Enak Di Dengar.....

on Sep 16, 2011




Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar akan bertemu dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail bagi memberi pandangan terhadap kajian semula ke atas Seksyen 27 Akta Polis berhubung kebebasan berhimpun.
Beliau (gambar)berkata pandangan yang akan disampaikan oleh Polis Diraja Malaysia meliputi aspek bagaimana hendak mengimbangkan kesejahteraan, hak bersuara dan hak berkumpul di kalangan rakyat.
“Perkara ini adalah untuk kepentingan rakyat supaya keamanan dapat terus dikekalkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan serentak Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka hari ini.
Semalam Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis  dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.
Perdana Menteri berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.
Ismail berkata pengumuman yang dibuat Perdana Menteri malam tadi menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk terus melangkah ke hadapan dan dibuat demi kepentingan rakyat.
“Saya lihat (kajian semula) undang-undang lama ini kita perakukan juga... setuju kerana sudah lapuk,” katanya.
Tegasnya, PDRM akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan sebaik mungkin dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat tidak tergugat.


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List