Aziz Bari Tak Minat Politik

on Dec 17, 2011


KUALA LUMPUR: Pakar Perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari menyatakan beliau  enggan terjun dalam dunia politik walaupun selepas meninggalkan jawatannya sebagai pensyarah Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Malah dirinya tidak pernah berniat untuk menjadi ahli politik dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 13 memandangkan bidang itu
tidak ada dalam jiwanya walaupun sebelum ini banyak mengkritik tentang corak politik tempatan.
“Kalau saya masuk politik saya tak boleh tengking, marah.
“Saya juga dah tak boleh dilayan sebagai profesor yang lantang memberikan pendapat,” katanya dalam Wacana Kebebasan Akademik dan Mansuh Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLSCAH), di sini malam semalam.
Beliau berkata dirinya mungkin sukar diterima jika beliau masuk politik dan menjadi ahli parti kerana khuatir kelantangannya itu akan menjejaskan kepimpinan tertinggi parti.
“Kalau jadi ahli politik kena masuk parti. Kalau cakap lebih takut nanti akan melebihi suara ketua pula,” katanya.
Sehubungan itu, dalam masa terdekat ini beliau hanya akan memberikan tumpuan kepada beberapa projek penyelidikannya dan menerima jemputan  diskusi ilmiah.

Surat tunjuk sebab
Aziz Bari mengambil keputusan meninggalkan UIA pada awal Disember namun sehingga sekarang masih belum mendapat maklum balas daripada pejabat naib Canselor berhubung permohonannya itu.
Menurut beliau, UIAM juga tidak memberi respon terhadap jawapannya kepada surat tunjuk sebab yang diserahkan kepada pihak universiti pada 24 Oktober lalu.
“Sudah sebulan lebih saya tunggu reaksi mereka. Sehingga hari ini tiada jawapan,” katanya lagi.
Krisis antara Abdul Aziz dan UIA semakin parah apabila beliau menerima surat tunjuk sebab pada 19 Oktober lalu ekoran kenyataan beliau yang didakwa mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).
Sementara itu, beliau menyelar pindaan AUKU kerana baginya perkara itu tidak perlu dijadikan isu memandangkan jumlah mahasiswa yang terlibat adalah kecil dan tidak akan membawa sebarang masalah besar.
Katanya, unsur politik Umno-Barisan Nasional (BN) sudah lama masuk kedalam kampus dan mempengaruhi mahasiswa namun tidak pernah dijadikan isu.
“Putera Umno, Puteri Umno masuk universiti boleh…ini sikap hipokrasi Hal Ehwal Pelajar (HEP),” katanya.



Photobucket

Kalau Aku Lemas Kau Mampus Sama.

on


SPRM berdiam terhadap status siasat Taib Mahmud


Pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan mengulas berhubung status siasatan terhadap dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Ironinya, pegawai itu - ketua bahagian siasatan MACC Azmi Mohd - melakukannya dalam forum anjuran badan pemerhati rasuah Transparency International-Malaysia (TI-M) untuk membincangkan amalan rasuah dalam pengurusan hutan dan pembangunan mapan semalam.

Ditanya Malaysiakiniberhubung status siasatan SPRM terhadap Taib semasa sesi soal jawab, Azmi tampil berkata beliau sudah memaklumkan kepada peganjur bahawa beliau tidak akan menerima soalan yang "terlalu terperinci".

Azmi menambah, beliau bukan orang yang tepat untuk dibangkitkan soalan itu. Beliau bagaimanapun mengangguk apabila ditanya sama ada Taib masih disiasat.

Pada Jun, Ketua Pesuruhjaya SPRM Abu Kassim Mohamed  mengesahkan bahawa SPRM sedang menyiasat dakwaan rasuah terhadap Taib membabitkan kes konsesi pembalakan di Sarawak.




Sumber Dan Komen Dari :-  MOTHER OF 3 MOHD

Suara luar sudah berbunyi menggesa kita ambil tindakan terladap 'lanun darat' Sarawak. Malangnya, SPRM hingga ke hari ini tak habis-habis siasat lagi.

Kata... SPRM professional, tapi tak pro pun. NATO jer... No action but taaalk only. Common la... malu ler sikit dengan negara luar. Just because dia 'lanun' yang dilantik secara 
sah melalui perlembagaan, maka susah sangat ke nak menyiasat kerja-kerja lanun dia.

