SUDAH SAMPAI MASANYA PRESIDEN PAS MUHASABAH DIRI

on Feb 2, 2011

Hadi tidak boleh melihat kepada sokongan lisan yang ada kepada dirinya. Sokongan atas kapasiti dirinya sebagai ulamak, pembaca sirah yang baik, ahli hadith yang baik tidak semestinya beliau seorang presiden yang hebat. Presiden yang hebat yang boleh memberi kesan kepada partinya? Dalam tempoh hampir 10 tahun menjadi presiden ini Hadi seharusnya membuat semakan ke atas dirinya sejauh manakah kemajuan dicapai oleh Pas?

Beliau juga perlu mengkaji apakah arahan, visi ataupun gagasan beliau selaku presiden dilaksanakan atau tidak. Dalam tempoh hampir 10 tahun bermakna Hadi telah membentangkan rangka ideanya dalam memperkasakan parti dan meletakkan Pas sebagai parti hebat sebanyak 10 kali. Nah... Hadi kena semak apakah semua idea beliau itu dilaksanakan atau digunapakai atau tiudak?

Jadi presiden bukan saja setakat syok sendiri. Ataupun rasa megah kerana kita disalami orang atau dihidangkan nasi pulut dalam talam kuning. Apa yang penting ialah menetaskan idea dan membawa pembaharuan (tajdid) ke dalam Pas. Bercakap masalah ini sepekara yang masih belum terjawab ialah mengenai kekalahan Pas di Terangganu dalam tahun 2004 dan kegagalan Pas mengambil semula Terangganu tahun 2008. Kenapa dalam saat Pas berkembang maju di negeri lain tetapi Pas merudum di Terangganu, negeri presidennya sendiri? Sesungguhnya jawaban tuntas dan rasional kepada kekalahan Pas di Terangganu belum dijelas sampai kini.






Kekalahan Di Tenang,


Abdul Hadi Kena Semak Diri Sendiri



KEKALAHAN Pas dalam pilihan raya kecil Dun di Tenang sekali lagi memberi ilham yang sama kepada Presidennya, Abdul Hadi Awanguntuk berkomenter 'bernasab nasib' di samping membuang kahak lama yang berlendir di tengkuk. Katanya Pas akan merangka strategi berkesan dalam pilihan raya akan datang bagi menjamin ketelusan pilihan raya.

Dalam pada itu Hadi juga sekali lagi mendakwa kekalahan itu kerana berlakunya pilihan raya yang tidak adil dan berat sebelah.
Itulah sebaik ulasan dan untuk melindungi rasa kecewa dan kebodohan sendiri presiden Pas berkenaan. Alasan klise itu juga sebagai menjustifikasikan keadaan untuk tidak menampakkan Pas terus berladum dalam kebebablan pak pandir.

Saya rasa kenyataan dan azam begini sudah lama dilakukan Pas. Dan Hadi sendiri sudah bergantang gantang membuat kenyataan persis itu, tetapi hasilnya tidak ada apa-apa. Pas tetap menempuh pilihan raya tanpa berkesan. Pas tetap bermain atas padang tidak sama. Pas kena tipu hidup-hidup. Kenyataan Hadi setiap kali berlaku pilihan raya samalah dengan suara pahat sumbing yang akan berbunyi selepas rumah siap. Komenter 'nasab nasib' Hadi nilainya tidak lebih dari itu.

Ironisnya kalau Pas menang istilah berat sebelah, tanah tidak rata, tidak akan timbul. Tetapi apabila Pas kalah maka bergemalah istilah dan hukum berkenaan. Sebelum ini bukan Pas tidak menang, menang. Di Bukit Gantang, Kuala Terangganu, Manik Urai...Pas memang namun di sini tidak tidak pula ada alasan dan istilah itu dikeluarkan Hadi itu.
Selalu cakap Hadi stretoip tidak berubah irama dan lagunya. Tenguklah setiap kali dia menjawab pertanyaan wartawan satu wordyang tidak pernah ditinggalkan ialah perkataan "kolektif". Misalnya kalau wartawan tanya apakah Pas sudah membuat keptusan bla... bla, Hadi akan jawab, kita akan putuskan secara kolektif. Perkataan ini sudah sinonim dengan Hadi.
Dalam perhatian dan ingatan saya sejak jadi Presiden, Hadi sudah sebut perkataan itu lebih 100 kali. Kolektif kolektif dan kolektif. Nampak sangat bila berdepan dengan wartawan Hadi tidak mampu membina ayat atau perkataan baru melainkan terpaksa menggunakan patah-patah yang lesu dan basi.

Apabila berdepan dengan wartawan menampakkan kekakuan Hadi sebagai seorang presiden yang resah, gelabah dan tidak tenang, jauh dari profesional. Dia cuba hendak bercakap dan mematahkan pertanyaan wartawan tetapi aksinya tidak mengena sebaliknya melambangkan kelemahan beliau. Ini dapat dilihat pada bahasa badannya.
Sebab itulah kalau perasaan, apabila ada Mustapa Ali disisinya dia akan berpaling ke arah Mustafa dan kadang-kadang Mustafa yang tolong menjawabnya atau memberi klu. Ini sudah lama berlaku dan jika berterusan saya bimbang Mustafa akan menjadi presiden de-facto kepada Pas. Sikap dan pembawaan ini juga menyebabkan wartawan tidak seronok apabila berdepan dengan Hadi.
Begitu juga dengan kenyatana terbaru Hadi berhubung kekalahan Pas di Tenang itu. Katanya Pas akan mengkaji pendekatan yang berkesan. Apakah pendekatan itu? Apakah perlu Pas kalah 1,000 kali baru nak kaji dan nak impliment ketegasan yang dikatakan itu. Hadi hanya mengeluarkan kenyataan saja tetapi tidak pernah ada tindakan ataupun fiilinya.

