NASIB ANWAR IBRAHIM SELEPAS INI..........???

on Nov 8, 2010



Anwar Ibrahim. Siapa lagi yang akan pedulikan nasibnya selepas ini?

Mungkin hanya keluarga dan kroninya.

Sebilangan besar rakyat sudah benar-benar menyampah dengan kelaku buruk politik beliau yang ternyata bersifat diktator di dalam PKR.

Ini dikesani apabila beliau merupakan dalang utama yang mengaturkan orang-orang yang bertanding di dalam Pemilihan PKR untuk jawatan-jawatan utama parti.

Beliau yang sepatutnya bertindak berkecuali dan tidak berpihak gagal untuk melakukannya apabila telah beberapa kali menyerang secara terbuka bekas calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim yang bertanding menentang orang kesyangannya iaitu Azmin Ali.

Seandainya sebelum daripada ini ramai yang bersimpati dengan nasib Anwar kerana tidak diberikan keadilan di dalam mahkamah lewat kes liwatnya bersama Saiful, namun 
"ketidak-adilan" Anwar sendiri di dalam Pemilihan yang sedang berlansung sehinggakan menyebabkan Datuk Zaid menarik diri dan meletak semua jawatan dalam parti memusnahkan simpati rakyat terhadap beliau.

Malah sehingga hari ini, Anwar masih terus menghentam Datuk Zaid dengan tuduhannya menyatakan Zaid buat keputusan kerana telah tewas di Sabah. Menjelaskan kepada kita memang hati dan niat Anwar terlalu busuk terhadap Zaid.

"Apabila kita sendiri tidak adil, bagaimana mengharapkan keadilan tertegak di luar daripada lingkungan kita?" tanya seorang pengulas politik yang enggan mendedahkan identitinya.

Seorang pengunjung blog Kelab GB ini menulis di ruangan komennya di SINI. Petikan:



Anwar lupa diri dan lupa siapa yg mengerakkan reformasi. Anwar hanya memandang imej dan penampilan diri untuk jalan seiring dengannya. Maaf tapi ini hakikat. Anwar masih di ulit mimpi kerana terlalu di sanjung dan di beri terlalu banyak kuasa veto. Berapa ramai reformis yg terpinggir selepas Anwar keluar dari penjara walaupun reformis tidak pernah mengharapkan balasan namun jauh di hati mereka tuhan saja yg tahu. Tapi jiwa mereka kental, tetap bergerak demi keadilan untuk rakyat marhaen. Tidak dan tidak, perjuangan sekarang bukan kerana Anwar Ibrahim lagi setidak-tidaknya bukan keutamaan. Siapa Rahimi siapa Saiful siapa Rafizi? Mereka bukan reformis. Tiada siapa yg kenal mereka tapi mereka inilah berada di samping Anwar setelah di bebaskan. Anwar boleh bersangka baik tapi ada batasannya. Dan Anwar yg memasang jerat untuk dirinya sendiri. Rasanya memang perlu Anwar di hantar kembali ke penjara untuk dia menilai sendiri erti kesetian, persahabatan dan perjuangan. Siapa sahabat siapa musuh dalam selimut. Lupakan mimpi untuk jadi PM, bukan rezeki anda dan mungkin rezeki Nurul Izzah.


Kini Anwar sendiri yang memilih untuk mengenepikan orang-orang yang menyokongnya sebelum ini. Anwar sendiri yang memilih untuk bersikap tidak adil di dalam pemilihan. Anwar sendiri yang memilih untuk ke penjara semula. Anwar sendiri yang memilih jalannya ke neraka!

GB pernah menulis sebelum ini di SINI:
Dengan izin Allah,beberapa blogger yang tegak berdiri dengan kebenaran dan keadilan, akan "pancung" mereka yang menyebabkan kegagalan PR selepas ini tak kira besar mana pun pangkat kamu di dunia ini.

Jadi selepas ini Anwar bolehlah minta pertolongan dengan Azmin, Saifuddin, pengikut taksubnya dan beberapa kerat blogger yang menjilatnya selama ini.

GB telah banyak kali mengingat Anwar, tetapi beliau begitu, begitu juga. Tiada mahu lansung untuk berubah. Oleh itu jangan dikesal, jika selepas ini bebannya menjalar.

GB tak pernah menggunakan kaedah-kaedah keji seperti yang dilkukan para blogawan UMNO tetapi cukup dengan dalil-dalil aqli dan naqli.

GB dan blogger-blogger pejuang kebenaran dan keadilan akan tetap terus menggalas amanah bersama-sama mereka yang mahukan kebenaran dan keadilan tertegak di negara ini. Kami yakin tanpa Anwar pun kami boleh berjaya, mungkin lebih cemerlang lagi.

Tidak ada salah perjuangan PKR, yang bersalah ialah pimpinannya yang diketuai oleh ketua de faktonya bersama-sama apek-apek lempangnya.