Atau, mungkinkah SPRM tak berani nak 'usik' si 'lanun darat' Sarawak ni kerana ada pihak di Putrajaya yang takut 'rahsia' besar mereka terbongkar dan rakyat semua tahu. Sebab tu, si 'lanun darat' besar kepala dan bikin nehen jer.

Hahahaha... I help you, You help me. Itu janji kita.

Kalau aku tenggelam.... kau akan tenggelam sama. Kalau aku lemas.... kau mampus sama. Kalau aku jatuh... kau tersungkur!!

Itulah persepsi umum, mengapa SPRM dililat begitu 'takut-takut' dan 'malu-malu' untuk menyiasat kes rompakan hasil mahsul rakyat Sarawak oleh si 'lanun darat' ini.

Kita tunggu dan lihat sampai bila SPRM akan tunggu untuk selesaikan kes ini??





Photobucket

MUSUH DALAM SELIMUT...?

on

  


Selepas 6 orang pemimpin Parti Sosialis Malaysia(PSM) telah di tahan di bawah ordinan darurat kerana mahu berperang dengan yang di pertuan agung dengan mengunakan baju T sebagai senjata, hari ini Parti Islam Semalaysia(Pas) pula telah melancarkan perang jihad..

Kah kah kah...ini berita paling menarik dalam Pas. Pas sudah tak boleh tahan dengan ejen umno dalam pas lagi maka depa dah mula nak lancar perang kah kah kah.

Baru nak sedaq atau selama ni saja2 buat tak sedaq yang puak2 anti PKR dan DAP ni bersarang dalam Pas. Jangan ingat 2 ekoq saja tapi berlambak2 pemimpin Pas yang anti PKR dan DAP.

Di depan nampak baik tapi di belakang PKR dan DAP depa tibai lebih dari umno lagi.Kalau kat Penang anjing anjing macam ni berlambak lambak.

Bukan Pas tak tau tapi saja saja buat tak tau....

Cuba baca cerita projek Hasan Ali kat bawah ni pulak:-
Ini bukan cerita luar biasa tapi ini cerita perkara biasa. Semua orang tau yang sejak Umno kalah 5 negeri dalam PRU yang lalu, antara pimpinan Pas yang sudah kautim dengan Umno ialah Hassan Ali.

Ustaz Awang pun sudah ada cerita pasai ini walaupun dia tak sebut nama pada umum tapi semua orang tau orang yang Ustaz Ahmad awang kata tu ialah Hassan ali.

Tapi oleh kerana dalam Pas masih ramai yang sayangkan melayu dari sayangkan rakyat maka tindakkan Hassan Ali dan beberapa pimpinan Pas ini di pandang sepi sahaja. Apatah lagi kebanyakan ahli2 Pas semuanya pak turut macam ahli umno saja.

Bila wujud satu kumpulan yang bernama Pas Reform maka golongan ini di caci hamun oleh orang2 Pas yang pro umno ini. Bagi mereka tindakan kumpulan Pas Reform yang menentang kerajaan perpaduan adalah melanggar ketaatan kepada pemimpin.

Hari ini segala yang di katakan tohmahan terhadap Hassan Ali dan gang pro umno di dalam Pas ini telah ternyata benar bila Naib Presiden dan setiausaha agungnya sendiri telah mengeluarkan kenyataan mengecam Hassan Ali dan Nasarudin.
Terbongkarlah berbagai cerita 2 orang utama dalam Pas ini. Yang tak patut terkeluar pun habis di keluarkan.

Namun apa nak di hairankan dengan tingkah laku si Hasan Ali kerana dia pun datang dari Umno dan terus saja berada di tahta Nain Presiden tanpa susah dan payah seperti pemimpin Pas yang lain.

Mengapa jadi begini? Ini adalah kerana orang Pas mudah terpegun. Siapa pandai kelentong maka akan terpegunlah ahli2 Pas.

Orang Pas kalau jumpak orang keluaq ISA maka terasa macam nak menyembah la depa sebab terlalu terpegun dengan bekas tahanan ISA. Depa dah tak sempat nak pikiaq apa yang dah bekas tahanan ISA tu dah kautim dengan SB sebelum depa dapat keluaq ISA.

