Penyamun Terlepas

on Feb 1, 2012



Pengerusi eksekutif Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), Datuk Mohamad Salleh Ismail menafikan dakwaan bahawa beliau meminta ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail merasuah polis berhubung siasatan salah guna pinjaman mudah kerajaan oleh syarikat projek penternakan lembu itu.

Salleh, dalam laporan New Straits Times hari ini, berkata syarikat itu tidak perlu merasuah polis yang disifatkannya sebagai adil dalam siasatan mereka.

"Kami tidak ada masalah untuk menjawab soalan-soalan mereka ataupun untuk bekerjasama dengan mereka dalam siasatan, (jadi) kita tidak mempunyai sebab untuk merasuah mereka," kata beliau dipetik akhbar berkaitan Umno itu.

Semalam, PKR mendedahkan bahawa laporan polis yang dibuat oleh Shamsubahrin mendakwa Salleh memaksanya untuk merasuah polis supaya skandal NFC ditutup apabila beliau dilantik sebagai penasihat korporat dan perunding.

Bagaimanapun, Salleh berkata Shamsubahrin hanya diupah untuk berurusan dengan pihak media.

"Kami hadapi tuduhan dalam akhbar dan ‘serangan’ dari pembangkang. Untuk sebab itu bahawa Shamsubahrin telah diupah," katanya kepada akhbar berkenaan lagi.

Shamsubahrin didakwa pada 30 Dis tahun lalu dengan menipu Salleh sebanyak RM2 juta dalam yuran perundingan. Beliau ditangkap semula selepas diikat jamin pada 19 Jan lalu dan dikenakan dua lagi tuduhan menipu tambahan Jumaat lalu.

NONE

Beliau kini merengkuk di penjara Sungai Buloh setelah tidak dibenarkan diikat jamin oleh polis.

Salleh tegas mendakwa bahawa Shamsubahrin telah menipunya serta menafikan bahawa ahli perniagaan itu dijadikan kambing hitam.

"Beliau tawarkan perkhidmatan beliau, dan kemudian menuntut bayaran dibuat dahulu walaupun belum melaksanakan sebarang tugas kerana perjanjian pelantikan beliau belum disediakan," kata Salleh dalam laporan itu.

"Perjanjian perkhidmatan Shamsubahrin disediakan oleh kakitangan NFC tetapi beliau ditangkap sebelum boleh ditandatanganinya. Jika Shamsubahrin adalah kambing hitam, mengapa dia sentiasa menghantar bil dan menuntut kita membayarnya?"

Sambil berkeras bahawa Shamsubahrin berbohong, Salleh berkata beliau mempunyai SMS untuk membuktikan bahawa ahli perniagaan itu mengenakan tekanan terhadapnya bagi menuntut pembayaran.-mkini


Polis mesti siasat dakwaan Shamsubahrin


KUALA LUMPUR, 31 Jan: Polis bertanggungjawab menjelaskan adakah siasatan dibuat terhadap dakwaan bahawa pengerusi eksekutif Fidlot Nasional Corp (NFCorp) Datuk Mohamed Salleh Ismail cuba merasuah pihaknya, kata Datuk Mahfuz Omar.


                  Shamsubahrin semasa dibawa ke mahkamah untuk didakwa

Semalam, ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail, yang dituduh menipu Salleh, mendakwa bahawa suami Ketua Wanita Umno itu memaksa beliau merasuah polis bagi menutup skandal syarikat berkenaan.

"Setakat ini, Shamsubahrin hanya didakwa menipu Salleh dan tidak ada pun sebarang dakwaan mengenai percubaan merasuah polis," kata Mahfuz.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, bukan Shamsubahrin sahaja yang mendakwa sedemikian, malah Ahli Lembaga Penasihat SPRM, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas juga mendedahkan perkara yang sama melalui perkongsian emel bekas pelajar-pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCOBA).

Dalam emel berkenaan Megat Najmuddin menyatakan beliau bertemu dengan seorang peguam mewakili Salleh, ketika satu makan malam, 22 Disember lalu. Peguam berkenaan, kata Megat, memberitahu tentang perihal Salleh sebagai ‘kaki penipu’, ‘bermulut manis’ dan memberikan wang supaya Shamsubahrin, mempengaruhi polis dalam siasatan.

Megat Najmuddin kemudiannya mengesahkan memang beliau yang menulis emel tersebut.

