INI LAGI SORANG CAKAP TAK SERUPA BIKIN......
Copy & Posted By mahi on
Perpecahan lemahkan bangsa Melayu, kata Dr M
Masa depan bangsa Melayu akan terus lemah dan malap sekiranya kaum Melayu terus berpecah hanya semata-mata fahaman politik yang berbeza, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr MahathirMohamad.
Beliau berkata bangsa Melayu kini dilihat berada dalam kedudukan yang lemah kerana sudah berpecah kepada tiga kumpulan politik iaitu Umno, PAS dan PKR menyebabkan agenda untuk memajukan masa depan mereka sukar dilaksanakan, walaupun kerajaan kini di bawah kepimpinan orang Melayu.
"Kita lihat sekarang Melayu lemah kerana sudah berpecah kepada tiga dan kerajaan yang dipimpin orang Melayu juga menjadi lemah dan tidak dapat bertegas dalam menyusun langkah dalam majukan masa depan kita.
"Ini keadaan sekarang dan tidak dapat tidak ia akan mempengaruhi masa depan kita," katanya ketika berucap di wacana bersama Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai 'Bangsa Melayu dan Masa Depannya' di Memorial Tun Hussein Onn di ibunegara hari ini.
Wacana itu, anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan, turut dihadiri Yang Dipertua Mubarak Wilayah Persekutuan Abdul Aziz Yassin, Setiausaha Mubarak Wilayah Persekutuan Datuk Abdul Rahman Sulaiman dan Duta Besar Malaysia ke Filipina Datuk Seri Dr Ibrahim Saad, yang bertindak sebagai moderator wacana.
Dr Mahathir berkata kali pertama perpaduan Melayu di negara ini teruji ialah apabila berlakunya perpecahan yang menyaksikan wujudnya PAS, sebagai parti serpihan Umno.
"Tetapi kita masih mampu menguasai keadaan politik di dalam negara, tetapi sepertimana yang kita tahu, kemudiannya ramai daripada orang yang kecewa (daripada Umno) telah menubuhkan parti dan kita lihat serpihan-serpihan lain berlaku seperti Semangat 46 dan PKR," katanya.
"Masa kita miskin, lemah, tidak ada kedudukan, kita tahu hanya perpaduan yang akan memberi kita kekuatan. Tetapi hari ini, bila kita kaya sikit, ada yang perpendapat perpaduan tidak perlu lagi, kita lawan sesama kita," katanya.
Katanya ada juga orang Melayu yang sudah terlalu yakin mempunyai keupayaan untuk berdiri sendiri sehingga menolak sebarang usaha kerajaan termasuk menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diwujudkan untuk membantu mereka.
"Kita begitu sekali menganggap diri kita berkeupayaan, ada yang kata apa perlu 'identify' diri kita dengan Melayu, kita orang Malaysia, boleh tolak usaha untuk bantu kita. Kita hendak buang 'tongkat', hendak jalan atas kaki sendiri, tetapi kita tidak sedar kaki masih tempang," katanya.
Apa yang lebih menyedihkan, kata Dr Mahathir, ada orang Melayu yang terlalu asyik meminta sokongan kaum lain sehingga sanggup menyerahkan apa sahaja kepada kaum lain tanpa memikirkan implikasinya kemudian hari.
"Kalau bergantung kepada orang lain, lama-lama kita akan duduk di bawah perintah mereka, secara tidak langsung kita akan menjadi bangsa yang lemah kerana berpecah-belah.
"Walaupun dipilih untuk memerintah negara kita ini, sebenarnya kita tidak berkuasa kerana orang yang membantu kita akan desak supaya kita menghormati pendapat mereka, ini yang akan berlaku," kata Dr Mahathir yang berpendapat maju mundurnya bangsa Melayu terletak kepada diri orang Melayu itu sendiri.
Dalam pada itu Dr Mahathir yakin Malaysia akan selamat daripada kekuasaan asing sekiranya semua rakyatnya benar-benar memahami dan menerima konsep 1Malaysia atau 1bangsa yang diuar-uarkan kerajaan selama ini.
Untuk itu, katanya, kaum-kaum lain di Malaysia harus melupakan kaitan mereka dengan negara asing, sebaliknya menerapkan keyakinan bahawa mereka merupakan rakyat negara ini.
"Bila kita kata kita adalah orang yang ada kaitan dengan sebuah negara asing, maka itu adalah pengakuan kita adalah kaum pendatang. Jadi kita harus
lupa negara mana kita datang. Jika ada yang masih anggap mereka datang dari negara lain, maka tidak akan dapat wujud satu bangsa Malaysia.
"Tetapi sehingga sekarang, tidak ada kesanggupan untuk mengakui mereka bangsa Malaysia...kita bukan mahu semua mengakui diri mereka sebagai Melayu tetapi sekurang-kurangnya sebagai warga Malaysia," katanya.
Menyentuh mengenai isu ketuanan Melayu, Dr Mahathir secara sinis berkata orang Melayu tidak perlu untuk terus mendakwa diri mereka sebagai 'Tuan' jika mereka sebenarnya hanya merupakan 'kuli' kepada orang lain.
