Guru Besar Terlampau

on Nov 17, 2011




Cikgu Abd Halim bin Mohamad (gambar), Guru Besar Sekolah Kebangsaan Langkap dekat sini, dianggap sebagai guru besar 'terlampau' apabila menuturkan kata-kata 'hodoh' dan membuat tuduhan melulu dihadapan khalayak ramai.

Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu, Dr. Azman Ibrahim mencabar cikgu Abd Halim supaya mengemukakan bukti atas tuduhan yang dilemparkannya terhadap para guru dan ustaz.

"Kita minta Cikgu halim kemukakan bukti kepada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu atau supaya tindakan tegas dan sewajarnya dapat diambil ekoran tuduhan serius beliau bahawa guru-guru dan ustaz-ustaz yang terlibat dengan parti pembangkang,

"(yang dituduh) mengabaikan tugas sehingga para pelajar menjadi mangsa,"ujarnya dalam satu kenyataan yang di e-melkan kepada Buletinonline.

Menurut Dr Azman yang juga Ahli Jawatankuasa badan Perhubungan PAS Terengganu, Cikgu Halim 'memaki hamun' ketika beliau menyampaikan ucapan pada Majlis Pengagihan Bantuan RM100 kepada murid-murid disekolah terbabit.

Katanya pada Rabu 16 November, Cikgu Halim teah menuturkan kata-kata 'nista' itu di hadapan ratusan ibu bapa yang hadir pada majlis berkenaan.

"Beliau (Cikgu Halim) juga dengan kesatnya memaki mereka yang terlibat dengan parti pembangkang dengan perkataan bodoh berulang kali.,"jelas Dr. Azman.

Beliau berkata antara kata-kata Cikgu Halim adalah; "kita tak mboh (mahu) dengar orang Langkap ni fikiran dia kena racun dengan parti pembangkang. Cikgu pun ada hok bodoh, seorang ustaz pun bingung, buleh masuk parti Pas, seorang doktor hok cerdik, bila masuk parti Pas, bodoh selalu! tuan-tuan, janganlah masuk parti pembangkang, tobat! Cikgu, ustaz bila masuk parti pembangkang, maknga (malas) selalu ngajar , anak murid jadi mangsa…”



Sehubungan itu, Dr Azman yang pernah berkhidmat sebagai doktor pergigian awam berkata, tuduhan cikgu Halim sangat serius memandangkan beliau seorang penjawat awam berjawatan sebagai anggota pentadbiran.

"tuduhan sebegini sangat serius dan bukti lengkap sangat diperlukan supaya tindakan sewajarnya dapat diambil untuk memperbaiki keadaan,

"apatah lagi, umum sedia memaklumi, guru-guru yang terlibat dengan PAS adalah mereka yang dididik dan ditarbiyah dengan roh Islam yang sentiasa meletakkan amanah dan tanggungjawab di tempat yang sewajarnya selaras dengan ajaran Islam,"jelasnya.

Katanya, tindakan Cikgu Halim akan menjejaskan kepercayaan awam kepada penjawat awam dan memusnahkan kredibiliti profesion perguruan.

Justeru, beliau meminta pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tindakan terhadap Cikgu Halim sekiranya gagal mengemukan bukti terhadap segala tohmahannya itu.

"Pastinya kita tidak ingin mendengar dan melihat seorang guru besar yang menuduh sebarangan tanpa bukti serta bertindak seolah-olah seorang ketua cawangan Umno.

"kalau beliau ingin berpolitik, sila tinggalkan profesion perguruan dan ayuh! Sila turun ke medan politik,"tegas r Azman.


sumber  :- Tinta Hijau Dari Kaki Bukit
Photobucket

Lagi Pemimpin UMNO Diheret Dalam Skandal Projek Lembu

on



Berdasarkan rekod kewangan syarikat projek ternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR mendakwa terdapat lebih banyak penyelewengan dalam syarikat yang dimiliki oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

NONEPada sidang media di lobi parlimen, setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution mendedahkan bahawa skandal itu kini merebak dan turut membabitkan beberapa pemimpin Umno lain.
Antaranya,:

1. Lembu-lembu bernilai RM5,281 yang disumbangkan pada tahun 2009 kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor; dan RM2,640 kepada ADUN yang hanya dikenali sebagai 'YB Yunus'.
2. Lembu-lembu bernilai RM70,000 dikatakan dijual secara kredit kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique pada tahun 2008; dan harga pembelian hanya dibayar sepenuhnya pada tahun 2009.

3. RM26,400 yang didakwa dibayar sebagai perbelanjaan yang dilakukan pada tahun 2008 oleh Shahrizat.
4. RM368,640 yang dikatakan digunakan bagi sewa pejabat dan dibayar kepada pengarah NFC - suami Shahrizat, Mohamad Salleh Ismail dan anak lelaki mereka, Wan Shahinur Izran.

