Malaysia Akan Miskin...?

on Nov 10, 2011


Malaysia tidak akan mampu berbelanja besar seperti 2009 lalu ketika ia kini berhadapan kemeseletan yang berpunca dari krisis ekonomi negara-negara Barat.

Malah, akhbar Business Times Singapura (BT) mengingatkan agar Malaysia tidak terjerumus ke dalam keresahan sosial dan kemarahan rakyat seperti yang telah dihadapi negara-negara Eropah ketika cuba menangani krisis hutangnya kini.

Peringatan itu disampaikan oleh akhbar tersebut ketika negara semakin menghadapi bahang apabila Bank Negara menyatakan hutang Malaysia pada 30 Jun lalu meningkat kepada RM437 bilion.

Menurut laporan Ketua Audit Negara pula, hutang negara meningkat 12.3 peratus kepada RM407 bilion tahun lalu, mengekalkan hutang awam 50 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tempoh dua tahun berturut-turut.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata kerajaan berhutang 53.1 peratus daripada KDNK, berbanding 53.7 peratus tahun sebelumnya.

Berdasarkan Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983, jumlah terkumpul hutang kerajaan tidak boleh melebihi 55 peratus dari KDNK bagi tujuan pembangunan.

BT mengaitkan hutang tersebut dengan perbelanjaan besar yang dibuat oleh kerajaan bagi menyerap kesan krisis kewangan global pada 2009 lalu.

Apa yang membimbangkan, hutang negara tidak akan berkurangan malah semakin bertambah, kata akhbar itu.

Tahun depan, akhbar itu meramalkan hutang Malaysia akan mencecah RM455 bilion, hampir 54 peratus dari KDNK, kurang satu peratus dari had yang ditetapkan undang-undang.

Meskipun begitu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah mendakwa Malaysia mempunyai dana yang mencukupi untuk melindungi dirinya dari krisis hutang dan kemelesetan.

Dakwaan itu bertentangan dengan kebimbangan pakar-pakar ekonomi. Antara lain, pengarah penyelidikan global Bank of America, Chua Hak Bin menyifatkan hutang negara ini berada pada tahap membimbangkan dan keadaan akan semakin buruk.

Lebih ironi lagi, dakwaan Husni itu bertentangan sama sekali dengan ingatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala yang menyatakan Malaysia masih berhadapan kemungkinan akan bankrap.

"Jika ekonomi kita mengalami pertumbuhan kurang empat peratus dan jika kita tidak memotong perbelanjaan operasi kita, jika kita pinjam pada kadar 12.5 peratus, jika hutang tahunan kita meningkat 12.5 peratus dan pulangan kita pula tidak berkembang, maka ia akan berlaku," katanya.

Setakat ini, tidak ada mana-mana pemimpin kerajaan mengeluarkan kenyataan menafikan apa yang dinyatakan oleh Idris itu.

Adalah dipercayai, Idris pasti dipaksa menarik balik kenyataannya itu.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berkata, "...kita (Malaysia) akan jadi miskin" (lihat posting "Undilah pecacai Yahudi Zionis untuk memiskinkan Malaysia").

Bagaimanapun, pemerhati politik percaya Datin Seri Rosmah Mansor akan bertambah kaya. Rosmah ialah isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

(Gambar di atas diambil dari artikel FMT bertajuk "A wretched lot in Najib’s Pekan")


Photobucket

Pembubaran Parlimen 11.11.11...?

on

NONE


Spekulasi bahawa Dewan Rakyat akan dibubarkan esok, semakin kuat apabila sebuah akhbar harian berbahasa Cina melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan berjumpa dengan semua bekas ahli parlimen BN yang telah bersara hari ini.

Menurut Kwong Wah Yit Poh, yang tidak memetik mana-mana sumber, berkata Najib telah memanggil semua ahli parlimen BN yang telah bersara untuk mesyuarat hari ini berkaitan dengan pilihan raya umum ke-13.

"Adalah difahamkan bahawa BN telah menyediakan poster dan risalah kempennya. Kebanyakan bahan-bahan kempen yang dicetak di China dan dihantar ke Malaysia di dalam kontena," kata laporan itu.
Untuk meningkatkan sokongan untuk BN, kata laporan itu, Najib tidak lama lagi akan membuat pengumuman, termasuk pengiktirafan kelayakan akademik dari Taiwan, yang merupakan satu tuntutan sudah lama masyarakat Cina kerana banyak graduan sekolah menengah Cina melanjutkan pengajian mereka ke sana.

Menurut jadual rasminya, Najib, yang pulang dari Makkah semalam selepas mengerja ibadat haji, akan menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur petang ini untuk dikemaskinikan mengenai kemajuan projek Program Transformasi Ekonomi.

Dengan pentadbiran kerajaan semasa memasuki tahun keempat dan kelembapan ekonomi global yang diselubungi risiko, maka spekulasi yang Najib akan memanggil pilihan raya mengejut bagi mendapatkan mandat baru, bertiup kencang sejak awal tahun ini.

Beberapa laporan media telah membuat spekulasi bahawa Parlimen akan dibubarkan esok, dengan angka "11" disebut-sebut sebagai "nombor bertuah" pilihan Najib, dan 10 Disember mungkin menjadi hari pengundian.


Photobucket

SIAPA PUNYA KONDO MEWAH NI...?

on



Percayakah anda jika diberitahu bahawa sebuah keluarga di Malaysia, yang menggembala Lembu mampu hidup dan memiliki sebuah kondominium mewah yang nilainya RM9,758,140.00?


Percayakah anda jika diberitahu jumlah RM9,758,140.00 itu diselesaikan dengan empat kali bayaran bukannya dalam masa satu tahun tetapi empat kali bayaran dalam masa satu hari!!

Itulah yang dilakukan oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil yang menguasai National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC)..

