Lagi Skandal Anwar di luar negara ...???

on Jul 6, 2011


Skandal yang dicipta untuk Anwar di Malaysia,
sebenarnya,
dicipta juga untuk politikus di luar negara ...?




SIAPA PUNYA ANGKARA..

on





Tangan-tangan Ghaib.......

Dia tukar ke atau eeksen ajer..... Tak abis abis belakon......
Syamsul apa ko punya cerita  seterusnya....


“Dengar katanya dia nak menghadap Yang di-Pertuan Agong, Saya fikir elok dibatalkan dulu  sebelum menghadap. Nanti tak tau apa yang disembah, nanti jadi sembah derhaka pula,” kata Muhyiddin.




Pertama sekali  ingin mengucapkan Syabas, Tahniah dan Terima Kasih kepada Yang Di Pertuan Agong kerana prihatin dan faham akan suara Rakyat.

Dari maklumat yang  perolehi, bahawa keputusan untuk membenarkan Perhimpunan Bersih ini sebenarnya tidak mendapat sokongan dari sebahagian Majlis Raja2. Banyak lagi Raja2 yang masih patuh dan berseronok dengan umPORno.

Sayugia itu, izinkanlah  untuk memberitahu kepada pihak Istana dan Raja2 sekalian bahawa umno yang Tuanku sekalian sokong ini bukanlah umno pada tahun 1946, iaitu umno yang asal..., umno yang memperjuangkan dan membela nasib orang2 melayu.

Umno yang ada sekarang ini adalah umno ciptaan Mahathir Mohamad, umno 1987... umno yang sudah terkeluar dari landasan perjuangannya, umno yang penuh korup dan penyakit umno yang korup sejak zaman Mahathir telah menjadi semakin kronik di bawah Abdullah Badawi dan terkini oleh Najib Razak.

Buat pengetahuan Raja2 sekalian, umno kini lebih enak dikenali sebagai umPORno... sebuah parti politik yang tiada jati diri dan maruah, sebuah parti yang penuh dengan pemimpin2 yang berlendir lagi menjijikkan. Sebuah parti yang memelihara sahabat2 dan kroni2 mereka untuk mengaut kekayaan hasil bumi Malaysia, sedangkan rakyat kebanyakkan masih ramai lagi yang berada bawah paras kemiskinan.

Haruslah di ingat, bahawa segala kepincangan dalam negara ini bermula dari tangan makhluk durjana yang bernama Mahathir Mohamad dan dialah bapa konspirasi terbesar negara sehingga ke hari ini. Lihat sajalah permainan liciknya menganggu-gugat kepimpinan Abdullah Badawi sebagai PM-6, dan sekarang ini orang tua kutuk itu masih lagi menjalankan tangan2 ghaibnya dengan menganggu-gugat kerajaan Najib Razak.

Kesimpulannya di sini, selagi orang tua kutuk nih masih beroksigen... selagi itulah negara ini tidak akan aman. Muhyiddin Yasin kini sedang menjadi barua utamanya dengan perancangan untuk menjatuhkan Najib Razak, bagi menjamin perjalanan selesa anak dia yang botak itu.

Dan kepada Raja2 sekalian, sudah lupakah apa yang Mahathir Mohamad lakukan kepada Institusi Raja2 sebelum ini...???? Apakah Tuanku2 sekalian sudah menjadi Melayu Mudah Lupa...???? Apakah dengan segala kemewahan yang Tuanku sekalian kecapi sekarang ini maka Tuanku sekalian terlupa pada kepayahan dan kesusahan yang rakyat harungi sekarang ini...????









Adalah diharap sangat supaya Raja2 sekalian dapat membuka mata dan minda untuk melihat susah payah rakyat yang tertindas dibawah pemerintahan barisan nasional/umPORno ini, dan dapat memberi mesej yang jelas kepada rakyat sekalian untuk menumbangkan keraaaaajaan barisan nasional dalam PRU-13 akan datang.


