Kongres PKR: Bersiap Untuk Lonjakan Gelombang Baru

on Nov 24, 2010


Jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersiap sedia mencetus lojakan pada kongres minggu hadapan bagi membawa gelombang perubahan demokrasi selepas selesai memilih kepimpinan semalam.
Perkara ini dilontarkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada media di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur semalam.
Beliau percaya tumpuan kongres lebih kepada persedian pilihanraya justeru optimis tumpuan masyarakat yang mula memandang parti sebagai pencetus perubahan dalam sistem pentadbiran negara kini.
“Sekarang pemilihan telah selesai dan kita akan menghadapi kongres. Tumpuan tentu kepada pilihanraya akan datang,” jelas Anwar.
Tambahnya lagi, keraguan rakyat terhadap ketelusan demokrasi pemilihan kepimpinan PKR dianggap cabaran justeru membalas dengan penjelasan terbuka sekaligus menarik perhatian sejumlah besar masyarakat yang mencari pendekatan demokrasi mutlak baru.
Kepimpinan Johor menurut beliau sangat menggalakkan selain mempamerkan pendekatan yang amat unik.
Dalam temubual itu, Anwar turut menzahirkan rasa was-was kreadibiliti Zaid Ibrahim mencipta haluan politik baru di Malaysia justeru sinikal terhadap sokongan yang akan diterima bekas calon timbalan presiden PKR itu apabila mengorak langkah kelak.
“Tidak perlu saya untuk respon kepada beliau kerana dia (Zaid) belum menunjukkan senarai nama ahli baru yang beliau dakwa akan bersamanya,” ujar beliau di sini.
Anwar turut berpendapat pejuang-pejuang rakyat yang ingin berlagak ‘hooligan’ tidak ada tempat dalam PKR justeru beliau memberitahu pendekatan PKR kini adalah memperkenalkan pemimpin-pemimpin muda.
“Untuk kongres minggu hadapan, kita akan tampil lebih kuat dengan memperkenalkan ahli pasukan baru terdiri daripada golongan pemimpin muda yang lebih profesional,” kata beliau kepada media.
Anwar berkata beliau akan terus memimpin parti Pakatan Rakyat kerana yakin gabungan PAS dan DAP sedang memberi reaksi terbaik menperkukuh prinsip parti justeru akan memberi laluan mudah kepada pakatan pembangkang mengorak langkah membina sebuah kerajaan demokrasi tulen.
“Sehingga kini Pakatan Rakyat bersetuju cara kita membawa pendekatan ini, jadi kita akan teruskan. Kita akan mengadakan pertemuan Rabu ini untuk menghurai perjalanan akan datang dan saya rasa itu bukan isu. Melainkan Umno yang mahu saya keluar,” jelas beliau lagi.
Anwar juga berpendirian tindakan Zaid meninggalkan parti bukan isu yang perlu diberi fokus. Beliau juga mengesa agar PKR lebih proaktif memperlihat kematangan justeru memberi kerjasama terbaik kepada jentera kepimpinan parti.
Ditanya padangan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa ramalan PKR berjaya mengekalkan dua pertiga kerusi pada pilihanraya akan datang, beliau berkata PKR bersedia menawan dua negeri lagi.
“Pandangan beliau boleh dikatakan relevan pada ketika ini kerana pada 2008 dia fikir kita tidak akan berjaya sehingga kita buktikan ia salah. Jadi kita akan cuba dapatkan satu atau dua negeri lagi,” kata beliau kepada media.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List