Syarikat itu, sebelum ini, didakwa telah membelanjakan sebanyak RM250 juta dana awam yang diperuntukan dalam bentuk pinjaman mudah. Namun sehingga hari ini, tiada ulasan berhubung segala dakwaan yang dilemparkan dijawab.

azlanMasalah berkaitan dengan operasi projek ternakan lembu NFC itu, pertama kalinya timbul semasa Laporan Ketua Audit Negara 2010 dibentangkan.

Menurut Saifuddin, sejak NFC menerima sepenuhnya pinjaman mudah itu, syarikat berkenaan tidak membayar walau satu sen kepada  kerajaan, samada dari segi pembayaran pinjaman pokok atau faedah dua peratus yang dikenakan.

“Jika benar sebuah pinjaman mudah seperti didakwa pimpinan Umno, NFC perlu bayar sekurang-kurangnya RM5juta setahun kepada kerajaan persekutuan dalam bentuk faedah pinjaman,” katanya.




Photobucket

PKR Nak Rempuh Kubu UMNO

on


PKR berharap kongres kebangsaannya di Johor pada hujung minggu depan akan membantu parti itu dan Pakatan Rakyat menyebarkan pengaruh mereka ke negeri berkenaan yang telah sekian lama menjadi kubu kuat Umno.

NONESetiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata tujuh kongres sebelum ini di negeri-negeri lain telah menghasilan kesan itu dan berharap perkara yang sama akan berlaku di Johor.

"Jika dilihat sejarah parti, kita telah adakan kongres di lembah Klang, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan di mana PKR dan Pakatan bertambah kukuh.

"Kita berharap kongres yang akan diadakan di Pulai Springs (di Kulai) bermula 25 November ini akan menyaksikan PKR dan Pakatan menembusi Johor yang dikenali sebagai kubu Umno,” katanya.

Saifuddin berkata keputusan mengadakan mesyuarat di Johor adalah berdasarkan sambutan orang ramai di negeri itu terhadap PKR dan Pakatan yang begitu menggalakkan.


Photobucket

Istana Negara ‘lama’ Ditutup Secara Rasmi

on




 Apabila pintu masuk utama ke Istana Negara di Jalan Istana di sini dikunci pada pagi 15 nov ini, ia menandakan tempat bersemayam semua Yang di-Pertuan Agong sejak kemerdekaan negara itu, mengakhiri fungsinya secara rasmi.
Majlis penuh istiadat itu bermula 9 pagi dengan perarakan masuk anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diiringi pasukan pancaragam pusat RAMD.
Kumpulan penurun bendera terdiri daripada 10 anggota RAMD kemudian menurunkan Bendera Peribadi Yang di-Pertuan Agong sambil diperdengarkan tiupan paluan akhir yang bertujuan memaklumkan bahawa Istana Negara akan berpindah ke Istana Negara di Jalan Duta.
Laporan Bernama Online menyebut istiadat diteruskan dengan perarakan kumpulan penurun bendera bersama pasukan istiadat berkuda ke pintu masuk utama istana bagi menyerahkan bendera berkenaan kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Tengku Farok Husin Tengku Abdul Jalil, mewakili pihak Istana Negara menandakan berakhirnya penugasan di Istana Negara.
Penyerahan bendera itu dilakukan oleh Pemangku Pegawai Memerintah Batalion Pertama RAMD Mejar Mohd Kadri Abu Bakar.
Sebagai simbol penutupan bangunan yang tersergam indah dan ditandai dua kubah emas itu, Tengku Farok Husin kemudiannya mengarahkan Bentara Istana Negara, Rosli Asri mengunci pintu masuk utama istana menandakan segala tugas telah tamat di Istana Negara sebelum mengorak langkah ke Istana Negara Jalan Duta bagi istiadat menaikkan Bendera Peribadi Yang di-Pertuan Agong.
Kawalan itu dilaksanakan Batalion Pertama RAMD dan Skuadron Istiadat Berkuda berkekuatan seramai tiga pegawai, 69 anggota lain-lain pangkat dan 12 ekor kuda.
Antara kenamaan yang hadir menyaksikan istiadat penurunan bendera itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Rasmi Negara Datuk Othman Mahmood, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Lt Jen Datuk Raja Afandi Raja Mohd Nor dan Penolong Ketua Markas ATM Mej Jen Datuk Abdul Aziz Ibrahim.
Di Istana Negara Jalan Duta, istiadat menaikkan bendera bermula pada 10.25 pagi dengan penyerahan Bendera Peribadi Yang di-Pertuan Agong oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja kepada kumpulan penaik bendera bagi menandakan bermulanya penugasan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Istiadat menaikkan bendera di Istana Negara Jalan Duta dianggap unik kerana bendera itu dinaikkan secara automatik berbanding di Istana Negara “lama” yang dilakukan oleh anggota tentera.
Istana Negara telah berpindah dan mula beroperasi di kompleks baru di Jalan Duta secara berperingkat mulai 19 Oktober lepas manakala penugasan kepada anggota pengawal daripada ATM bermula hari ini.
Istana Negara lama di kawasan seluas 11.34 hektar asalnya adalah sebuah banglo dua tingkat yang dibina pada 1928 oleh jutawan tempatan, Chan Wing.
Kemudian banglo itu bertukar milik apabila kerajaan negeri Selangor membelinya dan selepas diubah suai ia dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor, Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah.
Bangunan yang dijadikan sebagai istana kepada Sultan Selangor itu kemudian bertukar milik sekali lagi apabila Kerajaan Persekutuan membelinya dengan harga RM1.4 juta pada tahun 1957 untuk dijadikan tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, beberapa minggu sebelum pengisytiharan kemerdekaan.
Istana Negara baru yang dibina dengan ciri-ciri binaan Islam dan tradisional Melayu terletak di kawasan seluas 96.52 hektar dan akan menjadi lokasi pertabalan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 Disember ini.




