Baik Kau Diam Saja.....Lau Weng San

on Nov 4, 2011


Oiii Adun Kg Tunku Lancau Weng San dah kau sendiri tak boleh beri kan lebih baik kau diam. Kau sendiri dah ada eluan Adun apa mau bising.

SHAH ALAM, 3 Nov : Keputusan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengupah 2000 pekerja tambahan bagi menguruskan permohonan bayaran wang bantuan RM500 kepada setiap keluarga berpendapatan kurang daripada RM3000 disifatkan sebagai tindakan tergesa-gesa, kata Adun Kampung Tunku Lau Weng San.
Langkah yang diumumkan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni mengejutkan rakyat Malaysia, bahkan membuktikan ketidakcekapan urus tadbir kerajaan persekutuan.

Weng San dalam kenyataan medianya menyifatkan, keputusan untuk memberi bantuan itu sebagai tindakan "mi segera" daripada kerajaan persekutuan yang perlu diselit ke dalam Bajet 2012 pada saat-saat akhir sehingga tidak menjangka bahawa seramai 2000 pekerja tambahan diperlukan untuk menjalankan proses ini.
Weng San berkata, untuk melaksanakan program ini, kerajaan persekutuan t memperuntukan sejumlah RM1.8 bilion.

Jelasnya, mengikut angka daripada LHDN, terdapat kira-kira 3.5 juta keluarga di seluruh Malaysia dengan pendapatan isi keluarga kurang daripada RM3000 sebulan. 
"Justeru, daripada RM1.8 bilion yang diperuntukkan, sebanyak RM1.75 bilion adalah untuk menampung pembayaran kepada 3.5 juta keluarga ini. Peruntukan yang selebihnya, iaitu RM50 juta ialah peruntukan luar jangka kepada keluarga-keluarga dengan pendapatan kurang daripada RM3000 yang belum berdaftar dengan LHDN," katanya.

Dengan perkataan lain, daripada peruntukan RM1.8 bilion ini, kerajaan persekutuan langsung tidak memperuntukkan satu sen pun untuk menampung perbelanjaan emolumen. 
Adakah kerajaan persekutuan mendapati terdapat banyak kepincangan dengan dasar ini sehingga mereka perlu mengupah 2000 pekerja tambahan dan kos ini akan dimasukkan kemudian dalam Bajet Tambahan?," soalnya.
Tambah beliau, sekiranya 2000 pekerja tambahan diperlukan dengan gaji purata mereka adalah RM1500 sebulan, maka kerajaan persekutuan perlu membelanjakan RM3 juta sebulan ataupun RM36 juta setahun. 

Selain itu, Weng San turut mempertikaikan tindakan kerajaan persekutuan menggunakan tenaga kakitangan sedia ada untuk melaksanakan dasar ini dengan alasan ia adalah sebagai alat pancing undi.
"Jikalau ini yang berlaku sebenarnya, maka jelas menunjukkan kerajaan persekutuan tidak merancang program ini sebaik-baiknya daripada permulaaan. 

Malahan kerajaan persekutuan di bawah UMNO pula cuba menggunakan duit kerajaan untuk memperkayakan ahli-ahli mereka sendiri," selar Weng San.


Photobucket

PRU 13 pada 9 Disember 2011...?

on Nov 3, 2011






Spekulasi bertiup kencang bahawa  pilihan raya umum Malaysia akan diadakan dengan tergesa-gesa pada 9 Disember nanti. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang kini berada Mekah mengerjakan haji, dijangka akan membubarkan Parlimen sebaik sahaja dia kembali pada 9 November.

"Satu bulan adalah cukup untuk SPR menyediakan segala-galanya . Mereka seharusnya sudah pun bersedia . Itu pun jika Najib mendapat inspirasi selepas mengerjakan haji. Jika tidak, maka PRU akan diadakan pada tahun depan," kata  pemerhati  Umno kepada  Malaysia  Chronicle.
Kepada mereka yang mengikuti teka-teki mengenai tarikh PRU ke 13,  ini adalah sesuatu yang mengejutkan. Ramai yang menjangka ia akan berlaku pada bulan  November kerana Disember selalunya musim hujan lebat. Dan apabila jelas PRU tidak mungkin berlaku pada bulan November, jangkaan seterusnya adalah bulan Mac atau April 2012.

