TERKEJUT.......???

on Dec 9, 2010

Terkejut isteri yang baru dicerai rupa-rupanya sudah berkahwin lain dan mendapat anak baru.

AZUAN menunjukkan gambar bekas isterinya, Hasli Azuwa di Alor Setar


ALOR SETAR – Seorang kakitangan kerajaan di sini, Azuan Abu Bakar, 32, terkejut apabila mendapati isterinya yang baru disahkan bercerai dengannya oleh mahkamah semalam rupa-rupanya sudah berkahwin lain dan mendapat anak baru.
Dia yang berasal dari Taman Desa Ilmu dekat Pokok Sena memberitahu, perceraiannya dengan Hasli Azuwa Johari, 21, melalui cara tebus talak sebanyak RM35,000 baru diputuskan oleh Mahkamah Syariah Alor Setar semalam.
Azuan berkata, dia bernikah dengan Hasli Azuwa pada 19 Ogos 2007 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Amri Helmi yang kini berusia dua tahun enam bulan.
“Tapi pada 11 Februari 2009, isteri saya telah bertindak keluar dari rumah selepas berlaku perselisihan faham dengan saya,” katanya di sini semalam.
Menurut Azuan, dia sebelum ini tidak pernah melafazkan cerai kepada Hasli Azuwa malah isterinya itu keluar dari rumah pun ketika dia tiada di rumah kerana bekerja.
“Sejak itu, dia tidak pulang ke rumah dan saya ada membuat laporan polis mengenai kehilangannya tetapi semalam saya terkejut apabila mendapat tahu dia telah melahirkan seorang bayi lelaki pada 20 Mac lalu,” ujarnya

Chegu Bard kekal bersama PKR

on

Kedudukan CheguBard dalam PKR terjawab




Bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard hari ini menamatkan segala spekulasi berhubung kedudukan beliau dalam PKR apabila mengumumkan pendirian beliau untuk kekal bersama perjuangan parti itu.

Dalam kenyataan akhbar sulong beliau selepas pemilihan yang dikeluarkan pada jam 2.00 pagi tadi turut menegaskan pendirian beliau yang akur terhadap apa yang terjadi sepanjang pemilihan namun pada masa yang sama enggan mengiktiraf keputusan pemilihan tersebut.

"Jawatan bukan alasan untuk bekerja. Saya tegaskan, tanpa jawatan peringkat pusat saya akan terus setia dalam memperkasakan parti.

Saya masih yakin PKR merupakan parti terbaik dalam melaksanakan reformasi dalam negara. Namun PKR juga seharusnya sedia dalam menjamin demokrasi yang telus dalam parti.

"Saya dengan ini menyatakan akur apa yang berlaku tetapi sama sekali tidak mengiktiraf keputusan pemilihan PKR 2010. Saya masih juga menantikan penjelasan bertulis dalam perkara yang saya bangkitkan," menurut kenyataan tersebut.

Menolak tawaran jawatan lantikan

Chegu Bard turut menyatakan pendirian beliau yang menolak semua jawatan lantikan yang mungkin ditawarkan kepadanya selagi beliau tidak menerima penjelasan dari parti berhubung aduan-aduan penyelewengan ketika pemilihan yang telah dibuat beliau sebelum ini.

"Saya telah menghantar bantahan bertulis. Bantahan yang telah menyenaraikan perbagai kepincangan ini tidak mendapat respon bertulis setakat ini.

"Sehubungan dengan itu saya juga menolak semua jawatan lantikan yang bakal ditawarkan selagi tidak mendapat penjelasan bertulis mengenai apa yang saya bangkitkan dalam bantahan.

"Ini bukan soal jawatan tapi soal ketelusan. Jika saya menerima lantikan dalam keadaan aduan saya juga gagal diperjelas secara bertulis, ini akan membawa erti saya berkompromi dengan sesuatu yang saya pertikaikan," katanya lagi.

Sebelum ini FMT difahamkan oleh satu sumber terdekat Chegu Bard, menyatakan Ketua Umum PKR, Dato Sri Anwar Ibrahim telah menghubungi Chegu Bard sejurus tamat Kongres PKR untuk menawarkan jawatan dalam parti.

