Tertembak Kaki Sendiri

on Sep 16, 2011




Kita mahu ucapkan tahniah kepada Mat Sabu. Kerana telah berjayamenggelabahkan orang UMNO dengan versi persejarahan Malaysia. Versi sejarah yang di nyatakan oleh Mat Sabu dalam suatu ucapan ialah bahawa bukan orang UMNO sahaja yang boleh mendakwa mereka berjuang menentang penjajahan. Mat Indera yang mengepalai serangan keatas balai polis di Bukit Kepong Muar pun adalah wira. Mat Indera pun menentang pendukung pemerintahan penjajahan.

Pilihan contoh yang di gunakan Mat Sabu untuk menyampaikan mesej nya, adalah unfortunate. Sebab yang mati dalam serangan tersebut ialah polis Melayu. Yang menyerang pula ialah pengganas bangsa Cina. Ia adalah resipi perbalahan kaum yang cukup enak.Resipi ini kegemaran parti politik seperti UMNO. 

Pengunaan serangan Bukit Kepong sebagai contoh dengan segera di gunakan sebagai bukti bahwa Mat Sabu menyanjung komunis. Orang UMNO dan orang Melayu semua tahu, Mat Sabu tidak melakukan demikian. Tapi ia mesti di politikkan sebagai suatu yang besar  kerana inilah peluang UMNO menunjukkan ia merwirai dan menjuarai bangsa Melayu. Yang mati ialah Melayu. Yang membunuh ialah Cina. Saya percaya, jika polis yang mati itu berbangsa cina, mana Mat Sabu akan di biarkan.

Bagaimana penentang2 Mat Sabu react? Mereka telah melakukan overkill. A series of overkill bahkan. Versi persejarahan Malaysia oleh Mat Sabu di nyatakan dalam suatu ucapan. Ucapan bukanlah suatu perlakuan akademik yang teknikal. Jadi kenapa suatu ucapan mahu di beri layanan yang luar biasa?

Jawapan nya ialah, ucapan Mat Sabu itu membawa implikasi politik kepada UMNO sendiri. Ia nya akan menyebabkan KAJIAN SEMULAkeatas peranan UMNO dalam menuntut dan berjuang untuk kemerdekaan. Apa yang sebenarnya UMNO lakukan? Tidak ada orang UMNO di tangkap British. Tidak ada orang UMNO yang di penjarakan. UMNO menyudahkan larian yang di mulakan oleh parti2 lain.Pusingan terakhir yang UMNO sudahkan ialah sabsidi dari parti politik lain.

Namun oleh sebab sejarah di tulis oleh mereka yang menang, maka hanya peranan UMNO yang di perbesarkan. Tapi UMNO lupa, bahawa di mana mana negara, pengulang-kajian sejarah atau historial revision di lakukan. Pembukaan dan perjumpaan Amerika sekarang di lihat sebagai proses penaklukan keatas suatu bangsa yang di bunuh dengan penyakit, pencabulan, rogol, rompakan dan keganasan. Mereka yang dahulu di lihat sebagai mangsa yang tewas, hari ini di hidupkan kembali dan di beri tempat yang wajar dalam sejarah. Mat Sabu melakukan ulangkaji persejarahan nya sendiri. Mat Indera jangan di lihat sebagai CT.

UMNO tidak boleh mengambil risiko peranan nya di sangsikan. Ini lah modal politik mereka yang terbesar. Selagi UMNO dapat memonopoli peranan dan kedudukan sebagai satu satu nya pejuang kemerdekaan, kesetiaan orang Melayu keatas UMNO tidak akan goyah. Musnahkan monopoli tersebut, modal terakhir UMNO mengekalkan legitimacy sebagai wakil mutlak orang Melayu turut musnah.

Apa perlu di lakukan? Celakakan Mat Sabu- itu misi baru penyokong UMNO. Namun, dalam zaman ini dengan ujudnya kebebasan bersuara dan memberi pendapat di laman web, mencelakakan Mat Sabu tidak semudah ABC.Permintaan meminta Mat Sabu mohon maaf, akan di 'pantatkan'.

Dengan membayangkan bahawa bukan UMNO sahaja yang boleh mendakwa mereka sahajalah yang berjuang untuk kemerdekaan, asas kesahihan UMNO menuntut kesetiaan mutlak dari terutama nya orang Melayu, akan musnah.  Bangsa lain sudah sejak 2008, mempersetankan UMNO. Jika kesetiaan mutlak UMNO itu retak, dan kita tahu bahawa survival UMNO hari ini bergantung semata mata keatas keupayaan nya ‘mengikat’ fikiran orang Melayu, masa depan UMNO itu sendiri amat muram. Menyedari perkara ini, UMNO sudah bertindak dengan overkill.