Mahfuz juga mempersoalkan mengapa polis mengambil masa yang luar biasa lama untuk menyiasat percubaan untuk merasuah pihaknya "sedangkan yang hendak dirasuah itu adalah polis sendiri".

"Adakah terlalu sukar dan memakan masa, tenaga dan belanja yang banyak untuk menemui Shamsubahrin dan Megat Najmuddin mengenai perkara itu?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan.

Beliau berharap polis bertindak segera terhadap tuduhan itu untuk memastikan pihak polis tidak dituduh cuba menyembunyikan sesuatu dan cuba melindungi keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

"Sebelum ini, rakyat sudah merasa sangat curiga apabila Timbalan Ketua Polis Negara (Datuk Seri Khalid Abu Bakar) mendahului keputusan siasatan lengkap dan mendakwa tiada unsur pecah amanah dalam syarikat milik keluarga (Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) itu," kata Mahfuz.

Beliau juga mempersoalkan mengapa tidak ada mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat adakah dana RM250 juta yang diberikan kepada NFCorp diberikan mengikut peraturan kewangan kerajaan.

"Mengapa pihak kerajaan diam membisu mengenai perkara itu sedangkan sudah berkali-kali dipersoalkan adakah peraturan kewangan kerajaan dipatuhi ketika RM250 juta itu diberikan kepada syarikat keluarga Shahrizat," katanya.

Begitu juga, kata Mahfuz, tidak pernah kedengaran perkembangan siasatan polis atau mana-mana pihak menyiasat pendedahan mengenai pembelian unit kondominium di Bangsar dan Singapura masing-masing berharga RM13.8 juta dan RM9.9 juta dan kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 serta dua bidang tanah bernilai RM3,363,507 di Putrajaya.

"Adakah disiasat dakwaan mengenai penggunaan wang NFCorp yang dikatakan membiayai percutian keluarga Ketua Wanita Umno itu di luar negara, selain disalurkan kepada restoran-restoran mewah yang juga milik keluarga Shahrizat.

"Tidak pernah juga kita dengar perkembangan siasatan ke atas dakwaan penggunaan sehingga RM600,000 dari dana yang diperuntukkan untuk projek lembu NFCorp bagi membayar hutang kad kredit pada tahun 2009", kata Mahfuz lagi.-harakahdaily



http://mafiaboss2u.blogspot.com

Photobucket

ANWAR BAIK KAU JAGA MULUT KAU TU...!

on Jan 31, 2012



Kadangkala naik sakit kepala juga dengan para pemimpin Pakatan Rakyat ini. Kita sebagai blogger bermati-matian cuba menaikkan imej serta kelebihan pimpinan serta parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Apa saja fitnah yang dilemparkan oleh blogger pro UMNO-BN cuba rekaciptakan, kita semua bekerja keras menafikan. Bukan penafian kosong tapi berlandaskan fakta.

Tapi, apa yang penulis rasa kecewa dengan sikap pimpinan Pakatan Rakyat terutama Dato Seri Anwar Ibrahim seolah-olah tidak belajar dari pengalaman lalu. Beliau perlu ingat, setiap hari beliau diekori musuh sama ada nyata mahupun tersembunyi. Apa saja gerak-geri serta riak badannya menjadi tatapan para musuh. Sebab itulah Anwar perlu jadikan pengalaman lalu sebagai benda yang paling beharga. Anwar pernah rapat dengan Ezam, tapi mana dia sekarang? Ezam pernah ambil Saiful bekerja, ikut sana sini, tapi mana Saiful sekarang?

Anwar kena ingat apa sahaja perbuatan serta ucapan beliau sama ada menerusi ceramah mahupun kenyataan akhbar menerusi akhbar luar negara, sentiasa diawasi. Hati-hati beri kenyataan. Walaupun kenyataan itu tak betul dan diputar belitkan, Anwar kena ingat, musuh utamanya di Malaysia akan putar belit kenyataannya itu menerusi akhbar, radio dan TV.

Walaupun Anwar cuba menafikan tapi berapa kerat sangatkah orang yang akan dapat maklumatnya? Sedang pihak musuh sudah berjaya meracuni pemikiran rakyat menerusi TV dan akhbar dan tersebar begitu meluas di kalangan orang-orang kampung. Mereka ini sangat percayakan TV dan Akhbar.