Namun menurut sumber itu lagi, tawaran tersebut telah ditolak dengan berhemah oleh Chegu Bard dengan menyatakan pendirian beliau yang tidak mengutamakan jawatan melainkan mahukan ketelusan dan perjuangan dalam parti.

Di samping itu, Chegu Bard turut membidas sikap tidak profesional pemimpin dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dengan menyamakan jawatankuasa terbabit dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) ketika proses pemilihan parti itu berlangsung.

Membangkitkan soal ketelusan

"Yang dibangkitkan ialah soal ketelusan bukan siapa kalah atau menang. Kita sering mempersoalkan ketelusan SPR namun apabila kita berdepan dengan cabaran yang sama, kita gagal melaksanakan ketelusan tersebut.

"Melaksanakan agenda satu anggota satu undi adalah satu penciptaan sejarah yang berani. Amat memahami ini proses baru dan banyak kelemahan, tetapi tidak sama sekali berkompromi apabila alasan ‘baru’ itu sebagai alasan untuk melakukan ketidak telusan dan ‘menyapu dibawah pemaidani’.

Beliau turut membangkitkan apa yang didakwanya sebagai penyelewengan dan penipuan sepanjang pemilihan berlangsung termasuk pemilihan Pengerusi Tetap yang diadakan ketika kongres parti itu baru-baru ini.

"Pertikaian muncul dari proses penamaan pemilihan cabang, pencalonan jawatan pusat dalam mesyuarat cabang, proses pengundian pusat sehinggalah pemilihan Pengerusi Tetap dengan cara angkat tangan.

"Semua yang hadir termasuk pemerhati dan media menyaksikan bagaimana undi angkat tangan memilih pengerusi tetap dalam Kongres AMK Pusat pun kiraannya ditipu," menurut kenyataan itu lagi.

Dalam kenyataan beliau itu turut melahirkan penghargaan kepada mereka yang memberikan sokongan kepada calon-calon yang mendukong manifesto Manifestasi Anak Muda-Penerus Perjuagan Reformasi pimpinan beliau yang berkempen dalam keadaan kewangan yang terhad sekaligus menolak politikus yang mengamalkan politik naungan.

KESAN DARI PEMILIHAN PKR.......???

on



Ini hasil dapatan pihak yang buat survey iaitu University Malaya’s Democratic Research and Elections Centre.


43 per cent of residents in PKR stronghold areas here will not support the party in the next general election due to a decline in confidence after its fractious polls last month.



Fuuhhh..... Kesan dah nampak dah. Inilah akibat yang kini terpaksa ditanggung oleh PKR, kesan daripada pengenalan sistem pemilihan 1 ahli 1 undi. Nawaitu untuk memperluas demokrasi dalam parti itu baik, tapi jika ia tidak dilaksanakan dengan sempurna dan berhemah, maka inilah akibatnya.


Daripada survey yang dilakukan jelas menunjukkan sokongan terhadap PKR merosot dan persoalannya sekarang apa yang PKR akan lakukan untuk memulihkan semula keyakinan dan seterusnya mengembalikan semula sokongan yang merosot??


Apa-apa pun... sistem yang dilaksanakan itu baik tetapi ia perlu dimurnikan lagi bagi menghapuskan kepincangan. Kalau tak boleh hapus 100% at least minimakan ia kepada paling minima.


Untuk itu ia memerlukan kesungguhan semua pihak dalam PKR, bukan JPP sahaja. PKR mesti menunjukkan kesungguhan mereka untuk menangani kepincangan yang menjadi sebab merosatnya sokongan terdahap parti. Langkah-langkah yang positif mesti diambil bagi menyelesaikan setiap aduan yang dibuat. Jika tidak padah akan menimpa.


Namun demikian rasanya PKR masih mampu mengubah persepsi buruk terhadapnya jika semua pihak yang menang mau pun yang kalah bertaut kembali demi memperkuat parti bagi menghadapi pilihan raya. Pihak di atas mau pun akar umbi mesti cuba elakkan diri dari terus menimbulkan polemik dalam parti.