Menurutnya kata-kata 'Takkan Melayu Hilang Di Dunia' perlu dinilai semula agar dapat ditentukan apakah generasi Melayu yang sebenarnya yang mahu dikekalkan.
"Kita harus tanya Melayu bagaimana yang kita tidak mahu hilang dari dunia ini...yang kita mahu ialah Melayu yang tidak hilang ialah Melayu yang gagah, kaya, ada ilmu, cekap dalam perniagaan, pengurusan dan sebagainya," katanya.
Sementara itu, menjawab kepada satu soalan mengenai bagaimana untuk menyatu-padukan orang Melayu yang sudah berpecah tiga, Dr Mahathir berkata:"Cara mudah, ketuk kepala (Datuk) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat)(Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan) dan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) (Penasihat PKR) kerana penyakit itu semua datang daripada mereka".
Beliau juga menyifatkan usaha menyatu-padukan orang-orang Melayu itu menemui jalan buntu kerana tidak adanya keinginan daripada kedua-dua pemimpin berkenaan untuk ke arah itu.
"Niat mereka hanya untuk mendapat tempat. Anwar dengan dasarnya untuk sampai ke Putrajaya dan Nik Aziz adalah seorang opportunist. Tidak ada niat mereka ini untuk berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara, itu yang susah hendak berbaik dengan mereka," katanya.
Dr Mahathir berkata dalam keadaan kepercayaan kepada Umno juga goyah, orang Melayu kini diletakkan dalam keadaan serba-salah untuk memilih parti yang boleh dipercayai, justeru menyifatkan kaum Melayu kini dalam "Malay Dilemma 2'.
- Bernama
Pelajar Malaysia di Mesir akan dibawa keluar - Najib
Copy & Posted By mahi on

KUALA LUMPUR, 2 Feb — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi berkata kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.
Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Sahlan Ismail.
“Beberapa langkah segera akan diambil untuk membawa keluar pelajar-pelajar kita dari Mesir,” katanya kepada Bernama di sini.
Antara langkah berkenaan ialah meminta kapal Bunga Mas 5 iaitu sebuah kapal serba guna yang dikawal oleh Tentera Laut Diraja Malaysia yang sedang bertugas di Teluk Aden, untuk belayar ke Pelabuhan Adabiyah yang terletak kira-kira dua jam setengah perjalanan dari selatan Kaherah, bagi membawa keluar pelajar-pelajar berkenaan.
“Kapal itu dijangka tiba di Pelabuhan Adabiah pada 5 Februari. Ia dapat memuatkan kira-kira 500 pelajar kita,” katanya.
Najib (gambar) juga berkata bahawa beliau sudah berunding dengan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman untuk meminta syarikat penerbangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia untuk melakukan penerbangan khas ke Kaherah untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia.
“Mereka (MAS dan AirAsia) akan memaklumkan kepada saya esok (hari ini) mengenai kemungkinan menggunakan pesawat mereka untuk tugas ini,” katanya.
Beliau berkata kerajaan juga akan berusaha membawa pelajar-pelajar Malaysia ke Jeddah untuk ditempatkan sementara di pusat Tabung Haji di sana sehingga ada penerbangan pulang ke Malaysia.
Bagaimanapun menurutnya ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu termasuk urusan visa pelajar berkenaan.
“Kerajaan sedang berurusan dengan kerajaan Arab Saudi untuk mendapatkan kebenaran khas membawa para pelajar kit ke Jeddah,” kata Najib.
Perdana Menteri berkata kerajaan akan memberi maklumat lanjut mengenai perkara itu kepada pelajar dan ibu bapa esok.
Sementara itu Kohilan yang berada di Kaherah ketika dihubungi Bernama berkata pesawat C-130 Charlie Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga akan digunakan bagi membawa keluar pelajar Malaysia di Mesir secara berperingkat ke negara jiran terdekat.
Katanya Dewan Malaysia Abbasiyah, Rumah-Rumah Negeri di Kaherah, dan Rumah MARA di Iskandariah menjadi kawasan perlindungan selamat kepada pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.
“Bagi memastikan keselamatan di sana (rumah perlindungan) serta keperluan harian mencukupi, kerajaan akan meningkatkan kawalan keselamatan serta menyalurkan dengan segera bekalan makanan serta keperluan yang lain,” katanya.
Terdahulu beliau dan Sahlan Ismail yang mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai Rumah Negeri dan wakil-wakil pelajar di Mesir, mendapati rata-rata pelajar Malaysia berada dalam keadaan terkawal dengan moral mereka tinggi.
Sementara itu, Sahlan berkata pegawai kedutaan ditempatkan dengan segera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah untuk membantu pelajar dan warganegara Malaysia yang terkandas.
