Anwar Kantoi...?

on Nov 3, 2011




1. Artikel MiM sebelum ini menimbulkan persoalan 'kehadiran' Anwar Ibrahim di Mekah berdasarkan kepada entri di dalam blog beliau bertarikh 14 November 2007.

2. Ironinya, Jika kita teliti turutan entri-entri di dalam blog Anwar Ibrahim daripada tarikh 14 November 2007 hingga 16 November 2007, terdapat beberapa entri Anw
ar Ibrahim yang menafikan sendiri beliau menunaikan Haji ketika itu. 

3. Anwar
 Ibrahim tidak jadi ke Mekah dalam entri beliau bertarikh 14 November 2007 kerana 'terpaksa' memberi ucapan di sesi pertama pada keesokan harinya. 

4. Entri blog Anwar Ibrahim seterusnya bertarikh 16 November 2007 menunjukkan teks ucapan dan foto Anwar Ibrahim berada di Jakarta, Indonesia kerana menghadiri UN Forum "Towards Trasnparent And Accountabale Governance"!
 

5. Dan beliau berucap pada 15 November 2007 iaitu sehari selepas entri beliau yang di dakwa telah menunaikan haji oleh Anwar sendiri dan media a
lternatif pro-pembangkang!


6. Persoalan besarnya sekarang ialah jika Anwar Ibrahim berucap di persidangan antarabangsa di Arab Saudi seperti dinyatakan di dalam blog 
beliau,

a. Jika persidangan di Jakarta disertakan dengan foto dan teks ucapan, kenapakah foto dan ucapan 'persidangan antarabangsa' yang didakwa di Arab Saudi, tidak disertakan juga? Why ?

b. Bagaimanakah Anwar Ibrahim boleh berada di Jakarta di dalam kesingkatan masa?

7. Ok, Tentu ada pembaca atau pun pengkritik tetap blog ini berhujah tentang diskrepensi time zone di antara Arab Saudi dan Jakarta yang berbeza 4 jam.


8. Tetapi kita perlu ingat bahawa jarak di antara Arab Saudi dan Jakarta adalah lebih kurang 7,300 kilometer!


9. Dan tempoh penerbangannya mengambil masa hampir 9 jam !
10. So, diskrepensi waktu itu menimbulkan tandatanya tentang kesahihan cerita Anwar Ibrahim itu.

11. MiM juga persoalkan ialah bagaimanakah Anwar Ibrahim boleh mengaku telah menunaikan fardhu Haji sedangkan bukti di atas menunjukkan beliau tidak mengikuti segala hukumnya?

12. Dan seperti yang kita tahu, dari sudut hukum, Haji mempunyai wukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan Mina dan Melontar Jamrah. Apakah Anwar Ibrahim sudah nyanyok tidak dapat membezakan di antara Haji dengan umrah?

13. Yang memalukan ialah Anwar Ibrahim menulis 'seluruh tumpuan kini hanya untuk menyempurnakan umrah' tetapi beliau sendiri tidak menumpukan jiwa dan raga beliau untuk menunaikan umrah!

14. Alasan pertama ialah beliau 'terpaksa' menghadiri persidangan di Arab Saudi dan tahu-tahu sahaja sudah di Jakarta, Indonesia pula pada 15hb November 2007!

15. Maka, di manakah validity dakwaan bahawa Anwar Ibrahim pernah menunaikan haji?

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List