"Cinta Syyhh".........

on Nov 24, 2010

"Cinta Syyhh"

"Cinta Syyhh"

21 days to go....




Mystery the moon
A hole in the sky
A supernatural nightlight
So full but often right
A pair of eyes a closing one
A chosen child in golden sun
A marble dog that chases cars
To farthest reaches of the beach and far beyond into the swimming sea of stars

The cosmic fish they love to kiss
They're giving birth to constellations
No riffs and oh no reservation
If they should fall you get a wish or dedication
May I suggest you get the best
For nothing less than you and I
Let's take a chance as this romance is rising over before we lose the lighting
Oh bella bella please
Bella you beautiful luna
Oh bella do what you do
Do do do do do

You are an illuminating anchor
Of leagues to infinite number
Of crashing waves and breaking thunder
Tiding the ebb and flows of hunger
You're dancing naked there for me
You expose all memory
You make the most of boundary
You're the ghost of royalty imposing love
You are the queen and king combining everything
Intertwining like a ring around the finger, of a girl
I'm just a singer, you're the world
All I can bring ya
Is the language of a lover
Bella luna, my beautiful beautiful moon
How you swoon me like no other

May I suggest you get the best
Of your wish may I insist
That no contest for little you or smaller I
A larger chance yet, but all them may lie
On the rise, on the brink of our lives
Bella please
Bella you beautiful luna
Oh bella do what you do
Bella luna
My beautiful beautiful moon
How you swoon me like no other, oh oh oh

Bermula "Cinta Syyhh" ini di Istana Kayangan Pak Habib

Siapakah yang telah membatalkan saat-saat akhir keterampilan Mantan Permaisuri Agung Siti Aishah dalam filem arahan MJamil bertajuk "Momok Jangan Panggil Aku" yang mana aisyah telah bersetuju dan sanggup berenang dalam kolam renang selama 1 jam untuk menguruskan badan. Betapa sukarnya saya ketika berhadapan dengan MJamil ketika itu kerana poster, bunting dan lain-lain dalam proses percetakan diatas persetujuan Aishah pada awalnya. Saya kena maki "kaw-kaw" punya melalui telefon dan sms dengan MJamil ketika itu) Saya padam 'smsnya' kerana dia adalah kawan saya. Saya faham beliau menanggung kerugian besar kerana Aishah menarik diri disaat-saat akhir..tapi akhirnya...
Dalam buku kisah "Cinta Syyhh" banyak perkara pahit saya kena telan...s aya akan berkongsi pengalaman ini dengan pembaca sekelian


Semua pemberian dari aisyah yang berharga untuk diri saya sendiri seperti percutian keluar negara dengan menaiki 'jet peribadi', kereta berjenama, wang ringgit, handphone dan lain-lain semuanya saya tolak tetapi gelang jam berharga RM19.00 dari tangannya sendiri saya terima?
Semuanya terjawab dalan buku "Cinta Syyhh"

Kenapa Aisyah tidak sebulu dengan Tengku Puteri Zahariah binti Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah(Kuyah) merupakan puteri Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah? Benarkah Aishah sibuk membeli-belah bersama keluarganya ketika Almarhum Tuanku sedang gering ketika itu? Buku "Cinta Syyhh" mengupasnya...

Ada juga yang fitnah ayahku ada skandal dengan Kuyah atas pendedahan "Cinta Syyhh" ini. Macam-macamlah dia orang ni...tak tau asal usul cerita main 'bedal' jer...tapi saya tak ambil 'port' langsung sebab dah faham sangat dengan 'kelompok-kelompok PHD' ni. Yang menaikkan atau menjatuhkan manusia ditangan tuhan bukan manusia.
Kalau setakat nilai tanah lebih RM10 juta milik ayahku (S.H.ALATTAS) yang aku duduki sekarang seluas 11 ekar di Janda Baik ini , aku masih boleh pandang sebelah mata lagilah sebab banyak lagi 'billionair' kat luar sana tetapi aku sangat kagum dengan kekayaan ilmunya, tawakkal, kenalan, budi bahasa dan paling aku tabik pada ayahku kerana mempunyai ribuan anak angkat yang menyayanginya dan memanggilnya 'abah' dari semua pelusuk dunia dari pelbagai bangsa, umur dan kerjaya.


Dah terlanjur ni aku nak ucapkan selamat pulang kepada adek aku yang kedua Syed Ahmad Abdul Hadi Alattas kerana berjaya dalam misinya membawa motor kapcai 128cc dari Kuala Lumpur ke London secara solo dan akan tiba semula di Kuala Lumpur pada hari Sabtu ini 28-11-10 kalau diIZINkannya. Saya akan maklum kepada anda sebarang info terkini.

Dato Seri juga ada buat hal dengan adek saya ni...adusss...saya akan sertakan buktinya di blog ini... tunggu...harap bersabar...kenapalah perangai Dato Seri macam ni...