Suatu cara yang mudah ialah mengkomuniskan Mat Sabu. Overkill yang di lakukan ialah melibatkan PAS bersekali dengan Mat Sabu. Jadi kita lihat percubaan meluaskan pendirian Mat Sabu sebagai juga pendirian PAS. Disini lah kebodohan penentang Mat Sabu. Ianya meletakkan PAS, yang hidup mati politik mereka ialah Islam sebagai penyokong komunisme? Mana lah ada kebodohan yang melebihi ketongongan yang mahu meletakkan PAS yang bergerak atas landasan Islam sebagai penyokong komunisme?  Adakah UMNO mempunyai cukup bekalan mempertahan dakwaan mereka bahawa Mat Sabu dan PAS itu penyokong komunisme? Kepada saya ini overkill yang UMNO tidak akan menang.

Kemudian kita ada cara muslihat yang menjadi kesukaan pihak lawan yang kehabisan modal penghujjahan. Discredit keperibadian lawan mereka. Maka kes moral Mat Sabu yang lama, di siarkan kembali. Nyonya mercenary Jocelyn Tan dari akhbar Star mengungkit kembali kes khalwat Mat Sabu seolah olah kes tersebut akan menghapus kontroversi dan ancaman keatas golongan berkuasa. Apa pun yang boleh di fahami dan di terjemah dari kes khlawat Mat Sabu itu tidak bermakna Mat Sabu tidak mampu memberi kredibiliti keatas versi sejarah Malaysia nya. Mat Sabu’s morality issue does not destroy the possible legitimacy and validity of his version of history. Ertinya, walaupun kita cuba mendiskreditkan peribadi Mat Sabu, ianya tidak akan menyekat kesangsian umum keatas monopoli puak UMNO keatas sejarah Malaysia. Tambahan pula, membawa isiu moral kedalam perbincangan politik akan mendedahkan pimpinan UMNO kepada isiu yang serupa. Dalam keadaan ini, pemimpin UMNO harus menyedari signifikens perpatah Inggeris- mereka yang mendiami rumah kaca, jangan membaling batu. Cerita moral pimpinan UMNO lebih dari 30 juzu’.

Masuk pula Dr Mahathir ke dalam gelanggang. Dr Mahathir telah hentam PAS kerana menghina Tunku Abdul Rahman. Kita sedia maklum, dalam soal menghentam Tunku Abdul Rahman, bidang ini di kuasai oleh Dr Mahathir. Dr Mahathir lebih dahulu menghentam Tunku Abdul Rahman dan biasa nya condemnations keatas Tunku di lakukan oleh Dr Mahathir diatas pentas PAS. Ketika itu , Dr Mahathir senditi tidak laku dalam UMNO. Hari ini Dr Mahathir membela Tunku dan kondem PAS kerana mengangkat martabat pejuang kemerdekaan yang bukan dari UMNO.

Tapi bila Dr Mahathir menyetujui bahawa Malaysia tidak pernah di jajah, sekali lagi, Dr Mahathir sebenarnya kondem Tunku. Sebab jika negara kita tidak pernah di jajah, maka peranan Tunku dalam mencapai kemerdekaan negara tidak ujud.  Jadi perdana menteri kita yang pertama sebetulnya tidak ada peranan apa apa dalam ‘kemerdekaan’ negara kita. Oleh yang demikian, bagaimana Tunku Abdul Rahman boleh bergelar bapa kemerdekaan sedangkan‘peristiwa merdeka’ itu sendiri tidak ujud. Bagaimana Tunku jadi bapa kepada sesuatu yang tidak ujud?  Bila Dr Mahathir kata kita tidak pernah di jajah, dengan sendiri Merdeka! UMNO itu suatu pembohongan dan helah UMNO untuk terus menghamba-abdikan minda orang Melayu.

Hanya untuk menundukkan pendapat Mat Sabu, kita sanggup menggadaikan maruah dan prinsip? Kita jadi politikus dan professor pelacur? Kita sanggup mengatakan bahawa negara kita tidak pernah di jajah dan kerana itu, sesiapa dan mereka yang berkorban nyawa mempertahankan sebuah negara yang tidak pernah di jajah itu apa? Kita menipu untuk membolehkan kita berkata mereka adalah loyal subjects negara dan yang membunuh mereka adalah petualang?

Kita lakukan ini semua, hanya untuk membuktikan perkara ini?  Dimana moraliti pimpinan UMNO? Dimana sense of self respect kita sebagai orang Melayu?  Tokoh2 pejuang kebangsaan Melayu yang kita agung2kan dan kita politikkan ketika masa runcing dan genting sebetulnya petualang?