Aha, pandai-pandai komer ler.... Parti komer tanggung jawab komer. Kalau tak nak terus ditolak oleh rakyat buatlah sesuatu.

Baca selanjutnya kat link bawah ini.


1. Polls show PKR losing voter confidence......???

2. Anwar masih dianggap relevan walaupun terus diserang UMNO-BN

Hisham dakwa ramai kecewa pendirian Soi Lek di konvensyen BN

on



Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menyinggung sejumlah pemimpin hujung minggu lalu ekoran kenyataan agar ungkapan-ungkapan tertentu antaranya “Ketuanan Melayu” dilarang daripada digunakan manakala Umno pula tidak lagi meluluskan dasar-dasar kerajaan dalam mesyuarat Majlis Tertingginya.

Naib Presiden Umno ini (gambar) berkata banyak pihak telah melahirkan rasa tidak puas hati mereka dengan sikap Presiden MCA itu menggunakan konvensyen Barisan Nasional (BN) Ahad lalu sebagai platform untuk melahirkan keluhan dan rintihan terhadap parti pemerintah ini.

“Saya dengar ramai yang tidak gembira dengan apa yang dikatakan oleh Soi Lek termasuk pemimpin-pemimpin MCA sendiri, dalam konteks konvensyen BN,” kata Hishammuddin pada sidang media di lobi bangunan Parlimen hari ini.

Kenyataan Hishammuddin hari ini kelihatan satu persekitaran menghidupkan balik ‘perang’ antara dua komponen BN ini, selepas kedua-dua berbalas pandangan berhubung saranan MCA mengenai pemansuhan tindakan afirmatif dan sasaran ekuiti 30 peratus Bumiputera.

Bagaimanapun Hishammuddin jelaskan, meskipun kecewa dengan apa yang dikatakan oleh Dr Chua, apa yang lebih penting ialah konvensyen Ahad lalu menunjukkan BN adalah satu perikatan yang benar-benar bersatu.

“Kesemua presiden parti dalam BN telah diberi peluang untuk memberikan ucapan tetapi sudah pasti, isu sensasi ini (yang) dipetik,” kata beliau.

Hishammuddin menambah, jika beliau respons ke atas kenyataan keras Dr Chua terhadap parti pemerintah, isu itu kemungkinan akan berterusan sewenang-wenangnya.
“Sebaliknya, saya mahu melihat ke depan. Apa yang dikatakan (oleh Dr Chua) mungkin terjadi ke atas kesemua pemimpin, kesemua parti, tetapi apa yang penting ialah rumusan konvensyen, dalam ucapan pengerusi BN (Datuk Seri Najib Razak), kata-kata beliau dan aspirasi beliau untuk mentransform BN, itu yang lebih penting,” kata beliau.

Berhubung kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zarkashi yang secara terbuka membidas Dr Chua dalam rencana disiarkan hari ini berkenaan dengan isu “Ketuanan Melayu” dan kenyataan mengenai sistem “abang, adik” yang wujud dalam BN, Hishammuddin berkata:
“Kemungkinan ada sedikit kekecewaan dirasakan oleh beberapa pemimpin tetapi ia tidak bermakna BN bersetuju secara total dengan Soi Lek atau BN bersetuju dengan timbalan menteri.”

MCA 'Duri Dalam Daging' Dalam BN.........???

on

MCA Kacau Semangat Konvensyen






Sepatutnya Konvensyen Barisan Nasional (BN) Ahad lalu berakhir dengan memberikab gambaran bahawa suatu persefahaman dan kesepakatan telah tercapai untuk perpaduan bagi mempertahankan Putrajaya, tetapi gambaran itu hanyawujud pada ucapan bersemangat tinggi Datuk Seri Najib.

Selepas sahaja konvensyen itu, sebuah parti terbesar dalam BN yang juga kawan lama kepada UMNO telah menampakkan ketidakyakinan kepada jaminan diberikan Najib bahawa "walau apa pun anutan kepercayaan kita, taraf sosial ekonomi dan di mana sekalipun berada, kita tetap teguh berpadu di bawah payung 1 Malaysia."
Satu kenyataan Presiden MCA Dr Chua Soi Lek telah mengacau dan mengelirukan semua, gambaran jelas, indah dan gagah yang telah dibangunkan Najib semasa berucap merasmikan konvensyen itu.