Ia tidak diikuti dengan tindakan dan strategi untuk menjadikan pilihan raya sebagai berkesan. Tindakannya juga tidak memberi bekas lantaran itu SPR boleh terus berbohong dan menipu rakyat khasnya Pas? SPR sedikitpun tidak peduli dan merasa bersalah atas keburukan dan kebusukan dilakukan.

Ini bermakna suara Hadi tidak memberi apa-apa impak. Suara Hadi tidak berwibawa dan tidak menakutkan. Hadi kena faham akan kelemahan dan ketawaran air liurnya ini. Beliau harus melakukan sesuatu. Paling penting Hadi kena sedarkan diri kalau dia sudah tidak berwibawa, tidak ada umpp... sebagai presiden maka beliau harus bersiap untuk berundur secara terhormat. Hidup dalam angan-angan samalah kita tidur dalam perahu yang sedang dihanyutkan air entah ke mana?

Kalau Hadi menyedari ini maka dia sudah tidak bercakap lagi hal-hal untuk mengesankan pilihan raya atau tidak usah meminta pilihan raya bersih lagi kerana ia tidak memberi apa-apa kesan. Sebaiknya beliau kena bertanggungjawab atas kegagalan itu. Beliau bukan saja tidak perlu bercakap tetapi berhenti menjadi presiden Pas. Bagi Pas tidak ada gunanya kalau ketuanya tidak dapat melakukan sesuatu kepada organisasinya, melainkan ia merugikan masa saja.

Apakah sebelum ini Hadi sudah mengarahkan parti membuat penilaian dan tindakan ke atas masalah ketidakadilan pilihan raya itu? Kalau sudah, apakah parti tidak melaksankan arahanya? Kalau iya ini bererti Hadi tidak ada wibawa. Beliau tidak dihormati. Maka wajarlah kalau Hadi memahasabah dirinya sendiri sebagai presiden Pas. Bercakap dalam gelap kepada batang pokok adalah kerja sia-sia dan menampakkan akan kelemahan kita.

Hadi tidak boleh melihat kepada sokongan lisan yang ada kepada dirinya. Sokongan atas kapasiti dirinya sebagai ulamak, pembaca sirah yang baik, ahli hadith yang baik tidak semestinya beliau seorang presiden yang hebat. Presiden yang hebat yang boleh memberi kesan kepada partinya? Dalam tempoh hampir 10 tahun menjadi presiden ini Hadi seharusnya membuat semakan ke atas dirinya sejauh manakah kemajuan dicapai oleh Pas?

Beliau juga perlu mengkaji apakah arahan, visi ataupun gagasan beliau selaku presiden dilaksanakan atau tidak. Dalam tempoh hampir 10 tahun bermakna Hadi telah membentangkan rangka ideanya dalam memperkasakan parti dan meletakkan Pas sebagai parti hebat sebanyak 10 kali. Nah... Hadi kena semak apakah semua idea beliau itu dilaksanakan atau digunapakai atau tiudak?

Jadi presiden bukan saja setakat syok sendiri. Ataupun rasa megah kerana kita disalami orang atau dihidangkan nasi pulut dalam talam kuning. Apa yang penting ialah menetaskan idea dan membawa pembaharuan (tajdid) ke dalam Pas. Bercakap masalah ini sepekara yang masih belum terjawab ialah mengenai kekalahan Pas di Terangganu dalam tahun 2004 dan kegagalan Pas mengambil semula Terangganu tahun 2008. Kenapa dalam saat Pas berkembang maju di negeri lain tetapi Pas merudum di Terangganu, negeri presidennya sendiri? Sesungguhnya jawaban tuntas dan rasional kepada kekalahan Pas di Terangganu belum dijelas sampai kini.

Sehingga ini saya tidak nampak Hadi bertanggungjawab atas kekalahan itu. Tanggungjawab atas kekalahan Pas di Terangganu saya kira sebahagian dari amanah yang perlu dilaksanakan oleh Abdul Hadi . Jadi kalau setakat hendak buat, hendak kaji dan hendak itu dan ini ia tidak akan sampai ke mana. Samalah ada hajat nak berhenti tetapi tidak berbuat begitu.

Bagi saya tidak ada warnning kedua lagi dalam hal ini kepada Presiden Pas itu. Dengan kelemahan yang ketara dari berbagai aspek termasuk ketidaktegasan dalam bicara dan keputusan, beliau harus melakukan sesuatu sebelum sesuatu menimpa ke atas dirinya. Apa guna hidup subuh kalau bernaung di bayangan pokok besar lain?

aku ceduk dari :-   http://msomelayu.blogspot.com

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List