Jika Malaya tidak pernah di jajah dan zaman pemerintahan Inggeris sehingga 1957 menjadikan Malaya sebuah protectorate, maka semenjak tahun 1946, yang di perjuangkan UMNO itu apa sebenarnya?  Apa peranan UMNO sebetulnya jika demikian? Running dog atau anjing lumba untuk imperialism Inggeris?  

Politikus UMNO dan professor penyokong nampak nya menggali lubang yang lebih besar untuk UMNO.

UMNO itu dan UMNO ini. UMNO memperjuangkan kemerdekaan. Demikian bunyinya fakta yang di tanam dalam benak kita. Buku sejarah pula membenarkan fakta tersebut. Professor pula mempertahankan fakta tersebut.

Tetapi tiba tiba, kita di beritahu, Malaysia , Malaya dan Tanah Melayu sebetulnya tidak pernah di jajah. Perkara ini di nyatakan oleh seorang bekas professor UM. Pendapat tersebut turut di sokong oleh Dr Mahathir yang di anggap sesetengah orang, masih lagi PM Malaysia. Kepada saya, kenyataan mutakhir Dr Mahathir mengenai kemerdekaan kita, mengonfirmkan tanggapan saya, bahawa sesungguhnya Dr Mahathir sememangnya, boleh berjalan di atas permukaan air. Like Jesus, he can walk on water.

Ini menyebabkan semua orang berfikir. Adakah UMNO menipu kita selama ini dan deskripsi bahawa kita di jajah sebenarnya suatu pembohongan UMNO yang di perpanjangkan oleh UMNO untuk menghamba abdikan fikiran orang Melayu?

Tidak ada perkara yang lebih menyatupadukan orang Melayu selain daripada meyakinkan mereka, bahawa mereka berjuang untuk kemerdekaan. Tapi UMNO kata kita tidak pernah di jajah. What does that make UMNO? UMNO adalah Don Quixote yang menjadikan penjajahan kincir angin yang di khayalkan sebagai seekor naga zalim.

Jika British hadir hanya untuk memberi perlindungan dan memainkan peranan sebagai sheriff, kita tidak ada pilihan lain daripada memperakui bahawa selama ini, Tanah Melayu adalah sebuah negara atau koleksi negeri negeri yang sovereign. Jika ini pendirian UMNO yakni selama ini, semenjak British datang ke Tanah Melayu , negeri Melayu semua adalah sovereign states, maka semua mereka yang berkhidmat dan bermatian untuk negeri negeri tersebut adalah pendukung negeri negeri yang sovereign. They were loyal subjects dan sesiapa yang membunuh loyal subjects adalah pengkhianat.

Maka demikian, celaka sungguh lah UMNO. Tok nenek saya dari Tembeling dan Tebing TInggi yang bertombak dan berlembing melawan Inggeris semua adalah pengkhianat rupa rupa nya. Mat Kilau, Mat Kelubi, Bahaman, Tok Gajah, Tok Janggut, Pa Andak Endut dan Maharajalela semua adalalah pengkhianat?

Jika demikian, apa sebenarnya peranan UMNO dalam sejarah orang Melayu? Jika ia tidak pernah berjuang untuk kemerdekaan kerana kita tidak pernah di jajah dan para pemimpin nya memperakui hal demikian, maka UMNO sebenarnya tali barut imperialism Inggeris.

UMNO merupakan the biggest apologist keatas penaklukan Inggeris keatas negara kita. Ini juga bererti UMNO itu pembelot bangsa Melayu yang membuli bangsa Melayu tapi amat bongkok tunduk nya kepada kuasa imperialis seperti Inggeris.

Ianya membuat saya berfikir adakah Dr Mahathir juga pembohong besar- sebab untuk beberapa tahun ketika saya hadir ke Perhimpunan Agung UMNO, Dr Mahathir sebagai presiden akan menyebut dalam ucapan dasar nya, umat Melayu telah di jajah selama 400 tahun lebih. Sekarang Dr Mahathir kata, kita tidak pernah di jajah. Adakah perlakuan demikian menjadikan Dr Mahatihir running dog and greatest apologist for modern day imperialism?

Adakah kita rela menjadi intellectual hypocrites semata mata mahu disprove dan discredit Mat Sabu dan deny Mat Indera kedudukan yang respectable dalam sejarah Malaya? Ini intellectual dishonesty yang paling tinggi. Gelaran professor kepada mereka yang sanggup melakukan silap mata seperti ini harus di tarik balik.