Apabila konvensyen itu tamat, Soi Lek mengisytiharkan tidak lagi mahu amalan memberikan gambaran bahawa UMNO berada pada suatu taraf kepimpinan lebih tinggi dari parti-parti lain diteruskan.

Bila MCA menimbulkan soal persamaan hak di negara ini, maka keyakinan rakyat terhadap wujudnya ketidakadilan dalam perkongsian ekonomi negara semakin kuat kerana MCA adalah parti pemerintah.
Tetapi apa yang berlaku dalam DAP sendiri membuktikan dasar persamaan hak dalam kepimpinan tidak mungkindicapai, sebaliknya lebih bersifatkan retorik indah. Lihat sahaja apa yang berlaku dalam DAP Perak yang majoriti ahlinya Cina. Orang India dipinggirkan dalam pemilihan kepimpinan peringkat negeri itu.

Sayang..Soi Lek tidak memahami ungkapan Najib bahawa "Kita telah memilih jalan yang wajar dengan mengaplikasikan kaedah integrasi di mana perbezaan unik digabungkan dalam sebuah keluarga besar, saling mengukuh dan menyokong bukannya untuk memusnahkan identiti mana-mana bangsa."

Soi Lek lebih memahami dasar dan formula DAP untuk masa depan negara. Maka itu beliau dalam keadaan sedar atau tidak akan terus menimbulkan prasangka buruk orang cina terhadap UMNO. Matlamat konvensyen BN telah dikacau dan diselewengkan dari dalam.

Sukar untuk Najib mencabut 'duri dalam daging.'


Pilihanraya Setelah Anwar Di Penjara!

on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZs-YVmySBaTtL-xJeW0Nv3luGEZR1-C1IGvvuuxklTTcsF8gsl3XSJSqs-Mddd4sUPewfdGJ2xYhP2ncwKPELfyz-MLgeGqDSo1bF6QQ2C_3B99BcFyaOjlSZdQJMPbKNaRN_n_k_dXZL/s400/anwar-ibrahim.jpg




APAKAH mungkin Pilihan Raya Umum Sarawak diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke 13? Inilah jawapan yang sedang dicari oleh sekalian pemerhati. Ia sudah diagak oleh media bahawa kedua pilihan raya itu akan diadakan serentak. Ia bererti pilihan raya umum disegerakan dalam tahun 2011.

Ia disifatkan oleh Perdana Menteri sebagai suatu ramalan. Tetapi ia tidak dinapikannya dan tidak juga disahkannya.





Maka kemungkinan tahun depan itu tidak boleh ditolak. Apa pun Tun Dr. Mahathir mengingatkan Perdana Menteri Najib jangan gopoh, kerana masih banyak bagi membuat persiapan. Kemenangan BN dalam beberapa pilihan raya kecil jangan dijadikan petunjuk sangat bahawa suasana sudah memihak semula kepada BN.

Pernah Perdana Menteri Edward Heath tertipu oleh iklim politik yang baik baginya untuk mengadakan pilihan raya umum mengejut di Great Britain. Angka ekonomi yang baik di England ketika itu dikira memihak kepadanya bagi mengadakan pilihan raya.

Masa matang bagi pilihan raya itu masih banyak. Justeru yakinnya pada ramalan sedap itu Heath mengadakan pilihan raya mengejut. Rupanya ia jadi penamat kepada kuasanya.
Maka bila agaknya pilihan raya ke 13? Adakah diserentakkan dengan pilihan raya Sarawak yang tempohnya hampir matang?

Ia banyak bergantung kepada bila kes liwat-2 diselesaikan. Pilihan raya Sarawak tidak boleh ditangguhkan. Sama ada mahkamah sempat menyelesaikan kes itu atau tidak, pilihan raya Sarawak jalan terus.
Jika ia selesai sebelum pilihan raya Sarawak, maka pilihan raya serentak mungkin diadakan. Jika tidak selesai, maka ada masa bagi semua pihak membuat persiapan.
Maka perhatian sekarang ialah bilakah mahkamah akan berakhir?