Yang x tahu apa-apa lebih baik duduk diam-diam jer. Takyahlah komen yang merapu sebab saya x pernah pun jawab satu pun komen anda. Wallahi, Watallahi, Wabillahi.. Kerana komen negatif yang diberi rasanya dari 'kelompok yang sama' . ermmmph..sukatilah labu..mekasih banyak-banyaklah kerana andalah yang buat 'hits' sehingga 1 juta lebih dalam masa x sampai 20 hari. Banyak tu..kalau nak buat duit dari nuffnang dah bolehlah tapi itu bukan tujuannya.

Anda boleh dapatkan kisah benar "Cinta Syyhh" ini dari laman sesawang 'Agendadaily' sebab mereka hubungi saya sendiri untuk maklumat terkini dan ulasan mereka lebih telus.


Anda juga boleh lawati blog ini sebagai rujukan kerana ianya lebih terbuka. Saya tidak mengenalinya tapi kalau tidak silap (kalau salah mohon maaf) pemiliknya ada minta izin dari saya untuk 'publish' cerita ini dari 'facebook' dan saya katakan padanya "berkata benarlah walaupun pahit'. Sebaik-baiknya sesiapa yang ingin dapat maklumat terkini boleh hubungi saya untuk mendapatkan nombor talian peribadi saya untuk mendapatkan cerita sahih agar tidak menimbulkan fitnah, tidak tersasar dan yang paling penting dapat keizinan dari saya sendiri. (email saya - uncleseekers@gmail.com). Ingatlah, segala berita yang disampaikan kita harus bertanggungjawab dunia dan akhirat". Jangan lupa etika kewartawanan. 4W 1H - (Why, When, Whom, Where & How)Tapi kalau nak 'hentam' jugak seperti biasalah prinsip saya, anda bebas berbuat apa-apa kerana saya tak beri anda seposen dan anda juga tak beri saya seduit 'hentam jer labu'

Orang sudah tak percaya Anwar.......???

on

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pihak luar semakin tidak percaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dengan itu kerajaan tidak perlu bimbang dan menghalangnya daripada ke luar negara bagi mengelak ketua pembangkang itu daripada terus menghina Malaysia.

Lagipun, kata bekas Perdana Menteri, jika Anwar dihalang ke luar negara, ini akan menimbulkan kemarahan terhadap kerajaan, dan kerajaan akan berdepan dengan pelbagai tuduhan.
anwar ibrahim and mahathir argue fight
"Kita tak patut halang dia keluar negara. Saya tak fikir kita patut takut kepada dia. Kita buat macam itu, orang lagi jadi marah kepada kita, benci kepada kerajaan. Nanti mulalah orang cakap kerajaan itu dan ini.

"Tak apalah, saya ingat orang lain pun tak percaya kepada dia dah, siapa nak percaya. Kalau saya, saya tidak peduli. Bukan orang itu yang nak mengundi, yang mengundi orang di sini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Eastern Pacific Industrial Corporation (Epic) Berhad di Kemaman Supply Base kawasan Perindustrian Teluk Kalong di Kemaman hari ini.

Mahathir sebelum itu menyampaikan syarahan perdana bertajuk "Cabaran Umat Islam Pada Masa Kini" di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman anjuran Institut Pembangunan Terengganu dengan kerjasama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu yang dihadiri oleh hampir 5,000 orang kakitangan awam dan masyarakat sekitar.

Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan isteri, Toh Puan Norliza Mahmud dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Dalam perbahasan di Dewan Rakyat semalam, beberapa penyokong kerajaan mencadangkan agar Anwar tidak dibenarkan ke luar negara bagi mengelak beliau daripada terus memburukkan Malaysia.
Imej negatif

Mengulas lanjut, Mahathir berkata semakin kerap Anwar keluar negara untuk memburukkan negara sendiri, secara sendirinya Penasihat PKR itu mendapat imej yang negatif.

Mahathir juga berkata sudah sampai masanya penyokong dan anggota PKR menyertai Umno kerana terbukti PKR diwujudkan hanya untuk kepentingan individu tertentu dan bukannya memperjuangkan kepentingan rakyat.

Beliau berkata parti itu perlu dibubarkan dengan segera kerana kewujudannya hanya memecah belahkan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

"Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab memecah belahkan umat Islam perlu ditolak sama sekali daripada membiarkannya menjadi pemimpin sehingga membawa kepada pergolakan sesama umat Islam itu sendiri.

"Umat Islam harus bersatu dalam parti yang besar (Umno) yang selama ini banyak memainkan peranan membangunkan negara dan membela kebajikan rakyat.

"Takkan kita hendak pemimpin yang tidak tahu berbakti tetapi hanya tahu hendak menjadi Perdana Menteri. Sehubungan itu saya menyeru kepada penyokongnya agar bertaubatlah dan kembali ke pangkal jalan seperti kata pepatah Melayu," katanya.