Ops melalut la pulak....Apa pun kita tunggu apa lagi berita tentang gang pro umno dalam Pas ni. Kita tengok apa pulak tajuk filem yang bakal depa arahkan lepas ini. 



sumber: Abu Nawas


Photobucket

Perebutan Kuasa UMNO Peringkat Tertinggi

on



Dalam Malaysia menanti PRU 13 yang dijangka akan berlaku tidak lama lagi selepas bekas PM Mahathir Mohamad yang masih merupakan orang penting dalam politik negara, ada pertelingkahan yang dijangka akan berlaku dalam Umno iaitu untuk menguasai Umno.

Sememangnya bagi parti yang telah memerintah selama 54 tahun itu, ia sebenarnya sedang melalui fasa-fasa terakhirnya dan momentumnya sedang laju dan mungkin melangkaui kepentingan ahli-ahlinya pada PRU 13 nanti. Walaubagaimanapun, kedua-duanya adalah berkaitan dan keputusannya mungkin berhubungkait.

Elit Umno memplot dan merangka sedang Umno diambang kejatuhan

Di bahagian tertinggi, presiden dan juga perdana menteri negara Najib Razak sedang menepis cabaran daripada Muhyiddin Yassin.

Di usia 64 tahun, 6 tahun lebih tua daripada Najib, Muhyiddin yang berimej lembab itu sebenarnya sedang membuat percaturan yang agak baik dengan kumpulan ekstrim Umno. Sifat perkauman beliau menyerlah di mata mereka dan rasa takut kepada cabaran sekiranya parti itu hilang kuasa.

Pemain lain yang mempunyai lebih banyak kuasa disebabkan kekayaan yang mereka perolehi hasil daripada pentadbiran jenis authoritarian mereka juga sedang menunggu peluang dan mereka sedang sibuk membina rappo dengan ahli lain supaya mereka dapat pastikan bahawa mereka dicalonkan dan proksi mereka kuat supaya mereka dapat membina kuasa justeru mendapat jawatan tinggi dalam parti.

Selain daripada Mahathir yang berusia 86 tahun, mereka yang jatuh dalam kategori ini adalah Daim Zainuddin, bekas PM Abdullah Badawi, dan bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh.

Untuk mereka ini, tugas utama adalah memastikan orang mereka, ini termasuk ketua Wanita dan Pemuda berpeluang bertanding di sebanyak mungkin kerusi pada PRU 13 nanti. Mereka yang mempunyai penyokong teramai menjadi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri akan menjadi yang paling dominan dalam Umno.

Ini sangat penting walaupun sekiranya Pakatan BN kalah di peringkat Kerajaan Persekutuan kerana parti itu mempunyai kepentingan yang banyak dalam ekuiti dan aset yang berjumlah berbillion ringgit. Ini sahaja mampu menjadikan Umno pulangan terbaik di negara.

Masa depan UMNO

Secara politiknya, imej Umno sememangnya sudah teruk dan orang Umno sekarang tidak berani menyatakan secara terang-terangan bahawa mereka adalah ahli Umno. Tidak seperti zaman dulu, menjadi ahli Umno adalah suatu yang dibanggakan dan akan memberikan penghormatan kepada ahli nya. Sekarang, ahli Umno boleh bersyukur sekiranya tidak ditikam dengan telur busuk dan setakat mendapat “boo” daripada orang lain.

Tetapi, penjenamaan semula parti politik itu adalah sesuatu yang tidak mustahil. Umno dan BN akan berhadapan dengan masa yang sukar dalam PRU 13 dan mereka mungkin juga akan kalah. Tetapi, mereka masih ada PRU 14 untuk memenangi hati rakyat yang telah mereka perintah selama 5 dekad.

Pemikir dalam Umno menyedari hakikat ini. Dan inilah sebabnya walaupun Umno diambang kejatuhan mereka masih lagi berebut untuk menguasai Umno dan pertelingkahan ini akan menjadi begitu sengit dalam sejarah Umno.

Untuk pemain yang diluar kumpulan elit yang dikawal Najib, Mahathir dan Badawi, PRU 13 dan pemilihan Umno 2012 memberikan mereka peluang terbesar untuk mereka masuk ke kumpulan yang elit dan mendapatkan faedah sendiri.

Pertelingkahan dalaman yang sentiasa berlaku dalam Umno ini sekarang semakin jelas semejak beberapa bulan lalu. Ia telah menjadi semakin dashyat dan akan meletup tidak lama lagi.

Johor

Ada cakap-cakap bahawa Najib akan meletakkan ramai penyokong beliau di negeri itu dalam usaha untuk meminggirkan Muhyiddin yang sedang berusaha keras mendapatkan sokongan di sana. Walaupun beliau berasal dari Johor, Muhyiddin tidak begitu popular di sana.