Pada 2 Disember 2009, NFC telah membuat 4 pindahan wang dari akaun semasanya di Bank CIMB cawangan Taman Tun Dr Ismail kepada Bandar Raya Developments Berhad sebagai bayaran penuh pembelian sebuah kondominium mewah di One Menerung, Bangsar.


******************

Laporan SPRM Berhubung Penyelewengan RM9.8 Juta Wang Rakyat Untuk Membeli Kondominium Mewah ‘One Menerung’
Selepas beberapa pendedahan mengenai penyelewengan dana rakyat yang berlaku di National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil, KEADILAN pada hari ini tampil dengan bukti kukuh satu lagi penyelewengan.

Pada 2 Disember 2009, NFC telah membuat 4 pindahan wang dari akaun semasanya di Bank CIMB cawangan Taman Tun Dr Ismail kepada Bandar Raya Developments Berhad sebagai bayaran penuh pembelian sebuah kondominium mewah di One Menerung, Bangsar.

Butiran 4 pindahan wang tersebut adalah seperti berikut:

TARIKH dan JUMLAH (RM)


2 Disember 2009 jumlah RM699,870.00
2 Disember 2009 jumlah RM694,150.00
2 Disember 2009 jumlah RM4,199,220.00
2 Disember 2009 jumlah RM4,164,900.00
Jumlah RM9,758,140.00
Harga-harga kondominium One Menerung di Bangsar bermula pada RM3 juta dan boleh mencecah RM10.3 juta, bergantung kepada saiz unit yang dibeli.

Bayaran untuk pembelian kondominium sebanyak RM9.8 juta ini direkodkan sebagai “hutang” National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) kepada NFC. Jumlah ini adalah sebahagian daripada RM83 juta yang dihutangi oleh NMLC kepada NFC pada 31 Disember 2009.

Bayaran untuk membeli sebuah kondominium mewah bagi pihak sebuah syarikat lain yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil adalah satu bentuk penyelewengan wang rakyat yang diberikan sebagai pinjaman kepada NFC. Ia adalah perlakuan pecah amanah yang jelas dan bertentangan dengan tujuan pinjaman RM250 juta diberikan kepada NFC.

Malah, ia juga membuktikan kenyataan-kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Ketua Pemuda Umno bahawa wang yang disalurkan oleh kerajaan kepada NFC diletakkan di dalam sebuah akaun amanah khas adalah tidak benar. Jumlah RM9.8 juta yang diselewengkan untuk membeli kondominium mewah itu dipindahkan dari akaun semasa NFC di Bank CIMB cawangan Taman Tun Dr Ismail, bukannya sebuah akaun amanah khas.

Oleh itu, dakwaan menteri dan Ketua Pemuda Umno bahawa setiap transaksi memerlukan kelulusan kerajaan dan dipantau ketat juga tidak benar. Kalau betul pantauan ketat ini berjalan, sudah tentu wang sejumlah RM9.8 juta tidak boleh dipindahkan begitu sahaja untuk membeli kondominium mewah yang tidak ada kena mengena dengan industri penternakan dan penyembelihan lembu.

KEADILAN percaya maklumat-maklumat ini adalah bukti nyata bahawa satu perlakuan pecah amanah telah berlaku. Oleh itu, satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibuat dengan diketuai oleh Saudara Fariz Musa, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN di ibu pejabat SPRM Selangor, Shah Alam pada jam 1130 pagi ini.

Laporan ini wajar disiasat secepat mungkin memandangkan ia membabitkan integriti keseluruhan kerajaan Malaysia dengan mengheret pimpinan-pimpinan utama ke dalam skandal ini, iaitu:

~Perdana Menteri (yang berbohong kepada Dewan Rakyat);

~Timbalan Perdana Menteri (bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang meluluskan projek dan pinjaman RM250 juta);

~Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (yang berbohong dan memberi kenyataan salah di Dewan Rakyat);

~Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (yang mendapat keuntungan dari penglibatan keluarga beliau yang mendapat projek dan bantuan kewangan dari kerajaan); dan

~Ketua Pemuda Umno/YB Rembau (yang cuba memutar belitkan fakta demi melindungi perbuatan pecah amanah)

KEADILAN juga menyeru agar Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bersidang segera untuk menyiasat perkara ini.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGONG KEADILAN
AHLI PARLIMEN MACHANG

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN


Photobucket

5 Ahli Parlimen Umno Bakal Lompat Parti....???

on


Penguasaan Datin Seri "Hajjah" Rosmah Mansor terhadap kerajaan pada hari ini bukan lagi satu perkara rahsia.

Kegilaan isteri Najib terhadap kekuasaan, kemewahan dan publisiti menyebabkan kebenciaan orang ramai bertambah.

Bukan sahaja rakyat biasa membenci Rosmah, akan tetapi ahli-ahli UMNO juga.

Blog Selamatkan UMNO baru saja menerima maklumat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai tentang kemungkinan 5 orang ahli parlimen UMNO akan meninggalkan parti Melayu terbesar ini dalam jangkamasa terdekat.


5 orang ahli parlimen ini dikatakan akan meninggalkan UMNO dan menyertai parti pembangkang. Sebab utama tindakan ini bakal dilakukan berkait rapat dengan kebencian mereka terhadap penguasaan Rosmah dalam kerajaan Najib sehinggakan Malaysia kini seperti milik Najib dan keluarganya.

Jika benar maklumat yang kami terima ini, ahli-ahli UMNO sudah tidak lagi boleh berdiam diri. Sesuatu perlu dilakukan untuk menyelamatkan parti UMNO daripada dimusnahkan untuk selama-lamanya.


sumber
Photobucket

KENAPA SHAHRIZAT DISERANG...?

on


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata isu berkaitan syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dikaitkan dengan anggota keluarganya merupakan satu agenda politik oleh pihak pembangkang.