GB pernah menulis komen GB di SINI yan menyebabkan ramai tersentak. Tulis GB:


nak suruh gb serang anwar lagi selepas ini? insyaAllah, dengan izin dan bantuanNya, mudah sangat bagi gb lakukan

Dan kita ingin bacakan lagi ayat-ayat ini berulangkali kepadanya:

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari kesalahan-kesalahanmu.” (QS. As Syura, 42 : 30)

Dan marilah kita berdoa beramai-ramai supaya kita sentiasa berada di dalam kebenaran dengan doa yang diajarkan oleh Nabi kita:

"Alahumma arinal haqqa haqqan, warnuqna tiba'ah
wa arinal bathila bathilan, warzuqnaj tinabah"


Ya Allah ya Tuhanku, tunjukkan kami kebenaran itu kebenaran dan pimpinlah kami ke arahnya dan tunjukkan kami kebatilan itu kebatilan dan pimpinlah kami untuk menjauhinya".




Ciplak Dari.....

INI LAH ANWAR........???

on

Undi telefon. Politik baru dalam PKR.




Dah agak dah. Dari mula aku dah tau, dan ramai yang tulis dalam komen…Anwar kena pastikan Azmin menang, dengan apa cara sekalipun. Dan Zaid kalah bukan kerana perubahan yang cuba dibawa..tapi kerana politik baru dalam PKR.
Kalau setakat nak lawan Azmin, Zaid boleh menang. Diperingkat awal pemilihan, Zaid bersaing hebat dengan Azmin dan Zaid tak risau kalah ketinggalan 1000 undi di Semenanjung kerana dia mempunyai kekuatan di Sabah. Tapi apa yang tak boleh diterima oleh Zaid ialah apabila Anwar mengambil alih jawatan Pengurus Kempen Azmin dari Zack Pahang.
Ini politik baru dalam PKR apabila Ketua Umum menjadi Pengurus Kempen kepada Calon Timbalan Presiden. Ia juga satu politik baru apabila Anwar menggunakan telefon untuk mengarahkan sesuatu keputusan. Dan Anwar juga menggunakan telefon untuk memberitahu Ketua-Ketua Cabang untuk memastikan undi mesti pergi kepada Azmin.
Diperingkat awal, Pengerusi JPP..Dr. Molly Cheah membuat beberapa keputusan, tetapi akhirnya dioveruled oleh Saifudin..hanya dengan panggilan telefon dari Anwar. Dr. Mansor ditentang oleh arwah Pak Tam..tapi akhirnya arwah Pak tam terpaksa menarik diri selepas mendapat telefon dari Anwar.
Semasa Pemilihan di Permatang Pauh, Azmin membelanjakan RM25,000 untuk memastikan 500 pengundi Permatang Pauh keluar untuk mengundinya. Dan dia marah apabila mereka yang keluar lebih rendah dari jangkaannya. Malah sehari sebelum Pemilihan, seorang AJK Permatang Pauh mendapat panggilan telefon dari Anwar yang memarahinya kerana berjumpa dengan orang Zaid. Fuh!! Zack Pahang gagal menjadi Pengurus Kempen untuk Azmin…tapi Anwar mengambil tempatnya.
Sebelum Pemilihan di Sabah bermula, Zaid ketinggalan 500 undi. Tapi itu bukan masalah besar, kerana Azmin bukan kuat sangat di Selangor..malah di Sabah dia mempunyai masalah. Tetapi PRK Batu Sapi digunakan untuk memastikan Azmin menang Timbalan Presiden…bukan PKR menang di Batu Sapi.
Anwar memastikan semua Ketua Cabang di Sabah mengikut telunjuknya. Dan tak susah memujuk Ketua-ketua Cabang di Sabah…dengan janji untuk menjadi Calon semasa Pilihanraya nanti, sudah cukup untuk mengubah sokongan mereka. Dan Anwar berjaya kerana dia yang memutuskan siapa yang akan menjadi calon…bukan Zaid.
Semalan sepatutnya Zaid turun ke Perak untuk berjumpa pengundi di Tg. Malim, Tapah dan Teluk Intan. Tapi pagi semalam, aku dapat sms bahawa semua program Zaid di Perak dibatalkan. Dan masa tu, aku dah agak. So, aku kata…if you want to withdraw, do it now.
2.30 pagi, aku dapat sms..”Zaid tarik diri.” Good!! I don’t have to get involved in this sham election anymore.! Cuma aku tak boleh nak umum untuk meletak semua jawatan aku…sebab aku tak ada jawatan.
Dan satu sejarah baru akan terukir. Timbalan Presiden PKR menang dengan undi telefon.

NAK KE PUTRAJAYA.....BOLEH KE......????

on

Rentetan tindakan Zaid, Mustaffa gesa pemilihan PKR ditangguh




KUALA LUMPUR, 8 Nov — Mustaffa Kamil Ayub, seorang lagi calon jawatan timbalan presiden PKR menegaskan, sudah sampai masanya proses pemilihan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangguhkan sementara segala kepincangan yang didakwa wujud diselesaikan sepenuhnya.
Sehubungan itu, Mustaffa yang juga naib presiden PKR berkata, beliau akan mengemukakan satu memorandum komprehensif mengenai isu-isu yang timbul sejak proses pemilihan pusat dimulakan 29 Oktober lalu kepada sekretariat parti untuk tindakan.

Bagaimanapun kata Mustaffa, sama ada beliau akan mengekori keputusan Datuk Zaid Ibrahim yang memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan nombor dua itu, bergantung pada tindakan diambil pucuk kepimpinan terhadap memorandum tersebut.
“Kita tengok dulu hasil tindakan berhubung memorandum (yang akan dihantar kepada sekretariat),” kata beliau kepada The Malaysian Insider mengenai tindakan Zaid yang diumumkan menerusi blognya awal pagi ini.