“Kami hadapi masalah untuk berikan bantuan makanan dan minuman ekoran laluan di bandar dan lorong dikawal oleh penduduk Mesir yang berdemonstrasi, jadi tugas pegawai kedutaan adalah untuk menyediakan makanan, dan minuman di samping membantu dalam urusan tempahan tiket,” katanya.
Beliau berkata sehingga semalam 150 pelajar dan rakyat Malaysia yang terkandas sejak Sabtu lepas berjaya pulang ke tanah air dengan pembiayaan sendiri menerusi Oman, Abu Dhabi dan Amsterdam.
“Kami jumpa mereka di lapangan terbang dan beri kata-kata semangat sebelum mereka pulang, kami juga akan usahakan untuk (bawa pulang) yang lain,” katanya.
Sahlan berkata dalam masa yang sama rakyat Malaysia atau ibu bapa khususnya dinasihatkan agar menangguhkan perjalanan yang tidak perlu ke Mesir memandangkan amat sukar untuk mendapatkan penerbangan pulang, di samping kesesakan lapangan terbang dan perintah berkurung yang dikuatkuasakan.
Beliau berkata kerajaan dan pejabat kedutaan akan terus menyalurkan maklumat mengenai perkembangan semasa kepada semua pelajar dan pegawai-pegawai Malaysia di Mesir serta kepada rakyat Malaysia.
Bernama
Obama Minta Mubarak Lakukan Peralihan Kuasa Sekarang, Bukan Selepas Pilihanraya
Copy & Posted By mahi on

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama hari ini memberitahu Presiden Mesir, Hosni Mubarak supaya peralihan kuasa bermula sekarang "sekarang" dan menyifatkan tawaran Mubarak untuk berundur selepas pilihan raya September nanti mungkin tidak kesampaian.
Mengenai tunjuk perasaan yang dihadiri ratusan ribu penduduk Mesir di Kaherah dan bandar lain, katanya, Amerika Syarikat memahami perasaan rakyat negara Arab itu dan mereka bakal mendapat perubahan yang diharapkan.
"Apa yang jelas dan apa yang gambarkan malam ini kepada Presiden Mubarak ialah kepercayaan saya terhadap peralihan teratur yang mesti memberi makna, ia mesti secara aman dan ia mesti bermula sekarang," katanya selepas menelefon Presiden Mesir itu. - AFP
Reuters
Mubarak umum berundur selepas pilihan raya
KAHERAH: Presiden Hosni Mubarak malam tadi mengumumkan beliau akan berundur dalam masa beberapa bulan lagi sebaik penggantinya dipilih, tindakan yang disifatkan boleh meredakan ketegangan yang semakin memuncak memintanya meletakkan jawatan sekarang.
Pengumuman itu dibuat pemimpin yang sudah berkuasa lebih 30 tahun itu di tengah ketegangan yang menyaksikan lebih satu juta rakyatnya mengadakan tunjuk perasaan terbesar dalam sejarah itu, awal semalam.
Di ibu negara, Kaherah iaitu di Dataran Tahrir, penunjuk perasaan yang berkumpul dan menguasai dataran itu sejak seminggu lalu bersorak meraikan pengumuman Mubarak yang disiarkan stesen televisyen.
Namun sebaik ucapan pemimpin yang berusia 82 tahun itu selesai, ramai yang sangsi sama ada peralihan kuasa itu berlarutan berbulan-bulan lagi sedangkan pembangkang mahu Mubarak segera meninggalkan jawatannya bagi mengelak Mesir dilanda krisis penentangan lebih buruk.
"Keluar, keluar", demikian teriakan sebahagaian penunjuk perasaan yang mahu Mubarak yang kini memasuki pemerintahan penggal kelimanya supaya segera berundur.Tampil dengan tenang dengan memakai kot dan bertali leher, Mubarak berkata: "Saya berkata dengan ikhlas dan prihatin dengan keadaan yang berlaku sekarang bahawa saya tidak akan mempertahankan jawatan presiden.
"Masanya sudah cukup untuk saya berkhidmat untuk negara dan rakyat.
"Saya kini berhasrat untuk menyelesaikan tugas saya untuk negara dengan memastikan proses peralihan ini berlangsung dalam keadaan aman dan lancar," katanya.
Melayu Terpecah Kerana Mahathir
Copy & Posted By mahi on
Melayu Terpecah Kerana Mahathir - Sejarah buktikan Mahathir pecah belah Umno
Dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan kewujudan PAS membawa perpecahan orang Melayu tertolak.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mempersoalkan bukankah kewujudan Umno yang direstu oleh penjajah Inggeris.
Malah, katanya ketika Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946, sudah ada parti Melayu yang pertama, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945.
Malah, tambahnya ketika semua parti di Tanah Melayu diharamkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1948, yang dibenarkan hidup hanya Umno.
Menurutnya, bukankah itu bukti kewujudan Umno untuk memecah belah perpaduan Melayu dan menjadi alat penjajah untuk melawan sesama sendiri.
“Kenapa hendak salahkan PAS dan Tuan Guru Nik Aziz apabila lahirnya Parti Semangat 46.