Photobucket

Tony: Empat MP Serang Saya Secara Peribadi, AirAsia Tak Rompak Rakyat Miskin

on




Ketua syarikat tambang murah AirAsia Tan Sri Tony Fernandes menggunakan ruang sosial Twitter sekitar dua jam pagi ini untuk menjawab kritikan ke atas beliau oleh beberapa wakil rakyat semalam sambil berkata, empat Ahli Parlimen telah menyerang beliau secara “peribadi” sejak lima tahun lalu.
“Empat Ahli Parlimen telah mengkritik saya. Menjadikan ia sesuatu yang peribadi selama lima tahun.
“(Malah) seorang Ahli Parlimen mengatakan saya telah merompak orang kampung (rakyat biasa) yang miskin,” kata Fernandes pagi ini.
Malah jawab beliau: “Orang kampung tidak boleh terbang (menggunakan perkhidmatan udara) sebelum ini.”
“Kami telah bekerja keras untuk membolehkan mereka terbang dan 130 juta orang sudah terbang kerana kami,” kata beliau yang syarikatnya telah menandatangani perjanjian tukaran saham dengan Penerbangan Malaysia (MAS) Ogos lalu.
Kata beliau, pendekatan AirAsia ialah bersusah payah untuk membolehkannya menyediakan perkhidmatan tambang murah bagi rakyat berpendapatan rendah.
“Cukai lapangan terbang dibayar oleh semua rakyat Malaysia. Wang itu tidak pergi kepada AirAsia, tetapi MAB (Malaysia Airport Berhad. Bagi setiap RM25 adakah anda fikir mendapat nilai (yang sepadan) di (terminal murah) LCCT,” katanya lagi.
AirAsia sebelum ini dianggap menjadi saingan kepada MAS. Ogos lalu ia menandatangani kerjasama dengan MAS dalam usaha memulihkan syarikat penerbangan nasional tersebut.
Usaha itu mendapat kelulusan Putrajaya.
Semalam, beberapa Ahli Parlimen Umno menuduh Tan Sri Azman Mokhtar dan Fernandes telah menipu rakyat dalam urusan perjanjian saham melibatkan MAS dan AirAsia Ogos lalu.
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mohtar Radin mahu Azman, ketua eksekutif Khazanah disoal siasat ekoran keputusan agensi pelaburan kerajaan memutuskan untuk menukar 20.5 peratus saham dalam MAS bagi mengambil 10 peratus saham dalam AirAsia.
“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus memanggil Tan Sri Azman... kesemua mereka... jika ada  penyelewengan, humban mereka ke dalam penjara,” kata beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN-BBC ini di Dewan Rakyat.
“Bagaimana Khazanah boleh diperbodohkan, macam mana boleh jadi bodoh, diperdayakan oleh Tony Fernandes. Jika saya berada dalam kedudukan, saya akan letak jawatan daripada menyusahkan orang lain,” katanya lagi.
“Kemungkinan mereka bukan bodoh. Kemungkinan mereka mendapat keuntungan besar dengan mengaut wang rakyat,” kata beliau dengan kedudukan Tune Air, milik Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, kini memiliki satu perlima pegangan dalam MAS.
Ahli Parlimen Sri Gading Mohamad Aziz juga mendakwa AirAsia dengan jelas menipu publik dan “sekarang cuba untuk menipu MAS.”
“Jika orang macam ini (Fernandes) menguasai kita, astaghfirullah,” katanya ketika membahaskan Bajet 2012.
Bung Mohtar juga berkata bahawa kerajaan tidak harus takut dengan Fernandes.
“Apa sahaja beliau mahu, kita beri. Beliau mahu kenakan caj tambahan bagi lebihan (muatan) bagasi dan hisap darah rakyat miskin.
“Sekarang saya dengar beliau ada rancangan untuk mengambil alih keseluruhan penerbangan dalam negeri dan MAS hanya akan ada penerbangan antarabangsa,” kata beliau sambil menambah, “jika kita beri yang ini kepada beliau, negara akan rosak. Ia tanda berakhirnya dunia bagi kita,” kata beliau lagi.
Perjanjian pertukaran saham antara MAS-AirAsia berhadapan dengan kecaman daripada ahli-ahli politik dan kesatuan sekerja syarikat penerbangan kebangsaan itu.
Kenyataan kedua-dua wakil rakyat itu juga mendapat reaksi berbelah bahagi daripada pembaca dan orang ramai.
Fernandes juga bertanya mengapa wakil rakyat terbabit tidak pernah mempersoalkan kos lapangan terbang dan memperjuangkan usaha mengurangkan cukai lapangan terbang demi rakyat.
“Mengapa PAC tidak melihat kos lapangan terbang LCCT baru dan mengapa laluan ketiga diperlukan,” katanya lagi.
Menjawab soalan pemegang akaun @gbeejipp sama ada pembinaan LCCT baru dan laluan ketiga idea beliau, Fernandes menulis: “Kami mahukan terminal dibina di belakang terminal utama. Dan bukan laluan ketiga.”
Apabila didakwa beliau seorang yang angkuh oleh pengguna bernama @firdyfire, Fernandes membidas dengan berkata “tanya 9,000 pekerja saya (sama ada) saya angkuh.”
Dalam pada itu Bernama Online melaporkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia ini telah membatalkan satu sidang media mengenai cukai lapangan terbang yang dijadualkan lewat hari ini.
Bagaimanapun katanya beliau menggunakan media sosial, Facebook, untuk melahirkan kekecewaannya mengenai isu itu, sambil menyatakan cukai lapangan terbang perlu ditetapkan agar ia termampu kepada rakyat biasa.
Katanya MAS dan AirAsia telah menyumbang idea kepada MAB bagi menaikkan pendapatan mereka dengan menarik kedatangan lebih banyak syarikat penerbangan.
"Kemudiannya, kurangkanlah caj itu," katanya.
Beliau berkata MAB telah membuat terlalu banyak janji kosong dan syarikat penerbangan itu dipersalahkan terhadap prestasi buruk mereka.
"AirAsia mahukan MAB bersikap bersih. Terminal Syarikat Penerbangan Tambang Murah (KLIA2) yang baharu sepatutnya beroperasi pada Jun 2012 pada kos RM2 bilion," katanya.
Adalah dilaporkan bahawa kos KLIA2, yang berkeupayaan mengendalikan 30 juta penumpang akan berharga lebih daripada kos awal RM2 bilion.
Beliau turut mempersoalkan keperluan membina landasan ketiga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Kenapa KLIA membina landasan ketiga apabila mereka tidak menggunakan mod dua landasan? Heathrow mempunyai 60 juta penumpang dengan menggunakan dua landasan.
"Membetulkan sistem trafik udara adalah lebih murah daripada membina satu lagi sistem landasan," katanya.