Kataya dengan pembubaran PKR, orang Melayu serta umat Islam diyakini akan kembali bersatu teguh dalam sebuah parti yang selama ini banyak memperjuangkan nasib dan kebajikan mereka.

Bekas Perdana Menteri itu berkata mana-mana parti kecil perlu kembali menyertai parti besar bagi mengukuhkan perjuangan orang Melayu yang kini terpecah kepada tiga kumpulan.

"Tidak pernah ada parti besar nak masuk parti kecil, parti kecillah yang masuk parti besar yang ada sokongan.

Pilihan raya umum: Tunggu dulu

"Mereka (PKR) kata, ada 400,000 ahli tapi tak sampai 10 peratus pun yang ada. Ada pula bahagian hanya seorang sahaja ahli," katanya.

Mahathir juga berkata kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil di Galas dan Batu Sapi di Sabah pada 4 November lalu tidak harus dijadikan kayu pengukur untuk kerajaan mengadakan pilihan raya umum dalam jangka masa terdekat.

Katanya kerajaan BN masih mempunyai banyak masa untuk mengatur strategi meraih sokongan rakyat supaya lebih ramai rakyat kembali kepada parti itu.

"Kita dapat kemenangan di sesuatu tempat tidak boleh jadikan ukuran (sokongan). Faktor-faktor kemenangan BN di kawasan itu adakah sama dengan kawasan lain.
"Jadi saya fikir kepimpinan tahu tentang soal ini," katanya

Mengenai desas-desus kononnya pilihan raya umum ke-13 akan diadakan serentak dengan pilihan raya Sarawak pada awal tahun depan, Dr Mahathir berkata, Semenanjung masih mempunyai banyak masa dan tidak perlu terburu-buru untuk diadakan bersama.

"Kalau saya jadi Perdana Menteri, saya tunggu dulu," katanya.

Beliau berkata Sarawak tidak mempunyai pilihan kerana perlu mengadakan pilihan raya negeri tahun depan apabila mandat kerajaan sekarang akan berakhir.

"Tetapi di sini ada pilihan," katanya. 

- Bernama

Parlimen: Kecoh !!! Noh "Diserang" Ahli Parlimen Pembangkang

on

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar(gambar) pada Selasa 'dibelasah' beberapa ahli Parlimen pembangkang berikutan kenyataannya yang mendakwa bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim memang 'layak' dipukul.

Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) sebelum itu pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat meminta penjelasan mengenai kenyataan Noh yang disifatkannya seolah-olah menggalakkan tindakan kasar.

Bagaimanapun apabila Noh menyatakan akan memberi jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan Fong, tindakannya itu mengundang reaksi ahli Parlimen pembangkang yang lain dengan menjerit 'samseng'.

Namun Noh tetap meneruskan jawapannya dengan memaklumkan bahawa Ng telah melanggari undang-undang dengan mengadakan demonstrasi tanpa permit.
Noh sekali lagi 'dihujani' dengan jeritan ahli Parlimen pembangkang yang tidak berpuas hati dengan kenyataannya itu.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee kemudiannya mencelah dan mengingatkan menteri dan ahli Parlimen bahawa isu berkenaan tiada kaitan dengan perbahasan yang sedang berlangsung.
Namun beliau tetap gagal mengawal perbalahan tersebut yang berterusan hampir 15 minit.

Fong akhirnya sekali lagi bangun dan berkata: "YB Menteri telah memalukankabinet dengan sikap samsengnya. "Dengar baik-baik Yang Berhormat Menteri, mujurlah tidak ada rombakan kabinet. Mengapa menteri kata ADUN Sekinchan 'layak' diperlakukan begitu? Mengapa menteri menggalakkan satu tindakan kasar seperti itu?"

Noh akhirnya menjelaskan bahawa beliau akan menyelesaikan isu berkenaan secara peribadi dengan Ng.
Ng yang merupakan wakil rakyat DAP mendakwa ditumbuk oleh sekumpulan 30 orang yang tidak dikenalinya di Tanjong Karang ketika beliau hendak bertemu dengan petani kawasan itu bagi mendengar rintihan tentang isu harga padi.

Bagaimanapun Noh sebelum ini menafikan dakwaan Ng kononnya aksi samseng di kampung Sawah Sempadan itu dilakukan oleh ahli Umno.Mstar

Dengan perbicaraan sebegini....destinasi Anwar ialah penjara!!

on




Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan permohonan melucutkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zabidin Mohd Diah daripada perbicaraan kerana didakwa terus bersikap berat sebelah dan menghalang peguambela mendapatkan nota-nota pemeriksaan doktor ke atas pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Selain itu, peguam Karpal Singh akan memohon supaya pakar perubatan Dr Siew Sheue Feng dari Hospital Kuala Lumpur dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana cuba menyembunyikan dokumen yang penting untuk pembelaan Anwar.

Zabidin akan mendengar kedua-dua permohonan itu pagi, esok.