Kadang-kadang penulis sendiri naik muak dengan para pimpinan Pakatan Rakyat yang tidak pandai 'jaga mulut'.
Kenyataan terbaru Anwar tentang Israel kini diputar sehebat-hebatnya oleh pihak UMNO-BN yang kononnya Anwar sokong Yahudi Israel walaupun orang yang menuduhnya lebih Yahudi dari Yahudi itu sendiri. Kerjasama Kerajaan Malaysia yang menjadikan Yahudi Israel APCO sebagai penasihat dilupakan terus oleh rakyat Malaysia. Kini mereka nampak hanya Anwar saja yang jahat.

Lihat sahaja kenyataan bekas PM Dr Mahathir ini, seolah-olah dia tak pernah punyai sebarang hubungan dengan Yahudi Israel . Sedangkan jelas bukti dari surat Mahathir yang mempunyai hubungan akrab dengan Israel. Mahathir ini seperti kata Tengku Razaleigh Hamzah, suka menyalahkan orang bagi menutupi kesalahan beliau sendiri.

Kini, kesempatan tersebut beliau gunakan sebaik-baiknya bagi menghentam musuh nombor satunya iaitu Anwar Ibrahim.
Maka, sehari dua ini, para blogger Pro Pakatan mendapat 'tugasan' baru nampaknya. Terpaksa pertahankan Anwar semula. Dan orang yang paling tunggu-tunggu nak hentam Anwar sekarang tak lain dan tak bukan , Pejuang Akidah, Dr Hasan Ali....!!!


ceduk dari  :- http://pejuang-rakyat.blogspot.com


Photobucket

Bila Menteri Besar Berasa Besar

on Jan 28, 2012




"Buku Jingga bukan al-Quran” yang harus dipatuhi sepanjang masa.
“Ada perkara boleh laksana dan ada perkara yang tidak boleh...kena lihat pada keadaan,”

“Sekarang nak suruh saya buat macam Umno pula, semua perkara di bawah urusan KUIN...saya tidak campur tangan, biar pihak pengurusan dan pentadbiran yang buat,”


“Kalau Pakatan Rakyat nak ambil tindakan terhadap saya, ambillah...ini urusan universiti, saya tidak campur tangan (dalam soal tindakan tatatertib),” tambahnya.




...............AUKU pun bukan al Quran ....................................

Photobucket

Jawapan Anwar

on



Photobucket

More UMNO Names Linked To ‘Errant’ Lajim

on Jan 27, 2012



KOTA KINABALU: Rumours of Umno strongman Lajim Ukin quitting Umno has gained momentum with more politicians touted to leave with him.
Speculations are rife that aside from Umno’s Bongawan assemblyman, Karim Bujang and former chief minister Osu Sukam, others likely to follow Lajim are Pantai Manis representative Abdul Rahim Ismail, ex-Banggi rep Amir Kahar Mustapha, former Land and Co-operative Development Minister Kasitah Gadam and Upko’s deputy president Wilfred Bumburing.

All are rumoured to be joining Lajim in Sabah People’s Front (SPF), currently an opposition party supportive of Jeffrey Kitingan’s Borneo Agenda.
SPF, which has been linked to Lajim, has already said that Jan 31 is an auspicious date to make an “important announcement”.

Lajim, who is also federal deputy minister of local government and housing, was conspicuously left out from recent Umno and government functions in Beaufort, lending credence to rising rumours.
Word has it that Lajim, who is Beaufort MP, was denied the opportunity of handing out the RM500 government cash vouchers to aid families in his constituency.

“He was not even invited,” alleged one aide who refused to be named.

According to party insiders, Lajim was not amused, and his boys are already drumming up a fight against “those” who would want to see the end of their popular boss.

“Not enough with not inviting, they cancelled (or postponed) a ground-breaking of a mosque in Beaufort planned for this Saturday (Jan 28) where Lajim is scheduled to officiate,” alleged another furious supporter.
Meanwhile one of Bumburing’s men, when approached by FMT yesterday, SMSed that ‘something’ was brewing.


His text reads: “Wait for Upko’s pull-out (from BN)… otherwise SPF with Lajim,”.

SPF readying itself

Lajim caught the attention of many a few weeks ago when rumours of him quitting Umno surfaced. And this culminated with his absence during the recent visit by deputy prime minister, Muhyiddin Yassin.
An explanation by one of his aides that he was in China for medical check-up failed to quash the rumours. In fact, coffee shops and local newspapers have since carried speculative news on it.

Meanwhile roads plying Lajim’s hometown in Klias, Beaufort were littered with flags of SPF, further fueling speculations on the subject.

