BILA SAYANGNYA PADA RAMBUT MELEBIHI SAYANGNYA KEPADA KERJAYA SUAMI!!!

on Nov 3, 2011



Kalau hendak diikut-ikutkan, TFK bukanlah orang yang paling layak bercakap tentang rambut 'Wanita Pertama' ini. Tugas memberitahu dan memperingatkan, telah dibuat dan tanggungjawab tersebut telah pun selesai. Bahagian yang seterusnya adalah bahagian suaminya. Dan sekiranya suaminya yang juga Perdana Menteri Malaysia telah memberikan nasihat dan teguran agar rambut kembangnya itu tidak perlu dipertontonkan kepada bukan mahram dan suami juga telah dibuat, maka bahagian seterusnya adalah dirinya sendiri.

Setiap orang menanggung dosanya sendiri, bukan mewarisi dosa orang lain. Setiap lelaki dan perempuan akan dipersoaljawabkan tentang amal dan perbuatan masing-masing, bukan kerana memikul amal dan perbuatan orang lain. Kenyataan ini terkandung jelas dalam ayat 164 Surah Al-An'am dan Surah Al-Fathir ayat 18. Bahkan kenyataan ini juga terkandung di dalam ayat 38 Surah An-Najm, Az-Zumar ayat 7 dan Al-Isra' ayat 15.

Yang diperintahkan kepada kita ialah memberikan peringatan dan nasihat. Maka setelah dilakukan, maka berlepaslah diri kita daripada tanggungjawab tersebut.

TFK melihat sekeping gambar 'Wanita Pertama Malaysia' yang kelihatan bersahaja dengan selendangnya. Dan yang paling menariknya apabila dikhabarkan bahawa gambar tersebut sebahagian daripada perjalanan ke Makkah.

Sememangnya Makkah sudah menjadi tempat membuang dosa dan tempat untuk bertransformasi. Makkah tidak boleh dimomok-momokkan sebagai tempat yang menakutkan untuk orang yang berdosa. Sebaliknya orang yang paling banyak melakukan dosalah yang 'terlebih afdal' ke sana memandangkan terdapat beberapa tempat mustajab doa di Makkah dan Madinah. Manalah tahu, berkat rahmat Allah Taala, maka doa permohonan agar dihapuskan segala dosa, maka, terhapuslah segala keburukan dan kejijikan amal kita.

Bercakap tentang RAMBUT KEMBANG si Wanita Pertama Malaysia itu, sememangnya tidak akan habis-habis. Daripada nasihat boleh bertukar menjadi kecaman. Daripada kecaman boleh bertukar menjadi fitnah. Daripada hal peribadi boleh bertukar menjadi hal kelayakan memilih pemimpin.

Rosmah di Makkah, sudah dua kali diuar-uarkan. Puak-puak Pakatan tidak terfana dengan 'perubahan' Rosmah dan Rosmah sendiri pun tidak pernah berpura-pura dengan dirinya dengan terus menampilkan RAMBUT KEMBANGnya walaupun gambar-gambar dia dan suaminya di Makkah begitu popular di dada-dada media, baik media cetak apatah lagi elektronik.

Sesuatu yang perlu disedari, jangan hanya kerana SAYANGKAN RAMBUT KEMBANG itu dan kedegilan serta keegoan tentang KUBUR KITA ASING-ASING, maka kerjaya suami selaku Perdana Menteri bertukar menjadi Ketua Pembangkang.

Ini zaman, zaman orang semua pakat celik maklumat sama ada maklumat itu datang menyerong atau pun maklumat yang pepat di luar rencong di dalam. Zaman wanita lebih sayangkan RAMBUT KEMBANG berbanding persepsi orang ramai, terutama sekali di kalangan wanita yang berkait dengan dunia politik, sudah lama berlalu. Kalau tidak, takkanlah ada wanita yang bertudung litup tetapi ditangkap basah dengan hanya tudung di kepala tetapi kemaluan dan dadanya tidak ditutup seurat benang pun.

Jangan fikir, disebabkan kurangnya teguran daripada kelompok yang dilihat banyak menyokong sebelum ini, maka ia akan berterusan sampai bila-bila. Ada masanya, letih juga dengan kerenah bodoh sebegini. Jangan fikir, 'ahhhh... takkan rambut pula yang jadi isu,' maka ianya boleh disenyapkan.

Kejatuhan dan pembunuhan Ghaddaffi dimulakan oleh sekelompok mikrob boneka Amerika Syarikat dan kakitangan Zionis berwajah Arab dengan isu yang dianggap remeh dan fitnah. Begitu juga dengan Hosni Mubarak dan beberapa pemimpin Arab yang lain. Semuanya kerana isu kecil, remeh dan dilihat tidak membahayakan.

Perlu diingat, yang dikatakan ASSOBIYYAH itu ialah saling tolong-menolong kelompok sendiri melakukan kezaliman dan maksiat, bukannya seperti yang dikupaskan oleh Nik Abdul Aziz iaitu menyayangi bangsa dan BERSIFAT KEBANGSAAN...

Kecualilah kalau Rosmah Mansor sudah tidak mahu lagi bergelar Wanita Pertama Malaysia dan mahu kerjaya suaminya bertukar menjadi Ketua Pembangkang atau Bekas Ahli Parlimen Pekan!!!!

KALAUPUN SAYANGNYA KEPADA RAMBUT KEMBANG ITU, berpada-padalah... BUKANNYA LAWA SANGAT PUN!!!!


sumber
Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List