Pada Anwar Ibrahim kes liwat-2nya itu adalah lanjutan konspirasi politik yang lalu. Ia adalah dikira usaha bagi memenjaranya lagi.

Dalam dua pilihan raya umum yang Anwar dijadikan banduan, maka Barisan Nasional berjaya mempertahankan pretasi baiknya. Bila keluar saja dia dari penjara sekali pun dia masih dalam idah bila pilihanraya umum ke12 diadakan, dia dapat mendorongkan ledakan tsunami atas keputusan pilihan raya itu.
Bagi mengelakkan tsunami berulang, mungkin lebih parah, maka dipercayai konspirasi memenjarakannya semula dirancang. Manusia hanya merancang. Tetapi manusia tidak berupaya menentukan rancangan itu berjaya atau tidak.

Konspirasi sekurang-sekurangnya boleh mengganggu tumpuan Pakatan Rakyat bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Orang-orang yang buta maklumat dan kurang hidayat mudah dikelirukan oleh gema konspirasi itu. Ia tidak mengelirukan semua orang, tetapi ia mengelirukan setengah orang.
Antara yang sudah dikelirukan itu adalah aktivis reformasi. Mereka putus asa, lalu tidak menyambung kempen reformasi. Tetapi ia tidak mematahkan kempen meneruskan reformasi. Kempen reformasi berjalan terus, tetapi sudah ada kecederaan.

Kalau Anwar dapat dipenjarakan segera, kekeliruan akan bertambah dan kecederaan pun bertambah. Tetapi harapannya ialah supaya reformasi itu terbengkalai.
Bagaimana pun gerakan anti konspirasi muncul sebagai sebahagian dari kempen melucutkan kuasa Putrajaya yang sudah lama goncang dan beertambah goncang. Kesan kempen anti konspirasi itu lebih ketara di peringkat antara bangsa.

Banyak pihak di dunia tidak mengira dakwaan kes liwat-2 itu suatu yang jenuin. Ia sepatutnya tidak diadakan. Baik golongan apa yang dikatakan anti keganasan global dan golongan kontra anti keganasan global, adalah sepakat kes itu tidak diperlukan.
Dakwaan itu tidak popular bagi Amerika, tidak populer bagi Nato dan Kesatuan Eropah, tidak pupuler bagi Hisbullah Lubnan, tidak popular bagi Turki pimpinan Erdogen dan ulama dunia yang diketuai oleh Syaikh Yusuf Qardawi.

Amerika dan Hisbullah Lubnan itu adalah berseteru tetapi mereka sekata bahawa kes Anwar itu bukan kes yang jenuin. Justeru itu kuasa di Putrajaya amat cemas kalau Anwar berangkat ke luar negeri. Anwar tidak perlu keluar negeri untuk memberitahu pekung konspirasi dalam negeri.

Pro anti konspirasi itu tahu untuk berbuat apa seperti apa yang mereka tahu tentang wanita anti junta Myanmar. 20 tahun wanita itu terkurung, tidak ke mana-mana, apa yang terjadi padanya dalam kurungan itu bergema di dunia seluruhnya.

Sementara pemimpin wanita Burma itu sudah keluar dari penjara, Anwar pula sedang berdepan dengan proses untuk dipenjara atau tidak. Banyak yang percaya dia tidak dapat mengelak dari dipenjara lagi.
Sementera dia belum dipenjara, dia boleh pergi ke mana-mana dalam negara ini. Dan di mana-mana pun dia mendapat sambutan baik. Semua orang mahu menengoknya dan mendengarnya.

Antara yang suka mendengarnya ialah penyokong BN yang selalu mendengarnya semasa dia bersama BN dulu. Maka buah mulutnya tetap dirasa berbisa oleh penunggu-penunggu di Putrajaya. Sekali pun sama naik Najib suami isteri untuk menghadapi Anwar suami isteri, selagi Anwar bebas ke sana ke sini, tetap ia suatu yang menyusahkan Najib dan isterinya.

Walau pun BN menang tiga pilihan raya kecil masa setahun ini, Dr. Mahathir tetap merasakan jangan Najib tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya baru. Kalau boleh pilihan raya Sarawak itu sendiri patut ditangguhkan.