Sebuah kejutan yang basah untuk Pakatan?

Tetapi ada  yang mengatakan bahawa terdapat beberapa isyarat yang dinantikan oleh Najib. Yang paling penting adalah unsur kejutan terhadap musuhnya  Anwar Ibrahim dan parti pembangkang Pakatan Rakyat . Yang kedua adalah hujan yang boleh menjadikan jumlah mengundi rendah dan ini akan memihak kepada BN yang tidak popular.

Pakatan jauh lebih bersedia kali ini, berbanding dengan tahun 2008 apabila mereka menyapu bersih 5 daripada 13 negeri di negara ini.  Walau bagaimanapun, Pakatan menjangkakan  penipuan undi besar-besaran dan dengan ini mereka tidak berupaya memeriksa di kebanyakkan tempat seperti yang merka mahu sebelum pergi mengundi.
Pakatan juga boleh membuat keputusan menentang kemahuan Najib dalam membubarkan dewan undangan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan supaya dapat memberi fokus dengan lebih kepada negeri-negeri lain.
Secara teknikalnya, mandat untuk memerintah tidak berakhir sehingga selepas Mac 2013.

"Kami harus bersiap sedia kalau tidak, ia ibarat membunuh diri. Tetapi secara peribadi, saya masih fikir Najib akan menunggu sehingga 2012 selepas sogokkan daripada Bajet dan wang tunai telah diedarkan sebelum membubarkan Parlimen," kata Naib Presiden PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

Malaysia Chronicle


Photobucket

DR. HASSAN ALI BAKAL DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN PAS...?

on







Masuk kali ini, dah tiga kali Datuk Dr. Hassan Ali mengingkari arahan dan 'wahyu' yang diturunkan oleh Kepimpinan PAS Pusat.

Nampak sangat PAS Pusat semakin takut dengan tindakan berani mati yang diambil oleh Datuk Dr. Hassan Ali ni Takut bukan sebab apa. Diorang takut hilang undi.

Maka sebab itulah diorang beria - ia menghentam Dr. Hassan Ali setiap kali ada kesempatan yang terbuka walaupun ianya bertentangan dengan tuntutan Islam.

Apa salah Dr. Hassan Ali? Dia hanya nak menegakkan syiar Islam. Bukankah itu merupakan dasar perjuangan PAS? Atau adakah PAS dah lupa agenda mereka ini?

Jadi tak heran la kalau lepas ni, Dr. Hassan Ali akan dikenakan tindakan disiplin oleh PAS Pusat kerana beliau turut menjadi Jurucakap bagi membantah Seksualiti Merdeka. Pemimpin PAS lain pulak macam mana? Dah bisu ke diorang ni???
KUALA LUMPUR, 3 Nov — Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Islam akan mengadakan demonstrasi di Masjid Negeri Shah Alam esok bagi membantah program Seksualiti Merdeka dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali disenarai antara pemimpin yang akan berucap.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Pembela berkata, turut akan berucap ialah pengerusi pertubuhan bukan kerajaan itu sendiri, Dr Yusri Mohamad dan pemimpin Himpunan Sejuta Umat (Himpun).
Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, dan Yusri terlibat dalam penganjuran Himpun, yang memfokus isu murtad, akhir bulan lalu di Stadium Shah Alam.
Demonstrasi esok akan diadakan selepas solat  Jumaat, kata Pembela dalam satu kenyataan.
“Program demonstrasi bertujuan membantah gerakan jahat yang tidak bermoral ini serta rancangan mereka untuk mendesak pemerintah supaya memberi pengiktirafan kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender. Demonstrasi ini adalah anjuran Pembela bersama pertubuhan-pertubuhan bukan Islam yang lain,” kata Pembela.
Pembela menambah, pihaknya membantah sekeras-kerasnya tindakan penganjur, penjaga dan penyokong program yang telah merencanakan agenda jahat gerakan homoseksual di Malaysia sekian lama.
“Penganjur program Seksualiti Merdeka 2011: Queer Without Fear juga ingin mencabar kedudukan Perlembagaan yang menyatakan Islam sebagai agama persekutuan,” katanya lagi.
Katanya, Islam adalah agama persekutuan dan ia melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan penganjur program itu telah mencabar kepimpinan tertinggi negara.
“Program tanpa moral mereka yang menuntut pengiktirafan kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender akan mengakibatkan diskriminasi bentuk baru atas nama hak asasi manusia.
“Tuntutan mereka juga mencerca syariah, perundangan Malaysia, asas moral dan kesucian semua agama, serta mengancam ketenteraman dan kemanan negara,” katanya lagi.