Photobucket

Dakwat Kekal Pada PRU 13...?

on




 Peguam Negara memberi “lampu hijau” kepada usaha menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya dengan memberitahu jawatankuasa pilihan khas Parlimen (PSC) bahawa hanya memerlukan pindaan kecil dalam peraturan pilihan raya.
Penggunaan dakwat kekal merupakan salah satu tuntutan dibawa oleh Bersih 2.0.
Pengerusi PSC Datuk Seri Maximus Ongkili (gambar) berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail ada memaklumkan hari ini bahawa sama ada pindaan perlembagaan ataupun perubahan kecil pada peraturan diperlukan bagi membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan tanda menggunakan dakwat kekal pada jari bagi mengelakkan pengundian lebih sekali.
Menurut salah seorang anggota panel Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, pindaan ke atas Seksyen 19 Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, ia boleh diadakan bila-bila masa dan hanya memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong sebelum Parlimen dimaklumkan.
“Tidak perlu kelulusan Parlimen. Tiada apa yang boleh menghalang penggunaan dakwat kekal sekarang.
Laluan adalah jelas,” kata Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke.



Photobucket

Najib Sudah Menyerah...?

on




Di manakah agaknya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada sekarang? Pada bulan lalu, Najib telah pergi China, Indonesia, Australia, Arab Saudi, dan kemudian kembali ke Arab Saudi lagi; dan kini beliau pergi ke Hawai!

Adakah belaiu sebenarnya hos kepada rancangan yang merantau dunia? Sama ada beliau adalah versi cantik atau hodoh hos Asha Gill bergantung kepada sama ada anda adalah sebahagian daripada 59% daripada rakyat Malaysia yang menyukai beliau (tetapi peratusa merosot dengan cepat) , atau sebahagian daripada 41% yang tidak!

Dan dalam semua perjalanan ini Najib tidak mencapai sebarang matlamat selain daripada membazir wang awam. Bersama beliau dan yang terus mejadi bebanan pembayar cukai, adalah isteri beliau yang juga tidak popular, Rosmah Mansor.
Lawatan Najib ke Arab adalah yang paling tidak berbaloi dan membazir dalam keadaan ekonomi kita yang makin teruk ini. Lawatan Najib ke Arab Saudi yang pertama adalah untuk upacara pengebumian Putera Mahkota Arab. Beliau sebenarnya boleh menghantar orang lain supaya kos perjalanan lebih murah untuk menghadiri pengebumian tokoh Timur Tengah itu.