Kekeliruan yang terbit dari kontroversi cetusan fikiran Mat Sabutelahpun menyebabkan kesan yang saya khuatir akan terjadi- yakni ia menyebabkan wholesale review keatas peranan dan sumbangan UMNO di dalam merdeka tahun 1957. Maka dari tahun 1957 sehingga 1963 apabila Malaysia di tubuhkan, tahun tahun tersebut tahun apa? Adakah ianya Penjajahan dalam bentuk yang abstrak yang di cipta oleh pimpinan UMNO. Adakah UMNO penipu terbesar kerana memanjangkan penipuan dan pembohongan kita di JAJAH? Tujuan UMNO tidak lain dan tidak bukan untuk menjadikan orang Melayu itu bergantung kepada nya dan menghamba abdikan fikiran orang Melayu.

ceduk dari sini



Photobucket

Rehatkan Minda Sebentar

on



Bermacam-macam usaha dilakukan untuk mendapatkan cahaya mata bagi mereka yang menghadapi masalah kesuburan. Umpamanya mendapatkan rawatan dan nasihat daripada pakar, makan ubat-ubatan dan sebagainya untuk meningkatkan kesuburan. Berdasarkan informasi, ternyata faktor makanan juga merupakan alternatif untuk mempertingkat kesuburan sistem reproduksi manusia.

Bahan-bahan makanan, seperti sejumlah sayuran dan buah-buahan dapat meningkatkan kesuburan dan sering kita temui. Berikut adalah jenis pemakanan yang dapat membantu meningkatkan kesuburan yang mudah diperoleh;

Pegagan @ Pegaga
Pegagan merupakan tanaman menjalar yang sering dimakan sebagai ulaman segar. Dalam pegaga terkandung asiaticoside, thankuniside, isothankuniside, madecassoside, brahmoside, brahminoside, brahmic acid, madasiatic acid, meso-inositol, centellose, carotenoids, garam-garam mineral seperti garam kalium, natrium,magnesium, kalsium, besi, vellarine, dan zat samak atau tanin.

Madecocassosida dapat memacu produksi kolagen. Kolagen berperanan besar dalam regenerasi sel kulit termasuk sel telur (ovum) pada wanita dan sel sperma pada lelaki. Pegaga mengandung karoten yang berperan sebagai antioksidan. Karoten menjaga kualiti sperma dan sel telur. Caranya dengan melindungi dinding sperma dan sel telur dari kerosakan akibat radikal bebas. Mineral-mineral seperti kalium, natrium, kalsium, besi dan fosfor dalam pegaga juga penting bagi keshatan tubuh.

Wortel @ Lobak Merah
Wortel atau lobak merah mengandung air, protein, karbohidrat, lemak, serat, abu, nutrisi anti kanker, gula alamiah (fruktosa, sukrosa, dektrosa, laktosa, dan maltosa), pektin, glutanion, mineral (kalsium, fosfor, besi, kalium, natrium, amgnesium, kromium), vitamin (beta karoten, B1, dan C) serta asparagine.

Beta Karoten merupakan anti oksidan yang menjaga kesihatan dan menghambat proses penuaan. Beta Karoten dapat mencegah dan mengawal pertumbuhan sel kanser serta melindungi asid lemak dari proses oksidasi.
Daun wortel mengandung porphyrins. Zat ini dapat merangsang kelenjar pituary dan meningkatkan hormon seks.

Jambu Batu Merah
Hampir semua buah berwarna cerah kaya likopen. Seperti halnya tomato, isi buah jambu batu merah juga kaya akan likopen. Likopen dalam jambu batu merah bersifat antioksidan dan menyuburkan sistem reproduksi lelaki. Oleh, makan jus jambu batu merah secara rutin juga dapat meningkatkan kesuburan kaum lelaki.

Kemangi
Kemangi juga dikenal sebagai sayuran yang dapat dimakan segar sebagai ulaman. Tanaman beraroma wangi ini mengandungi arginine yang memperkuat daya tahan hidup sperma, mencegah kemandulan, dan menurunkan gula dalam darah. Daya tahan hidup sperma penting untuk membantu proses pembuahan sel telur. Sedangkan kandungan boron berperanan merangsang hormon androgen dan estrogen serta mencegah pereputan tulang. Kedua hormon ini besar perannya dalam sistem reproduksi wanita.

Saderi @ Seledri @ Daun Sup
Sayuran ini berfungsi memacu enzim pencernaan, menurunkan tekanan darah, menghentikan pendarahan, pelawas kencing, haid, buang angin, dan membersihkan darah.
Perananya dalam sistem reproduksi kerana saderi mampu memperbaiki fungsi hormon yang terganggu, seperti nyeri haid, haid tidak teratur, ataupun haid terlalu banyak.
Daun seledri kaya zat minyak atsiri, kalsium, besi dan magnesium. Daun ini juga kaya vitamin A, vitamin B, dan vitamin C.
Setiap 100 gram daun saderi segar terkandung 130IU vitamin A dan 15 mg vitamin C. Vitamin A dan vitamin C diakui sebagai antioksidan cukup kuat. Serangan radikal bebas terhadap dinding sperma dan sel telur dapat dihambat oleh kedua vitamin ini.