“Certain Umno politicians are trying to get the district councils to order the taking down of those SPF flags, as they claimed it is not yet election time,” claimed a supporter of the party in Kota Kinabalu.
However, he said, they would not bring down their flags as Umno is also doing the same every time it has functions anywhere.

“Wait for our function lah, we also have rights to display our flags. Wait lah for Jan 31,” said another.
Although Lajim has consciously avoided the press, a small news report carried by a local newspaper yesterday has caused a buzz.

Lajim had reportedly said that Barisan Nasional was not biased or power crazy as alleged by the opposition.
“We are not a government that is greedy and unfair. We share the power fairly and all races have their representatives in the government,” he had reportedly said.

The same report also quoted Lajim as saying that he “hoped the people could properly assess who carries the responsibility honestly without prejudice and who is good at making promises and throwing allegations”.

The report said that Lajim had uttered these words during a walkabout to distribute Chinese New Year greeting cards in Kuala Penyu which meant it was most probably held last week.
Nonetheless, his ‘alleged’ statements has only raised more questions.


FMT


Photobucket

Walau Teruk Dihina, Anwar Teguh Berdiri.

on



Mobilisasi pertama yang pernah dianjurkan dalam perkembangan politik Melayu telah memilih Kuala Lumpur dan SITC sebagai tapak awal untuk merubah strata sosial dan politik Melayu yang sebelumnya berpaksikan kuasa kelas bourgeoisie - feudal.

Di sini pernah tercambah benih awal dan pernah tegak berdiri pohon patriotik-demokrasi yang bertunjang kepentingan rakyat sehinggalah akhirnya dalam lekak-lekuk sejarah ia tercantas dan dilenyapkan bersama lembaran-lembaran sejarah yang dikoyak.

Jika Adam Adli, Safwan serta teman-temannya dari UPSI telah berjaya menjengkuh dan mencapai akar umbi masej perjuangan ini, bermakna mereka sudah bertemu dengan lembaran yang dikoyak itu.  Di sinilah KMM yang terajunya adalah guru, wartawan, siswazah, pelajar SITC, Kolej Pertanian serta sebuah Sekolah Teknik Kuala Lumpur pada ketika itu tertubuh.  Sebaliknya jika mereka masih kabur tentang fakta ini, bermakna mereka hanyalah seperti "berani senduk di belanga yang panas".

Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang tertubuh pada Mei 1937, dipimpin oleh Ibrahim Yaacob, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako), Mustapha Hussain, Ahmad Boestamam, Dr. Burhanudin al-Helmi telah memimpin gerakan sosial pertama merekruit hanya tenaga intelektual Melayu.  Tiada seorang pun bangsawan-aristokrat dipelawa menjadi anggotanya.  Inilah benih reformasi yang pernah tumbuh demi mendukong idealisme politik kelas rakyat tertindas melawan bourgeoisie-feudal; kelas yang hidup mewah di bawah ketiak penjajah.

Akhbar Majlis ketika itu telah dijadikan wadah bagi menyuntik kesedaran kemerdekaan tulen dan perjuangan anti-British.  Selepas perang (1942-1945) susuk-susuk ini jugalah mencetuskan PUTERA dalam satu gabungan bersama AMCJA.   Kita melihat Hartal (1947) telah dilancarkan di seluruh negara telah menjadi tamparan paling hebat kepada Inggeris dan seluruh rakyat menyaksikan mobilisasi paling besar pernah berlaku dalam sejarah.

Peristiwa ini telah menyebabkan British mula menyusun strategi baru mendampingi bangsawan Melayu dan mengasingkan kelas ini dengan rakyat bawahan.   Tidak kurang 400,000 tentera British dari tanah-tanah jajahannya telah dibawa masuk ke Malaya dan selepas itu Darurat pun diistiharkan pada 20 Jun 1948 lalu terjadilah penangkapan beramai-ramai peminpin-peminpin Melayu yang berhaluan kiri.

Mereka dinyahkan ke penjara, didera dan diseksa malah ramai juga dibunuh.  Golongan bangsawan seluruhnya terselamat dan hidup mewah dan diberi berbagai kemudahan termasuk dihantar belajar ke London.

Pada selekoh genting ini UMNO menyambar kemudi dan lembaran sejarah dikoyak agar kabur dan terputus supaya ia tidak dapat dikesan oleh generasi yang mendatang.  Yang terlepas dari tangkapan beramai-ramai ini telah mengambil sikap baru kerana PKMM, API, AWAS dan lain-lain telah diharamkan lalu masuk ke hutan bergerila bersama PKM - termasuk Mat Indera.