Sebagai contoh, dia boleh telah menghantar Muhyiddin Yassin timbalannya, yang tidak begitu diperlukan di Malaysia, selain daripada menyebabkan kerosakan yang lebih teruk kepada Sistem Pendidikan kita.

Percutian pada kos tidak munasabah

Selepas CHOGM, di mana Najib telah diambil gambar tertidur semasa pemimpin lain sedang berucap, dia kemudiannya kembali ke Arab Saudi untuk menunaikan haji. Sekarang, mengetahui bahawa dia akan pergi ke mesyuarat APEC sejurus selepas itu, mengapa Najib tidak menangguhkan perjalanannya? Beliau bukan pergi sebagai individu persendirian tetapi kakitangan kerajaan yang dibiayai kerajaan pada kos yang tidak munasabah.
Malaysia pula terkapai-kapai tanpa pemimpin. 

Greece telah pun gagal, Itali di bawah pengepungan, Sepanyol menggeletar dan ekonomi global adalah di bawah ancaman. Najib pula telah hilang dan bercuti. Beliau mempamirkan sikap beliau yang tidak bertanggungjawab. Beliau juga Menteri Kewangan tetapi tidak melakukan apa-apa dan meninggalkan ekonomi dalam tangan Ahmad Husni, yang telah membuktikan dirinya tidak lebih daripada seorang akauntan.

Malaysia telahpun dikejutkan dengan pendedahan pembaziran yang dilakukan kerajaan dan juga rasuah dalam laporan Ketua Audit Negara. Najib tidak sedikit pun mengelipkan mata dengan berita kondo mewah RM10 juta yang dibeli untuk keluarga menteri Kabinet kanan dengan menggunakan wang rakyat yang sepatutnya digunakan untuk projek pengeluaran daging lembu negara. Adakah ianya tradisi dalam BN? 'Anda bantu saya, saya bantu anda?

Sementara itu, rakyat Malaysia merintih dengan beban inflasi 5 hingga 8% untuk makanan, disebabkan oleh dasar tidak cekap yang dilaksanakan Najib. Perbelanjaan diluar kawalan Najib bertambah dengan signifikan sekali. Mungkin beliau dan Umno berfikiran bahawa, apalah sangat beberapa ratus berjuta-juta lagi apabila sudah berbilion-bilion tidak pun trilion yang menjadi taruhan. Secara seriusnya, kos menyembuhkan Malaysia akan mencecah menjadi angka trillion. Masa adalah faktor penentu.

Masa adalah amat berharga. Lebih lambat Malaysia melakukan reformasi, sedang Umno memburu tinggi dan rendah langit untuk bakat-bakat yang tidak wujud untuk membantu kita keluar daripada lubang yang kita gali sendiri ini; LEBIH teruklah kita membahayakan anak-anak kita dan lebih dekat kita membunuh ekonomi kita.

Terpaksa berundur

Hanya satu sahaja penjelasan terhadap sikap tidak ambil peduli Najib. Beliau telah berputus asa.
Kemungkinan beliau tidak dapat menghadapi tekanan politik ke atasnya oleh golonganMuhyiddin-Mahathir. Beliau tidak mempunyai akal dan tidak boleh menarik orang-orang yang boleh menguruskan ekonomi. Reformasi palsu beliau telah terbukti gagal begitu sahaja. Mengapa tidak ambil jalan mudah dan menikmati percutian yang tidak berkesudahan?

Terus terangnya, pada peringkat ini dalam sejarah Umno, bukan menjadi perkara pokok siapa yang menerajui parti itu. Tidak seorang pun pemimpin-pemimpinnya akan akan bekerja. Seperti bisul buruk, Umno haruslah dicucuk dan nanah mesti dibebaskan sebelum proses penyembuhan boleh berlaku. Tetapi dalam masa yang sama, seperti kata-kata seorang rakan penulis, PERGI JAHANAM SAHAJA DARI SINI dan biarkan Malaysia pulih. Jangan membawa negara sekali sekiranya ingin bunuh diri!

Si pelawak di negeri orang

Di Perhimpunan UMNO pada bulan Disember nanti, Najib dan pemimpin-pemimpin UMNO lain boleh menyalak dan berteriak semahu mereka tetapi ini tidak akan merubah hakikat bahawa perubahan akan tiba juga. Doktor akan memberitahu anda, nanah sentiasa akan mencari jalan keluar. Jadi bagi orang-orang yang mahu mengambil alih selepas Najib, buatlah secepat mungkin. Hentikan segala tipu daya atas angin! Walau siapapun yang menang, UMNO tetap kalah. Ia tidak mempunyai pemimpin berkaliber untuk terus hidup. Jadi, berundurlah sementara Malaysia masih lagi wjud dan kembali SAHAJA, jika sudah sembuh.

Samalah dengan ahli Umno lain yang masih waras, dan juga rakyat Malaysia, mulalah berjuang sekarang. Ini sememangnya bukan masa untuk pergi bercuti. Berbeza dengan Najib,kita tidak lahir dengan harta kekayaan. Kita perlu bekerja untuk hidup dan untuk menggerakkan ekonomi. Hanya masa ini, kita perlu memastikan bahawa apa sahaja yang kita buat,mereka tidak dapat ambil daripada kita dengan senang. Kita sudah serik walaupun sekali digigit!