Anwar melahirkan rasa kesal terhadap keputusan-keputusan Zabidin yang dilihat berat sebelah sepanjang perbicaraan dan memihak kepada pendakwaraya, walaupun ia jelas bercanggah dengan prosedur undang-undang.

"Peguam telah memberi maklum bahawa kita akan mengemukakan permohonan supaya hakim menarik diri kerana berpuluh-puluh kes kita asyik diketepikan semua undang-undang dan hanya memihak kepada pendakwa. Beberapa kenyataan dia (Zabidin) nampak jelas tidak berlaku adil. Jadi ini akan dilakukan esok," kata Anwar.

Pada hari ini Zabidin sekali lagi melarang peguambela daripada mendapatkan dokumen pemeriksaan awal daripada pakar-pakar yang memberi keterangan.

Dokumen itu mempunyai banyak maklumat yang tidak terkandung dalam laporan perubatan yang dikemukakan oleh pendakwaraya kepada mahkamah.

Anwar berkata ada cubaan jelas melindungi maklumat nota perubatan pengadu Saiful Bukhari Azlan, khususnya apabila pakar patologi Dr Siew memberi keterangan hari ini.

Walaupun gagal memberi jawapan tepat kepada soalan-soalan Karpal, Dr Siew enggan untuk merujuk kepada nota-nota yang diambil oleh beliau ketika memeriksa Saiful untuk memberi keterangan.

Ini kerana jika beliau berbuat demikian, peguambela boleh memohon untuk mendapatkan nota-nota.

Bagaimanapun semasa waktu rehat, Dr Siew mengaku ada merujuk kepada nota-notanya. Anehnya sebaik sahaja perbicaraan bersambung, beliau enggan berbuat demikian.

"Kenapa ...takut mengenai kepada nota-nota ini," tanya Karpal. Namun pakar perubatan itu tetap memilih untuk tidak berbuat demikian.

Karpal kemudian berkata Dr Siew harus dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana merujuk kepada nota-nota itu ketika waktu rehat walaupun beliau sebelum itu memberitahu mahkamah tidak akan berbuat demikian.

Beliau akan memohon supaya Hakim Zabidin mengenakan tindakan itu kerana jelas ada cubaan untuk menyembunyikan maklumat daripada peguambela.

Karpal juga menegur Zabidin kerana terus menafikan hak peguambela untuk mendapatkan nota-nota pemeriksaan awal doktor yang cukup relevan kepada perbicaraan.

Peguam veteran itu berkata Zabidin hanya membuang masa mengambil keterangan doktor jika tidak mahu melihat sendiri nota-nota yang diambil oleh doktor dalam memberikan keterangan mereka di mahkamah.

Semenanjung Korea Dalam "Zon Perang"!!

on

Korea Selatan sedang bersiap sedia melancarkan tindak balas terhadap provokasi yang dilakukan oleh Pyongyang tengah hari tadi!

Jurucakap Kementerian Pertahanan Korea Selatan tidak menolak akan adanya "gerakan ketenteraan besar-besaran" sekiranya Pyongyang masih meneruskan tindakan yang boleh menggugat ketenteraman di Semenanjung Korea!

Beijing dan Washington sudah bersedia dengan pelan tindakan terhadap kedua-dua negara ini jika perang sudah tidak dapat dielakkan lagi!

CNN akan memberi laporan setiap jam dari Seoul dan Panmunjom bagi laporan terkini seterusnya.



Korean tension: A look at the conflict
Nov 23, 2010 16:32 GMT

A disputed maritime border. Long-standing tensions. And Tuesday, a sharp escalation of hostilities. North and South Korea fired at each other for about an hour on an island that sits off a disputed border. The deadly skirmish raised fears of war between the two rival nations, once again spiking tension in the entire region.

How did the latest hostilities begin?

South Korea said North Korea fired artillery Tuesday toward the border between the two nations. Two South Korean marines were killed and 18 soldiers and civilians were wounded.
South Korea had been conducting maritime military drills, which the North called "war maneuvers."

The North accused the South of "reckless military provocation" for firing dozens of shells inside North Korean territory around the South Korean island of Yeonpyeong.

Plumes of smoke billowed from the island of 1,300 people but it was not immediately clear how much damage was incurred. Many residents were fleeing to the South Korean port of Incheon.

Ahli PKR pun minta keadilan-Bagaimana parti itu berlaku adil pada RAKYAT...........???

on


Cuba bayangkan ahli atau pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) pun minta keadilan daripada parti pimpinan Anwar itu, tidak dapat dibayangkan bagaimana parti itu berlaku adil kepada rakyat umum.

Telah ramai ahli dan pemimpin parti telah meninggalkan parti termasuk juga wakil-wakil rakyat, samada diperingkat dewan undangan negeri mahupun parlimen, kerana dakwaan yang sama, mereka hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti, kerana ketidak adilan.

Babak baru dalam PKR apabila Zaid Ibrahim, penyelaras Parti itu bagi Wilayah Persekutuan keluar parti kerana perkara yang sama, yakni pucuk pimpinan terutama Anwar bersifat pilih kasih dan tidak adil.