Akhir sekali dengan ini diucapkan jutaan terima kasih juga kepada DYMM Sultan Kelantan, YM Pemangku Sultan Terengganu, DYMM Sultan Johor dan DYMM Sultan Selangor yang bersama-sama berdiri teguh di belakang Yang Di Pertuan Agung dalam isu BERSIH 2.0 ini. Manakala Raja2 yang lain masih berseronok lagi dengan umPORno.


ceduk dari



TUN ABDULLAH NAFI......

on

Abdullah nafi dakwaan disogok cetak wang




KUALA LUMPUR: Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan dakwaan bahawa ada pihak cuba menyogok beliau untuk mendapatkan kontrak mencetak mata wang polimer bernilai kira-kira RM100 juta. 

Bekas Perdana Menteri berkata, tiada kebenaran berhubung dakwaan itu yang dikatakan berlaku pada 2004 ketika beliau menyandang jawatan berkenaan dan menteri kewangan.

Abdullah berkata, tanpa sebarang asas, beliau terpanggil untuk mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan dakwaan yang disiarkan akhbar The Age, Australia itu. “Seingat saya tidak ada pihak yang membuat sebarang tawaran. Jika ada, tentu saya tidak akan teragak-agak membuat laporan kepada pihak berkuasa termasuk polis untuk tindakan susulan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Semalam akhbar The Age, Australia melaporkan firma pengeluar mata wang, Reserve Bank Australia disyaki cuba menyogok Abdullah bagi mendapat kontrak mencetak mata wang polimer berjumlah kira-kira RM100 juta (AS$31 juta). 

Difahamkan cubaan menyogok Abdullah mempunyai kaitan dengan rundingan kontrak pada 2003, ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan menteri kewangan. 

Akhbar itu dipetik berkata, Abdullah dipercayai terbabit apabila meluluskan kontrak kepada firma berkenaan untuk mencetak mata wang polimer bernilai RM5 pada 2004. 
Jumaat lalu, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Mohamad Daud Dol Moin didakwa kerana menerima dua suapan daripada Note Printing Australia, membabitkan kontrak mata wang polimer antara 2003 dan 2007. 

Mohamad Daud menghadapi tuduhan menerima RM100,000 daripada ahli perniagaan, Abdul Kayum Syed Ahmad dalam dua kejadian iaitu sebanyak RM50,000 pada 1 Disember 2004 dan baki RM50,000 pada 16 Februari 2005 di sebuah kafe di Bangsar Shopping Centre. 


sumber

MANUSIA PALING TUA DI DUNIA........

on


Malaysia punyai penduduk Paling Tua di Dunia.. apa penjelasan SPR?


Dari 100 manusia yang paling panjang usianya yang disenaraikan oleh Wikipedia, manusia yang paling panjang usianya adalah seorang warga Perancis iaitu Jeanne Calment yang dilaporkan telah dilahirkan pada 21 Februari 1875 dan meninggal dunia ketika berusia 122 tahun 164 hari pada 4 Ogos 1997.


Manakala yang kedua panjang usianya pula adalah Sarah Knauss seorang warga United States yang dilahirkan pada 24 September 1880 dan meninggal dunia pada 30 Disember 1999 pada usia 119 tahun 97 hari.

Antara yang tersenarai dalam 100 manusia yang paling panjang usianya tetapi masih hidup hingga kini adalah Besse Cooper yang masih hidup di United States, beliau telah dilahirkan pada 26 Ogos 1896 dan telah berusia melebihi 114 tahun.

Dan lima orang lagi juga telah berusia melebihi 114 tahun dan masih hidup ialah tiga warga Jepun, seorang warga Itali dan seorang lagi pula warga United States.
Lagi 90 manusia tertua di dunia sila lihat di SINI

Kita mungkin berkata panjangnya usia mereka adalah kerana tabiat pemakanan dan juga persekitaran mereka yang sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan mereka itu..

Tetapi!! Tahukah anda Malaysia juga mempunyai ramai manusia yang masih hidup dan usianya melebihi 100 tahun?

Di Perak sahaja terdapat 1538 orang pengundi yang berumur melebihi 100 tahun dan yang menakjubkan kesemua mereka masih hidup dan boleh mengundi..