Mungkin Najib akan menulis sebuah buku mengenai perjalanan beliau selepas ini yang bertajuk, "Bagaimana saya dan isteri saya pergi cuti dan bermesra dengan pemimpin-pemimpin dunia dan pada masa yang sama tidak mengambil berat mengenai ekonomi Malaysia".

Sky TV perlu mengikuti Najib dalam perjalanan beliau di seluruh dunia, dan mereka akan mempunyai musim kedua untuk rancangan mereka "Pelawak di Luar Negara". Cuma kita rakyat Malaysia tidak akan ketawa dengan seluruh dunia. Kita akan terlalu sibuk membayar untuk semua itu.


Malaysia Chronicle



Photobucket

Sharizat Seorang Menteri - She Has No Business To Be in Business

on




Isu pembelian One Menerung Bangsar oleh NFC kendalian keluarga Sharizat dengan menggunakan pinjaman dari sumber kerajaan sebanyak RM88 juta itu sekarang di serah kepada pihak polis oleh MACC. Badan yang mencegah rasuah itu berkata yang MACC tidak mempunyai kuasa untuk melakukan penyiasatan kerana itu merupakan satu isu yang di bawah penal kod dan itu hanya kuasa polis untuk menyiasatnya.

Senang betul setengah orang berniaga. Ambil pinjaman mudah dari agensi kerajaan, belum pun perniagaan dilakukan sudah membeli kondo One Menerung dengan harga RM 9.8 juta. Berniaga seperti ini tidak payah bermodal. Modalnya hanya jadi Ketua Wanita UMNO. UMNO merupakan modal untuk berniaga dan dengan mudah dapat membeli kondo yang berharga sedemikian mahal.

Itu hanya seorang menteri yang di dapati melakukan kerja tidak bermoral. Belum lagi di siasat menteri-menteri yang lain. Nampaknya semua menteri berniaga dengan laris. Ada menteri yang tidak gemar dengan KSU kementeriannya yang rasuah tetapi tidak lama kemudian menteri ini berkonspirasi untuk bersama-sama melakukan rasuah yang sama. 

Apabila seorang menteri melakukan kerja rasuah ini dengan bersekongkol dengan KSUnya yang rasuah maka tidak ada sesiapa boleh mengambil tindakan terhadap KSU yang saya sebutkan tadi. Itulah yang berlaku dan akan terus berlaku. UMNO sudah menjadi parti tawkey dan kefasihan bercakap tentang perjuangan orang Melayu itu hanyalah sebagai retorik ucapan semasa meresmikan perwakilan bahagian masing-masing serta menjadi konten uacapan dasar Presiden UMNO dalam perhimpunan Agong tahunan parti yang berkuasa ini sahaja.

Pemimpin-pemimpin ini akan balek ke kawasan masing-masing dengan gegaran semangat yang tidak terperi hebatnya tetapi dalam masa yang sama mereka tidak segan dan silu berniaga dalam kementerian yang mereka ketuai. Baik menteri-menteri besarnya, baik ketua-ketua menterinya, ketua-ketua setiausaha kementerian serta ketua-ketua pengarah banyak jabatan berniaga di atas angin dengan hebatnya. Modal berniaga mereka hanyalah kuasa yang ada pada tangan mereka. Mereka berniaga hanya menggunakan pen dan tanda tangan mereka sahaja.

Harga sesuatu projek itu bergantung kepada berapa banyak komisyen yang mereka yang berkuasa hendak. Kalau banyak komisyen yang mereka hendak maka tinggilah harga projek tersebut. Mereka tidak kisah dengan harga sesuatu projek itu kerana segala kos akan ditanggung oleh rakyat yang membayar cukai. Kalau rakyat lambat membayar cukai mereka akan disekat untuk keluar negara dengan sekatan yang di lakukan oleh pihak immigresen.

Pendeknya UMNO hanyalah parti yang membina satu kelompok besar ‘commisioners’ sahaja. Yang menanggung segala kos rasuah mereka adalah rakyat jelata yang didera untuk membayar cukai pendapatan dan perniagaan mengikut skala yang telah di sediakan oleh pejabat hasil dalam negeri.

Dalam kes projek lembu ahli-ahli keluarga Sharizat Jalil pembiayaan projek yang begini besar hanya boleh di dapati kerana kedudukan Sharizat sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Sharizat orang penting dalam UMNO walaupun telah ditolak oleh rakyat di dalam pilihanraya yang lalu. Hampir kesemua yang penting dalam UMNO itu menjadikan parti itu sebagai modal untuk ‘berniaga’ secara besar-besaran.

Seperti yang saya selalu katakan melakukan perkara gila seperti ini sudah menjadi budaya yang sudah menjadi pakaian kepada pemimpin kepada parti yang sudah terlalu lama berkuasa. Semuanya tidak lagi menjadi kesalahan dan mereka tidak pun merasa bersalah melakukan kerja hina dan tidak berbudaya itu.