Terkini adalah pendedahan calon AMK Badrul Hisham Saharin Ketua Cabang Rembau dan ahli MPP mendakwa bahawa Anwar sangat terlibat semasa proses pemilihan MPP parti yang berjalan selama sebulan. Anwar menggunakan kuasanya untuk memberi arahan-arahan untuk mengundi calon-calon yang disukainya seperti Azmin Ali, dan sudah tentu anaknya Nurul Izzah.

Badrul mendakwa bahawa Anwar telah campurtangan dengan seruis semasa pemilihan itu. Ini yang menjadi kebimbangan para ahli PKR, di peringkat kepimpinanpun sudah tidak adil, bagaimana pula parti itu berlaku adil kepada rakyat jelata?

Sebagai contoh adalah laporan yang disediakan oleh calon ketua Pemuda PKR (AMK) Badrul Hisham Shaharin bertarikh 18 November, dalam laporan itu Ketua PKR cabang Kota Marudu - disebut sebagai "Dr Jurin" - melaporkan bahawa Anwar 'mengarahkannya' memberikan sokongan dan menolak calon tertentu.

Menurut laporan kepada Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail itu, Anwar menghubungi sendiri Dr Jurin bagi tujuan itu.

"Di cabang tersebut juga proses pengundian telah mengambil sukarelawan JPP (Jawatankuaswa Pemilihan Pusat) dari AJK (ahli jawatankuasa) cabang yang jelas memihak dan 'mengarahkan' undi ketika proses berlansung," laporan sepuluh perkara itu dipetik.

Dalam laporan itu, Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard juga mendakwa, terdapat "usaha jahat" menggunakan laman sosial dan SMS untuk memfitnahnya dan "teman-teman".

Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR itu mendakwa, bekas ketua AMK Pulau Pinang Amizuddin Ahmat sendiri mendapat mendapat panggilan telefon dari "seorang yang dikenali orang Shamsul" yang menuduhnya membeli undi dengan harga RM30 satu undi di Sabah dan Sarawak.

Difahamkan, Badrul Hisham tewas kepada penyandang kerusi ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin dalam pemilihan sayap itu yang berakhir semalam.Keputusan rasmi pemilihan akan diumumkan dalam kongresnya hujung minggu ini.

Sementara itu, perkara lain yang diadukan kepada Wan Azizah antaranya:

* Berlaku penolakan anggota JPP yang dicadangkan secara tidak munasabah, sebaliknya menerima anggota jawatankuasa itu yang "tua dan terketar-ketar" serta "buta IT".

* Berlaku pertukaran pencalonan seperti di Tampin apabila pengkalan data parti meletakkan nama Shamsul Iskandar sedangkan menurutnya cabang itu sahih mencalonkannya (Badrul Hisham).

* Jumlah undi melebihi daripada jumlah keluar mengundi yang dicatat pada buku daftar mengundi. Perkara itu didakwa berlaku di beberapa tempat, antaranya Kubang Pasu yang mana kehadiran anggota didakwa sekitar 70 orang tetapi kertas undi pula hampir 200 di dalam kotak.

* Jumlah kehadiran pengundi meragukan di beberapa tempat. Laporan itu mendakwa, berdasarkan makluman anggota setempat, di Sandakan dan Libaran, paling tinggi kehadiran hanya sekitar 200 orang tetapi jumlah pengundi sehingga 900 orang.

* Terdapat keputusan undi "yang pelik" dalam laman web parti yang tidak konsisten. Laporan itu mendakwa ada jumlah undi yang "berubah ditengah-tengah minggu".

* Di cabang Beluran, ketua AMK cabang itu melaporkan pusat pengundian ditutup awal setengah jam, menyebabkan terdapat anggota AMK gagal mengundi.

Sementara itu, Badrul Hisham yang juga ketua PKR Rembau turut meminta pemilihan di tempatnya sendiri dibatalkan dan dibuat semula kerana dakwaan wujudnya pengundi hanti.

"Satu penyiasatan terbuka perlu diadakan segera mengenai kepincangan yang berlaku," tulis Badrul Hisham di bahagian akhir laporan empat mukasurat itu.

"Saya masih berpegang teguh dengan disiplin parti menggunakan seluruh saluran dalaman parti. Namun saya semakin diasak ke dinding. Saya selaku anggota Parti Keadilan Rakyat mohon keadilan."

DARI MATA PENA MOHD SAYUTI OMAR.........???

on

Tiada Rombakan Kabinet?

Perhubungan Negeri Pasti Berubah





PERDANA Menteri, Najib Razak nampaknya menolak kemungkinan rombakan kabinet dalam masa terdekat ini. Semasa menjawab pertanyaan (kemusykilan) wartawan Najib enggan mengiyakan ataupun menidakkannya. Beliau hanya mengatakan "kalau ada, adalah...kalau tidak ada tidaklah". Jawaban itu subjektif, mungkin ada mungkin tidak.