Manusia tertua yang masih hidup dan boleh mengundi di Perak itu ialah seorang yang berbangsa Cina iaitu Wong Seng yang telah dilahirkan pada tahu 1879 dan kini berusia 132 tahun jauh lebih tua dari manusia tertua yang disenaraikan oleh Wikipedia.

Begitu juga dengan lapan lagi manusia yang panjang usianya juga mengatasi iaitu Nazmi Binti Harun 131 tahun, Ng Khoa 126 tahun, Kong Kew Kee 126 tahun, Ng Ah Kow 125 tahun, Wong Yee 124 tahun, Itam Latihah Bin Mohd Ali 123 tahun, Mohammad bin Haji Mohd Noor 123 tahun, Wong Pin 123 tahun dan Murugai A/P Ramamoorthai berusia 122 tahun iaitu sama dengan usia manusia paling tua di dunia yang pernah direkodkan..

Korang tengoklah sendiri senarai 50 dari 1538 orang dibawah ni yang diambil dari Daftar Pemilih..

No_KP_Baru/ No KP Lama/ Nama/ Bangsa/ Tahun_Lahir/ Umur

790610740022 1448642 WONG SENG CINA 1879 132
800501030028 A0993271 NAZMI BINTI HARUN MELAYU 1880 131
850710740048 3498040 NG KHOA CINA 1885 126
850608740017 1453245 KONG KEW KEE CINA 1885 126
450826085273 0592818 NG AH KOW CINA 1886 125
870608740058 1392190 WONG YEE CINA 1887 124
881101080023 0336299 ITAM LATIH 1888 123
881112610069 2106517 MOHAMAD MELAYU 1888 123
881003740059 0439199 WONG PIN CINA 1888 123
890624713118 2110938 MURUGAI A/P RAMAMOORTHAI INDIA 1889 122
901102740113 0363429 HOW TOH YOON CINA 1890 121
910103740048 0387294 MOK SOON HOONG CINA 1891 120
910812740032 0914383 AH SEE CINA 1891 120
921012750017 2112135 DOORASAMY S/O PARASAMY INDIA 1892 119
921108740075 0439792 LIANG KWAY CINA 1892 119
931218740147 0596852 LEE KOOI CHIEW CINA 1893 118
931108080037 0357301 HAJI ABDUL MUTALIB MELAYU 1893 118
931116080010 2587063 HAJI HALIJAH BINTI ENDUT MELAYU 1893 118
930920740089 3841080 WONG AH SIEW CINA 1893 118
930104750019 2779357 SUPPIAH S/O SUPPIAH INDIA 1893 118
941124740073 0617600 POON SUM CHOON CINA 1894 117
940601740064 1413720 CHONG CHUI CINA 1894 117
940503740167 1042990 LEONG YAK CINA 1894 117
941231080015 4063070 YOK GUNONG ORANG ASLI 1894 117
951129740055 0608134 LEE AH NGEE CINA 1895 116
950720710019 7599200 ASA SINGH INDIA 1895 116
960913740088 1850228 SADRI B ALAM MELAYU 1896 115
961024740074 2077418 LOH YAN TAN CINA 1896 115
961122740078 0588769 LOH TAI HOI CINA 1896 115
960408740255 7603072 YONG CHAN CINA 1896 115
971123740159 0392250 LAI CHOONG YOOK CINA 1897 114
970811080049 3514775 GOVINDASAMY INDIA 1897 114
971231743699 1066220 HEE PENG FOOI CINA 1897 114
980605740076 1413246 WONG SAM NOOI CINA 1898 113
981121080256 0585983 LEE YOKE KWAI CINA 1898 113
980503740147 1042943 YON LOON CINA 1898 113
980531750019 1382853 A K RETHNAM CHETTEER INDIA 1898 113
980607750059 1449825 SINNATHAMBY S/O AVADAI INDIA 1898 113
981125740100 0623105 CHAN SOON CINA 1898 113
980410750573 7638932 K.SHAIK DAWOOD INDIA 1898 113
981017740031 0366169 NG AH TEE CINA 1898 113
991107740157 0326715 WONG SEN CHEANG CINA 1899 112
991203740069 2583162 TEOH KOK TONG CINA 1899 112
991202710052 0591839 LAU TEE CINA 1899 112
991231741990 8156595 NGAN SUAR @ NGAN OH SUAR CINA 1899 112
991120740020 0619180 THAM LEAN TAI CINA 1899 112
991126710148 0410514 LEE KWAI FONG CINA 1899 112
990615740079 1406250 YIP PENG CINA 1899 112
990509740083 1078174 CHANG KWONG CINA 1899 112