Di dalam keadaan defensive sekarang ini, UMNO masih lagi tidak mahu memperbaiki partinya, bukan kerana mereka tidak mahu memperbaiki tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak menjadi baik. Kebaikan kepada mereka ialah mengekalkan kuasa dengan cara apa sekali pun. Malah presiden UMNO pernah berkata ‘we will defend Putrajaya at all costs’. Apa maknanya ‘at all cost’ itu? Sanggup menipu? Sanggup melakukan segala yang tidak baik asalkan dapat mempertahankan kuasa?

Apa bila pemimpin berkata akan mempertahankan ‘at all cost’ itu, ia boleh ditafsirkan dengan berbagai-bagai tafsiran. Kenapa ‘at all cost’? kenapa tidak menerima sahaja keputusan rakyat? Negara ini bukan UMNO yang punya. Negara ini kepunyaan rakyat. Kenapa begitu takbur? Apa yang hendak di pertahankan ‘at all costs’ itu?

Boleh lah pemimpin UMNO berusaha untuk mempertahankan putrajaya itu, tetapi kalau itu kehendak dan ‘ultimate’ bagi UMNO dan BN kena adalah sifat malu sedikit. Janganlah rasuah dan berkelakuan seperti Sharizat Jalil dan keluarga beliau.

Kepada pemimpin tunjukanlah kebolehan yang mereka setidak tidaknya boleh mengawal sikap dan perangai isteri-isteri masing. Kalau nak mengawal isteri pun tidak berdaya, bagai mana nak kawal negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum yang berjumlah 28 juta orang ini? Kalau rakyat marah janganlah salahkan orang lain seperti pembangkang dan sebagainya.

Kepada pemimpin-pemimpin UMNO terutamanya, bekerjalah untuk kepentingan rakyat dan negara, bukannya untuk kepentingan peribadi yang tidak ada batasnya. Sharizat Jalil adalah seorang menteri yang masuk mengikut pintu belakang atau memanjat tingkap. Jadilah seorang menteri yang bertanggung jawab , dan bukannya bersikap tamak haloba seperti ini.

Sesungguhnya Sharizat dan mana-mana menteri pun sama tanggungjawab mereka. “They have no business to be in business”



ASPAN ALIAS


Photobucket

Ku Li PM Malaysia...?

on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiSYGxDmG5382Xrgk0Qrz_L3rMxrk9JOjgH7BAmX1CTCAY8GYT0wOlfMmrsb91leyIvtwrmN7-0Ng-_BhkYsh-a8OnCn4jLRO-VJGdSwQry0FkwZ_vmPO0hUcAbD_c7BFuYPxRqAy4Xc0M/s200/Tan-Sri-Rahim-Tamby-Chik.jpg


Dalam sebuah akhbar harian perdana semalam, tentu ramai yang terbaca tentang kenyataan TS Rahim Thamby Chik (RTC), salah seorang dari kumpulan ‘Dato T’ yang dikenali dengan isu apa. 

Bekas Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Menteri Melaka ini membuat kenyataan yang pihak pembangkang sedang membuat persiapan dan merancang untuk menjadikan Tengku Razaleigh Hamzah, wakil BN UMNO dari Gua Musang sebagai Perdana Menteri jika keputusan pilihanraya memihak kepada pembangkang atau pembangkang mendapat kerusi sama banyak dengan BN.

Beliau (RTC) berkata yang beliau telah lama mendengar pelan pembangkang ini dan hanya sekarang beliau mendedahkan cerita ini kepada media dan orang ramai di Melaka dua hari yang lepas. Berita ini telah menarik minat ramai di antara mereka yang membaca postings saya dan menanyakan kepada saya samada berita tentang pelan pembangkang itu benar atau tidak.

Sesungguhnya saya tidak tahu menahu pelan pembangkang itu tetapi kita memahami sebagai parti yang halal untuk bergerak mereka berhak untuk melakukan apa-apa perancangan untuk negara yang di tawarkan kepada rakyat bagi kepentingan mereka (rakyat) jika di terima.

Apa yang dikatakan oleh Rahim itu memberikan satu pemikiran baru kepada rakyat dalam keadaan BN sedang terumbang-ambing sekarang ini. Selama ini rakyat tertanya-tanya siapa yang akan membawa perubahan jika pembangkang mendapat mandat di dalam pilihanraya nanti.

Kalaulah benar itu pelan yang ingin di lakukan oleh pembangkang, apa pula salahnya dengan pelan itu? Malahan reaksi yang saya dapat sejak semalam sangat memberansangkan kerana rakyat sedang dalam pencarian dan berita yang dispekulasi oleh Rahim itu menjadi spekulasi yang sangat diterima baik oleh kebanyakan rakyat berbilang kaum di negara ini. 