Shahrizat berkata dakwaan pembangkang bahawa kerajaan telah berbohong mengenai jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada projek NFC melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani adalah tidak benar.

"Serangan ini merupa percubaan dari pihak pembangkang untuk melemahkan semangat saya. Saya rasa isu NFC ini telahpun dijawab dengan panjang lebar oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar," katanya.

Pembangkang bukan berminat terhadap isu NFC tetapi menggunakan isu NFC untuk menyerang dirinya selaku Ketua Wanita Umno dan Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN), katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Raja'ah:Seni, Idea dan Kreativiti Sulaiman Esa Dari 1950an-2011 di Balai Seni Visual Negara.

"Perkara pokoknya ialah Noh Omar dah jawab mengenai isu berkenaan dan saya rasa gembira kerana pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memantau kejayaaan projek itu," katanya.

"Dan daripada apa yang saya dimaklumkan, jawapan daripada beliau itu sangat jelas dan nyata," katanya.

Shahrizat berkata beliau juga gembira kerana kementerian akan pantau kejayaan projek itu.

"Mereka (pembangkang) bukan minat sangat dengan NFC. Itu memang diarahkan kepada saya, selaku ketua Wanita Umno, dan juga pengerusi Wanita BN," katanya lagi.-AGENDADAILY (9/11/2011)

(Renungan :-  Apakah motif pembangkang menyerang DS Shahrizat? Adakah Ketua Wanita UMNO itu begitu kukuh dan perlu digoyangkan? Adakah pemimpin wanita itu yang gigih bekerja untuk membantu DS Najib Tun Razak, perlu dimalukan demi untuk melemahkan Wanita BN khas Wanita UMNO? Jawapan ini perlu dicari kerana secara tiba-tiba Ketua Wanita itu diserang dan isu yang dimainkan ialah NFC yang ada kaitan dengan keluarganya. Adakah maklumat mengenai isu ini disebarkan oleh orang dalam...???)


Photobucket

PBS Bakal Sertai Pakatan Rakyat...?

on



Selama beberapa tahun, presiden Parti Bersatu Sabah Joseph Pairin Kitingan telah membuat permintaan yang sama tanpa mendapat sebarang retorik politik. Beliau sentiasa mengadakan Perhimpunan Tahunan PBS pada hujung tahun bagi membuat permintaan yang sama. Tidak terkecuali tahun ini juga sama tetapi terdapat unsur gesaan dalam permintaannya.Dan apa yang Pairin mahu? Beliau inginkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (SSD) ditubuhkan sebelum tahun 2012 bagi menyiasat Jabatan Pendaftaran Negara kerana mengeluarkan MyKad kepada warga asing di Sabah tanpa melalui proses kewarganegaraan dan tanpa izin kerajaan negeri.
Beliau berkata pencabutan hak memilih dan peminggiran rakyat Sabah yang berterusan mesti berakhir kerana ia memberi kesan kepada masa depan anak-anak dan cucu-cicit mereka. Dan tiada salah di dalam kenyataannya.

Pairin (gambar) berpendapat bahawa bukti yang mencukupi telah dikumpulkan untuk memerangi JPN oleh pelbagai pihak dan diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan. Syak wasangka diletakkan pada unit rahsia di dalam Ibu Pejabat JPN di Putrajaya dan bukannya di Sabah. Unit rahsia ini mempunyai kaitan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis.

Akibat daripada Projek M

Pairin bukanlah pemimpin yang boleh dipandang rendah. Beliau merupakan Huguansiou (ketua utama ) Dusun dan juga Kadazan (iaitu Dusun bandar) - dan juga Murut. Beliau juga Timbalan Ketua Menteri, telah menjadi bekas Ketua Menteri (1985 hingga 1994) dan pengaruh besar dalam masyarakat Kristian di Malaysia.

Adiknya, Jeffrey Kitingan, bercita-cita untuk memimpin kuasa ke-3 dalam Parlimen Malaysia. Yang sedihnya, Jeffrey tidak mempunyai kredibiliti dan dikenali sebagai ”RajaKatak” dan bukannya dikenali kerana idea-idea atau reformasi yang bermakna. Malah, beberapa penduduk Sabah akan memaafkannya untuk berhenti dari PBS pada kemuncak kemelut Projek M yang digunakan oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad untuk merampas kuasa Sabah dari Pairin, yang kemudian ditarik keluar dari BN. Projek M adalah tempat kelahiran penipuan semasa untuk mengeluarkan MyKad kepada warga asing sebagai pertukaran untuk mengundi BN.

JPN dan KDN setakat ini telah keras menafikan tentang mengeluarkan MyKad kepada warga asing tanpa melalui prosedur yang betul. Walau bagaimanapun, JPN belum lagi meyakinkan rakyat bahawa tiada sebarang tipu muslihat dalam pengeluaran MyKad. Jelas sekali, penduduk tempatan tahu dengan lebih baik siapa orang tempatan dan siapa bukan.

Jika disemak walaupun senarai yang mudah, orang asing yang memegang MyKad di Sabah akan didapati mempunyai jumlah tertinggi. Jika mereka kelahiran tempatan, seperti yang dituntut dalam Akuan Berkanun dan sijil kelahiran pendaftaran lewat, lebih banyak lagi soalan akan timbul. Selalunya, mereka tidak boleh mengemukakan sebarang dokumen sekolah atau bukti mereka memiliki tanah asli nenek moyang atau datang dari kampung tradisional.

Untuk mengeruhkan lagi keadaan, warga asing berdaftar sebagai pengundi dan memainkan peranan penting dalam menentukan nasib parti-parti politik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.