Khabar angin semakin kencang mengatakan bahawa Najib sedang merancang untuk meletakkan MB Johor, Abdul Ghani Othman di kerusi Parlimen di sana untuk memberi laluan kepada Menteri Pengajian Tinggi Mohamed Khaled Nordin untuk mengambil alih.

Walaubagaimanapun, ada lagi calon berpotensi yang merupakan orang Najib yang boleh menggantikan Abdul Ghani seperti Ahli Parlimen Pulai Nur Jazlan Mohamad dan timbalan menteri pertahanan, Abdul Latiff Ahmad.
Abdul Ghani sudah pun mentadbir sejak 1995. Beliau diletakkan di sana oleh Mahathir yang telah pun membina hubungan baik dengan Sultan Johor.

Walaubagaimanapun, seperti yang dilaporkan akhbar Cina, beliau telah hilang kepercayaan daripada Umno.

Persoalannya, siapa yang tidak lagi suka pada Ghani? Sekiranya hanya Najib yang semakin hilang kuasa itu, Ghani mungkin tidak mahu buang masa untuk menjawab.

Beliau mungkin akan terus berpaut kerana masih mendapat sokongan dari Istana dan kumpulan-kumpulan yang tidak nampak dalam parti.

Sekiranya Ghani memilih untuk terus di Johor, satu pertelingkahan hangat akan berlaku. Bukan sahaja Najib akan dicabar Muhyiddin, yang juga merupakan ketua bahagian Pagoh tetapi juga daripada Ghani yang merupakan bekas pensyarah universiti yang agak baik perwatakannya yang berkemungkinan mahu kekal di Johor dan juga mengekalkan kuasa beliau.

Kekecohan di Kedah

Tidak lama dahulu, Najib telah membuat keputusan untuk menggantikan orang yang dipercayainya Shafie Afdal, ketua penghubung Umno Kedah. Beliau telah melantik Ahmab Bashah Md Hanapiah sebagai ketua Umno dengan Mukhriz Mahathir anak bongsu bekas PM sebagai timbalannya.

Tiga hari kemudian, Mukhriz memberitahu sidang akhbar bahawa sudah ada semangat dalam kepimpinan Umno di negeri itu dan ahli diminta mengenepikan isu remeh temeh demi mengukuhkan parti dan mengembalikan negeri itu kepada Umno. Kedah sedang ditadbir oleh Pakatan Rakyat dan dengan kata-kata kuat daripada Mukhriz itu, beliau telahpun menyinar daripada Ahmab Bashah.

Pada Ogos lepas, ketua bahagian Umno Padang Serai Abdul Rahman Mahamud telah diminta untuk melepaskan jawatannya dengan nasihat kepimpinan tertinggi Umno. Menurut ketua Umno Kedah Ahmad Bashah, Abdul Rahman akan kekal sebagai koordinator untuk Merbau Pulas.

Ahmad Bashah tidak mengulas lanjut mengapa Abdul Rahman diminta untuk melepaskan jawatan. “Beliau tidak dikorbankan dan parti amat berterima kasih kepada beliau terhadap dedikasi dan sumbangan beliau terhadap parti selama ini” beliau memberitahu Bernama selepas majlis berbuka puasa di Masjid Sungai Karangan.

Tidak diketepikan? Ahmad Bashah mungkin cuba menyembunyikan sesuatu. Hakikatnya, semua orang-orang Najib diketepikan di Kedah dan cuba teka oleh siapa?

Ya, sememangnya Kedah adalah tanah tumpah Mahathir Mohamad yang telah mentadbir negara selama 22 tahun. Anak-anak beliau sekarang sudah menjadi antara orang terkaya di dunia.
Pada awal Oktober di Jitra, Mahathir menyeru ahli Umno untuk kembali kepada perjuangan asal parti. Mahathir bukannya bersederhana, malah beliau sedang membuat seruan biasa beliau kepada orang Melayu untuk jadi bijak “demi agama, bangsa dan negara” dan jadilah yang mementingkan diri untuk menang PRU 13.

“Sebelum ini, ahli Umno berkorban apa sahaja termasuk menggadai barang kemas mereka untuk membantu parti tetapi sekarang, jawatan mereka membolehkan mereka mendapat kontrak dan memberikan mereka peluang jadi calon.