Photobucket

"Ayah Saya Bantai Belakang Saiful"

on




Photobucket

BN Terengganu Dalam Keadaan Terbaik Hadapi Pilihanraya Umum Ke 13

on

Orang boleh berjanji tetapi belum tentu dapat menunaikan janji. Seperti orang bercinta, berkasih tetapi dusta….Kelantan 20 tahun lebih Pas memerintah, tetapi masalah air tidak dapat diselesaikan,” - Ahmad Said


Barisan Nasional (BN) negeri Terengganu telah berjaya menyelesaikan masalah sesama sendiri dan kini memberi tumpuan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13, kata pengerusinya Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata dalam keadaan sekarang pihak BN negeri tidak menghadapi sebarang masalah.

“Kita lihat sekarang masalah hampir selesai. Maksudnya semua anggota parti dapat bersama kepimpinan dengan memperlihatkan sokongan yang padu. Saya begitu yakin dengan isyarat diberikan rakyat menerusi program yang telah dibuat oleh kerajaan.

“Wartawan boleh membuat perbandingan apa yang kerajaan Terengganu buat untuk rakyat berbanding negeri lain,” katanya ketika mengulas saranan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dua hari lalu yang meminta negeri menyelesaikan masalah parti secara berhemah.

Ahmad Said berkata, kerajaan negeri telah dengan sebaiknya menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat di bawah program merakyatkan pentadbiran dan pembangunan.

Beliau berkata Terengganu dapat melakukan ini semua kerana kerajaan pusat dan negeri tidak ada percanggahan.

“Orang boleh berjanji tetapi belum tentu dapat menunaikan janji. Seperti orang bercinta, berkasih tetapi dusta….Kelantan 20 tahun lebih Pas memerintah, tetapi masalah air tidak dapat diselesaikan,” katanya.

Katanya, rentak jentera BN sekarang dirasakan cukup bersedia menghadapi pilihan raya walaupun Pas mendakwa mereka boleh menawan dua kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Air Puteh dan Cukai di Kemaman.

“Saya yakin kita dapat tambahan kerusi yang lebih banyak pada PRU-13 nanti,” katanya.

Photobucket

Jasa YB Datuk Nalla sangat besar...?

on


Nallakarupan dilantik menjadi Senator manakala ramai ghurka UMNO yang berjuang bermati-matian dari dulu, kini dan selamanya dilupakan sahaja.

Kata bekas Setiausaha Politik seorang Menteri dengan perlantikan Nallakarupan sebagai Senator ia merupakan satu tamparan kepada mereka-mereka yang banyak berjasa pada UMNO tetapi dilupakan.

Mereka menjadi seperti hampas tebu selepas diperah hingga kering akhirnya dibuang menjadi makanan lembu.

Apakah perlantikannya hanya kerana beliau berani mendedahkan pekong taukenya dahulu Pak Sheh Anwar Ibrahim?

Dalam suasana politik sekarang tidak perlu lagi individu seperti Nalla untuk menjatuhkan Anwar kerana Anwar sekarang seperti nyawa ikan dengan pendedahan video berahinya oleh Datuk 'T'.

Jika masih gagal juga untuk menjatuhkan Anwar dengan video berahi itu maka lantiklah pula Datuk Eskay sebagai Senator kelak.

Selagi Anwar Ibrahim tak "khojol" maka lagi ramailah Senator yang tumbuh.

Pejuang-pejuang dalam UMNO akan sentiasa menggigit jari makan tulang.

Photobucket

Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat...?

on



“Bajet ada, tapi tak ada kabinet..? Macamana nak buat Bajet kalau kabinet tak ada?” sindir Najib.