Pesalah – JPN di Putrajaya, SPR dan KDN

Kebanyakan rakyat Sabah menyalahkan Mahathir sebagai penjahat dalam perkara ini melalui pengkhianatan serta hasutan, penganugerahan status asli serta-merta melalui pintu belakang dan mengeluarkan MyKad kepada beribu-ribu warga asing di Sabah. Selain dari warga Filipina dan Indonesia, India, Pakistan dan Bangladesh juga mencapai nombor yang tinggi. Kebanyakannya tidak percaya nasib mereka diterima sebagai Bumiputera di negara yang jauh.

Rakyat Sabah kecewa dengan huru-hara sosial yang berpanjangan yang diakibatkan oleh Projek M. Ramai ’benefisiari’ projek tersebut berani memandang rendah terhadap rakyat tempatan Sabah. Mereka mencari pasal setiap hari dengan terus menunjukkan dua jari kepada rakyat tempatan, manakala ‘bermaharajalela’ atau bersantai di Sabah. Jika bukti yang diperlukan oleh rakyat Semenanjung Malaysia dan Sarawak, seseorang itu hanya perlu terbang ke Kota Kinabalu dan melihat untuk dirinya sendiri.

Kerajaan Persekutuan - JPN di Putrajaya khususnya dan KDN - mesti beroperasi atas dasar bahawa rakyat Sabah adalah orang paling kurang bijak dan /atau jika mereka tidak, apa yang mereka boleh lakukan adalah amat sedikit .

Orang Islam tempatan, yang telah lama mengalihkan mata daripada warga asing yang mendapat MyKad, kini berada di barisan hadapan dalam mengambil tindakan. Mereka lambat sedar bahawa mereka merosakkan peluang rakyat tempatan dan peluang ini direbut oleh warga asing disebabkan oleh kemasukan pendatang haram.

Tidak kisahlah SSD pun?

Jika Kerajaan Persekutuan yang degil enggan untuk menubuhkan SSD, seperti yang dituntut oleh rakyat Sabah sekian lama, bagi menyiasat JPN Putrajaya kerana mengeluarkan MyKad kepada warga asing yang tidak layak, Pairin percaya bahawa beliau boleh melakukan sesuatu mengenainya. Dan dia akan membuatnya, ia bukan persoalan jika tetapi apabila.

Ini adalah maklumat yang dibocori penyokongnya bagi pihaknya dalam usaha untuk sekali lagi menjadikannya seorang ‘hero’. Tetapi ia mungkin terlalu lewat. Masalahnya, tak kisah la? Apa yang baiknya tentang SSD. Jika perlu, kerajaan persekutuan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dijangkakan untuk menampung Mahathir, yang masih memegang kuasa besar dalam Umno.

Contoh yang baik adalah SSD pada kematian Teoh Beng Hock, yang menegaskan ia adalah bunuh diri walaupun bukti yang berlawanan adalah sangat mendalam. Di sini, adalah jelas bahawa Najib cuba untuk menutup bagi pegawai SPRM yang terlibat dalam plot oleh Umno Selangor untuk merampas kuasa kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Tetapi ia tidak berjaya apabila penyiasat SPRM melampaui batas dalam memaksa pengakuan dari Beng Hock.

Petunjuk yang kabur dan ancaman bagi berhenti dari PBS

Pairin telah membayangkan bahawa beliau akan berhenti sebagai Presiden PBS sekiranya SSD tidak menjadi kenyataan. Beliau menganggap bahawa PBS, tanpa beliau menerajuinya, akan kalah dengan mudah bagi parti gabungan pembangkang Pakatan Rakyat. BN, sudah resah oleh Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Maju Sabah (Sapp) dan Gerakan, akan dicampakkan sepenuhnya ke dalam kegawatan.

Sebagai alternatif, PBS mungkin enggan membiarkan Pairin pergi dan sebaliknya memutuskan untuk mengikuti beliau sekali lagi menjadi pembangkang. Parti itu tidak asing kepada politik pembangkang, setelah meninggalkan parti pemerintah pada tahun 1990 pada malam sebelum Pilihan Raya Umum. Ia “Déjà vu” jika pemergian PBS dari BN yang berlaku pada malam sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 kerana SSD.

Ada di peluang tipis SSD akan menjadi kenyataan tahun depan, mungkin berjanji untuk menubuhkannya selepas Pilihanraya Umum, tetapi bukan dengan tujuan yang sama bagi rakyat Sabah. Terma Rujukan bagi SSD, jika ia menjadi kenyataan, mungkin untuk menghadkannya untuk mencadangkan cara-cara bagaimana JPN di Sabah boleh memperbaiki prosedur dan proses.

Penipu dalam kumpulan bukanlah JPN Sabah tetapi di Putrajaya yang telah bekerja lebih masa menyediakan MyKad kepada warga asing di Sabah. Jadi, perihal SSD menyiasat JPN Sabah tidak seharusnya timbul. Ia seperti menyalak pada pokok yang salah.

Jika dan apabila pakatan pembangkang mendapat kuasa, dengan atau tanpa PBS di pihak mereka, orang-orang di unit rahsia di JPN Putrajaya, Mahathir dan Suruhanjaya Pilihan Raya, antara lain, akhirnya akan dihadapkan ke muka keadilan.

Berkurangan dan berjuang bagi kepentingan sendiri?

Persoalannya ialah sejauh mana keikhlasan Pairin. Dan soalan ini tidak merangkumi kemampuan beliau untuk benar-benar langkah kepada Pakatan, tetapi untuk rakyat sendiri.Dengan pilihan raya umum mengejut tidak lama lagi, Pairin sendiri menghadapinya secara berperingkat kerana berdiam diri selama ini.

Adakah perkara terbaru ini satu lagi drama untuk meyakinkan rakyat Sabah bahawa beliau adalah serius dan untuk kesekian kalinya? Jika beliau serius, beliau akan secara terbuka menyertai Pakatan. Tetapi pada masa ini, ia kelihatan seperti beliau menggunakan gabungan yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk meningkatkan kuasa tawar-menawar diri sendiri.