Senarai penuh sila download di SINI

Yang peliknya tiada seorangpun dari mereka tersenarai dalam 100 manusia paling Tua di dunia.. kenapa agaknya.. mungkin SPR boleh jelaskan..

sumber


Tiada huru-hara pertukaran pemimpin negara - Nik Aziz

on





Hanya Sistem Pilihanraya Yang Adil Akan Melahirkan Kerajaan Yang Adil



Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihan raya yang adil tidak akan mendatangkan huru-hara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain.
NONEMerujuk kepada kesediaan pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) memindahkan perhimpunan 9 Julai ini tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam, Nik Aziz mengucapkan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin kerana mencemar duli untuk campur tangan.

“Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik. Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata. 

“Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibubapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah. Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT,” katanya dalam surat yang dihantar kepada Seri Paduka dan dimuatkan di Facebook.
NONESemalam BERSIH 2.0 yang diwakili oleh pengerusinya Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan di Istana Negara.

"Kami telah memberitahu Tuanku bahawa kami menerima cadangan kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium.

"Sehubungan itu, perhimpunan di atas jalan raya tidak akan berlangsung (pada Sabtu)," kata Ambiga kepada pemberita selepas bertemu Tuanku lebih satu jam setengah.
NONEAhad lalu, Seri Paduka bertitah, dalam keghairahan berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, rakyat diminta tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.

Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Seri Paduka tidak mahu melihat negara majmuk ini berada dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
NONESejak seminggu lalu hambatan ke atas BERSIH 2.0 menjadi-jadi dengan tidak kurang 100 orang menjadi mangsa termasuk wakil rakyat Pakatan yang memakai sertai memiliki baju kuning pertubuhan itu ditangkap polis.


Berikut surat penuh Nik Aziz itu:

Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011. Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.

Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihanraya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya. Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku di atas kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia. Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihanraya yang adil tidak akan mendatangkan huruhara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.

Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik. Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata. Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibubapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah. Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.

Patik yang menjunjung kasih,

YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Al-Mursyidul Am
Parti Islam Semalaysia (PAS).



Kuala Lumpur sesak teruk

on











Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya pagi ini menyaksikan kesesakan teruk akibat sekatan jalanraya yang dilakukan oleh polis dalam usaha melumpuhkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dijadualkan Sabtu ini.

police parliament blockade traffic jams in city area 140708 02Antara jalan-jalan yang terjejas adalah Lebuhraya Persekutuan berhampir Subang Parade, Subang Jaya berhampiran Kolej Segi College, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan lebuh raya KL-Seremban di Seri Kembangan.

Kebanyakan pengguna jalanraya berang dengan tindakan polis itu sehingga menyebabkan ramai yang terkandas dalam perjalanan dan lewat ke destinasi masing-masing.





sumber





SEMENTARA MASIH LAGI BERKUASA GUNAKAN LAH KUASA ITU.....

on





Mazlan Aliman ditahan di Miri atas arahan Ketua Menteri yang menyekatnya memasuki Sarawak.


AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman ditahan pihak Imigresen di Lapahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgoPwZ_YcbzoqqDuBwNqXU4MCu2kBSygmYnONbVRNEqmYFa6du15QC6sQzEV7I0wPYuDFEYFSoO6GrnNg39l1wz5TAGuB8Rl2QEY0KMAih6-bmptRePshc2hGTyyp2_nB2hIa-ycPw6WGFV/s1600/mazlan_aliman.jpgngan Terbang Miri sekitar jam 10.15 pagi ini.