Mustaffa mengulas perkembangan yang menyelubungi proses pemilihan parti, antara lain Zaid meletakkan semua jawatan dalam PKR dan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden di sebalik siri dakwaan bahawa pemilihan dicemari kecacatan dan tidak dijalankan dengan adil.
Zaid berkata, beliau mengambil keputusan itu kerana tiada usaha di kalangan pucuk kepimpinan parti untuk menangani pelbagai isu manipulasi dan amalan-amalan pemilihan yang tidak adil meskipun isu-isu terbabit telah dibangkitkan berulang kali sebelum ini.

“Saya ingin mengumumkan keputusan saya menarik diri daripada sebagai salah seorang calon yang bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan kesemua jawatan yang dipegang dalam parti,” kata Zaid yang juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.
Zaid, bekas anggota Kabinet kerajaan pusat, menyertai PKR pertengahan tahun lalu. Beliau kini merupakan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan menganggotai Biro Politik.
Dalam saingan jawatan timbalan presiden, Zaid berhadapan dengan cabaran Azmin Ali, yang didakwa mendapat sokongan Anwar, dan Mustaffa.

Azmin dan Mustaffa masing-masing merupakan Pengerusi PKR Selangor dan Perak.
Selepas 87 cabang menyelesaikan proses pengundian sehingga semalam, Azmin berada jauh di depan dengan menguasai sebahagian besar undi dari Sabah.
Sambil berpendapat keputusan Zaid itu sebagai sesuatu yang tidak baik bagi parti, jelas Mustaffa, tindakan itu menunjukkan beliau sudah tidak yakin dengan proses pemilihan parti.
Mustaffa berkata, beliau mendengar beberapa kepincangan yang turut wujud ketika proses pemilihan pusat di Sabah kelmarin dan semalam.

“Sebagai contoh, saya mendengar ketika pemilihan cabang, yang keluar mengundi hanya sekitar 100 orang tetapi meningkat beratus ketika pemilihan pusat,” katanya.
The Malaysian Insider difahamkan ia merujuk kepada peratusan keluar mengundi yang begitu tinggi di cabang Sandakan dan Libaran.
“Bukan itu sahaja sebabnya (isu di Sabah), kemungkinan beliau (Zaid) ada sebab-sebab lain tersendiri,” kata Mustaffa lagi.

“Saya sedang menyediakan memorandum yang komprehensif, dengan sebab-sebab yang baik dan munasabah mengapa pemilihan ini perlu ditangguhkan,” kata beliau lagi.
“Saya sedang mengumpulkan bukti, fakta untuk menyediakan satu memorandum yang komprehensif mengenai pemilihan... sebagaimana saya katakan minggu lalu, pemilihan ini harus ditangguhkan buat sementara waktu,” kata Mustaffa.

Katanya, memorandum itu akan diserahkan kepada sekretariat parti sama ada esok ataupun Rabu ini.

MS : Sebagai orang biasa, yang tidak menyebelahi mana-mana pihak, beranggapan bahawa kejadian-kejadian sebegini sedikit sebanyak menghilangkan keyakinan pada kemampuan pihak-pihak berkenaan dalam megendalikan sesuatu isu. Cakap-cakap dan pandangan atau penafian orang dalam atau orang berkepentingan (pimpinan PKR) - yang orang ramai tidak pasti kesahihannya - kadang-kadang tidak boleh diterima.
Itu apa yang aku rasa. Korang mungkin berlainan. Subjektif.

ZAID IBRAHIM TARIK DIRI..........???

on

Anwar: Keputusan Zaid kerana kekalahan di Sabah.....???
Kalau Azmin, apa agak Anwar akan cakap.....???



Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Datuk Zaid Ibrahim mungkin telah membuat keputusannya untuk mengundurkan diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden parti itu berikutan prestasi yang mengecewakan pada pemilihan di Sabah pada hujung minggu lalu.

NONENamun beliau tidak mahu menglas lanjut status Zaid sehingga membaca apa yang ditulis oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu di blognya.

"Saya tidak mahu ulas lanjut hingga saya baca apa yang ditulis oleh Zaid kerana bimbang mungkin salah tafsirnya.”

Berhubung dakwaan Zaid, beliau menarik diri kerana PKR membenarkan penyelewengan dan penipuan pada pemilihan itu bagi mencapai tujuan mereka, Anwar berkata isu berkenaan telah ditangani oleh setiausaha agungnya, Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, Saifuddin telah menjelaskan secara panjang lebar berhubung dakwaan penipuan undi oleh penulis blog, Haris Ibrahim dengan menjelaskan bahawa kertas undi yang berlainan warna dikeluarkan setiap minggu.

"Saya sendiri tidak tahu (warna kertas undi itu). Ia langkah bijak oleh pihak parti,” katanya.

NONETurut mengiringi Anwar adalah presiden PKR yang juga adalah isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar berkata Zaid tetap mempunyai peranan dalam PKR di sebalik hasratnya untuk melepaskan semua jawatan dalam parti.

