Minta Kelulusan

on Feb 2, 2011



Proses untuk dapatkan kelulusan dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan persekutuan dan tempatan bagi pembangunan hartanah memang satu kerja pening kepala. Bayangkan satu pembangunan perumahan perlu kelulusan dari sekurang-kurangnya 16 jabatan dan agensi.

Bagi Cina, senang saja ... sogok duit, mudah kelulusan. Peduli haram, halal.

Kisahnya ada orang kita hadapi masaalah banjir di projek pembangunannya. Ianya berlaku setahun dua lepas rumah-rumah itu diserahkan dan sudah duduk pun.

Pasal ada satu YB duduk di tempat yang air naik, maka terpaksalah dia segerakan penyelesaian. Setelah dapat persetujuan mulut dari Dato Bandar, terus di buat satu parit bawah tanah untuk membolehkan air disalirkan dari menjadi bertajung.

Pelan masuk kelmudian dan Dato Bandar dah kasi komitmen mulut akan luluskan. Tak payah tunggu berbulan-bulan tunggu kelulusan dan banjir akan berterusan saja.

Untuk dapatkan kelulusan, kenalah satu pegawai, Haji Rahman dari satu PBT datang untuk lihat. Setiap kali minta appointment, ada saja cerita dia tidak boleh datang. Mesyuaratlah, Pergi kursus. Majlis dengan Menteri, Macam-macam.

Akhirnya setelah tiga bulan Haji Rahman berdalih, Zahari faham ... Haji ini mintak sesuatu baru dia bersedia datang. Pasal dia tak suka urus benda macam gini, dihantar site supervisor si Ah Cheng pergi nego.

"Kau offer dia RM5,000 dulu."

Ah Cheng pergi dan buka mulut sama Haji Rahman pada harga yang seperti diarah boss. Dia pulang dan beritahu boss, "Haji Rahman diam saja. Mesti dia mahu lebihlah boss."

"OK besuk kau jumpa dia lagi. Cuba dia pada RM6,000. Maksimum sampai RM8,000. Takda takpa ... aku lapor benda ini ke SPRM atau Dato Bandar."

Besuk pagi-pagi Ah Cheng pergi lagi ke pejabat Haji Rahman. Dalam pukul 9 dia dah keluar.

Masa Ah Cheng tengah sarapan, Zahari talipon.

"Amacam Ah Cheng? Berapa dia setuju?"

"Dia tak mahu wang la boss."

"Baguslah ... Apa dia mahu sebelum dia sedia datang inspect site?"

"Dia mahu itu perempuan...."

Tak habis Ah Cheng cakap, Zahari dah sanggup biayai.

"OK aku kasi duit, kau bawak Haji itu pergi Phuket. Bila dia boleh datang?"

Ah Cheng menghabiskan kata-kata, "Tak ... Haji Rahman mahu Russian ...."

"Amboi besar selera Haji ni!"



ceduk dari  :- http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List