Ini sememangnya satu gambaran yang menyedihkan bagaimana pengaruh Pairin ke atas rakyatnya sendiri telah berkurangan. Beliau mungkin seorang Huguansiou, tetapi ramai rakyat Sabah telah lama berhenti berharap kepada dia dan saudaranya.




Photobucket

Rosmah Mansor No: 2 , Muhyiddin No: 5 atau 6 Dalam UMNO...?

on

Najib Tun Razak menyampaikan ucapan sebaik sahaja tiba bersama Rosmah Mansor serta rombongan daripada mengerjakan ibadat haji di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam. Turut menyambut ketibaan beliau ialah Muhyiddin Yassin dan Noorainee Abdul Rahman. – BERNAMA.
Cuba tengok dalam gambar tu ada ka perubahan pada Rosmah Mansor bila balik dari Mekah?






Kesian Muhyiddin Yaasin yang kata ruang bersuara dalam Umno masih ada selepas Ku Li kata suara beliau dalam Umno dah tak laku.Kini pembantu Ku Li kata Muhyiddin sendiri tak sedar bahawa beliau sendiri kena pinggir dalam Umno hi hi.Najib no 1 Rosmah Mansor bini Najib no 2 ha ha.Inilah lah yang dikatakan kerajaan laki bini dan anak beranak.

Kesiaan memang kesian.Kenapa Muhyiddin Yaasin tak sedar-sedar kata beliau kena main dengan Najib?Najib memang sedar Muhyiddin nak potong lain jadi PM.Muhyiddin sedikit lega bila ada ahli Umno tulis buku suruh Najib berhenti jadi PM untuk selamatkan Umno-BN.

Pembantu Ku Li dakwa Umno juga pinggir Muhyiddin-Harakahdaily
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sedar yang dirinya juga sedang dipinggir Umno, kata Muhd Lukhman Ghani, pegawai khas kepada Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau yang juga AJK Umno Petaling Jaya Utara berkata, status Muhyiddin mungkin berada di tangga ke lima dalam carta 'orang yang diberi prioriti' oleh Umno.

Perkara itu menurutnya boleh dilihat melalui program-program anjuran Umno serta liputan media arus perdana yang pro BN sendiri.

"Muhyiddin pun tak sedar dia dipinggir dalam Umno, mungkin dia duduk di nombor 5 atau 6," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai membidas jawapan Muhyiddin kononya Umno tidak pernah menyekat mana-mana suara ahlinya menyatakan pandangan seperti didakwa Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai 'Ku Li'.

Lukhman yang juga Ahli Majlis Tertinggi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) berkata, orang pertama yang diberi keutamaan oleh Umno adalah Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Kedua pula adalah kepada Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Maznah Rais.

"Tempat ketiga diberikan kepada pengampu-pengampu Najib dan yang 'menyalak' kepada (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) seperti Senator Ezam Mohd
Nor dan Zaid Mat Arip serta ahli parlimen bebas yang mengutuk pembangkang.

"Muhyiddin tak ada dalam ranking empat yang utama, apatah lagi naib-naib presiden Umno.

"(Dalam Umno) Kalau mengampu kerajaan baru dapat ruang," katanya yang menyifatkan hanya 'ruang terpilih' yang ada dalam Umno.

Sambil menyifatkan Muhyidin tidak faham maksud Ku Li, Lukhman berkata ruang itu mula tertutup selepas penubuhan Umno baru, semasa era pimpinan bekas presidennya Tun Dr Mahathir Mohamad hinggalah sekarang.

Ku Li semalam mendakwa  beliau terpaksa menubuhkan Amanah kerana tidak lagi mempunyai ruang untuk bersuara dalam Umno.

Ianya termasuk ruang untuk bercakap sewaktu perhimpunan agung Umno diberikan syarat yang ketat termasuk perlu mendapat kelulusan pimpinan parti.

sumber


Photobucket

Leteran Hakim Hisham Kepada UMNO

on

http://criticallegalthinking.com/wp-content/uploads/2011/01/auku_edited.jpg



Keputusan Mahkamah Rayuan, 31 Oktober lalu, melalui Hakim Hishamuddin Yunos dan Linton Albert, bahawa Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bercanggah dengan Perlembagaan dan memihak empat siswazah sains politik UKM, diterima berbelah bahagi pemimpin BN.


Sudah pasti, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah -- yang konsisten berusaha membebaskan dunia kampus daripada kebekuan dan kelesuan -- gembira dengan perkembangan menyegarkan itu. Difahamkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Naib Presiden MCA, Senator Gan Ping Sieu juga menerimanya dengan baik, serta mahu Auku dikaji semula.

Meneliti Utusan Malaysia dan Berita Harian yang dikontrol Umno, jelas akta "ketinggalan zaman dan karut-marut" itu mahu dipertahankan sehinggakan artikel sama oleh seorang pelajar Universiti Malaya, yang memberi justifikasi bebal terhadap Auku, disiarkan kedua-dua akhbar berkenaan, di halaman rencana utama.

Apa pun, ia bukanlah menghairankan, bukankah sejak lama harian Melayu cukup memalukan...

Apa pun, saya percaya jika Perdana Menteri memberi reaksi berbeda, maka segalanya bertukar. Seperti juga apabila Najib Razak mengumumkan inisiatif tranformasi politik dengan memansuhkan ISA, perisytiharan darurat dan pindaan Akta Mesin Cetak, pendirian terhadap akta rimba itu pun berubah. Berebut-rebutlah juak-juak Umno dan tukang kipas media menyokong "langkah pembaharuan" PM itu.