Yang tidak bersetuju dengan pelan itu hanyalah dari kalangan yang sedang enak dengan kepentingan peribadi di dalam UMNO dan BN sahaja. Tetapi jika ini dijadikan unjuran kepada rakyat serta yang memikirkan kepentingan kepentingan negara keseluruhan; ini adalah perkara yang sangat positif yang dilakukan oleh pihak pembangkang.

Lagi pun pembangkang hari ini tidak akan jadi pembangkang lagi jika benar seperti apa yang di spekulasi oleh RTC itu. Yang akan menjadi pembangkang selepas pélan itu dilaksanakan ialah BN dan UMNO. Lagi pun UMNO pun sudah mendapat sedikit pengalaman sebagai pembangkang di Selangor, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan sebentar di Perak sebelum di jatuhkan secara jahat di Perak dua tahun dahulu.

Walaupun Rahim secara peribadi telah memberikan reaksi yang negatif, ramai yang mengambilnya sebagai suatu tindakan positif. Rahim mengambilnya secara negatif itu bersebab; tentulah kerana kepentingan peribadi beliau dan parti beliau yang sudah sampai ketepian untuk jatuh dalam pilihanraya ini.

Ramai menerimanya secara positif kerana kepada mereka ini mungkin satu jalan yang terbaik untuk keluar dari kemelut kekeliruan yang sedang di hadapi oleh rakyat sekarang ini. Rakyat sedar yang pimpinan pada hari ini sudah sampai ketahap keliru yang tidak lagi mampu di selesaikan oleh mereka. 

Keputusan yang ‘flip-flop’ pimpinan pada hari ini merupakan satu ‘attribute’ yang pasti bagi pimpinan yang lemah yang tidak memungkinkan mereka mengambil tindakan yang betul dalam semua hal. Sifat bermuka-muka dengan rakyat berbilang kaum itu terbitnya dari pimpinan yang tidak mampu menjaga ‘magnanimity’ sebagai pemimpin berbilang kaum.

Sesungguhnya rakyat sedang melakukan ‘soul-searching’ yang serius dan apa yang di spekulasikan oleh RTC dua hari yang lepas mungkin boleh mengurangkan suhu politik negara yang sedang berkecamuk pada hari ini. Mungkin apa yang di katakan oleh RTC itu adalah penyelesaiannya.

Tetapi itu terpulang kepada keputusan rakyat yang ramai untuk melakukannya. Bola sekarang berada di kaki rakyat dan mereka boleh mengarahkan tendangan kemana yang mereka kehendaki

Ingat, negara ini rakyat yang punya, bukannya harta pusaka UMNO atau BN.



ASPAN ALIAS


Photobucket

PKFZ: Rakaman Audio Mesyuarat Kabinet Dimusnah

on



Mahkamah Tinggi yang mendengar kes bekas menteri pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik berkaitan projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) diberitahu rakaman audio mengenai mesyuarat Kabinet dimusnahkan selepas minit mesyuarat disahkan.
Ketua Siasatan Jenayah Perdagangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Superintendan R Rajagopal berkata sehubungan itu, beliau tidak dapat mengemukakan rakaman tersebut sebagai eksibit.
Isnin lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz memaklumkan bahawa rakaman audio akan dibuat pada mesyuarat jemaah menteri, termasuk perbincangan mengenai PKFZ.
Rajagopal, saksi ke-25 pendakwaan, berkata sepanjang siasatan terhadap Dr Ling iaitu pada 2 Oktober 2009 dan 1 April tahun lalu, bekas Presiden MCA itu memberikan kerjasama yang baik.
Selain itu, beliau berkata tidak ada sebarang laporan khusus dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan bekas perdana menteri tersebut ditipu berhubung projek PKFZ.
Katanya, beliau ada merakam percakapan Dr Mahathir pada 15 Ogos lepas iaitu selepas Dr Ling (gambar tengah) didakwa di mahkamah.
Rajagopal turut memaklumkan tidak ada sebarang laporan polis dibuat mana-mana anggota Kabinet mulai 1999 sehingga 2002 berkaitan penipuan projek PKFZ oleh Dr Ling.
Dr Ling didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada jemaah menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894, yang berasaskan RM25 satu kaki persegi (skp) iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu JPPH, dalam menentukan kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.
Beliau turut berdepan dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada jemaah menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.
Dr Ling, 68, didakwa melakukan semua kesalahan itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, antara 25 September dan 6 November 2002.
Rajagopal juga berkata beliau tidak memperoleh hasil laporan yang dibuat penasihat khas Dr Mahathir iaitu Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman berhubung projek PKFZ kerana Ali Abul Hassan tidak lagi menyimpan kajian itu.
“Saya ada meminta hasil kajian yang dibuat Tan Sri Ali Abul Hassan tetapi saya tidak memperolehnya kerana semasa rakaman percakapan dengannya, Tan Sri Ali Abul Hassan berkata dia tidak menyimpannya lagi,” katanya.
Beliau berkata kes PKFZ disiasat secara menyeluruh dan teliti.
Perbicaraan di depan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi disambung esok bagi memberi peluang kepada pendakwaan meneliti senarai saksi sebelum menutup kes.




Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List