Kerana tempoh matang pilihan raya Sarawak hampir tamat, tiada cara ia dapat ditangguhkan. Terpaksalah ia diadakan juga. Tapi kalau boleh, ia juga patut ditangguhkan.
Itulah yang dirasakan oleh Dr. Mahathir dan itulah mesej yang disampaikannya kepada Najib. Mungkin Dr. Mahaathir tidak tahu apa yang Najib tahu, tetapi Mahathir sendiri ada kebimbangan dengan suasana menjelang pilihan raya akan datang. Walau pun media arus perdana memberikan gambaran bahawa PKR berada dalam keadaan yang tertekan, tetapi tetap Mahathir tidak begitu yakin pilihan raya itu wajar dicepatkan.

Apa yang Mahathir tunggu?

Ialah untuk melihat Anwar dipenjara lagi. Kemungkinan Anwar dipenjarakan itu memerlukan masa yang lambat, maka tunggulah kemungkinan itu dulu.

Jika pilihan raya diadakan sebelum Anwar dipenjara, ia bererti negara ada pilihan calon Perdana Menteri. Dia adalah calon Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat mendapat majoriti.

Tiada peraturan dapat menyekatnya jika dia belum disabitkan bersalah. Walaupun dia menghadapi kes, tetapi selagi mahkamah tidak menjatuhkan dia bersalah, maka dia belum bersalah. Dalam keadaan demikian dia boleh menjadi calon Perdana Menteri.

Tetapi kalau dia dipenjarakan, maka dia sudah tidak lagi boleh jadi calon Perdana Menteri. Apabila dia tidak boleh calon Perdana Menteri, maka Pakatan belum ada calon yang sepakati bagi menjadi Perdana Menteri. Dalam keadaan itu macam-macam boleh berlaku.

Pengundi mahu tahu siapa calon Perdana Menteri kalau Pakatan menang pilihan raya? Apabila rakyat tidak nampak siapa bakal Perdana Menteri itu, maka ia memberi banyak pilihan kepada pengundi.
Apa gema Anwar dipenjara lagi, adalah hal yang lain, tetapi yang penting ialah BN mahu meraih keuntungan dari kekosongan calon Perdana Menteri Pakatan.

Itulah perlu ditunggu dulu sehingga perbicaraan itu selesai. Kalau ia cepat selesai maka mudahlah pilihan raya diadakan segera.

Ada 48 Peti Besi Kat Rumah.........???

on






Bekas Setiausaha kepada menteri kewangan ke2 Nor Mohamed Yakop, telah didakwa mempunyai 48 peti besi dalam rumahnya.

Hasbi Satar pernah ditahan oleh SPRM kerana mempunyai wang tunai RM2 juta yang disimpan dalam rumahnya, tetapi masih belum didakwa walaupun tangkapan telah dilakukan 7 bulan yang lepas..

untuk apa hasbi membeli 48 buah peti besi yang disimpan dalam rumahnya ?

simpan pensil kah ?
simpan dokumen kah ?
simpan harta kah ?

inilah masa untuk umno/barisan nasional dan kerajaan membersihkan sama sekali rasuah. jangan yang kena ikan bilis sahaja , tetapi kepala jerung jugak harus disiasat.

LHDN tolong siasat Khir Toyo - Faekah Husin

on



 Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) diminta menyiasat bekas menteri besar Selangor kerana dakwaan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo tidak menggambarkan keseluruhan kesalahan yang telah dilakukan mantan Menteri Besar Selangor itu.
Ia juga tidak memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam menangani penyakit utama negara yakni rasuah. Jauh sekali membersihkan kekotoran yang terpalit dan sebati pada Umno.


Demikian kata Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husin dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.



Langkah ini perlu, apatah lagi kesalahan Dr Khir bukan semudah yang digambarkan, kata berliau dalam kenyataannya itu.



Pada 6 Disember lalu, Khir Toyo, 45, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam.



Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.



Dr Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.



Adun Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.



Menurut Faekah, siasatan perlu dilakukan samada cukai hartanah dikenakan mengikut nilai sebenar lot tanah tersebut memandangkan Dr Khir dengan sengaja memberikan taksiran palsu bagi mengelak dari membayar cukai.