“Bukankah Tun merupakan orang yang bertanggungjawab di atas perpecahan di dalam Umno, sehingga lahir team A dan team B?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Begitu juga, tambah beliau lahirnya Parti Keadilan Rakyat kerana kebangkitan ahli Umno yang tidak puas hati dengan cara Mahathir memimpin parti pada waktu itu dan melakukan kezaliman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Apakah Islam nasionalis yang difahamkan oleh Tun menepati dengan kehendak Islam?” tanya beliau lagi.
Tambahnya, tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memperlekehkan hukum salam mungkin adalah anutan Islam nasionalis.
Menurutnya, mungkin Soi Lek belajar daripada Tun yang pernah mengatakan bahawa nabi simpan janggut kerana tidak ada pisau cukur.
Beliau juga, katanya melihat bagaimana isteri pemimpin Umno berpeluk dengan Shah Rukh Khan.
“Jadi tidak hairanlah Soi Lek memperlekehkan hukum salam dalam Islam. Siapa gurunya?” ujarnya lagi.
hrkh
ANWAR DAN AZIZAH :- CAKAP YANG TAK SERUPA BIKIN......
Copy & Posted By mahi on
Anwar, Azizah : Tumpu Kepada Keluarga & Amal Kesederhanaan
PETALING JAYA 2 FEB : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh rakyat Malaysia mengambil semangat tahun arnab mengikut kalander masyarakat Cina untuk memberi tumpunan kepada keluarga, keselamatan mereka dan berusaha mewujudkan lingkungan yang aman.
" Arnab adalah isyarat bertuah serta lambang kepada kestabilan, keamanan dan ketenangan," kata Anwar.
Melalui perutusan Tahun Baru Cina nya, Anwar berkata, keselamatan dan kesejahteraan haruslah dikongsi bersama tanpa mengira kaum bagi mewujudkan suasana yang aman di negara ini.
" Saya yakin hasrat yang demikian murni, iaitu memastikan keselamatan serta kesejahteraan keluarga dan lingkungan juga dikongsi bersama masyarakat Melayu, India, Iban dan Kadazan.
Malah katanya, Pakatan Rakyat akan bersama-sama dengan seluruh rakyat Malaysia untuk melaksanakan hasrat menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang menjamin keharmonian rakyatnya.
Ia selaras dengan dasar yang dibawa oleh gagasan itu yang termeterai pada konvensyen kebangsaan kali kedua yang berlangsung di Kepala Batas akhir tahun lalu.
" Arnab adalah isyarat bertuah serta lambang kepada kestabilan, keamanan dan ketenangan," kata Anwar.
Melalui perutusan Tahun Baru Cina nya, Anwar berkata, keselamatan dan kesejahteraan haruslah dikongsi bersama tanpa mengira kaum bagi mewujudkan suasana yang aman di negara ini.
" Saya yakin hasrat yang demikian murni, iaitu memastikan keselamatan serta kesejahteraan keluarga dan lingkungan juga dikongsi bersama masyarakat Melayu, India, Iban dan Kadazan.
Malah katanya, Pakatan Rakyat akan bersama-sama dengan seluruh rakyat Malaysia untuk melaksanakan hasrat menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang menjamin keharmonian rakyatnya.
Ia selaras dengan dasar yang dibawa oleh gagasan itu yang termeterai pada konvensyen kebangsaan kali kedua yang berlangsung di Kepala Batas akhir tahun lalu.
" Menjelang tahun 2011 Muafakat Pakatan Rakyat telah berhasil menerbitkan satu dokumen penting yang digelar Buku Jingga, zahir dari iltizam kami untuk bersama-sama rakyat Malaysia memastikan kesejahteraan negara ini," katanya lagi.
" Kepada masyarakat Cina saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Cai!," tambahnya lagi.
Sementara itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula mengingatkan kepada seluruh masyarakat berbangsa Tionghua agar menyambut sambutan Tahun Baru Cina dalam suasana meriah dan aman namun biarlah secara bersederhana.
" Saya yakin sambutan pada tahun ini adalah dalam suasana yang cukup sederhana. Ekonomi negara yang belum keluar dari kekangan kemelesetan pasti terus menekan rakyat. Apatah lagi kegagalan kerajaan mengawal kenaikan harga barangan akibat dari kenaikan harga petroleum nampaknya terus melonjakkan kos sara hidup.
" Justeru, perayaan ini seharusnya disambut dalam suasana yang boleh menjalin perpaduan tulin di antara segenap lapisan masyarakat dan kepelbagaian kaum," katanya lagi.
Namun ujarnya, kebimbangan masyarakat di negara ini bersabit bebanan ekonomi akan dipertahankan oleh Pakatan Rakyat yang akan terus memperjuangkan hak rakyat.
" Buku jingga yang kita galur sebagai tanda aras janji dan iltizam perjuangan, telah kita sebarluaskan agar rakyat melihat jelas program merakyatkan ekonominegara," ujarnya lagi.
" Kepada masyarakat Cina saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Cai!," tambahnya lagi.