Beliau ditemui selepas memfailkan beberapa pindaan berhubung notis rayuan qazaf supaya pihak pendakwaan mengenakan tindakan ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Perebutan jawatan timbalan presiden PKR menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Zaid, dua naib presiden PKR - Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub.
Sabah, sebelum ini disebut sebagai kubu kuat Zaid bagi mendapatkan undi setelah ketinggalan hampir 700 undi pada minggu lalu.
azlanNamun perkara itu tidak menjadi kenyataan tetapi sebaliknya, selepas lebih satu pertiga daripada kira-kira 200 cabang PKR melangsungkan pemilihannya, Azmin terus mengungguli jawatan nombor dua dalam parti itu.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 87 cabang yang telah mengadakan pemilihannya, Azmin - di depan dengan majoriti 2,620 undi.

Beliau secara keseluruhan mendapat 6,525 undi, Zaid mendapat 3,905 manakala Mustaffa pula mendapat 1,215 undi. Sumber


Link Berkaitan :-

Dari Free Malaysia Today

Dari Warta 365

Dari Pahang Daily OnLine

YAPIM Dijadikan "Alat" Oleh Dato Mukhriz Mahathir......???

on

Sebelum saya memaparkan e-mail dari seorang sahabat saya yang mahu nama penuhnya tidak disiarkan, saya ingin tegaskan beberapa perkara. Pertama, saya bukan pengikut tegar YB Dato Mukhriz Mahathir (MM) mahupun YB Khairy Jamaluddin (KJ). Saya juga tidak pernah atau sedang menerima habuan atau elaun bulanan dengan bertujuan untuk mempertahankan satu pihak dan memburukkan satu pihak yang lain 24 jam sehari 7 hari seminggu. Saya pernah beberapa kali memberi kritikan pedas kepada KJ tetapi bukan bermakna saya membencinya secara individu. Sepatutnya kita membeci seseorang kerana tingkah lakunya dan bukan berdendam kerana individu itu sendiri. E-mail berkenaan berbunyi:
"Salam 1Malaysia,

Hari ini 6/11/2010 berlansungnya satu program anjuran Yayasan Pembangunan Insan Malaysia (YAPIM) dengan kerjasama Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO
Perak, seminar sehari yang diadakan di Bankuet Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang dirasmikan oleh YAB Dato Seri Zambry Abdul Kadir Menteri
Besar Perak yang juga merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak ini diberi nama "Kolokium UMNO Perak". Seminar yang bermula pada jam
9.00 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang ini di anggarkan mendapat penyertaan yang mengalakkan daripada ahli UMNO Perak yang terdiri daripada
Wanita, Pemuda dan Puteri.


Kolokium ini turut dihadiri oleh Pengerusi (YAPIM) iaitu YB Dato Seri Dr. Hilmi Yahaya ADUN Telok Bahang yang menyampaikan ucapan alu-aluan dan Dato Mukhriz Mahathir selaku Naib
Pengerusi (YAPIM).

Kolokium yang membincangkan dua tajuk iaitu "Survival Umat Melayu Islam" dan "Bangun Runtuhnya Tamaddun Besar Dunia" dimana ianya disampaikan oleh dua fasilitator iaitu YBhg. Kapt (B) Dr. Shamsudin Munir selaku Pengurus Operasi (YAPIM) manakala tajuk kedua disampaikan oleh Ustaz Mohd Fadzil bin Mohd Kasim dari Institut Latihan Islam Malaysia. Pada awalnya dilihat sesuatu
yang menarik untuk dikupas bersama perserta kolokium tersebut.

Sebaik ketibaaan YAB Dato Zambry Abdul Kadir, majlis ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti dengan lagu UMNO Bersatu, Bersedia Berkhidmat dan lagu rasmi UMNO Perak iaitu Bersatu, Berjasa Berbakti. Kolokium pada awalnya dilihat sempurna ini telah dicacatkan dengan tayangan
video ketika lagu keramat UMNO dinyanyikan. Sehingga menyebabkan beberapa
pemuda bertindak memulau seminar ini, mereka bertindak keluar dari dewan sebaik sahaja selesai proses perasmian oleh MB Perak. Dalam tayangan itu memaparkan wajah Dato Seri Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin selaku Timbalan Presiden UMNO, Dato Seri Shahrizat Abdul Jalil iaitu Ketua Wanita UMNO dan wajah Ketua Puteri UMNO Dato Rosnah Haji Rashid tetapi malang sekali wajah Ketua Pemuda UMNO Malaysia Sdr. Khairy Jamaluddin TIDAK DIPAPARKAN LANSUNG seolah-olah beliau bukan pemimpin utama barisan pemuda hari
ini, wajah ini digantikan dengan wajah-wajah Dato Mukhriz Mahathir serta aktiviti Pemuda
semasa proses Pemilihan UMNO 2008.


Satu persoalan yang ingin saya tanya kepada pihak terbabit, kenapa aktiviti pemilihan pemuda 2008 yang sudah 2 tahun berlalu dipaparkan di dalam tayangan video ketika lagu UMNO dimainkan? Di mana wajah Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia? jika mereka mengatakan wajah Dato Mukhriz
Mahathir dipaparkan disebabkan Khairy Jamaluddin tidak berada di dalam majlis tersebut kenapa wajah kesemua pemimpin UMNO lain dipaparkan? Adakah kerana Dato Mukhriz Mahathir adalah Naib Presiden (YAPIM) maka wajahnya perlu diberi keutamaan dan keistimewaan luar biasa oleh (YAPIM)?