Secara peribadi saya mengharapkan lebih ramai pemimpin kerajaan tampil berani seperti Saifuddin, walaupun terpaksa bertembung menterinya sendiri. Auku yang digubal pada 1971 dan diperketatkan 1975 sudah tidak boleh dipertahankan lagi. Realiti politik tanahair dan gelombang pendemokrasian di seluruh dunia, lambat atau cepat, pasti memberikan pukulan paku terakhir buat keranda akta-akta drakonian seumpama Auku.

Sehari selepas penghakiman bersejarah itu, Menteri Pengajian Tinggi, Khalid Nordin cuba membenarkan hujah larangan pelajar berpolitik, demi memastikan matlamat utama pendidikan untuk membina minda dan keupayaan intelektual pelajar dipenuhi. Pengerusi Biro Pengajian Tinggi Wanita Umno, Senator Norliza Abd Rahim menyokong Seksyen 15, bagi mengekalkan suasana kondusif di kampus sebagai tempat menimba ilmu dan bukan medan politik.

Daleh kolot yang tidak masuk akal ini hanya akan menjadi bahan ketawa. Apatah lagi dengan cuba membayangkan, jika warga kampus dibenarkan berpolitik, maka pensyarah yang berbeda parti dengan pelajarnya mungkin akan membalas dendam dengan menggagalkannya. Waduh, cukup singkat akal pemuja Auku ini, sekali gus satu penghinaan buat tenaga akademik kita.

Sebaliknya dunia mahasiswa yang diserkup Auku mempunyai banyak sisi gelapnya. Saifuddin kerap membangkitkan hal ini: "Kehidupan mahasiswa tidak terhad dalam batasan pagar universiti. Mahasiswa perlu bersama masyarakatnya, mendengar denyut nadi masyarakatnya, menjadi jurubicara masyarakatnya dan menjadi agen perubahan dalam masyarakatnya. Ini termasuk semua perkara, seperti sosial, ekonomi dan politik. Malah mahasiswa sebahagian daripada kehidupan warga dunia."

Aneh sekali Seksyen 15. Mahasiswa mahu diputuskan hubungan dengan dunia sekelilingnya, walhal ramai pelajar terutama peringkat sarjana dan PhD yang bukan saja memegang jawatan dalam parti-parti politik, malah merupakan Adun ataupun Ahli Parlimen. Mereka juga sebenarnya dikurung Auku. Definisi politik juga kerap ditafsirkan secara sempit dengan warna hitam pekat.

Saya melihat Seksyen 15 itu memang jantung kepada Auku namun masalah lebih besar adalah sikap pentadbiran universiti, terutama Urusetia Hal Ehwal Pelajar, yang sentiasa memandang rendah, memperlekeh dan memperbodoh mahasiswa. Segalanya perlu kelulusan HEP, hatta untuk mencetak dan mempamerkan sekeping risalah. Setiap undangan terhadap tokoh luar, terutama pembangkang, pasti disaring halus dan akhirnya ditolak mentah-mentah.

Kalau dahulu Universiti Malaya pernah berbangga dengan Debat Ekonomi yang menampilkan penalis hebat tanahair dan dihadiri ribuan orang luar, kini aktiviti mahasiswa terhad kepada warga kampus dan cukup sukar mendapat kebenaran menjemput pemimpin pembangkang. HEP berhak melarang tanpa perlu memberi alasan. Saya mengimpikan aktivisme pelajar tanpa entiti bernama HEP itu, sepertimana sebelum Auku digubal.

Walaupun dikembalikan Sudut Pidato tetapi dengan kontrol melampau HEP, kampus terus sunyi. Skrip perlu disediakan untuk tapisan HEP. Kakitangan akademik lebih tertekan. Untuk menyuarakan pandangan berkaitan kepentingan umum, berdasarkan kepakaran dalam bidang masing-masing pun terhalang, apatah lagi memberikan respons terhadap isu-isu semasa yang kontroversi. Nah, khazanah ilmu kita terpendam berkarat.


Ada benarnya cadangan felo penyelidik kanan UKM, Denison Jayasooria yang mendapat ilham berdasarkan perarakan peguam-peguam pada 2007 ketika mengulas sekatan terhadap para pensyarah, seperti dihadapi Prof Dr Aziz Bari: "Jika kita boleh mendapatkan 1,000 ahli akademik berarak ke Putrajaya, saya rasa barulah kerajaan akan mendengar suara kita."

Jika kehidupan mahasiswa nampak terkepung dan terkurung, warga akademik lebih "tersiksa". Budaya takut dan sikap tidak peduli semakin serius. Ramai mengambil jalan mudah, dengan turut "mengampu dan mengipas". Justeru, sukar sekali mahasiswa mencari ikon atau pendorong-penggalak di kalangan pensyarah sendiri.


Akhirnya, elok direnung kembali penghakiman Hishamuddin, yang berpendapat seksyen yang "melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara" adalah tidak munasabah. Beliau tidak dapat melihat bagaimana sokongan atau bangkangan pelajar ke atas mana-mana parti politik boleh memudaratkan kepentingan atau moral awam.

"Bukankah parti politik adalah entiti sah dari segi undang-undang yang menjalankan aktiviti politik yang sah. Bukankah pemimpin politik, termasuk menteri dan penggubal undang-undang persekutuan dan negeri juga adalah ahli parti politik. Peruntukan ini tidak rasional," katanya.


Linton pula berkata, seksyen itu tidak masuk akal kerana empat pelajar berkenaan berdepan tindakan tata tertib, termasuk dibuang universiti hanya kerana menghadiri kempen pilihan raya kecil itu.

Hakim sudah menjalankan tugasnya dengan berani. Sesekali seronok juga apabila menteri dan pentadbir universiti dipaksa mendengar leteran hakim seperti pernah dilalui Dr Mahathir Mohamad di zaman Tun Salleh Abas dahulu. Soalnya, apakah kes UKM4 ini mempunyai momentum atau lonjakan untuk membebaskan dunia kampus tempatan, yang penuh kecelaruan, double-standard dan percanggahan ini?

