Presiden Hosni Mubarak telah memimpin Mesir lebih dari 30 tahun. Setelah begitu lama menguasai negeri piramid itu, ada yang mengatakan harta sudah terlalu menimbun di beberapa negara.
Akhbar harian Aljazair, Alkhabar, disiarkan semula oleh JP News, menganggarkan bahwa kekayaan keluarga Hosni Mubarak mencapaiUS$40 billion atau RM122 billion. Kekayaan ini tersimpan di beberapa akaun dan hartanah di Amerika Syarikat, Swiss, Britain, dan Jerman.
Suzanne, isteri Mubarak, menurut laporan rahsia telah menjadi anggota 'millionaires club' sejak tahun 2000. Selain akaun, Suzanne memiliki hartanah di pusat kota-kota besar di Eropah, seperti London, Frankfurt, Madrid, Paris, dan Dubai. Kekayaan WANITA PERTAMA ini anggarkan bernilai US$3 - 5 billion.
Anak pertama Mubarak, Alaa Mubarak yang memilih karier perbankan, telah memiliki hartanah bernilai US$8 billion, termasuk hartanah di Los Angeles, Washington, dan New York di mana dia memiliki estate bernilai US$2,1 billion di pinggir Manhattan. Dia juga dipastikan memiliki dua kapal pesiaran yang bernilai 60 juta euro.
Menurut akhbar tersebut, anak kedua Mubarak, Gamal Mubarak, memiliki kekayaan sehingga US$17 billion. Selain memiliki akaun, setiausaha agung parti Mubarak, Partai Nasional Demokrat, dia juga memiliki sejumlah hartanah yang bukan hanya di Mesir.
Mubarak sendiri yang merupakan anak petani, memiliki kekayaan pribadi US$10 billiondan sebagian besar dananya berada di bank-bank Amerika, Swiss, dan Britain.
Sejak berkuasa pada tahun 1981, Mubarak mampu membuat negara di Afrika Utara itu stabil. Rahsianya, dia melakukan hubungan baik dengan negara-negara Barat dan Israel. Namun di balik kestabilan, korupsi, kemiskinan dan kekerasan bertambah subur.
Mubarak lahir 1928 di desa Kahel-el-Meselha. Dia tamat dari Akademi Tentera pada 1949. Setelah perang Arab-Israel, Mubarak menjadi Ketua Angkatan Udara Mesir, inilah pintu pertama dia masuk ke lingkaran elit politik.
Mubarak dikenali sebagai seorang pembantu setia Presiden Mesir Anwar Sadat. Dia diangkat jadi Wakil Presiden oleh Anwar Sadat pada 1975. Sejak itu dia memainkan peranan penting, membangun hubungan dengan negara-negara barat. Pada 1981, Sadat dibunuh, Mubarak telah menjadi orang nombor satu di Mesir.
Fuyoo....inilah sebabnya puak-puak seangkatan Ben Ali terlalu takut dihambat dan digulingkan rakyat
Sumber :VivaNews
0 comments:
Post a Comment