Dari tindakan penganjur ini bagi saya seolah-olah wujud satu 'permainan' untuk memperlihatkan yang Khairy Jamaluddin tidak layak untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia sebaliknya hanya Dato Mukhriz Mahathir yang layak dan
patut memenangi pemilihan dulu. Melalui 'mesej' ini jelas yang cakap-cakap dikalangan pemuda ketika Perhimpunan Agung UMNO tempoh hari yang kononnya
golongan 'pro Mukhriz' masih wujud satu perasaan dendam terhadap Khairy Jamaluddin, mereka juga dikatakan giat menyusun langkah untuk melakukan 'pembunuhan karier' politik Khairy Jamaluddin dengan mempergiatkan cerita
buruk terhadap Khairy Jamaluddin, hal ini jelas dapat dilihat melalui beberapa blog terutama blogger dari Kedah.


Jika diteliti daripada dua tajuk yang dibawa dalam kolokium ini menunjukkan yang tujuan dan matlamat ianya diadakan adalah untuk menaikkan semangat
kemelayuan serta mengupas isu-isu yang berkaitan dengan Melayu serta Islam bersama peserta yang terdiri daripada ahli UMNO Perak, tetapi sebaliknya yang berlaku apabila pihak (YAPIM) dilihat menyelitkan dengan agenda
'menaikkan' bos mereka atau 'menakuk di kepala takuk'. Hal ini diakui sendiri oleh peserta sehingga ada dari kalangan mereka menyuarakan "program
apa ni?". Perkara ini timbul kerana mereka tidak mendapat sebarang input malah program ini juga dikatakan satu program "last minute". Kerana kebanyakkan peserta dipercayai diberitahu mengenai program ini dua hari
sebelum berlansungnya kolokium ini.


Bila perkara sebegini berlaku dalam sebuah seminar, maka amat benarlah dakwaan saya yang barisan pemuda hari ini masih ada yang mengamalkan amalan berpuak, mereka tidak bersatu di bawah nama Pemuda UMNO Malaysia. Kalau tidak masakan mereka sanggup 'meminggirkan' Ketua Pemuda yang menang melalui pemilihan yang sah sehingga sekarang? Mungkin mereka mengikut jejak
sesetengah televisyen atau suratkhabar yang dilihat 'agak berat' untuk menyiarkan cerita mengenai Khairy Jamaluddin.

Benarkah (YAPIM) dijadikan "alat" untuk menjayakan agenda Dato Mukhriz Mahathir untuk merebut kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia untuk pemilihan
yang akan datang? Ataupun (YAPIM) digunakan untuk menyatakan protes di atas
kekalahan pada tahun 2008? Jika ini benar, saya sarankan (YAPIM) tukar nama kepada Yayasan Angkat Pihak Mukhriz."


Pemilihan Agong UMNO telah lama berlalu. Seharusnya ahli-ahli UMNO seharusnya merapatkan barisan dan menumpukan perhatian menentang Pakatan Rakyat dan bukannya bergaduh sesama sendiri. Kalau benar sekalipun segala rasuah dan skandal yang dilakukan oleh KJ, jatuhkanlah beliau secara terhormat di dalam pemilihan yang akan datang. Bagi pengikut fanatik YB Dato MM dan YB KJ, cukuplah dengan mengadu domba kedua-dua pemimpin berkenaan yang tidak memberikan sebarang keuntungan terutamanya kepada UMNO. Sudah-sudahlah tu. Bosanlah membaca pertelingkahan ini di laman sosial FB dan Twitter. Tahulah upah yang anda semua terima amat lumayan sekali. 

Cucu Tok Selampit

TAIB’S FAMILY ‘CHEATED’ JAPANESE SHAREHOLDERS!

on

                                                                            


                                                                            

                                                                                

According to further allegations in the current court case between Dato’ Ting Check Sii and Tufail Mahmud in Sibu, Japanese investors in the Noda Corporation, a major public company which is quoted on the Tokyo Stock Exchange, have been cheated out of millions of ringgit by members of the Chief Minister’s family. 
This highly serious claim forms part of a string of accusations lodged by one of Sarawak’s most respected businessmen, Dato’ Ting Check Sii, against the Chief Minister’s brother Tufail Mahmud, sister Hanifa Taib, niece Anita Tufail and nephew Mohammad Tufail. 
Dato Ting is the man behind the Sanyan Tower, Sarawak’s tallest building in Sibu and the multi-million dollar Sanyan Group of companies.  His allegations also implicate the Japanese Directors of a Sarawak subsidiary of the Noda Corporation, the Ishinomaki Plywood Manufacturing Company, whom he says knew about the fraud but failed to prevent it.  Baca Seterusnya

OH ARTIS....FASHA SANDA KE TU........???

on

BUDAYA ASING... gambar Fasha bersama kenalannya meraikan Halloween yang terpapar pada Facebook kelab peminat.
                             BUDAYA ASING... gambar Fasha bersama kenalannya meraikan Halloween yang 
                                                         terpapar pada Facebook kelab peminat.