Sebagai seorang dikenali tidak banyak 'kluk klik' pernyataan Najib itu boleh dipercayai. Kalau tiada rombokan kabinet ada munasabahnya. Walaupun Najib memperkenal KPI terhadap anggota kabinetnya tetapi penilaian berkenaan tidak dipraktik buat masa ini. Memang jika dilihat ada menteri yang tidak mencapai nilai KPI yang dikehendaki oleh Najib. Nyata sekali kegagalan dan kelemahan beberapa menteri berkenaan.

Sehubungan itu terdengar berbagai desas desus kononnya si anu akan dibawa masuk dalam kabinet dan si anu pula akan ditendang keluar. Nama-nama popular yang dikatakan antara akan dikenakan tindakan atau pun dibuang dari kabinet, Menteri Beliau dan Sukan,Ahmad Shabery Chik, Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Penggunan, Ismail Sabri Yaacob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Bahrum.

Nama-nama ini sudah berlegar di udara dan menyebabkan batang tubuh berkenaan sudah menggeletar dan mula tidak nyenyak tidur. Ada juga menteri yang sudah berjumpa ustaz dan bomoh untuk melihat bagaimana nasib dan masa depan politiknya. Ada juga yang sudah mengemaskan barang-barang di pejabat untuk sedia berpindah seperti mana anak-anak sekolah mengemaskan kerusi meja menjelang saat locing pulang berbunyi.

Manakala nama-nama yang dikatakan akan dibawa masuk ke dalam kabinet, Tengku Adnan Mansor, Idris Jusoh dan Zainol Panjang. Saya tidak terfikir pula kalau Khairy Jamaluddin akan dibawa masuk sama. Selagi Dr Mahathir Mohamd masih menjadi dalang dalam politik Malaysia selama itulah Khairy hanya akan diletakkan di kaki lima Umno saja sebagai penjaga garisan.

Bagaimana pun pada saya seperti mana yang telah saya postingkan sebelum ini, tidak ada keperluan untuk Najib merombak kabinetnya apa lagi menukar muka lama dengan muka baru dewasa ini. Pertukaran tidak akan banyak membawa kebaikan dan perubahan, sebaliknya akan menimbulkan masalah dan membawa kelukaan.

Masalah yang ada di depan Najib kini, beliau tidak ada tokoh yang berkelayakan untuk dilantik menjadi menteri. BN atau Umno tidak macam dulu lagi boleh pilihan mereka yang terbaik dari kalangan mereka. Tetapi bila parti itu kehilangan banyak darah dan tokohnya kalah, dalam pilihan raya lalu menyebabkan PM terpaksa mengambil mereka yang tidak layak ataupun berpengalaman sebagai jadi menteri.

Sebab itu kalau diperhatikan sesetengah menteri langsung tidakperforme dan ideanya jauh lebih buruk daripada idea ketua cawangan.

Tentunya juga dalam keadaan sekarang ini Najib tidak mahu mencari fasal. Kalau dia membuang menteri dan diganti dengan muka baru ia mungkin menimbulkan masalah. Apa kata kalau menteri yang dibuang itu tidak lagi menunjukkan kesungguhan mereka untuk mempertahankan parti? Merajuk ataupun mengambil sikap tidak mempedulikan parti? Faham sendirilah orang Umno ia berbeza dengan orang-orang Pas? Orang Umno lebih kurang saja dengan orang PKR.

Justeru saya tetap yakin Najib bukan tidak perlu melakukan rombakan kabinet, tetapi beliau juga kurang berani untuk bertindak demikian. Beliau kena fikir, apakah kesan pertukaran itu nanti. Jadi bagi Najib biarlah menteri yang ada ini terus kekal sehingga habis penggal Parlimen ke 12. Najib tidak payah pusing-pusing kepala semata-mata kerana ingin mencapai KPI yang dibuatnya.

Bagaimana pun ura-ura kemungkinan berlaku rombokan dalam Badan Perhubungan Umno negeri-negeri kemungkinan akan berlaku. Desakan agar beberapa pengerusi perhubungan yang ada sekarang ini ditukar juga bergema dalam perhimpunan lalu. Rombakan itu juga nanti dilihat bagi Umno mengukuhkan kedudukannya untuk menghadapi pilihan raya akan datang. Rombakan itu juga perlu bagi mengukuhkan kedudukan Umno negeri-negeri.

Antara pengerusi yang didesak agar digugurkan ialah Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang yang kini disandang oleh Ahmad Zahidi Hamidi. Ketua bahagian Nibong Tebal, Zainol Panjang katanya akan diberikan kepercayaan untuk mengendalikan Umno Pulau Pinang. Pembuang Zahid itu juga katanya akan menggembirakan Zahid sendiri. Zahid sebelum ini mencadangkan supaya Umno Pulau Pinang diserahkan kepada anaka Pulau Pinang.