Mungkin hangin satu badan dengan sindiran tersebut, “pemimpin anugerah Tuhan” itu secara diam-diam dipercayai berpakat dengan beberapa orang kanannya, Azmin dan Saifuddin Nasution untuk membuat draf “Shadow Cabinet”nya sendiri. Khabarnya, dia akan tunjukkan pada Najib sekiranya disindir lagi...

Malangnya, dikhabarkan draf rahsia itu telah “bocor”..!!! Soft copy kabinet yang dibuat itu jatuh ke tangan “seseorang” yang dipercayai “orang dalam”..?!

Nah! Di atas adalah draf yang dimaksudkan itu... Yang lain kau orang cari sendiri.





Photobucket

Anwar Ibrahim Dah Bersedia Ambil Alih Kerajaan...?

on


Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan satu “kebangkitan Malaysia” pada pilihan raya umum ke-13 sambil dengan yakin memberitahu agensi berita Amerika Bloomberg, Pakatan Rakyat (PR) akan mengambil alih Putrajaya daripada penguasaan Barisan Nasional (BN).

“Melihat pada kadar kami sedang bergerak sekarang, kami akan mengambil alih kerajaan,” kata beliau dalam satu temu bual dipetik agensi berita itu hari ini.

Ketua Pembangkang itu yang kini berhadapan dengan kemungkinan sabitan kesalahan buat kali kedua dalam kerjaya politiknya merujuk kepada perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu sebagai tanda sokongan besar kepada perikatan tersebut.

Kempen itu menarik ribuan hadirin di ibu negara di sebalik tindakan keras diambil pihak kerajaaan. Pihak polis juga menahan lebih 1,500 orang ketika itu.

Susulan perhimpunan itu, kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan beberapa pembaharuan politik termasuk pembentukan jawatankuasa pilihan khas Parlimen bagi mengkaji sistem pilihan raya awal Ogos lalu.

Sebulan kemudian, Najib mengumumkan pemansuhan beberapa akta termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang lain.

Tambah Anwar, dengan sokongan yang ditunjukkan oleh penunjuk perasaan ketika perhimpunan Bersih 2.0, meskipun beliau disabitkan kesalahan pembangkang akan memperoleh keputusan yang lebih baik kali ini.

Sehubungan itu kata beliau, keputusan kes melibatkan dirinya merupakan satu rumusan yang “sudah pun pasti.”

Pemerintahan kerajaan BN lebih lima dekad, katanya, akan berakhir dalam pilihan raya umum ke-13.

Anwar memberitahu Bloomberg bahawa PR akan memperoleh lebih 40 peratus undi di kubu-kubu kuat BN, Johor dan Pahang, memperoleh balik majoriti di lima negeri yang ia menang pada 2008 selain mencatatkan kedudukan lebih baik di Negeri Sembilan dan Terengganu.

“Trend ke arah kebebasan dan demokrasi tidak boleh dielak. Kita sepatutnya boleh melakukan lebih baik (kali ini),” kata Anwar yang juga Ketua Umum PR.

Bloomberg membangkitkan bahawa tiada sebarang peristiwa yang pemimpin Asia Tenggara digulingkan daripada kuasa sedangkan gerakan sivil semakin kuat di rantau ini.

Anwar menjawab: “Ketika negara-negara Timur Tengah berhadapan dengan Kebangkitan Arab, negara jiran Singapura menyaksikan rekod peralihan undi kepada pembangkang pada Mei (lalu), dan Myanmar membebaskan beberapa pesaing politik dari penjara bulan lalu.”

“Bila akan ada Kebangkitan Malaysia? (Ketika) pilihan raya umum akan datang,” kata Anwar.

“Harap-harap, kami akan melakukan (giliran) kami menerusi proses demoktratik yang aman,” katanya lagi.

Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno pada 1998 dan kemudian menghadapi tuduhan liwat dan salah guna kuasa.

Beliau dibebaskan pada September 2004 dan mengetuai kerjasama PR pada pilihan raya umum Mac 2008 dan memperoleh balik kerusi Parlimen Permatang Pauh menerusi pilihan raya kecil pada tahun yang sama.

komen :- " manusia hanya merancang ,tapi Allah yang tentukan .."