Mengaibkan apabila ada artis tanah air tergamak menyambut Halloween pada 31 Oktober lalu, sedangkan perayaan itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
Sekurang-kurangnya dua artis dikesan berbuat demikian, dipercayai di sebuah kelab malam sekitar ibu kota, biarpun jumlahnya mungkin lebih ramai.

Artis terbabit ialah pelakon kontroversi, Fasha Sandha dan penyanyi popular, Joe Flizzow.

Gelagat mereka dikesan selepas lapan gambar Fasha berpakaian seksi ala ‘Genie In The Bottle’ dimuat turun dalam laman sosial Facebook milik kelab peminatnya.Daripada jumlah itu, tiga gambar Fasha bersama teman lelakinya, Rizal Ashram atau Jejai, dua gambar solo Fasha dan masing-masing satu gambar Fasha bersama Joe, dengan seorang rakannya dikenali Azian dan gambar bertiga bersama Jejai dan Azian.Satu gambar solo Fasha ketika menyambut hari itu turut dipapar dalam sebuah laman web hiburan tanah air.

Tindakan Fasha turut mendapat reaksi berbeza daripada peminatnya dalam laman sosial berkenaan. Daripada 29 komen, ada yang menyokong pelakon berusia 26 tahun itu, ada peminat memberi nasihat secara baik dan tidak kurang juga yang mengkritiknya.

Bagaimanapun, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha ketika dihubungi Metro Ahad, enggan mengulas berkenaan isu itu.

Halloween berasal daripada perkataan Hallowe’en iaitu singkatan daripada ‘All Hallow’s Eve’ (malam sebelum hari ‘All Hallow’).

Selain itu, perayaan ini ditentukan mubaligh Kristian bertepatan dengan hari perayaan orang gasar kerana mahukan kaum itu mempercayai agama mereka.

Bagi penganut Kristian, Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan, iblis, ahli sihir, hantu, goblin dan makhluk mitos yang menyeramkan.

Selain itu, perayaan itu disambut dengan menghiasi rumah dan pusat beli-belah dengan simbol tertentu seperti labu yang diukir membentuk wajah menyeramkan iaitu nama Jack-o’-lantern dan berpakaian aneh.

Mengulas mengenai budaya itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, orang Islam tidak boleh terpedaya hingga terbabit dalam perayaan berkait dengan agama lain seperti Halloween kerana adalah jelas ia satu daripada upacara orang Kristian.

“Jika berkaitan dengan agama lain selain Islam, kita seharusnya berhati-hati walaupun menyertainya sekadar untuk suka-suka. Apa matlamat kita meraikannya, sedangkan ia bukan dalam budaya Islam.

“Dalam Islam, ada perkara yang boleh untuk kita raikan, kenapa kita perlu cari budaya yang berkaitan dengan agama lain seperti menyambut Halloween.

“Tidak kira hanya suka-suka atau apa juga tujuannya, orang Islam patut mengelak menyambut perayaan Hallowen kerana ia boleh mendatangkan syirik,” katanya.

PEMBOHONGAN BN BERTERUSAN DI KEDAH.........???

on

Lakonan BN Menjadi




Kerajaan negeri Kedah telah memperuntukkan hampir RM1 juta untuk membantu mangsa banjir di samping RM500,000 daripada wang zakat yang diumumkan Sultan Kedah semalam.

Exco kerajaan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, soal kerajaan negeri tidak membantu mangsa banjir tidak berbangkit langsung di negeri ini.
"Yang menjadi masalah adalah media yang tidak membuat liputan untuk kerajaan negeri," kata beliau.

Kerajaan negeri, katanya, telah menubuhkan Bilik Gerakan Banjir peringkat negeri dan daerah.

Di peringkat negeri ia diketuai oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri manakala di daerah di ketuai Pegawai Daerah.

"Memandangkan SUK di Mekah, Timbalan SUK, Datuk Haji Ahmad Mat Isa yang ketuai operasi ini," kata Phahrolrazi kepada Harakahdaily.

Selain jentera kerajaan, NGO dan parti politik khasnya PAS dan Pakatan Rakyat juga terlibat.

"Dakwaan Shahrizat Jabatan Kebajikan Masyarakat agensi pusat tak betul. Pengarahnya staff kerajaan negeri. Ia agensi bersama," katanya.

Beliau mengaku jabatan itu paling banyak membantu magsa di samping kerajaan tempatan, polis, bomba dan juga jabatan kesihatan dan pelajaran.

Hari ini, kata Phahrolrazi, pihaknya bersama JKR akan bersama syarikat yang menjaga konsesi trek berkembar, Gamuda, akan menyiasat kalau projek itu menyebabkan laluan banjir tersekat.
Tuduhan melulu
Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata dakwaan Kerajaan Persekutuan bahawa Kerajaan negeri Kedah melepaskan tanggungjawab untuk membantu mangsa banjir di negeri itu adalah tuduhan melulu.

Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, sejak dari awal banjir melanda negeri itu, kerajaan negeri sudah mengambil tindakan membantu mangsa banjir termasuk memastikan pusat penempatan sementara mencukupi.

"Tuduhan mengatakan kerajaan Negeri Kedah tak ambil tahu masalah mangsa banjir satu tuduhan yang sangat melulu, yang dibuat oleh BN.