Cekur Manis @ Daun Katuk
Daun cekur manis juga kaya senyawa yang dapat meningkatkan mutu dan jumlah sperma, termasuk membangkitkan tenaga seksual. Daun cekur manis ini dipenuhi zat fitokimia berkhasiat ubat. 

Sayur cekur manis akan merangsang pembentukan hormon keperkasaan, yang akan meningkatkan vitaliti atau tenaga seksual lelaki. Bahkan, produksi sperma meningkat pesat seiring dengan peningkatan kualitinya. Daun cekur manis dipuji mampu mengembalikan tenaga dan kesuburan lelaki lemah tenaga batin.

Tembikai
Bersama vitamin C dan betakaroten dalam buah tembikai, likopen dapat melawan berbagai jenis kanser. Dalam sebuah riset dilaporkan bahwa konsumsi likopen yang cukup pada lelaki dapat membantu menurunkan risiko kanser prostat, mengakibatkan masalah dengan sperma, iaitu jumlah sperma terbatas, struktur sperma tidak normal, dan pergerakannya lembam.

Buah tembikai juga memiliki zat pembangkit ghairah, iaitu sitrulin. Tugas zat ini diketahui setara dengan viagra. Sebatian kelompok asid amino ini dapat memicu produksi nitrit oksida, yang berperanan dalam peningkatan kemampuan seksual lelaki. 



Photobucket

Hanya Kerajaan Berjiwa Rakyat Akan Dipilih.

on



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyatakan tempoh enam bulan dari sekarang adalah penentuan samada eksperimen politik dan hasil kejayaan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 12 sebelum ini dapat melahirkan kerajaan berjiwa rakyat di negeri itu atau tidak.

Dalam kenyataan media sempena Hari Malaysia, Guan Eng berkata, usaha Pakatan dalam menjadikan Pulau Pinang lebih bersih, hijau dan selamat sepanjang tiga tahun setengah mentadbir negeri itu seharusnya sudah menampakkan perubahan dari segi pemikiran dan keyakinan rakyat.

"Warga Pulau Pinang semakin yakin dan optimis terhadap masa depan kerana mereka boleh bergantung kepada kerajaan berjiwa rakyat yang mendengar kata rakyat, melakukan kerja untuk rakyat dan memberi harapan untuk masa depan yang lebih cerah," katanya. 

"Sesungguhnya tiada pengganti bagi prestasi, produktiviti dan kecekapan," kata beliau kenyataan tersebut.

Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang diketuai Guan Eng telah menjadi mangsa serangan bertali arus UMNO di media serta jalanan.

UMNO sebelum ini mendakwa Guan Eng sebagai anti Melayu, anti Islam serta bersubahat dalam perjudian dan menyatakan kerajaan Pakatan sebagai korup sebaliknya tidak satu pun tuduhan tersebut terbukti benar.

Guan Eng yang memperjuangkan dasar ketelusan selari dengan 'buku jingga' Pakatan Rakyat telah berjaya merubah dasar korupsi UMNO BN sebelum ini.

"Perubahan yang paling besar dalam pemikiran telah berlaku ekoran daripada dasar kerajaan berjiwa rakyat Pakatan Rakyat yang menegakkan kedaulatan undang-undang. Di Pulau Pinang, dasar ketelusan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri bermakna bahawa sebarang urus niaga tidak lagi memerlukan orang dalam atau orang tengah. Yang diperlukan hanya peraturan dan undang-undang," kata beliau.

Tambahnya, cita-cita Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia adalah untuk membanteras rasuah serta ketidakadilan dalam segenap lapisan masyarakat.

Beliau mahu semua bersepakat dalam semangat setiakawan untuk mencapai aspirasi bersama untuk keadilan, kebenaran, kebebasan, demokrasi dan kebajikan sosial demi masa depan Malaysia yang lebih cerah.

"Hanya dengan ekonomi yang bebas daripada rasuah boleh kita memastikan bahawa rakyat akan makmur dan menerima manfaat. Marilah kita mengazamkan masa depan yang bebas daripada ketakutan dan kronisme. Marilah kita mencita-citakan masa depan di mana semua lapisan masyarakat dan kaum, sama ada Melayu, India, Cina, Kadazan atau Iban, akan dianggap sebagai saudara senegara tanpa sebarang diskriminasi." tambahnya.
TVS News


