Dengan perbicaraan sebegini....destinasi Anwar ialah penjara!!

on Nov 24, 2010




Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan permohonan melucutkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zabidin Mohd Diah daripada perbicaraan kerana didakwa terus bersikap berat sebelah dan menghalang peguambela mendapatkan nota-nota pemeriksaan doktor ke atas pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Selain itu, peguam Karpal Singh akan memohon supaya pakar perubatan Dr Siew Sheue Feng dari Hospital Kuala Lumpur dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana cuba menyembunyikan dokumen yang penting untuk pembelaan Anwar.

Zabidin akan mendengar kedua-dua permohonan itu pagi, esok.

Anwar melahirkan rasa kesal terhadap keputusan-keputusan Zabidin yang dilihat berat sebelah sepanjang perbicaraan dan memihak kepada pendakwaraya, walaupun ia jelas bercanggah dengan prosedur undang-undang.

"Peguam telah memberi maklum bahawa kita akan mengemukakan permohonan supaya hakim menarik diri kerana berpuluh-puluh kes kita asyik diketepikan semua undang-undang dan hanya memihak kepada pendakwa. Beberapa kenyataan dia (Zabidin) nampak jelas tidak berlaku adil. Jadi ini akan dilakukan esok," kata Anwar.

Pada hari ini Zabidin sekali lagi melarang peguambela daripada mendapatkan dokumen pemeriksaan awal daripada pakar-pakar yang memberi keterangan.

Dokumen itu mempunyai banyak maklumat yang tidak terkandung dalam laporan perubatan yang dikemukakan oleh pendakwaraya kepada mahkamah.

Anwar berkata ada cubaan jelas melindungi maklumat nota perubatan pengadu Saiful Bukhari Azlan, khususnya apabila pakar patologi Dr Siew memberi keterangan hari ini.

Walaupun gagal memberi jawapan tepat kepada soalan-soalan Karpal, Dr Siew enggan untuk merujuk kepada nota-nota yang diambil oleh beliau ketika memeriksa Saiful untuk memberi keterangan.

Ini kerana jika beliau berbuat demikian, peguambela boleh memohon untuk mendapatkan nota-nota.

Bagaimanapun semasa waktu rehat, Dr Siew mengaku ada merujuk kepada nota-notanya. Anehnya sebaik sahaja perbicaraan bersambung, beliau enggan berbuat demikian.

"Kenapa ...takut mengenai kepada nota-nota ini," tanya Karpal. Namun pakar perubatan itu tetap memilih untuk tidak berbuat demikian.

Karpal kemudian berkata Dr Siew harus dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana merujuk kepada nota-nota itu ketika waktu rehat walaupun beliau sebelum itu memberitahu mahkamah tidak akan berbuat demikian.

Beliau akan memohon supaya Hakim Zabidin mengenakan tindakan itu kerana jelas ada cubaan untuk menyembunyikan maklumat daripada peguambela.

Karpal juga menegur Zabidin kerana terus menafikan hak peguambela untuk mendapatkan nota-nota pemeriksaan awal doktor yang cukup relevan kepada perbicaraan.

Peguam veteran itu berkata Zabidin hanya membuang masa mengambil keterangan doktor jika tidak mahu melihat sendiri nota-nota yang diambil oleh doktor dalam memberikan keterangan mereka di mahkamah.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List