Secara amnya, jika pilihan raya diadakan sekarang, Umno mungkin akan kalah teruk kerana sokongan dan semangat sudah hilang.” Amaran Mahathir.

Tetapi orang Najib dan Badawi membidasnya mengatakan Mahathir hanyalah melakukakan itu untuk kepentingan diri “seperti biasa”. Sememangnya perpaduan antara Ahmad Bashah dan Mukhriz itu lakonan semata.

Penghinaan terakhir untuk orang-orang Najib adalah pada akhir Oktober di mana mereka telah diberitahu bahawa mereka harus “berkorban” untuk orang lain. Ahmad Bashah berkata bahawa beliau akan akur dengan keputusan yang dibuat pengerusi BN iaitu Najib berkaitan penentuan kerusi untuk semua komponen BN di negeri itu.

Agak menarik juga untuk dilihat bahawa baru-baru ini ketua Umno Pokok Sena, Ahmad Lebai Sudin telah mengumumkan kemungkinan Mukhriz atau Jamil Khir Baharum untuk dilantik menjadi MB Kedah selepas PRU 13 – semestinya ini bergantung kepada kejayaan Umno merampas semula Kedah daripada Pakatan Rakyat.

Di sebelah yang menerima perkara itu, berapa lama agaknya Ahmad Bashah dan penyokong beliau akan kekal setia pada Umno? Walaubagaimana sekalipun kita lihat perkara ini, dalam keterdesakan mereka untuk mendapatkan bahagian mereka dan mendapatkan semula Kedah, golongan elit Umno sebenarnya telah menimbulkan kekacauan dalam parti.

Yang harus dipersalahkan adalah Najib. Inilah masalah Najib PM yang berusia 58 tahun itu. Beliau mungkin yang paling lemah daripada 6 PM sebelum ini. Beliau mahu menentang Mahathir tetapi beliau tidak berani melakukan secara terang-terangan. Inilah sebabnya beliau melantik Ahmad Bashah sebagai ketua Umno dan Mukhriz sebagai timbalan untuk memuaskan Mahathir.

Keadaan ini tidak mungkin akan memenagi Kedah untuk Najib dan orang kuat Umno kedah yang sudah jemu. Mereka ramai yang membenci Mahathir dan berkemungkinan akan bangkit menentang secara sendiri.



sumber
Photobucket

Hebat Sangatkah Papa Gomo Sampai Dibenarkan Naik Scorpene?

on



Hari ini Gomo tampil menjawap KRONOLOGI bagaimana Papa Gomo menaiki Kapal Selam Scorpene yang dinamakan KD Tun Razak pada Jumaat lalu di Pulau Langkawi.

Umum mengetahui Kapal Selam Scorpene yang dinamakan KD Tun Razak telah dilabuhkan di LIMA Langkawi bagi tujuan pameran kepada orang ramai. Malah banyak Kapal Kapal dan alatan ketenteraan dipamerkan bagi memberi pengetahuan dan pemahaman kepada rakyat khusunya mereka yang menghadiri LIMA 2011 tempoh hari.

Kapal Selam Scorpene sepatutnya membawa Lim Guan Eng pada hari Sabtu namun Guan Eng yang mengada ngada meminta agar beliau dibawa menyelam pada hari Jumaat dan atas kerana karenah Guan Eng itu maka pihak TLDM terpaksa merelalisasikan apa yang diminta Guan Eng.


Gomo memang tidak mengetahui akan Kapal Selam Scorpene yang akan membawa Guan Eng pada hari Gomo sampai di Pulau Langkawi. Disebelah malam sewaktu majlis NAVY Night baru lah Gomo difahamkan yang pada Jumaat Kapal Selam Scorpene akan membawa Lim Guan Eng,Mansor dan Ramasamy dari pembangkang untuk menyelam bagi membuktikan akan keupayaan Kapal Selam Scorpene dan mematikan Fitnah mereka sebelum ini.

Petugas media yang mengikuti pelayaran dan selaman KD Tun Razak pula difahamkan Dua orang dari TV3, seorang dari BERNAMA dan seorang lagi dari Media Baru. Siapa dari Media baru itu? Ini penjelasannya.....

Wakil Blogger yang sepatutnya belayar dan menyelam pada hari Jumaat itu adalah Blogger Big Dog. Namun demikian masaalah utama ialah Big DOg berbadan besar iaitu lebih mudah jika kita katakan beliau adalah jenis kegemukan melampau.