Photobucket

Memang Kaki Kelentong

on



nota:
sila tanya pengerak dan aktivis filem
siapa malaon ini
sila tanya berapa banyak dah rembat
duit kerajaan perak
sila tanya berapa banyak dah rembat
duit finas

jangan segan segan
di hari baik bulan baik
rajin rajin bertanya
kah kah kah



SURAT DARI PEMBACA

bongkar jangan tak bongkar. malaon tan sri jins shamsudin punya hal ni. kalau tak mampu nak buat filem pasir salak, duit finas dan kerajaan perak kena bagi balik. jangan songlap, jangan seleweng. satu lagi nak tanya, pinjaman mara belajar di england dulu dah selesai ke belum. itu semua, duit rakyat jins shamsudin ooii... kini, ramai anak muda tunggu nak dapatkan biasiswa tapi tak dapat2.

duit finas, kerajaan perak dan mara jika tak bagi (bayar) balik macam mana mereka nak perolehi. lagi pun duit tu bukannya mak bapak bn/umno yang punya. boleh ambil sesuka hati saja. anak2 muda (terutama di perak) yang sukar dapatkan biasiswa kerajaan perak, selongkar hingga ke akar umbi. sampai si benggali tu, pulangkan semula semua duit yang dia ambil dan pinjam. - tan sri ahmad albab.
By Anonymous on APA JADI DENGAN PASIR SALAK on 9/15/11

Semasa nak buat filem Bukit Kepong, Barua UMNO Jins Shamsudin pernah janjikan wang kepada tok saudara saya yang juga merupakan abang kepada arwah mata mata Jaafar yang bertugas di Rumah Pasong Bukit Kepong.. Habuk pun tarak.. Memang dasar Pembohong besar.. Tak percaya? Pergi Gerisik Muar Johor cari Omar bin Arshad abang kepada mata mata Jaafar bin Arshad..
By Anonymous on APA JADI DENGAN PASIR SALAK on 9/15/11

yam seng? mabuk ye? mana ada. mesti minum air guinness " baik untok kita" bagi menjana tenaga hahahahhh
By ComOt on APA JADI DENGAN PASIR SALAK on 9/15/11

nama pun jinsss kah kah kah
By Anonymous on APA JADI DENGAN PASIR SALAK on 9/15/11

Bro. tanya JIN UMNO dia dah bayar tak duit tempah uniform kepada tukang jahit di Taiping. Geng mereka semua tempah dan order macam orang putih lepas tu lari dan kencing. Dulu kini dan selama2 nya menipu...
By Nostalgia abkk on APA JADI DENGAN PASIR SALAK on 9/15/11

nak bikin panas lagi x? apa kata blog2 anti UMNGOK post kan lagu asal negaraku yg versi omputih tu. menunjukkan yg malaysia ni amek lagu penjajah. buat malu je. lagu kebangsaan pun x reti buat sendiri... tu pun x ngaku kena jajah. hampeh mahadeytambi kutti!!
By Anonymous on APA JADI DENGAN PASIR SALAK on 9/15/11



sumber :- SINI
Photobucket

Enak Di Dengar.....

on




Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar akan bertemu dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail bagi memberi pandangan terhadap kajian semula ke atas Seksyen 27 Akta Polis berhubung kebebasan berhimpun.
Beliau (gambar)berkata pandangan yang akan disampaikan oleh Polis Diraja Malaysia meliputi aspek bagaimana hendak mengimbangkan kesejahteraan, hak bersuara dan hak berkumpul di kalangan rakyat.
“Perkara ini adalah untuk kepentingan rakyat supaya keamanan dapat terus dikekalkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan serentak Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka hari ini.
Semalam Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis  dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.
Perdana Menteri berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.
Ismail berkata pengumuman yang dibuat Perdana Menteri malam tadi menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk terus melangkah ke hadapan dan dibuat demi kepentingan rakyat.
“Saya lihat (kajian semula) undang-undang lama ini kita perakukan juga... setuju kerana sudah lapuk,” katanya.
Tegasnya, PDRM akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan sebaik mungkin dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat tidak tergugat.


Photobucket

Keris Makan Tuan...?

on



 Pertubuhan bukan kerajaan membela orang Melayu, Perkasa mengambil sikap berhati-hati tetapi menasihatkan “jangan keris makan tuan” ekoran pentadbiran Najib memperkenalkan pembaharuan politik ─ antara lain memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.
Justeru, Presidennya Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, Perkasa mengambil sikap tunggu dan melihat undang-undang baru yang akan diperkenalkan dan jangan akhirnya kelonggaran yang diberikan membawa mudarat.
Bekas tahanan ISA ini berkata, banyak perkara yang wajib diteliti kerana Malaysia negara majmuk dan terdapat golongan yang masih tebal dengan sikap perkauman dan tidak menghormati asas perlembagaan negara dengan pelbagai tuntutan seperti yang disaksikan mutakhir ini.
“Apakah keputusan ini dibuat untuk menjadi kerajaan popular atau berpegang kepada keselamatan negara lebih diutamakan. Oleh itu, Perkasa bersikap tunggu dan lihat,” kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini dalam satu kenyataan.
Badan pendesak ini, kata Ibrahim, mengalu-alukan dan menyambut baik pemansuhan semua undang-undang darurat yang sudah tidak relevan.
“Tahniah Perkasa ucapkan kepada Perdana Menteri sempena sambutan Hari Malaysia dan Kemerdekaan Ke-54. Mengenai pemansuhan ISA dan diganti dengan undang-undang baru serta peralihan kuasa menahan untuk pencegahan, tempoh tahanan,” katanya lagi.
Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia semalam, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.
Katanya, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah “semangat serta payung” Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.
Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.
Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.
Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan, kata Najib.
Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.
Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.