Diharapkan bara api yang mula menyala ini, dimulai dengan isu Dr Aziz Bari, dan kini perisytiharan Seksyen 15 bercanggah Parlimen boleh membawa sinar baru, sekurang-kurangnya membakar jiwa anak muda untuk menjulang kembali idealisme perjuangan mahasiswa.



sumber :- AHMAD LUTFI OTHMAN
Photobucket

Najib Perlu Undur Sebelum PRU Untuk Selamatkan Umno/BN.

on Nov 9, 2011





Sementara Datuk Seri Najib Razak baru sahaja selesai menunaikan haji manakala Umno pula membuat persiapan mengadakan perhimpunan agung 2011 hujung bulan ini, buku terbaru tulisan seorang ahli parti itu, yang menggesa beliau berundur sebagai presiden dan perdana menteri memasuki pasaran.

Tulisan buku (gambar)itu juga mendakwa kepimpinan Najib sudah tidak boleh diyakini dan dipercayai, dan harus berundur untuk menyelamatkan Umno dan masa depan orang Melayu.

Najib juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Buku setebal 267 halaman dengan judul "Kesilapan-kesilapan Najib" membuat rumusan — "Najib wajar berundur sebelum pilihan raya umum ke-13."

Penulisnya Shahbudin Husin berkata, Najib harus sanggup melakukan pengorbanan besar dengan meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum ke-13 dan menyerahkan kepada pemimpin lain mengemudi parti dan kerajaan.

"Ini kerana Najib sudah tida ada harapan lagi untuk memulihkan sokongan rakyat bagi membawa kemenangan kepada Umno dan BN," kata Shahbudin yang pertengahan tahun ini menghasilkan buku pertama mengenai Najib iaitu "Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN The End . . . Najib Perdana Menteri Terakhir . . ."

Shahbudin, ahli Umno bahagian Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhujah bahawa pelbagai percubaan dilakukan oleh Najib seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), memberikan gula-gula dalam Bajet 2012, naik bas, naik basikal dan pelbagai cara lainnya seperti tidak membuahkan hasil.

"Beliau tetap dipertikai dan tidak dipercayai," kata penulis.

Dia menambah, "menang atau mendapat majoriti dua pertiga masih jauh dari lingkungan Najib."

Katanya, pilihan raya umum ke-13 hanya memberi makna kepada Najib jika beliau berjaya melepasi garisan dua pertiga majoriti sokongan di Parlimen, "sesuatu yang sangat-sangat mustahil sebenarnya untuk dicapai."

Dengan menggariskan 19 kesilapan Najib menerusi bukunya, Shahbudin berkata, kegagalan memenangi pilihan raya umum ke-13 sudah tentulah akan menyebabkan Umno dan BN hilang kuasa dan Najib akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya jika gagal.

"Orang-orang Melayu dan ahli Umno tidak akan dapat memaafkan Najib kerana merasakan kekalahan itu adalah berpunca daripada kelemahan dan kegagalannya yang menyebabkan melakukan terlalu banyak kesilapan dan kehilangan sokongan," Shahbudin menulis lagi.

Katanya, jika gagal mendapat majoriti dua pertiga pula, pasti akan timbul suara-suara yang akan memintanya berundur kerana setelah diberi peluang sebagai Perdana Menteri, Najib dilihat gagal melakukan yang terbaik.

"Akan wujud desakan supaya pemimpin lain pula mengambil alih teraju kepimpinan parti dan kerajaan.

"Sehingga ini pun sudah kedengaran suara-suara dalam Umno sendiri yang mahu bertindak mendesak Najib berundur jika beliau gagal membawa BN melepasi garisan dua pertiga itu nanti," katanya lagi sambil berkata pandangan itu dikumpulkan menerusi pengamatan dan perbincangan dengan ahli-ahli akar umbi Umno dan BN.

Senarai kesilapan itu disenaraikan di bawah tajuk "1Malaysia Silap Pertama Di Hari Pertama Sebagai PM", "Menghapuskan Kementerian Pembangunan Usahawan", "Mewujudkan Kabinet Kawan-kawan", "Kabinet Lemah dan Ramai Menteri Senator", "Rasionalisasi (Sebenarnya Pemotongan) Subsidi", "Pelantikan APCO", "Gagal Mengawal Karenah dan Gaya Mewah Rosmah", "Gagal Mengurus Parti Komponen dan Anggota Kabinet", "Terlalu Banyak Program Transformasi Tapi Hasil Diragui", "Tidak Tegas dan Flip Flop".

Tajuk-tajuk lain yang menyusul ialah "Manipulasi Media Yang Melampau", "Menjadikan Umno Kurang Melayu", "Terlalu Bergantung Kepada Bekas Panglima Anwar", "Merestui Budaya Politik Jijik dan Lucah", "Membiarkan Amalan Nepotisme dan Kronisme", "Mempunyai Ramai Pegawai Tapi Tidak Membantu", "Tidak Bijaksana Mengendali Bersih 2.0", "Mansuhkan ISA Rugikan Melayu" dan "Terlalu Mengejar Populariti".

Tajuk-tajuk kecil itu merujuk kepada detik dan insiden sepanjang dua tahun lalu khususnya perkembangan sejak awal 2011.

Shahbudin juga menulis, kalau pun desakan untuk berundur lambat muncul, Najib juga sebenarnya harus berundur secara terhormat jika BN gagal mendapat majoriti dua pertiga.

"Rujukan mengenai perkara itu sudah ada dan Najib tidak harus berlengah untuk mematuhinya," katanya lagi.

"Kesimpulannya Najib sedang menuju jalan mati dan pilihan yang terbaik baginya hanyalah berundur bagi mengelakkan Umno dan BN yang dipimpinnya turut sama terhumban ke gaung kekalahan," kata Shahbudin lagi.