Photobucket

Khir Toyo Pun Ke Makkah.

on



Najib dan Rosmah ke Arab Saudi, lebih tepat lagi Makkah dan Madinah untuk melakukan ibadah ziarah. Ramai juga para pengampu dan pembodek yang turut sama ke Makkah untuk 'sama-sama' mengerjakan ibadah ziarah dengan Perdana Menteri dan isteri kesayangannya. Selain beribadah, kesempatan duniawi juga tidak dilepaskan, meskipun yang berperangai begitu, sebenarnya tidaklah ramai tetapi golongan ini sangat menonjol dan sentiasa tertonjol, lebih-lebih lagi bab pijak kepala orang lain yang dilihat lemah, lalai dan mudah dipergunakan!

Tak kisahlah, walau apa pun niat mereka, semoga Allah Taala membalas setimpal dengan amal dan niat mereka. Bab tu, bukan bab manusia untuk membuat kesimpulan. Kita hanya boleh melihat berdasarkan kecenderungan dan kerap kali kesimpulan yang dilakukan hanyalah berdasarkan kecenderungan.

Tengah hari tadi, bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo dan isterinya turut sama ke Makkah tanpa banyak bercakap atau publisiti. Walaupun mungkin musuh-musuh dan mereka yang tidak menyenangi Khir Toyo akan beranggapan, Khir Toyo ke Makkah untuk melarikan persepsi, namun kesimpulan berdasarkan kecenderungan ialah, LEBIH BAIK KHIR TOYO KE MAKKAH BERBANDING LONDON DAN AMERIKA DALAM TEMPOH INI.

Yang sangat pasti, Khir Toyo ke Makkah untuk mengadu dengan TUAN BESARnya. Mengadu tentang masalah yang ditanggung. Mengadu dengan harapan segala amalnya boleh dijadikan tawassul untuk segala masalah dan maslahatnya. Biarpun TUAN BESAR boleh menerima aduan hamba-hamba-Nya di mana-mana, namun ada keistimewaan yang diberikan kepada mereka yang menjadi TETAMU-Nya di tempat yang DIA telah tetapkan dan rukunkan unutk menjadi sebahagian daripada tanda hamba kepada KHALIQ.

Dan bayangkanlah penggantungan yang dibuat oleh seorang yang maksum, bijaksana, idealis, hebat, berpandangan jauh dan segala-gala yang penuh fantasi dan fantamorgana... pergantungannya kepada TUAN BESAR di Eropah dan Amerika Syarikat menjadi sangat ketara. Pada ketika orang lain semua sibuk untuk menziarahi makam KEKASIH TUAN SEBENAR, dia pula sibuk menyembah TUAN BESARnya di Eropah untuk mengadukan hal dan meminta dana serta kepakaran bagi PRU13.

Nampak bezanya?



Photobucket

BILA SAYANGNYA PADA RAMBUT MELEBIHI SAYANGNYA KEPADA KERJAYA SUAMI!!!

on



Kalau hendak diikut-ikutkan, TFK bukanlah orang yang paling layak bercakap tentang rambut 'Wanita Pertama' ini. Tugas memberitahu dan memperingatkan, telah dibuat dan tanggungjawab tersebut telah pun selesai. Bahagian yang seterusnya adalah bahagian suaminya. Dan sekiranya suaminya yang juga Perdana Menteri Malaysia telah memberikan nasihat dan teguran agar rambut kembangnya itu tidak perlu dipertontonkan kepada bukan mahram dan suami juga telah dibuat, maka bahagian seterusnya adalah dirinya sendiri.

Setiap orang menanggung dosanya sendiri, bukan mewarisi dosa orang lain. Setiap lelaki dan perempuan akan dipersoaljawabkan tentang amal dan perbuatan masing-masing, bukan kerana memikul amal dan perbuatan orang lain. Kenyataan ini terkandung jelas dalam ayat 164 Surah Al-An'am dan Surah Al-Fathir ayat 18. Bahkan kenyataan ini juga terkandung di dalam ayat 38 Surah An-Najm, Az-Zumar ayat 7 dan Al-Isra' ayat 15.