Pengerusi badan perhubungan Umno Kedah, Mohd Shafei Afdaljuga katanya akan ditukar. Tempat beliau akan diisi oleh bekas MB,Mahadzir Khalid. Begitu juga dengan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor yang kini dipegang oleh Najib juga akan bertukar. Bekas Menteri Kerja Raya Zain Abdullah dikatakan akan lantik menjadi pengerusi perhubungan negeri.
Perlantikan Zain ini kononnya bagi mengelakkan berlaku pertembungan antara puak Noh Omar dengan puak Khir Toyo yang kini cuba menguasai Umno Selangor. Zain juga dikatakan akan dilantik semula menjadi menteri.

Kedudukan pengerusi Wilayah Persekutuan yang kini disandang oleh Muhyiddin Yassin juga akan turut berubah. Tengku Adnan Mansor dikatakan akan dilantik menjadi pengerusi Umno Wilayah. Beliau pernah menjadi pengerusi Wilayah sebelum ditukar kepada Zulhasnan Rafuqe. Pertukaran ketua perhubungan Selangor dan Wilayah Persekutuan ini kerana mengelakkan presiden dan timbalan presiden menjadi pengerusi perhubungan.

Manakala pengerusi Umno Terangganu pula akan bertukar tangan dari Hishamuddin Hussein kepada bekas MB, Idris Jusoh. Idris akan dilantik semula menjadi pengerusi, sementara MB Ahmad Said akan kekal sebagai timbalan pengerusi.

Perlantikan pengerusi negeri yang baru itu dilihat sudah wajar dan kena pada tempatnya. Tetapi perlantikan Idris Jusoh selaku pengerusi Umno Terangganu mungkin ganjil dan pelik sedikit. Umum tahu waktu ini MB ialah Ahmad Said, sepetutnya Ahmad Said dinaikkan pangkat menjadi peneraju. Apa lagi Ahmad Said telah menunjukkan kemampuan dan kewibawaanya semalam menjadi timbalan kepada Hishamuddin. Walaupun timbalan tetapi Ahmad Said banyak menjalankan tugas sebagai ketua memantapkan Umno Terangganu.

Kalau cadangan ini benar, rasanya tindakan itu tidak bijak. Jika ia tetap juga berlaku ini bermakna Presiden yang bertanggungjawab membuat perlantikan tidak mengambil kira suara akar umbi dan juga suasana di Terangganu. Sepatutnya Najib sedar selama dua tahun Ahmad Said diserang kiri dan kanan oleh kumpulan Idris Jusoh, namun belliau tenang saja. Malahan kedudukan dan perpaduan Umno Terangganu makin padu. Perlantikan Idris dibimbangi akan mengelombangkan semula Umno Terangganu.

Sudah tentu kalau Idris Jusoh dilantik keadaan yang kini sudah tenang akan berkucah semula. Mungkin Ahmad Said boleh menerimanya, tetapi bagaimana sekumpulan pemimpin bahagian Umno yang lain? Mereka yang selama ini kesal atas tindakan degil Idris Jusoh pasti akan menentangnya. Justeru Najib harus fikir kembali implikasi ini. Melantik Idris sebagai menteri mungkin tidak menjadi masalah, tetapi kalau dilantik jadi pengerusi ia akan menimbulkan problem di Terangganu.

Jadi selama lautan China Selatan kini tenang jangan cuba dilemparkan objek bernama Idris Jusoh ke tengahnya. Kerana ditakuti akan laut akan bergelombang dan ombaknya merecik ke hidung!