Turut bersama beliau ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, Ketua Penerangan PAS Sabah, Hishamudin Sulaiman, Naib Pengerusi Anak, Aris Fezul Ismail dan Setiausah

Ketika dihubungi sebantar tadi, Nasaie meberitahu pihak Imigresen memaklumkan Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat ditahan atas arahan Ketua Menteri yang menyekatnya memasuki Sarawak.

Mazlan masih berunding dengan pihak Imigresen berikutan tindakan itu sama ada berlepas ke Kuala Lumpur atau Kota Kinabalu semula. 

Mazlan dalam rangka lawatan memberi penjelasan berhubong isu tanah di Sarawak bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Nasaie yang mengiringi Tuan Guru Abdul Hadi bagi menjayakan beberapa program yang telah diatur di Sabah dan Sarawak berkata, beliau kebetulan bersama Mazlan sewaktu ditahan.

Katanya, Tuan Guru Abdul Hadi tidak terbabit dengan sekatan itu dan terus dibawa dengan kenderaan yang menunggu di Lapangan Terbang Miri bagi menjayakan beberapa majlis yang telah disusun.

Bagaimanapun, kenderaan yang membawa beliau diekori pihak tertentu dipercayai polis.

Nasaie menyifatkan sekatan Mazlan yang juga Pengerusi Anak daripada memasuki Sarawak melambangkan ketakutan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di atas penyelewengan tanah yang dilakukannya.

"Dia (Taib) sedang di ambang kejatuhan," katanya.


DARI JALAN RAYA KE STADIUM TERTUTUP.....

on Jul 5, 2011


NONEKerajaan bersetuju membenarkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang akur dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong supaya memindahkan perhimpunan aman jalanan ke stadium tertutup bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

"Saya difahamkan BERSIH mahu berunding dengan kerajaan untuk berhimpun di sebuah stadium (dan) kita bersedia berjumpa dengan mereka,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Namun katanya, pihak penganjur mesti mematuhi beberapa syarat sebelum persetujuan diberikan.
“Kita bersedia untuk berjumpa dengan pihak berkenaan bagi mengadakan (perhimpunan) di stadium dengan syarat bahawa mereka akan pergi dengan aman, mereka akan menegaskan perhimpunan (itu akan diadakan secara) aman dan mereka akan balik dengan aman.

“Sekiranya sebarang kejadian yang berlaku maka pihak penganjur akan dipertanggungjawabkan atas segalanya ataupun yang akan berlaku, yang boleh menyebabkan sama ada huru-hara ataupun kerosakkan hartabenda ataupun boleh menyebabkan mana-mana individu tercedera ataupun lebih buruk daripada itu,” katanya.
Tepati janji
Sehubungan itu, Najib berkata kerajaan berharap pihak penganjur akan menepati janji mereka supaya segala-galanya akan berjalan dengan lancar dan aman tanpa sebrang kejadian yang tidak diingini.
NONEPerdana Menteri juga melahirkan ucapan junjung kasih kepada Seri Paduka di atas rasa keprihatinan yang amat berat baginda untuk memastikan tidak ada sebarang kejadian yang boleh menganggu gugat keamanan dan keselamatan negara kita.

“Di atas rasa yang bertanggungjawab dan keprihatinan yang amat tinggi lagi mendalam maka baginda telah titahkan supaya semua pihak tidak mengadakan demonstrasi jalanan yang dicadangkan pada 9 Julai ini,” katanya.
Sebelum ini selain BERSIH, kumpulan pendesak Melayu - PERKASA dan Pemuda Umno juga menyatakan hasrat mengadakan perhimpunan bagi memprotes tindakan tersebut.
Ucap terima kasih

“Saya ucap terima kasih semua pihak (yang) menghormati titah baginda. Dengan ini maka tidak akan diadakan sebarang perhimpunan jalanan 9 Julai nanti,” katanya.

NONEPada Ahad lalu, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka hendaklah memastikan tuntutan itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.
Seri Paduka juga menyeru kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Sejak BERSIH 2.0 mengumumkan perhimpunan itu, pihak berkuasa khususnya polis terus menghambat rakyat yang menyokong pertubuhan itu.
Mereka yang memakai baju BERSIH atau memilikinya ditangkap manakala pejabat NGO itu juga digeledah dan barangannya dirampas.