Dengan merujuk kepada kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan aktivis Dr Chandra Muzaffar bahawa jalan bagi BN masih belum cerah untuk menang besar, penulis ini menambah, "di sinilah Najib perlu berjiwa besar" demi menjaga nama baik Tun Abdul Razak Hussein, yang juga bapanya dan perdana menteri kedua. (Insider)






Photobucket

Marina Mahathir: Kacau Saya Kalau Berani...!

on




Marina Mahathir, anak bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang berprofil tinggi,telah memberi amaran kepada pihak berkuasa dan juga pengacau untuk tidak menjadikan Ketua Bersih Ambiga Sreenevasan dan lain-lain aktivis sebagai mangsa untuk acara Seksualiti Merdeka yang dijadualkan untuk November 9 hingga 13.

"Bagi kesusahan, tanya kepada saya. Saya telah mempertahankan hak-hak masyarakat LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) selama lebih 20 tahun. Malah, saya mempertahankan hak-hak semua yang telah didiskriminasikan, golongan miskin dan orang lain. Jadi, jika terdapat sebarang diskriminasi atau keganasan terhadap sesiapa, saya akan terus mempertahankan hak-hak mereka. Itu sahaja. Adakah anda faham?" Marina memberitahu sidang akhbar pada hari Isnin.

Setakat ini, Ambiga telah menjadi sasaran khusus polis dan kumpulan lain yang diketuai Umno, yang telah dituduh membuat kacau dalam usaha untuk menggunakan homofobia di negara ini untuk menarik umat Islam konservatif ke pihak mereka.

Sesungguhnya, ia amat menarik perhatian untuk manyaksikan pihak lawan parti Melayu Umno dan PAS cuba mengalahkan tahap keislaman satu sama lain melalui acara itu sehingga kedua-dua pihak secara tidak sengaja mendedahkan kelampauan mereka. Beberapa pemimpin mereka mempersoalkan hak LGBT untuk menganggap dirinya sebagai sebuah komuniti.

Pesta seks bebas? Saya akan saman!

Dalam pertelagahan halus, Marina juga mengancam untuk menyaman Umno yang dikawal oleh TV3 kerana menerangkan Seksualiti Merdeka sebagai "pesta seks bebas".

"Saya telah melihat muka anda dan kami tahu siapa anda," kata Marina, memberi amaran kepada wartawan dari stesen TV untuk tidak menyalah lapor kenyataan beliau.

Marina berkata dia di sana untuk menunjukkan perpaduannya dengan 4 aktivis ditahan oleh pihak polis untuk disoal siasat. Mereka adalah Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga Sreenavasan dan anggota jawatankuasa pemandu Maria Chin Abdullah, pengarah Tenaganita Irene Fernandez dan pengasas Seksualiti Merdeka Pang Khee Teik.

"Saya di sini hanya sebagai penyokong kerana dua tahun lalu, saya merasmikan Seksualiti Merdeka tanpa apa-apa kejadian. Ia adalah acara untuk menerangkan dan mendidik mereka tentang hak-hak mereka dalam undang-undang, dan bukan di luar, "kata Marina.

"Oleh itu, saya sangat marah, sangat marah, tiada kata-kata boleh menggambarkannya, pada pihak yang memanggil acara ini pesta seks bebas. Anda tidak mempunyai benda yang lebih baik untuk dilakukan? Di sini seks bebas tidak dibenarkan. Adakah anda gila kerana membayangkan ini? "

‘Deja-vu’ Bersih

Dalam siri bergerak peringatan tindakan keras Bersih, polis telah mengharamkan acara tersebut, memanggil Ambiga dan lain-lain untuk dipersoalkan manakala media yang dikawal oleh BN terutama Utusan bergegas menggambarkan komuniti LGBT sebagai 'haiwan' tanpa moral.

Walaupun Malaysia mempunyai sebahagian besar yang ‘homophobic’, terdapat perkembangan yang menggelisahkan bahawa kumpulan Umno dan PAS telah melebihi sempadan mereka, dan perlu diingatkan untuk membuat tugas disebalik sikap fanatik mereka.

Perkasa, dan kumpulan berkaitan Umno yang lain-lain telah mengadakan protes yang bising, melemparkan caci maki jahat terhadap mereka termasuk memanggil mereka 'haiwan'.

Seksualiti Merdeka telah mengadakan acara tahunan sejak 2008 dan serangan yang belum pernah berlaku sebelum ini oleh pihak polis dan kumpulan Islam telah mengejutkan jawatankuasa penganjur. Polis telah mengharamkan acara mereka, menyatakan bahawa ia satu ancaman kepada ketenteraman awam.

Lakonan tidak jujur

Ketua Polis Negara, Ismail Omar, telah bersetuju untuk berjumpa penganjur Seksualiti Merdeka. Pihak penganjur di pihak mereka juga telah bersetuju untuk menghentikan semua acara awam sebelum mesyuarat itu. Tetapi penganalisis politik memberi amaran bahawa Ismail tidak mungkin memberi penganjur perbicaraan yang adil.

"Mesyuarat ini adalah lakonan tidak jujur ​​di pihak polis. Ini lakonan bagi rakyat bahawa mereka tidak senang naik tangan," naib presiden PKR N Surendran memberitahu Malaysia Chronicle.

"Polis tidak mempunyai hak mengharamkan acara tersebut padahalnya. Mereka tidak bertindak mengikuti undang-undang dan bersikap bodoh. Kementerian Dalam Negeri BN dan kepimpinan polis yang menjadi ancaman utama kepada kebebasan rakyat. Mereka menganggap Perlembagaan seperti sampah, sambil berpura-pura untuk menegakkan undang-undang. Lama kelamaan, mereka akan perlu menjawab sebab mereka berlaku salah."

Malaysia Chronicle



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List