Sementara itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula mengingatkan kepada seluruh masyarakat berbangsa Tionghua agar menyambut sambutan Tahun Baru Cina dalam suasana meriah dan aman namun biarlah secara bersederhana.
" Saya yakin sambutan pada tahun ini adalah dalam suasana yang cukup sederhana. Ekonomi negara yang belum keluar dari kekangan kemelesetan pasti terus menekan rakyat. Apatah lagi kegagalan kerajaan mengawal kenaikan harga barangan akibat dari kenaikan harga petroleum nampaknya terus melonjakkan kos sara hidup.
" Justeru, perayaan ini seharusnya disambut dalam suasana yang boleh menjalin perpaduan tulin di antara segenap lapisan masyarakat dan kepelbagaian kaum," katanya lagi.
Namun ujarnya, kebimbangan masyarakat di negara ini bersabit bebanan ekonomi akan dipertahankan oleh Pakatan Rakyat yang akan terus memperjuangkan hak rakyat.
" Buku jingga yang kita galur sebagai tanda aras janji dan iltizam perjuangan, telah kita sebarluaskan agar rakyat melihat jelas program merakyatkan ekonominegara," ujarnya lagi.
PELAJAR KITA KAT MESIR KETAKUTAN........
Copy & Posted By mahi on
KOTA BHARU- Seorang pelajar perubatan Universiti Al- Azhar, Mesir, Tengku Norfar’ain Qistina Tuan Kamarul Baharin yang selamat tiba di tanah air pagi kelmarin menggesa pihak kerajaan membantu membawa pulang rakan-rakannya dengan segera.Menurutnya, itu adalah pesanan rakan-rakannya di sana kerana keadaan kini amat kritikal, bukan sahaja kebanyakan bank sudah tidak beroperasi sehingga menyulitkan mereka mendapatkan wang tunai, malah bekalan elektrik terganggu serta catuan air yang dilaksanakan beberapa hari lalu.
“Kami hidup dalam ketakutan. Walaupun kediaman saya di Hayyu Sabi’, iaitu kira-kira 15 kilometer dari tempat tumpuan rusuhan, di Dataran Tahrir, Kaherah, namun bunyi bom, tembakan dan jeritan dapat didengari dengan jelas.
“Bayangkan bagaimana keadaan pelajar yang kini berada di kediaman mereka di Kaherah dan kawasan berhampiran rusuhan itu,” katanya.
Tengku Norfar’ain, 21, berkata, bagaimanapun beliau bernasib baik apabila berjaya membeli tiket penerbangan Gulf Air menggunakan kad kredit milik ibu rakannya untuk pulang ke tanah air.
Sementara itu, seorang bapa, Wan Mohd Nawi Wan Hamid, 50, bapa kepada salah seorang pelajar Fakulti Perubatan Universiti Al- Azhar, Mesir, Wan Nur Salsabila, 20, turut menggesa pihak kerajaan mengambil tindakan segera bagi membawa balik pelajar- pelajar di sana.
Menurutnya, kali terakhir beliau dapat berhubung dengan anaknya minggu lalu, dan dimaklumkan pihak polis telah membawanya ke balai polis secara beramai-ramai bersama rakan-rakan lain.
“Selepas itu, saya tidak lagi dapat berhubung dengan beliau sehingga hari ini, dan hanya mendapat berita mengenainya daripada kakak beliau, Wan Fatin Nabilah, 21, yang menuntut di Jordan,” katanya.
Wan Mohd Nawi berkata, beliau kini dalam kebimbangan memikirkan keselamatan anaknya serta pelajar-pelajar lain di negara berkenaan memandangkan perkembangan terkini yang berlaku di negara berkenaan.
“Saya merayu kerajaan persekutuan menyelamatkan pelajar- pelajar kita di sana tanpa memilih kategori, sama ada mereka pelajar tajaan atau persendirian, keadaan terlalu genting sekarang. Terima kasih kepada KPKM dan Kerajaan Negeri atas tindakan drastik dilakukan bagi membantu kami dan pelajar-pelajar di negara berkenaan,” katanya.
Sinar
SUDAH SAMPAI MASANYA PRESIDEN PAS MUHASABAH DIRI
Copy & Posted By mahi on
Hadi tidak boleh melihat kepada sokongan lisan yang ada kepada dirinya. Sokongan atas kapasiti dirinya sebagai ulamak, pembaca sirah yang baik, ahli hadith yang baik tidak semestinya beliau seorang presiden yang hebat. Presiden yang hebat yang boleh memberi kesan kepada partinya? Dalam tempoh hampir 10 tahun menjadi presiden ini Hadi seharusnya membuat semakan ke atas dirinya sejauh manakah kemajuan dicapai oleh Pas?
Beliau juga perlu mengkaji apakah arahan, visi ataupun gagasan beliau selaku presiden dilaksanakan atau tidak. Dalam tempoh hampir 10 tahun bermakna Hadi telah membentangkan rangka ideanya dalam memperkasakan parti dan meletakkan Pas sebagai parti hebat sebanyak 10 kali. Nah... Hadi kena semak apakah semua idea beliau itu dilaksanakan atau digunapakai atau tiudak?