Photobucket

Kemerdekaan Milik Siapa...?

on




Sejak 1511 negara kita sudah dijajah oleh Portugis, Belanda, British, Jepun dan British lagi sehingga negara kita mencapai kemerdekaan pada 1957. Selama rakyat kita tertakluk kepada penindasan dan pemerasan penjajah, maka selama itulah akan wujudnya gerakan antipenjajah oleh pejuang-pejuang negara kita.
Tiada penjajah yang akan melepaskan kepentingannya dalam tanah jajahannya secara suka rela dan aman. Justeru, dalam perjuangan menentang penjajah, tiada kemenangan yang akan dicapai tanpa pengorbanan. Demikian jugalah halnya dengan pencapaian kemerdekaan negara kita.
Pemimpin Umno sering suka menggembar-gemburkan bagaimana kemerdekaan negara kita telah dicapai tanpa mengalir setitik darah pun.
Padahal banyak pengorbanan (termasuk darah dan nyawa) telah ditanggung oleh wira-wira anti-British kita seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Datuk Bahaman di Pahang, Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tok Janggut di Kelantan, Datuk Maharajalela dan Si Puntong di Perak, Dol Said di Negeri Sembilan/Melaka dan puluhan pimpinan yang lain yang kini lenyap dari sejarah seperti disebut oleh Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Lebih dekat lagi, perjuangan anti-Jepun dan anti-British yang dilancarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM), Pusat Tenaga Rakyat yang terdiri daripada Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Angkatan Pemuda Insaf, Angkatan Wanita Sedar dan Hizbul Muslimin, serta All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) yang merupakan gabungan yang diterajui Malayan Demokratic Union dan lain-lain.
Bila Dr. Burhanuddin, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohammad, Moktaruddin Lasso, Abdullah C.D., Rashid Maidin dan lain berjuang menentang penjajah British pada 1930-an dan 1940-an. Begitu juga, ketika PKM melancarkan perjuangan anti-British pada masa yang sama dan selanjutnya memimpin perang antipencerobohan Jepun pada 1942-45, Umno masih belum lahir lagi.
Memang benar perjuangan Umno tidak melibatkan pengaliran darah walau setitik pun. Namun ratusan ribu pejuang dan rakyat biasa yang tidak berdosa telah berkorban dalam proses perjuangan anti-British dan perang anti-Jepun.
British kembali ke Tanah Melayu selepas Jepun menyerah diri dan tamatnya Perang Dunia Kedua. Cadangan Malayan Union telah dikemukakan untuk tujuan memindahkan kuasa menjalankan undang-undang oleh sultan kepada pihak penjajah British, memisahkan Singapura daripada Semenanjung Tanah Melayu serta memberi kerakyatan kepada bukan Melayu.
Di satu pihak, gabungan PUTERA-AMCJA yang merupakan gerakan perjuangan rakyat telah mengemukakan cadangan Perlembagaan Rakyat untuk menggantikan cadangan Malayan Union yang menimbulkan kontroversi hebat pada 1946.
Perlembagaan ini merupakan hasil perbincangan antara Dr. Burhanuddin, Ishak Muhammad, Tan Cheng Lock. J.A. Thivy, Ahmad Boestamam, Chan Loo dan Gerald de Cruz, yang bisa diterima oleh semua bangsa.
Prinsip-prinsip utama Perlembagaan Rakyat adalah seperti berikut:
— Singapura hendaklah disatukan dengan Tanah Melayu
— Satu kerajaan pusat dan majlis-majlis negeri yang dipilih
— Raja-raja Melayu akan mempunyai kuasa yang sebenar bertanggungjawab kepada rakyat melalui Majlis Mesyuarat
— Satu perlembagaan baru bagi Tanah Melayu, menyediakan keistimewaan tertentu bagi kemajuan orang Melayu dari segi politik dan ekonomi
— Adat istiadat Melayu dan agama Islam dikawal sepenuhnya oleh orang Melayu melalui Majlis Khas
— Kerakyatan yang serata bagi semua orang yang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat tinggal tetap dan sanggup merubahkan kesetiaannya tanpa berbelah bahagi
— Bahasa Melayu haruslah menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal bagi Tanah Melayu
— Pertahanan dan hal ehwal luar negeri haruslah menjadi tanggungjawab bersama kerajaan Tanah Melayu dan kerajaan British