Pihak TLDM bimbang jika terdapat sebarang masaalah dalam misi pelayaran dan selaman pada keesokkan hari kerana ruang dalaman KD Tun Razak yang sempit serta pintu utama yang kecil menyukarkan pihak TLDM dalam mengeluarkan Big Dog jika berlaku sebarang pekara yang tidak diingini.

Gomo waktu itu menawarkan diri untuk turut sama dalam pelayaran KD Tun Razak atas alasan wartawan TV3 dan juga Bernama tidak mampu melihat kunjungan Lim Guan Eng ke dalam Kapal Selam Scorpene dari angel Politik. Gomo menjelaskan kepada pihak TLDM bahawa dengan kehadiran Gomo didalam Kapal Selam Scorpene sedikit sebanyak Gomo dapat membantu TLDM dalam menyampaikan kebenaran buat rakyat Malaysia dan menafikan fitnah pakatan pembangkang terutama dari DAP sebelum ini.

Keputusan malam Khamis belum dicapai yang mana Gomo tidak lagi mengetahui sama ada dibenarkan ataupun tidak untuk turut sama dalam misi tersebut. Pada jam 1am Jumaat Gomo terima panggilan talifon dari Kapten yang menguruskan LIMA 2011 untuk Gomo bersedia di pelabuhan dengan memakai kasut Sport, Jeans dan juga T Shirt. Waktu yang perlu Gomo ada di Pelabuhan adalah jam 8.30 Pagi dan jika terlambat tidak ada peluang untuk Gomo menyertai misi Scorpene.

Terima kasih kepada rakan dari Langkawi Sameer Khan kerana meminjamkan kasut Sport nya yang bersaiz 8 1/2 walaupun Kaki Gomo bersaiz 9.

Jumaat itu Gomo telah sampai di Pelabuhan jam 8.30 pagi dan bersama sama dengan Gomo adalah para wartawan yang turut sama dalam misi selaman Scorpene dan juga para wartawan yang akan menaiki KD Hang Jebat bagi membuat liputan.

Gomo yang mewakili Media Baru yang juga satu satunya Blogger mengambil tempat dalam Kapal Selam Scorpene yang mana turut sama adalah wartawan TV3 dan juga dari Bernama. Tidak ada orang awam selain dari kami dalam Scorpene sewaktu belayar menuju ke laut dalam dalam misi membuat selaman.

Sepanjang 5 jam pelayaran bermacam macam penerangan dan demo yang ditunjukkan oleh anak anak Kapal KD Tun Razak yang diketuai Komander Baha. Banyak maklumat yang Gomo bersama para wartawan lain perolehi yang mana ada yang menjadi Rahsia diantara kami dan juga yang mampu dikongsikan bersama pembaca sepertimana yang Gomo keluarkan didalam artikel artikel sebelum ini.

Kehadiran Gomo didalam KD Tun Razak adalah RAHSIA sama sekali kerana Gomo tidak ingin Lim Guan Eng dan juga pembangkang mengetahui bahawa Blogger Papa Gomo turut berada didalam Kapal Selam Scorpene. Malah boleh Gomo katakan Menteri Zahid Hamidijuga tidak mengetahui akan kehadiran Gomo didalam Scorpene kerana yang memberikan kebenaran buat Gomo adalah pihak TLDM sendiri dan bukan Zahid Hamidi. Rakan rakan Blogger pro Kerajaan juga tidak Gomo maklumkan kerana apa yang Gomo lakukan adalahMisi Sulit yang mana amat penting sama sekali.

Setelah belayar 5 jam maka KD Tun Razak berhenti kira kira 50 batu dari pelabuhan untuk menanti ketibaan Lim Guan Eng, Mansor dan juga Ramasamy naik ke dalam Scorpene. Gomo waktu itu duduk didalam bilik rehat kerana tidak mahu keluar mengambil gambar akan Guan Eng dan yang lain turun dari pintu masuk Scorpene. Gomo menunggu Scorpene melakukan selaman kerana pada waktu itu barulah aksi Jakun Guan Eng dan 2 yang lain menjadi bukti kepada rakyat Malaysia.

Sebaik sahaja Guan Eng masuk ke dalam dek utama Gomo dengar Kapten Bahar memanggil "Blogger Move" sebanyak tiga kali perkataan itu disebut dan Gomo tampa berlengah dan bertanyakaan soalan terus mencapai Camera dan Bag untuk keluar dari Scorpene. Wartawan Bernama dan juga TV3 terpinga pinga apabila melihat Gomo diarahkan keluar dari Scorpene.