TAKUT KEMPUNAN NAK BERTANDING.........???

on Jul 4, 2011

Zaid minta Bersih 2.0 jangan beri BN ruang isytihar darurat, gantung pilihan raya






Presiden parti Kita Datuk Zaid Ibrahim meminta sekretariat Bersih 2.0 agar mempertimbangkan semula rancangan mahu mengadakan perhimpunan Sabtu ini memandangkan pihak berkuasa boleh melakukan apa sahaja termasuk menggantung pilihan raya umum. 

Dalam surat terbuka dihantar kepada Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S. Ambiga, yang diedarkan menerusi laman web parti itu, Zaid berkata, beliau berharap Himpunan Bersih 2.0 tidak diteruskan jika tiada permit polis.


“Pihak berkuasa sudah pun mengatakan bahawa mereka akan menggunakan apa sahaja cara untuk menghalang perhimpunan daripada diadakan. Mereka sudah pun menggunakan Ordinan Darurat untuk menahan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia.


“Saya percaya mereka akan menggunakan hukuman lebih teruk ke atas mereka yang melanggar perintah mereka. Mereka mungkin akan mengisytiharkan darurat. Tidak akan ada pilihan raya umum. Mengapa mesti berikan ruang untuk bertindak begitu?” kata beliau.

Sambil mengakui bahawa sistem pilihan raya ada kecatatan, kata Zaid, “jangan rosakkan peluang terakhir.”


“Meskipun kita bersedia untuk menghadapi polis di jalan, kemudian menghadapi tentera, kita mungkin akan hilang semua. Saya minta timbang semula,” katanya lagi.
Kata Zaid, kerajaan pusat semasa tidak pasti dengan populariti mereka dan jika Bersih 2.0 berjaya dalam menarik kumpulan peserta yang besar bermakna BN bimbang akan tewas dalam pilihan raya umum ke-13.




BILA AGONG BERTITAH......

on

Najib dapat 'face saving device'



 Titah Kebawah Duli Tuanku Yang diPertuan Agong semalam supaya kedua-dua belah pihak, Putrajaya dan Bersih (yang diharamkan oleh kerajaan) merupakan satu ‘face-saving device’ bagi pihak yang memerintah. Campur tangan Yang diPertuan Agong itu banyak memberikan kita kefahaman dan penilaian terhadap isu yang sedang negara hadapi.

Pihak Polis telah menyatakan secara terbuka yang tidak ada lagi perundingan dengan penganjur rally ini dan setiap kuasa yang ada kepada mereka (polis) akan dipergunakan untuk memastikan rally itu tidak terjadi. Pemimpin-pemimpin UMNO pula mundar mandir dengan kenyataan-kenyataan yang bengis dan marah-marah kerana isu ini. Cara mereka (pemimpin-pemimpin UMNO) menampakan pengakuan mereka yang penganjuran rally ini membuatkan mereka panik sehinggakan tiada lagi jalan yang mereka nampak selain dari mengharamkan pertubuhan NGO (Bersih) ini.

Kata-kata sudah terlanjur. Mata berpandangan, budi kedapatan. Rakyat yang ramai sudah mulai merasa bosan dan mual dengan keadaan yang berlaku. Semua tindakan reaksi kepada Bersih kesemuanya tindakan politik dan kata-kata pun merupakan kata-kata politik. Kelemahan kita semakin hari semakin jelas dilihat ramai. Oleh kerana mereka (pemimpin) hanya pandai ‘politicking’ mereka menganggapkan segala perbuatan orang lain itu adalah tindakan politik.

Takut pada bayang-bayang sendiri semakin kuat. Perasaan rendah diri semakin menebal. Perasaan takut kian menhantui mereka dan jalan yang terbaik untuk melindungi perasaan takut dari pandangan ramai ialah dengan menangkap dan cuba memomokan yang tindakan pengajur rally ini sebagai tindakan politik.

Bebagai-bagai tuduhan dilemparkan terhadap penganjur terutamanya terhadap Ambiga, pengerusi Bersih. Ada pemimpin terutama negara menggunakan isu agama dan isu Lina Joy untuk membuatkan orang ramai tidak mengikut rally Bersih ini. TV1 dan TV3 serta Utusan dijadikan seperti lapang sasar menembak. Ketua Polis Negara dan Timbalannya bercakap seperti ahli Politik. 