Jadi presiden bukan saja setakat syok sendiri. Ataupun rasa megah kerana kita disalami orang atau dihidangkan nasi pulut dalam talam kuning. Apa yang penting ialah menetaskan idea dan membawa pembaharuan (tajdid) ke dalam Pas. Bercakap masalah ini sepekara yang masih belum terjawab ialah mengenai kekalahan Pas di Terangganu dalam tahun 2004 dan kegagalan Pas mengambil semula Terangganu tahun 2008. Kenapa dalam saat Pas berkembang maju di negeri lain tetapi Pas merudum di Terangganu, negeri presidennya sendiri? Sesungguhnya jawaban tuntas dan rasional kepada kekalahan Pas di Terangganu belum dijelas sampai kini.
Kekalahan Di Tenang,
Abdul Hadi Kena Semak Diri Sendiri
KEKALAHAN Pas dalam pilihan raya kecil Dun di Tenang sekali lagi memberi ilham yang sama kepada Presidennya, Abdul Hadi Awanguntuk berkomenter 'bernasab nasib' di samping membuang kahak lama yang berlendir di tengkuk. Katanya Pas akan merangka strategi berkesan dalam pilihan raya akan datang bagi menjamin ketelusan pilihan raya.

Dalam pada itu Hadi juga sekali lagi mendakwa kekalahan itu kerana berlakunya pilihan raya yang tidak adil dan berat sebelah.
Itulah sebaik ulasan dan untuk melindungi rasa kecewa dan kebodohan sendiri presiden Pas berkenaan. Alasan klise itu juga sebagai menjustifikasikan keadaan untuk tidak menampakkan Pas terus berladum dalam kebebablan pak pandir.
Saya rasa kenyataan dan azam begini sudah lama dilakukan Pas. Dan Hadi sendiri sudah bergantang gantang membuat kenyataan persis itu, tetapi hasilnya tidak ada apa-apa. Pas tetap menempuh pilihan raya tanpa berkesan. Pas tetap bermain atas padang tidak sama. Pas kena tipu hidup-hidup. Kenyataan Hadi setiap kali berlaku pilihan raya samalah dengan suara pahat sumbing yang akan berbunyi selepas rumah siap. Komenter 'nasab nasib' Hadi nilainya tidak lebih dari itu.
Ironisnya kalau Pas menang istilah berat sebelah, tanah tidak rata, tidak akan timbul. Tetapi apabila Pas kalah maka bergemalah istilah dan hukum berkenaan. Sebelum ini bukan Pas tidak menang, menang. Di Bukit Gantang, Kuala Terangganu, Manik Urai...Pas memang namun di sini tidak tidak pula ada alasan dan istilah itu dikeluarkan Hadi itu.
Selalu cakap Hadi stretoip tidak berubah irama dan lagunya. Tenguklah setiap kali dia menjawab pertanyaan wartawan satu wordyang tidak pernah ditinggalkan ialah perkataan "kolektif". Misalnya kalau wartawan tanya apakah Pas sudah membuat keptusan bla... bla, Hadi akan jawab, kita akan putuskan secara kolektif. Perkataan ini sudah sinonim dengan Hadi.
Dalam perhatian dan ingatan saya sejak jadi Presiden, Hadi sudah sebut perkataan itu lebih 100 kali. Kolektif kolektif dan kolektif. Nampak sangat bila berdepan dengan wartawan Hadi tidak mampu membina ayat atau perkataan baru melainkan terpaksa menggunakan patah-patah yang lesu dan basi.
Apabila berdepan dengan wartawan menampakkan kekakuan Hadi sebagai seorang presiden yang resah, gelabah dan tidak tenang, jauh dari profesional. Dia cuba hendak bercakap dan mematahkan pertanyaan wartawan tetapi aksinya tidak mengena sebaliknya melambangkan kelemahan beliau. Ini dapat dilihat pada bahasa badannya.
Sebab itulah kalau perasaan, apabila ada Mustapa Ali disisinya dia akan berpaling ke arah Mustafa dan kadang-kadang Mustafa yang tolong menjawabnya atau memberi klu. Ini sudah lama berlaku dan jika berterusan saya bimbang Mustafa akan menjadi presiden de-facto kepada Pas. Sikap dan pembawaan ini juga menyebabkan wartawan tidak seronok apabila berdepan dengan Hadi.
Begitu juga dengan kenyatana terbaru Hadi berhubung kekalahan Pas di Tenang itu. Katanya Pas akan mengkaji pendekatan yang berkesan. Apakah pendekatan itu? Apakah perlu Pas kalah 1,000 kali baru nak kaji dan nak impliment ketegasan yang dikatakan itu. Hadi hanya mengeluarkan kenyataan saja tetapi tidak pernah ada tindakan ataupun fiilinya.