Kapten Bahar sempat mengucapkan terima kasih kepada Gomo sewaktu Gomo turun dari tangga Scorpene dan kemudianya Gomo menaiki Boat menuju ke KD Hang Jebat dimana para wartawan ditempatkan.

Sebaik sahaja sampai di KD Jebat Gomo yang sebenarnya masih terpinga pinga kerana diarahkan keluar telah didatangi oleh seorang pegawai TLDM yang menyatakan " Sabar Papa, arahan datang mengejut so kami terpaksa keluarkan awak." Gomo yang pada waktu itu agak murung kerana tidak menjangka akan dihalau dari KD Tun Razak hanya mengganguk sahaja dan menyatakan " Tidak mengapa kerana sudah belayar 5 jam atas KD Tun Razak".

Pegawai tersebut kemudiannya memberitahu Gomo bahawa Blogger Big Dog berada diatas KD Lekiu yang mana Big Dog datang bersama sama Guan Eng dalam satu Helikopter yang sama.

Namun demikian Gomo tetap tenang, dan apabila selesai selaman yang dibuat KD Tun Razak, KD Jebat belayar pulang ke Pelabuhan. Ketika menghampiri pelabuhan barulah Line talifon berfungsi dan pada waktu itu Gomo perolehi mesej dari seorang yang menyatakan:

"Lim Guan Eng enggan menaiki KD Tun Razak jika Papa Gomo tidak dikeluarkan"

Dalam hal ini maka jelaslah kepada Papa Gomo bahawa seseorang telah MEMBOCORKANkehadiran Papa Gomo didalam Kapal Selam Scorpene kepada Lim Guan Eng sehingga memaksa Lim Guan Eng cuba menggugut untuk tidak naik Kapal Selam Scorpene jika Papa Gomo tidak dikeluarkan.
Sekarang ini pembangkang memainkan isu bagaimana Gomo dapat menaiki Kapal Selam Scorpene. Mereka sebenarnya nak menutup malu bahawa Guan Eng Takut pada Papa Gomo. Pembangkang tahu jika Papa Gomo bersama sama Guan Eng dalam Scorpene maka banyaklah tamparan yang mereka akan perolehi dalam membuktikan betapa Ghairah dan Jakun nya Ketua Menteri Pulau Pinang didalam KD Tun Razak.

Tidak ada salah untuk Gomo menaiki Kapal Selam Scorpene kerana turut sama dengan Gomo adalah wartawan TV3 dan juga Bernama. Tugas kami adalah membuat liputan untuk disampaikan kepada rakyat Malaysia. Harus diingat LIMA 2011 adalah pameran kepada rakyat dan Kapal Selam Scorpene juga adalah untuk pameran dan bukannya latihan Ketenteraan pada hari itu.

Pembangkang mempertikaikan kehadiran Papa Gomo dalam Scorpene, kenapa tidak pertikai juga Dua orang Wartawan TV3 dan juga seorang wartawan Bernama? Kerana Papa Gomo Blogger yang ditakuti Pembangkang maka serangan mesti dilakukan ke atas Papa Gomo?

Isu utama yang dimainkan Blogger pro Kerajaan BN pula ialah Gomo tidak sepatutnya menaiki Kapal Selam Scorpene. Tetapi sedikit pun mereka tidak pertikai apaKEISTIMEWAAN Big Dog yang dapat menaiki HELIKOPTER SUPERLINKS bersama sama dengan Lim Guan Eng.
Biasalah dalam hidup ini banyak musuh sama ada diluar ataupun dari dalam. Dalam misi Kapal Selam Scorpene ini Papa Gomo sebenanrya telah dianiaya oleh Blogger yang kononya pro Kerajaan tetapi sebaliknya menyalurkan maklumat kepada Guan Eng yang Gomo didalam Scorpene.

