ANWAR PEMBOHONG............???

on Nov 24, 2010



Pembohongan berhubung jumlah ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) oleh penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008 berjaya memperdaya Dap dan Pas sehingga sanggup memberi laluan kepada parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum ke 12 lalu.
Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini terbukti berdasarkan kepada jumlah ahli PKR yang mengundi pada pemilihan pucuk pimpinan parti berkenaan yang sedang berjalan sekarang.
“Mana perginya ahli PKR, jika jumlah yang keluar menugundi tidak sampai 10 peratus daripada 400,000 ahli yang didakwa menyertai PKR, apa yang kita tahu hanya lebih kurang 25,000 ahli sahaja yang mengundi.
“Kita lihat laporan akhbar hari ini, Azmin Ali dapat undi lebih kurang 19,000, kirakanlah 20,000 orang, manakala Mustapha Kamil dapat dalam lebih kurang 4,000, kalau kita campurkan semua tak sampai pun 25,000 orang. Mana perginya ahli yang yang dikatakan ada 400,000. Ini pemilihan Timbalan Presiden,” katanya ketika kepada UMNO-Online.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jumlah ahli PKR yang dikatakan mempunyai keahlian yang dianggarkan kira-kira 400,000 sejak ditubuhkan, sedangkan jumlah mereka yang mengundi adalah jauh bezanya daripada yang diuar-uarkan.
Ahmad Maslan berkata, dari senario yang berlaku dalam pemilihan parti itu, apakah pemilihan pucuk pimpinan parti itu yang turut membabitkan jawatan utama tidak penting kepada ahlinya atau jumlah ahli yang dikatakan itu hanya satu dogengan.
“Adakah kedudukan Timbalan Presiden itu tidak penting menyebabkan mereka tidak mengundi atau jumlah 400,000 orang yang dikatakan itu hanya satu dogengan, inikah mainan PKR.
“Saya ada baca satu statement (kenyataan) seseorang, bahawa angka 300 ribu, 400 ribu itu hanya dongeng, tidak ada sebanyak itu, dikatakan ramai hanya hendak banyak kerusi pada waktu pilihan raya,” katanya.
Menurutnya, apa yang dilakukan oleh PKR itu berjaya, mereka berjaya memanupulasi jumlah ahlinya sehingga menyebabkan Dap dan Pas terpaksa memberi laluan kepada PKR untuk bertanding dalam pilihan raya.
Beliau berkata, bedasarkan kepada dari apa yang dilaporkan itu membuktikan bahawa PKR tidak mempunyai ramai ahli dan tidak seperti apa yang sering dikatakan oleh pemimpin-pemimpin mereka mempunyai ramai pengikutnya.
“Jadi perkara ini perlu ambil perhatian, pada peminat-peminat politik dan rakyat hendaklah mengetahui bahawa PKR adalah sebuah parti yang kuat, kita lihat berapa ramai tokoh-tokoh mereka yang keluar, sudah sahlah PKR ini adalah parti keluar ramai-ramai,” katanya.
Kata beliau lagi, walaupun bukti sudah menunjukkan PKR bukanlah sebuah parti yang kuat, namun UMNO tetap akan terus bekerja keras untuk bersama rakyat, UMNO kuat bukan disebabkan oleh kelemahan parti lawan tetapi disebabkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List