"Kerajaan negeri menyediakan bantuan untuk diagihkan kepada mangsa banjir termasuk sumbangan daripada PAS sendiri, wakil-wakil rakyat dan sumbangan orang ramai," kata Mahfuz.
Ujarnya, media hanya membuat laporan berdasarkan kenyataaan pempimpin Umno, tanpa mengikuti sendiri perkembangan dan usaha yang dilakukan kerajaan negeri.

"Media juga memberikan laporan yang tak betul. Kata tak ada pemimpin Pakatan Rakyat yang turun dan sebagainya. Media tak pernah pun ikut kita. Kita pun tak fikir waktu banjir ini nak panggil media, tak sempat nak tunggu media datang untuk kita redah kawasan banjir.
"Kalau nak tunggu media datang baru nak pergi kawasan banjir, bermasalah juga. Mana nak jaga orang media, mana nak bawa bantuan, bot pun tak cukup.

"Kita tak ada masa nak ambil gambar, nak berlakon, jadi kita pergi semata-mata untuk bagi bantuan. Sharizat datang sehari dua sahaja, bukan pergi semua kawasan pun," katanya.
Semalam, Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS supaya tidak melepaskan tanggungjawab untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri itu kepada kerajaan pusat semata-mata.

Sebaliknya, kata beliau kerajaan negeri perlu meningkatkan koordinasi dalam usaha melicinkan penyaluran pelbagai bantuan termasuk bekalan air bersih kepada mangsa banjir.

"Kerajaan negeri tidak boleh terlepas daripada tanggungjawab. Dia tidak boleh serah kepada (kerajaan) pusat. Jikalau beban besar, kerajaan negeri perlu bersama melaksanakan tanggungjawab.

"Bidang kuasa negeri seperti bekalan air bersih terletak dalam bidang kuasa negeri," katanya.
Semakin buruk
Sementara itu, keadaan banjir di daerah Kota Setar semakin buruk dengan lebih ramai penduduk di daerah itu dipindahkan sehingga petang ini, namun jumlah mangsa banjir di Kedah keseluruhannya berkurangan.

Jumlah mangsa banjir di daerah Kubang Pasu tidak berubah manakala di daerah Pokok Sena dan Pendang semakin berkurangan.
Sehingga jam 4 petang ini, seramai 31,712 orang daripada 7,856 keluarga masih berada di 83 pusat pemindahan di empat daerah itu. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negara ketika dihubungi berkata, di daerah Kota Setar, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 21,116 orang dengan jumlah keluarga 5,060 berbanding 21,058 orang pagi ini.

Bilangan mangsa di Kubang Pasu pula masih kekal 9,531 orang daripada 2,591 keluarga manakala jumlah mangsa di daerah Pokok Sena berkurangan kepada 1,003 orang daripada 143 keluarga dan di Pendang seramai 242 orang melibatkan 62 keluarga.

Beliau berkata, daripada 83 pusat pemindahan yang masih dibuka, 45 ialah di daerah Kota Setar, 34 di Kubang Pasu, tiga di Pokok Sena dan satu di Pendang.
Bekalan air hampir pulih

Sementera itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman (SADA), Datuk Adzmi Din, berkata sehingga kini 75 peratus loji bekalan air di Bukit Pinang telah beroperasi dan Sada sedang berusaha untuk membolehkan loji itu beroperasi 100 peratus.
"Kita jangkakan satu atau dua hari lagi loji akan pulih dan bekalan air dapat disalurkan ke semua kawasan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, 11 kawasan di daerah Kota Setar dan beberapa kawasan di daerah Pokok Sena belum mendapat bekalan air sepenuhnya manakala di Padang Terap, masalah bekalan air pulih sepenuhnya.

"Kami akan berusaha untuk pulihkan bekalan air ini secepat mungkin supaya semua penduduk mendapat bekalan air bersih dengan cepat," katanya.

Sementara itu, Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Pelajaran Kedah berkata kira-kira 30 sekolah di daerah Kota Setar masih ditutup kerana dinaiki air dan ada juga yang dijadikan tempat penempatan banjir.

Jurucakap itu berkata, lapan sekolah di Kubang Pasu masih ditutup, empat daripadanya dijadikan pusat penempatan banjir dan empat lagi dinaiki air manakala di Padang Terap, semua sekolah telah dibuka seperti biasa.
Sehingga petang ini, hanya satu jalan yang masih ditutup kepada semua kenderaan iaitu Jalan Jitra-Sungai Korok manakala lima jalan di daerah Kota Setar dan dua jalan di daerah Kubang Pasu masih digenangi air, tetapi tidak ditutup kepada lalu lintas.

Sementara itu, KM28 Lebuhraya Utara Selatan ke utara dan selatan yang ditutup sebelum ini telah dibuka satu lorong ke utara dan satu lorong ke selatan.

Lapangan terbang dijangka beroperasi Sabtu depan

Dalam pada itu, lLpangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di Kepala Batas di alor Setar dijangka kembali beroperasi paling awal pada Sabtu depan, kata Pengurusnya, Azmi Darus.

Beliau berkata, sebelum beroperasi, pihaknya perlu melakukan kerja pembersihan dengan teliti dan memastikan sistem lampu landasan dapat berfungsi dengan baik demi keselamatan pesawat.

"Pada masa ini 60 peratus air dalam kawasan landasan telah surut dan kami memerlukan sekurang-kurangnya lima hari lagi untuk memastikan landasan selamat digunakan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Azmi berkata, kawasan padang berhampiran landasan pula masih ditenggelami air sebanyak 50 peratus.