Sakit hati itu memang ada, perasaan Ralat tidak dapat menyelam juga ada tetapi ini adalah lumrah dalam tugas yang Gomo ceburi dan juga amanah yang Gomo pikul. Orang boleh bercakap apa yang mereka ingin katakan tetapi untuk melakukan apa yang Papa Gomo buat amat susah sama sekali. Rakan Blogger dari pro Kerajaan yang lama kenal dan tahu siapa Papa Gomo. tahu bagaimana KERING nya Hati Papa Gomo ini. Takut tidak pernah muncul sama sekali. Amanah dan tanggungjawap tak pernah Gomo abaikan.
Gomo mengucapkan Terima Kasih kepada pihak TLDM kerana memberi peluang untuk Papa Gomo belayar dalam KD Tun Razak. Sempatlah juga Gomo lelap mata 30 minit dalam kapal tu...he he he. Tak lupa juga Gomo dapat jumpa seorang Kru Kapal yang berasal dari tempat Gomo iaitu Kg Pasir JB dan juga senior diwaktu sekolah dulu yang juga Kru KD Tun Razak.

Apa pun Musuh Dari Dalam Lebih Merbahaya dari luar..... Terima Kasih Blogger Big Dog atas Pengkhianatan yang anda lakukan dalam menjadi Mulut Tempayan kepada Lim Guan Eng.

Psssttt.... Tidak ada yang lebih merbahaya dari musuh dalam pasukan sendiri.....

sumber
Photobucket

Kamu boleh hina Anwar di Malaysia, tidak di dunia...!

on




TEMERLOH, 17 Dis: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim(gambar) mahu rakyat terus bangun dan berani melakukan perubahan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang tanpa memperhitungnya dirinya ke penjara atau tidak selepas keputusan kesnya.

Ketua pembangkang di parlimen itu berkata, perubahan kerajaan itu sangat penting demi survival kehidupan rakyat yang lebih baik apabila Pakatan Rakyat (PR) diberi amanah berkuasa terutama bagi menangani masalah yang sedang mencengkam hidup rakyat pada masa ini.

“Kita memberi jaminan sebaik saja PR menang, dalam tempoh 24 jam harga minyak akan turunkan, kadar elektrik juga diturunkan kerana selama ini harga tinggi dua sumber tenaga ini menyebabkan melambungnya harga barang.

“Gaji minima kakitangan kerajaan dan swasta akan ditetapkan sebanyak RM1,100 dan kita lihat kerajaan yang ada tidka berani menetapkan gaji minima,” katanya ketika berucap dalam majlis Minum & Sembang Petang Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Shakira Cafe, Batu 1, dekat sini petang semalam.

Lebih 500 hadir mendengar ucapannya yang singgah dalam perjalanan untuk berceramah di Kuantan.

Anwar berkata, kerajaan PR akan memecahkan monopoli kroni untuk mengembalikan hak rakyat seperti kilang gula dan permit teksi.

“Dulu apabila Robert Kuok memegang konsesi gula, bahan itu tidak ketara sangat naik tetapi apabila diserah kepada kroni Umno, gula sampai empat kali naik.

“Kita tengok pemandu teksi berhempas pulas mencari rezeki, tetapi sesetengah Ketua Umno bahagian ada beratus-ratus permit teksi. Jadi salah guna kuasa dan kronisme yang telah berakar umbi seperti inilah yang akan kita ubah,” katanya.

Anwar berkata, perkara seperti ini kadang-kadang gagal dilihat oleh orang Melayu di kampung-kampung apabila propaganda Umno setiap hari dimainkan kononnya Cina memonopoli kekayaan dalam negara.

“Kenapa disalahkan Cina? Wakil rakyat Melayu, pegawai daerah Melayu, Menteri Besar Melayu. Jadi kenapa orang Melayu semakin miskin?

“Negeri Pahang ini sendiri kaya, tengok balak dah hampir 50 tahun terus dikeluarkan. tetapi kenapa kekayaan itu tidak melimpah kepada rakyat?” soalnya.

Mengenai kesnya yang akan diputuskan pada 9 Januari nanti, beliau yakin akan dibebaskan jika tanpa campur tangan politik.

“Sembilan haribulan depan saya akan dijatuh hukum. Tetapi sudah ada dua jemputan menanti  iaitu cucu pejuang India Mahatma Gandhi, Raj Mohan iaitu pelawa datang ke Bombay dari 9 hingga 11 Januari untuk lancarkan kempen besar-besaran menentang rasuah di India.

“Pada 12 haribulan Januari pula saya dijemput berucap di pejabat Perdana Menteri Turki Recep Erdogan di Istanbul. Jadi kamu boleh hina Anwar di Malaysia tetapi tidak di mata dunia,” katanya merujuk kepada Umno.
  HD

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List