Semasa terdesak diperguna segala alim ulamak untuk mengulas rally ini dengan interpritasi agama yang memihak terhadap mereka di kaca-kaca TV dan media cetak. Rally ini haram mengikut itu dan ini dalam agama. Orang yang menyertai rally itu musuh negara dan itu melanggar hukum agama. Tidak pula diminta pemimpin yang rasuah juga adalah melanggar agama.

Menuduh penganjur rally itu sebagai komunis itu fitnah tetapi tidak pula melanggar agama kepada ulamak yang memihak kepada ‘the buttered side of the bread’. Semuanya melanggar agama kecuali mereka yang berkuasa yang menggunakan segala-galanya untuk melakukan kerja hina dan keji.

Maha Guru silat, Omar Din berkata yang beliau tidak benarkan sesiapa melangkah setapak untuk ber rally ini. Jika dilakukan juga ribuan ahli silat beliau akan bertindak dan sanggup berperang habis-habisan. Entah siapa yang hendak berperang kita tidak tahu. Yang penting mesti tunjuk garang.

Belum pun rally dilakukan tangkapan sudah dilakukan. Malahan pihak yang tidak mahu rally ini di adakan sudah pun melakukan demonstrasi besar-besaran diPulau Pinang dua hari yang lepas. Api mahu dilawan dengan api. Segala-galanya ini membayangkan betapa kecilnya jiwa pemimpin yang kononnya akan membawa perubahan dan transformasi yang besar kepada politik dan ekonomi negara.

Pemimpin kita tidak ada rasa segan dan silu untuk berucap berapi-api sedangkan mereka yang berucap berapi-api itu sendiri tahu yang apa yang mereka ucapkan itu hanyalah retorik kosong yang diulang berkali-kali yang tidak akan membawa apa-apa kejayaan. Kita hanya duduk ditepi melihat gelagat dan sikap pemimpin-pemimpin yang hanya memaparkan ‘disposition’ mereka saling tidak tumpah seperti pelakon filem Bollywood semata-mata.

Hishamudin Husein bertindak mengharamkan Bersih. Belum pun musuh menghampiri keris sudah keluarkan. Orang tua-tua dahulu ada berkata, ‘anak muda yang julung berkeris, batang pisang pun di sanggahnya’.

Maka terguran Kebawah Duli Tuanku YDPA merupakan ‘face saving device’ bagi Najib dan barisan pimpinannya. Najib sekarang dapat mencari jalan untuk berunding dengan teguran diRaja itu. Untuk beliau memanggil kembali pihak Bersih untuk berunding sudah tidak boleh lagi kerana sebelumnya pihak yang berkuasa termasuk Polis telah dengan angkuhnya menyatakan yang rundingan telah ditutup.

Keadaan ini merupakan satu hikmah yang membuktikan Institusi Raja itu terlalu penting kepada rakyat. Kepada anak-anak muda, fahamilah, jangan mencaci Institusi tempat kita berlindung seperti apa yang dilakukan oleh parti UMNO pada tahun 1993 dahulu. Suara-suara yang berlindung di sebalik Raja sekarang ini cukup untuk membuktikan yang negara berbagai kaum ini amat memerlukan Institusi ini. Semasa berkrisis dengan Raja-Raja dahulu (1993) pemimpin-pemimpin UMNO telah membelasah Raja-Raja Melayu tanpa sempadan.

Jangan semasa terdesak Raja-Raja itu baik, tetapi apabila sudah kuat Institusi ini ditempeling seolah-olah Raja Melayu ini lebih tinggi darjatnya dari pemimpin-pemimpin kita. sejarah telah memberikan pelajaran kepada kita. Yang garang-garang dengan Raja Melayu dahulu sekarang berlindung di sebalik ketiak Raja.


Jangan pula koyak ketayap di kepala kerana lonjak dan kesombongan kita sendiri.












sumber

MASIH INGAT LAGI KER........






Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List