Lapangan terbang itu ditutup akibat banjir sejak Selasa lalu.

LTSAH mengendalikan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dari Alor Setar ke Kuala Lumpur sebanyak tiga kali sehari, AirAsia dari Alor Setar ke Kuala Lumpur (dua kali) dan FireFly dari Alor Setar ke Subang (dua kali).

Lapangan terbang yang mempunyai landasan sepanjang 2,745 meter dan 45 meter lebar itu terletak 13 kilometer dari Alor Setar dan boleh mengendalikan sehingga 800,000 penumpang setiap tahun. 

PANAS.... ADA MENTERI BELA SAMSENG KE......???

on

Berita ADUN PR Sekinchan Selangor Sdr Ng Suee Lim (DAP) dibelasah oleh samseng UMNO Tanjong Karang kini sudah diketahui umum......


Seret samseng-samseng ini ke muka pengadilan





Menurut laporan beliau dalam misi bertemu dengan penduduk kampong di Sawah Sempadan (kampong ini bersempadan dengan DUN Sekinchan) yang terdiri dari pesawah bersama Ketua Kampung apabila dikepung dan dibelasah dengan biadap oleh samseng-samseng Umno.


Sdr Lim memang merupakan seorang pemimpin PR yang vocal. Beliau bertahan sebagai ADUN Sejak PRU 2004 lagi, petah berbahasa Melayu dan Jawa. Saya memang kenal baik dengan beliau, yang secara peribadinya seorang yang sangat rajin, baik budi pekerti dan suka menolong. Berkali-kali saya dipadankan di atas pentas ceramah dengan beliau dan terakhir saya dan beliau membahaskan kertas yang sama semasa Konvensyen PR Selangor.

Apa pun alasan, inilah merupakan kejadian pertama seorang ahli dewan negeri dibelasah. Beliau bukannya menganggu anak dara atau isteri orang, bukan mabuk atau bikin kacau ganggu, tetapi beliau dibelasah dalam keadaan menjalankan tugas untuk rakyat.

Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar, dalam kenyataannya member amaran kepada Sdr Lim agar jangan mencampuri urusan kawasan lain (yang bukan dalam DUN Sekinchan). Ternyata samseng-samseng ini banyak mentauladani “bos” nya yang turut Nampak samseng itu. Bumi Selangor ini kerajaannya adalah Pakatan Rakyat, sejak bila pula sebagai parti kerajaan, kami dilarang dari memasuki atau mengambil tahu hal-hal dalam negeri yang kami kuasai?!

Sidang Dewan Selangor yang akan bersidang mula esok mesti bawa keperhatian umum tindakan samseng ini. Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan juga perlu dilaporkan betapa ada segelintir rakyat ekstrim yang didalangi oleh parti ekstrim yang tergamak membelasah ahli dewan negeri Tuanku. Dewan perlu membuat laporan polis dan membuat susulan apakah tindakan pihak polis dalam hal ini. Gambar-gambar kejadian ada di internet, pihak polis mesti siasat dan jika Noh Omar bacul sangat mulutnya mahu membela, siasat beliau sekali.

Selangor tidak perlukan budaya samseng dan kurang ajar seperti ini. Biar rakyat Selangor tahu, ini tiada kuasa, bayangkan kalau samseng-samseng ini punya kuasa di negeri ini.

Katakan tidak pada Bn dan Umno – dulu, kini dan buat selama-lamanya.

BERITA TERHANGAT PEMILIHAN PKR 2010.........???

on

Pemilihan 2010: Dakwaan Ada Manipulasi Proses Pengundian, Penafian Saifuddin Tidak Bermakna Insiden Itu Memang Tidak Berlaku Sebenarnya !!



Komen Dari PahangDaily OnLine

Sesungguh apa yang berlaku ini menunjukkan bahawa sememangnya ada sesuatu yang tidak kena dalam pemilihan PKR 2010 ini. Pepatah Melayu ada mengatakan "jika tiada angin masakan pokok bergoyang". Oleh itu, Saifuddin tidak wajar tergesa-gesa mengatakan pendedahan yang dibuat oleh blogger Haris Ibrahim itu sebagai satu penipuan dan berniat jahat. 

Mungkin ianya benar-benar berlaku dan wajar disiasat dengan rapi sebenarnya. Justeru itu tidak perlulah ahli PKR melatah dan menuduh mana-mana pemimpin, blogger dan pihak yang membongkarkan kelemahan ini berpihak kepada calon-calon tertentu. Adalah lebih elok mereka jujur terhadap diri sendiri dan menerima pendedahan itu dengan hati yang terbuka. PKR harus memperkasakan JPP jika mahu dilihat pemilihan 2010 ini telus dan adil seperti yang dimahukan.

Jika tidak bagaimana ahli boleh menerima keputusan penuh selepas semua cabang menjalankan proses pengundian dalam masa terdekat ini. Bayangkan, jika ada perubahan demi perubahan berlaku terhadap keputusan tersebut. Bukankah ia akan menyebabkan kemarahan yang lebih besar dikalangan ahli PKR itu sendiri. Ini akan mendorong kepada perpecahan dan menjurus kepada hilangnya keyakinan terhadap parti.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List