Ia tidak diikuti dengan tindakan dan strategi untuk menjadikan pilihan raya sebagai berkesan. Tindakannya juga tidak memberi bekas lantaran itu SPR boleh terus berbohong dan menipu rakyat khasnya Pas? SPR sedikitpun tidak peduli dan merasa bersalah atas keburukan dan kebusukan dilakukan.
Ini bermakna suara Hadi tidak memberi apa-apa impak. Suara Hadi tidak berwibawa dan tidak menakutkan. Hadi kena faham akan kelemahan dan ketawaran air liurnya ini. Beliau harus melakukan sesuatu. Paling penting Hadi kena sedarkan diri kalau dia sudah tidak berwibawa, tidak ada umpp... sebagai presiden maka beliau harus bersiap untuk berundur secara terhormat. Hidup dalam angan-angan samalah kita tidur dalam perahu yang sedang dihanyutkan air entah ke mana?
Kalau Hadi menyedari ini maka dia sudah tidak bercakap lagi hal-hal untuk mengesankan pilihan raya atau tidak usah meminta pilihan raya bersih lagi kerana ia tidak memberi apa-apa kesan. Sebaiknya beliau kena bertanggungjawab atas kegagalan itu. Beliau bukan saja tidak perlu bercakap tetapi berhenti menjadi presiden Pas. Bagi Pas tidak ada gunanya kalau ketuanya tidak dapat melakukan sesuatu kepada organisasinya, melainkan ia merugikan masa saja.
Apakah sebelum ini Hadi sudah mengarahkan parti membuat penilaian dan tindakan ke atas masalah ketidakadilan pilihan raya itu? Kalau sudah, apakah parti tidak melaksankan arahanya? Kalau iya ini bererti Hadi tidak ada wibawa. Beliau tidak dihormati. Maka wajarlah kalau Hadi memahasabah dirinya sendiri sebagai presiden Pas. Bercakap dalam gelap kepada batang pokok adalah kerja sia-sia dan menampakkan akan kelemahan kita.
Hadi tidak boleh melihat kepada sokongan lisan yang ada kepada dirinya. Sokongan atas kapasiti dirinya sebagai ulamak, pembaca sirah yang baik, ahli hadith yang baik tidak semestinya beliau seorang presiden yang hebat. Presiden yang hebat yang boleh memberi kesan kepada partinya? Dalam tempoh hampir 10 tahun menjadi presiden ini Hadi seharusnya membuat semakan ke atas dirinya sejauh manakah kemajuan dicapai oleh Pas?
Beliau juga perlu mengkaji apakah arahan, visi ataupun gagasan beliau selaku presiden dilaksanakan atau tidak. Dalam tempoh hampir 10 tahun bermakna Hadi telah membentangkan rangka ideanya dalam memperkasakan parti dan meletakkan Pas sebagai parti hebat sebanyak 10 kali. Nah... Hadi kena semak apakah semua idea beliau itu dilaksanakan atau digunapakai atau tiudak?
Jadi presiden bukan saja setakat syok sendiri. Ataupun rasa megah kerana kita disalami orang atau dihidangkan nasi pulut dalam talam kuning. Apa yang penting ialah menetaskan idea dan membawa pembaharuan (tajdid) ke dalam Pas. Bercakap masalah ini sepekara yang masih belum terjawab ialah mengenai kekalahan Pas di Terangganu dalam tahun 2004 dan kegagalan Pas mengambil semula Terangganu tahun 2008. Kenapa dalam saat Pas berkembang maju di negeri lain tetapi Pas merudum di Terangganu, negeri presidennya sendiri? Sesungguhnya jawaban tuntas dan rasional kepada kekalahan Pas di Terangganu belum dijelas sampai kini.
Sehingga ini saya tidak nampak Hadi bertanggungjawab atas kekalahan itu. Tanggungjawab atas kekalahan Pas di Terangganu saya kira sebahagian dari amanah yang perlu dilaksanakan oleh Abdul Hadi . Jadi kalau setakat hendak buat, hendak kaji dan hendak itu dan ini ia tidak akan sampai ke mana. Samalah ada hajat nak berhenti tetapi tidak berbuat begitu.
Bagi saya tidak ada warnning kedua lagi dalam hal ini kepada Presiden Pas itu. Dengan kelemahan yang ketara dari berbagai aspek termasuk ketidaktegasan dalam bicara dan keputusan, beliau harus melakukan sesuatu sebelum sesuatu menimpa ke atas dirinya. Apa guna hidup subuh kalau bernaung di bayangan pokok besar lain?
aku ceduk dari :- http://msomelayu.blogspot.com
Israel hantar senjata untuk bantu Hosni
Copy & Posted By mahi on

KAHERAH: Israel dilapor menghantar senjata untuk menyuraikan tunjuk perasaan untuk digunakan oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak, terhadap beribu-ribu penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan 30 tahunnya.
Menurut Rangkaian Hak Asasi dan Pembangunan Antarabangsa, pesawat Israel mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Mina Sabtu lalu dengan membawa kelengkapan itu. Ia melaporkan, pasukan keselamatan Mesir menerima kargo di atas pesawat Israel, termasuk gas untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang dilarang oleh pertubuhan antarabangsa.
