutup pada 4 petang.

Seramai 24,047 pemilih biasa dijangka mengundi hari ini setelah pengundian pos diadakan pada Selasa dan semalam.

Sepuluh lagi pusat mengundi adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Sandakan, SK Gas, SMK Batu Sapi, SK Kampung Bahagia, SJK (C) Pei Ying, SK Bandar Sandakan, SJK (C) Cheng Min, SK Karamunting, SK Bandar Dua dan Perpustakaan Sandakan.

Batu Sapi mempunyai 25,582 pengundi, di mana 15,099 atau 59.02 peratus adalah Bumiputera Islam, 689 atau 2.69 peratus adalah Bumiputera bukan Islam, 9,737 atau 38.06 peratus ialah pengundi Cina dan 57 atau 0.22 pengundi kaum lain.


Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List