— Kerakyatan Tanah Melayu haruslah dinamakan Melayu
— Merah putih haruslah dimasukkan sebagai latar belakang bendera kebangsaan Tanah Melayu
Maklumlah cadangan Perlembagaan Rakyat telah pun ditolak oleh penjajah British, yang sedia bekerjasama dengan Umno melalui cadangan Perlembagaan Persekutuan demi menjaga kepentingan British.
Bila British menguatkuasakan Akta Darurat 1948, dianggarkan sejumlah 5,362 orang pejuang anti-British telah ditangkap dan dipenjarakan di kem-kem tahanan politik penjajah.
Malah statistik yang diperoleh dari Pejabat Tanah Jajahan menunjukkan bahawa jumlah tahanan darurat sepanjang 1948 hingga 1960 mencecah 29,857 orang.
Tidak dapat dinafikan bahawa Umno telah bersekongkol dan mewarisi dasar-dasar penjajah British yang tidak demokratik dan antirakyat terutamanya dalam perkara-perkara berikut:
— Menyokong penguatkuasaan Akta Darurat 1948 untuk menindas perjuangan menuntut kemerdekaan yang dipelopori oleh PKM dan gabungan PUTERA-AMCJA
— Bersubahat dengan penjajah British untuk menggagalkan Rundingan Damai Baling pada 1955
— Mewarisi dan melaksanakan undang-undang zalim untuk menindas parti-parti pembangkang amnya, dan khasnya parti-parti berfahaman kiri, termasuk Parti Buruh Malaya, Parti Rakyat Malaya dan Parti Sosialis Malaysia
— Tidak mengaku sumbangan gerakan perjuangan politik kiri yang telah banyak berkorban dalam perjuangan mereka
— Terus merupakan kuasa reaksioner yang merintangi proses pendemokrasian dan reformasi politik negara kita
Demi menafikan perjuangan menentang penjajah British dan sumbangan politik kiri, Prof Dr Zainal Kling dengan alasan teknikal cuba menegakkan benang basah — Tanah Melayu tidak pernah terjajah oleh British.
Majlis Profesor malah menegaskan bahawa perjuangan gerakan politik kiri, termasuk komunis bukan perjuangan kemerdekaan di Tanah Melayu.
Sebaliknya dianggap “penderhakaan” kerana kononnya mahu menghapuskan kuasa-kuasa Melayu di Tanah Melayu dan mahu menubuhkan kerajaan republik. Bukankah kuasa-kuasa dan kedudukan istimewa Melayu telah pun terjamin oleh Perkara-Perkara 3,4,5 dan 7 cadangan Perlembagaan Rakyat itu.
Padahal sumbangan PKM dalam mempercepatkan proses pencapaian kemerdekaan negara kita telah pun diakui kerajaan Malaysia melalui ketua delegasi perunding, Rahim Noor di Phuket menjelang penandatanganan Perjanjian Haadyai 1989.
Kata Rahim Noor: “Malaysia tidak menafi atau mempertikaikan sumbangan PKM dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Sedangkan sekadar mana sumbangan ini, tak payahlah berbahas dalam forum ini. Isu ini boleh ditinggalkan bagi ahli-ahli sejarah.”
Jika kerajaan Malaysia tidak menafi dan mempertikaikan sumbangan PKM dalam perjuangan menuntut kemerdekaan negara, kenapa mengeksploitasikan ulasan Mat Sabu mengenai Mat Indera untuk melancarkan kempen anti-PKM secara besar-besaran dan sepihak, tanpa diberi peluang yang adil bagi pihak PKM membela diri?
Malah disiarkan karikatur dan keterangan yang amat melampau untuk membakar sentimen kaum dan agama agar menimbulkan perasaan dendam terhadap PKM.
Adakah Perjanjian Haadyai sudah dicampak ke dalam jamban? Tidakkah kempen antikomunis yang kegila-gilaan ini akan menjejaskan hubungan baik antara negara kita dengan komunis China, negara komunis yang dianggap oleh Perdana Menteri kita sebagai komunis yang baik?
Di bawah pemerintahan lebih setengah abad oleh Umno-BN yang mewarisi dasar-dasar menindas dan antirakyat penjajah British, yang hingga sekarang masih terus memusuhi pejuang-pejuang tulen yang telah pun banyak berkorban dan memberi sumbangan kepada pencapaian kemerdekaan negara kita, jelas sekali membuktikan kemerdekaan seperti ini masih belum dimiliki rakyat jelata.
Dalam konteks ini, proses kemerdekaan negara kita pada hal masih belum selesai lagi.



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List