Yang diperintahkan kepada kita ialah memberikan peringatan dan nasihat. Maka setelah dilakukan, maka berlepaslah diri kita daripada tanggungjawab tersebut.

TFK melihat sekeping gambar 'Wanita Pertama Malaysia' yang kelihatan bersahaja dengan selendangnya. Dan yang paling menariknya apabila dikhabarkan bahawa gambar tersebut sebahagian daripada perjalanan ke Makkah.

Sememangnya Makkah sudah menjadi tempat membuang dosa dan tempat untuk bertransformasi. Makkah tidak boleh dimomok-momokkan sebagai tempat yang menakutkan untuk orang yang berdosa. Sebaliknya orang yang paling banyak melakukan dosalah yang 'terlebih afdal' ke sana memandangkan terdapat beberapa tempat mustajab doa di Makkah dan Madinah. Manalah tahu, berkat rahmat Allah Taala, maka doa permohonan agar dihapuskan segala dosa, maka, terhapuslah segala keburukan dan kejijikan amal kita.

Bercakap tentang RAMBUT KEMBANG si Wanita Pertama Malaysia itu, sememangnya tidak akan habis-habis. Daripada nasihat boleh bertukar menjadi kecaman. Daripada kecaman boleh bertukar menjadi fitnah. Daripada hal peribadi boleh bertukar menjadi hal kelayakan memilih pemimpin.

Rosmah di Makkah, sudah dua kali diuar-uarkan. Puak-puak Pakatan tidak terfana dengan 'perubahan' Rosmah dan Rosmah sendiri pun tidak pernah berpura-pura dengan dirinya dengan terus menampilkan RAMBUT KEMBANGnya walaupun gambar-gambar dia dan suaminya di Makkah begitu popular di dada-dada media, baik media cetak apatah lagi elektronik.

Sesuatu yang perlu disedari, jangan hanya kerana SAYANGKAN RAMBUT KEMBANG itu dan kedegilan serta keegoan tentang KUBUR KITA ASING-ASING, maka kerjaya suami selaku Perdana Menteri bertukar menjadi Ketua Pembangkang.

Ini zaman, zaman orang semua pakat celik maklumat sama ada maklumat itu datang menyerong atau pun maklumat yang pepat di luar rencong di dalam. Zaman wanita lebih sayangkan RAMBUT KEMBANG berbanding persepsi orang ramai, terutama sekali di kalangan wanita yang berkait dengan dunia politik, sudah lama berlalu. Kalau tidak, takkanlah ada wanita yang bertudung litup tetapi ditangkap basah dengan hanya tudung di kepala tetapi kemaluan dan dadanya tidak ditutup seurat benang pun.

Jangan fikir, disebabkan kurangnya teguran daripada kelompok yang dilihat banyak menyokong sebelum ini, maka ia akan berterusan sampai bila-bila. Ada masanya, letih juga dengan kerenah bodoh sebegini. Jangan fikir, 'ahhhh... takkan rambut pula yang jadi isu,' maka ianya boleh disenyapkan.

Kejatuhan dan pembunuhan Ghaddaffi dimulakan oleh sekelompok mikrob boneka Amerika Syarikat dan kakitangan Zionis berwajah Arab dengan isu yang dianggap remeh dan fitnah. Begitu juga dengan Hosni Mubarak dan beberapa pemimpin Arab yang lain. Semuanya kerana isu kecil, remeh dan dilihat tidak membahayakan.

Perlu diingat, yang dikatakan ASSOBIYYAH itu ialah saling tolong-menolong kelompok sendiri melakukan kezaliman dan maksiat, bukannya seperti yang dikupaskan oleh Nik Abdul Aziz iaitu menyayangi bangsa dan BERSIFAT KEBANGSAAN...

Kecualilah kalau Rosmah Mansor sudah tidak mahu lagi bergelar Wanita Pertama Malaysia dan mahu kerjaya suaminya bertukar menjadi Ketua Pembangkang atau Bekas Ahli Parlimen Pekan!!!!

KALAUPUN SAYANGNYA KEPADA RAMBUT KEMBANG ITU, berpada-padalah... BUKANNYA LAWA SANGAT PUN!!!!


sumber
Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List