Sementara itu, parti pembangkang utama Mesir, Ikhwanul Muslimin semalam bersetuju untuk menyokong pemimpin pembangkang liberal, Mohamed ElBaradei sebagai jurucakap utama kumpulan pembangkang dalam rundingan reformasi.
Ikhwan mengumumkan keputusannya semalam ketika perarakan bantahan ‘sejuta orang’ berterusan di Kaherah.
Mohamed, 68, adalah bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa - AP
ANALYSIS: Mubarak Finds a Strong Ally in Israel
As long-standing allies and admirers distance themselves from Egypt’s autocratic regime, President Hosni Mubarak has found himself with only one serious ally left in the Middle East --Israel.
While Washington has publicly chided its stalwart ally of 30 years, urging him to stop repressing his people and speed the transition to democracy, only Israel and two conservative Arab monarchies -- the Hashemite Kingdom of Jordan and Saudi Arabia -- have publicly embraced Mubarak.
Apart from these public endorsements, however, only Israel has taken concrete steps to demonstrate continuing support for the first Arab country to shatter Israel’s regional isolation by making peace in 1979.
Although that peace agreement specifically forbids Egypt from stationing forces in the Sinai Peninsula, which was demilitarized by the 1979 peace accords, Israel permitted Egypt on Monday to deploy 800 soldiers there to protect police headquarters and other government installations from being attacked by angry Bedouin and other protesters and to prevent chaos from spreading.
Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu spoke to Mubarak by phone early in the crisis, the Israeli press reported, assuring him of Israel’s continuing support. Netanyahu, breaking almost a week of silence about the mass protests and riots sweeping Egypt, on Monday warned Islamic extremists could well fill a political vacuum and threaten the peace between the two nations. -foxnews
Presiden Mesir, Keluarga Dihambat Rakyat Kerana Harta RM122 Billion
Copy & Posted By mahi on Feb 1, 2011
Presiden Hosni Mubarak telah memimpin Mesir lebih dari 30 tahun. Setelah begitu lama menguasai negeri piramid itu, ada yang mengatakan harta sudah terlalu menimbun di beberapa negara.Akhbar harian Aljazair, Alkhabar, disiarkan semula oleh JP News, menganggarkan bahwa kekayaan keluarga Hosni Mubarak mencapaiUS$40 billion atau RM122 billion. Kekayaan ini tersimpan di beberapa akaun dan hartanah di Amerika Syarikat, Swiss, Britain, dan Jerman.
Suzanne, isteri Mubarak, menurut laporan rahsia telah menjadi anggota 'millionaires club' sejak tahun 2000. Selain akaun, Suzanne memiliki hartanah di pusat kota-kota besar di Eropah, seperti London, Frankfurt, Madrid, Paris, dan Dubai. Kekayaan WANITA PERTAMA ini anggarkan bernilai US$3 - 5 billion.
Anak pertama Mubarak, Alaa Mubarak yang memilih karier perbankan, telah memiliki hartanah bernilai US$8 billion, termasuk hartanah di Los Angeles, Washington, dan New York di mana dia memiliki estate bernilai US$2,1 billion di pinggir Manhattan. Dia juga dipastikan memiliki dua kapal pesiaran yang bernilai 60 juta euro.
Menurut akhbar tersebut, anak kedua Mubarak, Gamal Mubarak, memiliki kekayaan sehingga US$17 billion. Selain memiliki akaun, setiausaha agung parti Mubarak, Partai Nasional Demokrat, dia juga memiliki sejumlah hartanah yang bukan hanya di Mesir.
Mubarak sendiri yang merupakan anak petani, memiliki kekayaan pribadi US$10 billiondan sebagian besar dananya berada di bank-bank Amerika, Swiss, dan Britain.
Sejak berkuasa pada tahun 1981, Mubarak mampu membuat negara di Afrika Utara itu stabil. Rahsianya, dia melakukan hubungan baik dengan negara-negara Barat dan Israel. Namun di balik kestabilan, korupsi, kemiskinan dan kekerasan bertambah subur.
Mubarak lahir 1928 di desa Kahel-el-Meselha. Dia tamat dari Akademi Tentera pada 1949. Setelah perang Arab-Israel, Mubarak menjadi Ketua Angkatan Udara Mesir, inilah pintu pertama dia masuk ke lingkaran elit politik.
Mubarak dikenali sebagai seorang pembantu setia Presiden Mesir Anwar Sadat. Dia diangkat jadi Wakil Presiden oleh Anwar Sadat pada 1975. Sejak itu dia memainkan peranan penting, membangun hubungan dengan negara-negara barat. Pada 1981, Sadat dibunuh, Mubarak telah menjadi orang nombor satu di Mesir.
Fuyoo....inilah sebabnya puak-puak seangkatan Ben Ali terlalu takut dihambat dan digulingkan rakyat
Sumber :VivaNews