Begitu juga dengan bayaran duti setem. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana perbuatan mengelak dari membayar cukai dengan melakukan 'under declare' adalah satu kesalahan yang serius.



Rakyat, katanya, merasakan pendakwaan terhadap Mohd Khir ke mahkamah semata-mata sandiwara politik yang sering dimainkan Umno dan Barisan Nasional bagi menutup salahguna kuasa yang lain.



"Pendakwaan ini lebih kepada memberi laluan mudah bagi pimpinan UMNO untuk melantik Pengerusi Negeri yang baru," dakwa beliau. 



Ia juga, katanya, satu helah untuk Umno Selangor menonjolkan imej bersih dengan mengganti pemimpinnya yang sudah hilang kredibiliti. 



"Ingin ditegaskan, rakyat sebenarnya tidak peduli dengan sandiwara politik ini. Bagi rakyat, apa yang lebih penting ialah tindakan yang diambil pihak berkuasa terhadap pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan rasuah dan sejauh mana kesungguhan UMNO menangani masalah rasuah," tambah beliau.



Rakyat, katanya, tetap akan menghukum mereka kerana selama 50 tahun, pemimpin-pemimpin Umno bukan saja mengamalkan rasuah malah gagal mentadbir Negeri Selangor secara bijak, cuai dan tidak telus.



Puluhan projek pembangunan yang diluluskan tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan. Akibatnya ia hanya menguntungkan syarikat kroni dan projek pula terbengkalai begitu sahaja. Ribuan pembeli rumah di projek Bukit Botak tertipu dan ramai pula menjadi bankrup, tambah beliau.



Projek Alam Perdana pula, kata Faekah, yang melibatkan hartanah seluas lebih 7,000 ekar juga terbengkalai; puluhan ribu pembeli rumah menggigit jari sehingga ke hari ini.
Hutang Talam sebanyak RM391 juta adalah satu lagi contoh nyata kegagalan pentadbiran UMNO-BN. Ribuan ekar tanah telah diagih-agih sesama mereka, baik dalam bentuk pembangunan mahupun sebagai peneroka felda hatta Projek Revolusi Hijau.



"Mendakwa Dr Khir tidak bermakna mereka kini sedang di dalam proses pemutihan dan pemimpin yang bakal dipilih menerajui Umno Selangor harus diberikan peluang. Pilihlah sesiapapun, rakyat Selangor telah membuat keputusan," tambah beliau.



Dosa dan perbuatan rasuah mereka, katanya, terbongkar selepas Selangor diambil alih Kerajaan Pakatan Rakyat yang kini berhempas pulas membersihkan sampah sarap yang ditinggalkan.



"Memang sukar namun hampir separuh masalah tersebut telah berjaya diselesaikan walaupun baru bertapak di Selangor kurang dari 3 tahun. Kesilapan yang dilakukan oleh Umno dan BN tidak akan diulangi oleh Kerajaan Pakatan Rakyat kerana kami tidak akan sesekali memandang rendah kebijaksanaan rakyat membuat penilaian dan pilihan," tegasnya.

ARTIS OHH ARTIS.......???

on Dec 8, 2010

Siapa kah mereka ini.....???


Fasha Sandha.

on

gambar fasha sandha cover majalah hai


Bergetar jantung kami melihat gambar Fasha Sandha yang hitam menawan berposing untuk majalah Hai bulan Disember 2010. Kalau jantung kami pun dah bergetar, sudah tentu jantung Abang Jejai akan luruh terus. Memang cantik, cun, menawan dan sedikit menggoda aksi Fasha Sandha untuk cover majalah Hai ini.
Sekali pandang memang tak nampak sangat tapi kalau anda tengok lama-lama, anda akan perasan ada sedikit photoshop digunakan di rantai dan lurah dendam Fasha Sandha. Kami tak berapa pro bab photoshop ini, tapi itulah pendapat kami dari pandangan mata kasar.
Apa pun Fasha Sandha memang nampak sangat gorgeous dalam cover majalah Hai. Patutlah abang Jejai terpikat.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List