Kongres PKR: Bersiap Untuk Lonjakan Gelombang Baru

on


Jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersiap sedia mencetus lojakan pada kongres minggu hadapan bagi membawa gelombang perubahan demokrasi selepas selesai memilih kepimpinan semalam.
Perkara ini dilontarkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada media di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur semalam.
Beliau percaya tumpuan kongres lebih kepada persedian pilihanraya justeru optimis tumpuan masyarakat yang mula memandang parti sebagai pencetus perubahan dalam sistem pentadbiran negara kini.
“Sekarang pemilihan telah selesai dan kita akan menghadapi kongres. Tumpuan tentu kepada pilihanraya akan datang,” jelas Anwar.
Tambahnya lagi, keraguan rakyat terhadap ketelusan demokrasi pemilihan kepimpinan PKR dianggap cabaran justeru membalas dengan penjelasan terbuka sekaligus menarik perhatian sejumlah besar masyarakat yang mencari pendekatan demokrasi mutlak baru.
Kepimpinan Johor menurut beliau sangat menggalakkan selain mempamerkan pendekatan yang amat unik.
Dalam temubual itu, Anwar turut menzahirkan rasa was-was kreadibiliti Zaid Ibrahim mencipta haluan politik baru di Malaysia justeru sinikal terhadap sokongan yang akan diterima bekas calon timbalan presiden PKR itu apabila mengorak langkah kelak.
“Tidak perlu saya untuk respon kepada beliau kerana dia (Zaid) belum menunjukkan senarai nama ahli baru yang beliau dakwa akan bersamanya,” ujar beliau di sini.
Anwar turut berpendapat pejuang-pejuang rakyat yang ingin berlagak ‘hooligan’ tidak ada tempat dalam PKR justeru beliau memberitahu pendekatan PKR kini adalah memperkenalkan pemimpin-pemimpin muda.
“Untuk kongres minggu hadapan, kita akan tampil lebih kuat dengan memperkenalkan ahli pasukan baru terdiri daripada golongan pemimpin muda yang lebih profesional,” kata beliau kepada media.
Anwar berkata beliau akan terus memimpin parti Pakatan Rakyat kerana yakin gabungan PAS dan DAP sedang memberi reaksi terbaik menperkukuh prinsip parti justeru akan memberi laluan mudah kepada pakatan pembangkang mengorak langkah membina sebuah kerajaan demokrasi tulen.
“Sehingga kini Pakatan Rakyat bersetuju cara kita membawa pendekatan ini, jadi kita akan teruskan. Kita akan mengadakan pertemuan Rabu ini untuk menghurai perjalanan akan datang dan saya rasa itu bukan isu. Melainkan Umno yang mahu saya keluar,” jelas beliau lagi.
Anwar juga berpendirian tindakan Zaid meninggalkan parti bukan isu yang perlu diberi fokus. Beliau juga mengesa agar PKR lebih proaktif memperlihat kematangan justeru memberi kerjasama terbaik kepada jentera kepimpinan parti.
Ditanya padangan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa ramalan PKR berjaya mengekalkan dua pertiga kerusi pada pilihanraya akan datang, beliau berkata PKR bersedia menawan dua negeri lagi.
“Pandangan beliau boleh dikatakan relevan pada ketika ini kerana pada 2008 dia fikir kita tidak akan berjaya sehingga kita buktikan ia salah. Jadi kita akan cuba dapatkan satu atau dua negeri lagi,” kata beliau kepada media.

Gelombang Yang Semakin Lesu

on



Tak sampai 3 tahun! Saya melihat mood kebanyakan orang terhadap parti-parti politik semakin lesu, terutamanya di sebelah PR. Jika 2 tahun lepas rakyat masih lagi memasang angan-angan untuk melihat perubahan dan yakin pada Anwar Ibrahim, sekarang semuanya entah ke mana. Nampaknya mereka semua sudah menolak "politik harapan". Bermacam-macam harapan yang dijanjikan sebelum pilihanraya tapi mereka mendapati apa bezanya kerajaan yang memerintah di beberapa buah negeri dengan kerajaan pusat?

Anwar Ibrahim contohnya. Dari dulu sampai sekarang cakap pasal "reform". Nak reform itu dan ini tapi pada hakikatnya parti sendiri pun dia gagal nak reform. Berbagai masalah ditambah pula dengan gelagat pimpinan dan golongan elitis dan berkepentingan di dalam parti tersebut. Selepas PRu 2008, beberapa kali siri pilihanraya kecil dilihat memihak kepada PR kerana waktu itu mood rakyat yang mahukan kepada pembaharuan dan perubahan masih lagi menebal. Sekarang, satu demi satu tumpas. Dan UMNO/BN (la`natullah) berjaya menarik kembali sokongan rakyat dan pengundi sedikit demi sedikit.

Sebelum bercakap nak menuju ke Putrajaya, lebih baik bersiap sedia dengan kemungkinan akan terlepas negeri-negeri yang berjaya ditawan pada PRU 2008.

RAIS YATIM MEMBILANG HARI.......???

on



Sebuah akhbar berbahasa Inggeris Isnin lepas memaparkan berita eksklusif di muka hadapan mengenai tindakan SPRM menyoal beberapa pegawai kanan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia yang ditadbir oleh Rais Yatim.

Siasatan tersebut berkaitan tindakan Kementerian yang dipimpin Rais menggunakan wang tabung USP di bawah Suruhanjaya tersebut sebanyak RM4.53 bilion untuk tujuan-tujuan tertentu termasuk program Netbook yang menimbulkan kontroversi.

RM4.53 bilion satu jumlah yang cukup besar dan sudah tentu keputusan untuk menggunakan sejumlah wang sebesar ini perlu mendapat restu Rais.

Yang menariknya, apakah berita muka hadapan ini merupakan paku terakhir kepada keranda Rais sebagai Menteri Kabinet ketika rombakan Kabinet hangat diperkatakan sekarang ini?

Berita seumpama ini sudah pasti memburukkan lagi imej Rais dan menyukarkan Najib Razak mengekalkan Rais di dalam Kabinet beliau.

Atau mungkinkah pendedahan di dalam media ini merupakan strategi untuk memudahkan Perdana Menteri menggugurkan Rais?

Apa pun, tiada siapa akan menyalahkan Najib sekiranya Rais digugurkan. Malahan mungkin pujian mengiringi keputusan Najib ini.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List