Tenaga yang pernah dicetuskan oleh KMM sebenarnya tidak boleh dimusnahkan oleh apa jua kuasa yang bersifat nisbi.  Kini mahasiswa kembali berdiri seperti batang-batang magnet hidup menyemarakkan tenaga menghadapi situasi baru.  Batang-batang magnet hidup ini sudah pasti berupaya bertindak balas mencerna kesedaran baru terhadap hak dan suara mahasiswa yang telah dirampas lebih 40 tahun yang lalu.

Menjelang 24 Februari 1971 ini maka akan genaplah usia AUKU yang ke-41 tahun.   Bermakna sudah 41 satu tahun tenaga kreatif dan minda mahasiswa dirantai.  Setiap pelajar mewakili sebuah keluarga dan sebuah masyarakat tidak kira kecil atau besar.  Bila pandangan dunia kaum mahasiswa dibongsai oleh sebuah pasu yang bernama AUKU bermakna sikap keluarga dan masyarakat yang mereka dampingi juga turut menjadi sangat pasif dan primitif.

PUTERA - AMCJA dan PAKATAN RAKYAT

Perkembangan sejarah ironinya sangat dialektis.  Di atas teori ini masyarakat wujud dan terus berkembang.  Dari gerakan kiri KMM kepada PKMM-PKM dan hinggalah terbentuk PUTERA- AMCJA.  Gerakan-gerakan ini adalah gerakan seluruh rakyat kaum tani - proletariat menentang kuasa penjajah serta kelas bourgeoisie (bangsawan) Melayu UMNO.  Kelas ini sedaya upaya berusaha untuk mempertahankan hegemoni dan struktur kuasa lama di mana kelas bangsawan - feudal adalah kelas berkuasa.  Kononnya hanya mereka sahaja yang tahu mengurus negara.

Pembentukan PUTERA-AMCJA adalah kemuncak perjuangan kemerdekaan berpelembagaan yang telah disanggah dengan kejam oleh British dan UMNO hingga ramai daripada para pejuangnya merengkok di penjara dan dibunuh.  Pembentukan Pakatan Rakyat walaupun belum semasak PUTERA-AMCJA namun ia adalah tenaga raksaksa rakyat yang sedang mara bagi memerdekakan kita semua daripada cengkaman hegemoni bangsawan Melayu yang sangat korup dan kotor itu.

Walaupun Pakatan Rakyat tidak semasak PUTERA-AMCJA namun tenaganya kini  telah berjaya mengembalikan harapan untuk sebuah negara bangsa yang lebih patriotik dan demokratik.  Perubahan daripada sebuah politik yang penuh akta dan ugutan kepada politik harapan untuk seluruh rakyat.

Dunia dikuasai pemberani

Dunia ini sebenarnya hanya boleh dikuasai pemberani... !  Yang takut tidak kira sama ada takut apabila dicabar berdebat, atau takut untuk turun ke mahkamah apabila disapina atau takut pada bini sama sekali tidak sewajarnya dipilih untuk memimpin.  Pemimpin yang boleh disandarkan harapan ialah pemimpin yang berani.  Orang yang berani adalah susuk pemimpin yang bertanggungjawab dan begitu juga sebaliknya.


Selama dua belas tahun rakyat telah menyaksikan bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang yang benar-benar berani.  Tidak ada di dalam dunia ini seorang yang telah dihina begitu buruk tetapi masih boleh bangun.  Penghinaan terhadap Anwar serta keluarganya oleh pemimpin UMNO yang mengaku Islam tidak pernah dilakukan oleh mana-mana regim paling zalim negara di dunia ini.

Tidak ada perbuatan yang lebih keji dari penghinaan yang dirancang oleh pemimpin UMNO terhadap Anwar serta keluarganya sepanjang 12 tahun yang lalu.  Ini hanya kerana Anwar Ibrahim berani menyanggah dan menggugat takhta kuasa kelas bangsawan Melayu UMNO yang menjadi beban kepada rakyat.

Rakyat juga telah menyaksikan dengan mata kepala mereka "sikap melampaui batas" pemimpin-pemimpin UMNO dengan rekayasa mengaibkan seorang pemimpin lain yang menggugat kedudukan mereka.  Rakyat juga menyaksikan tiada ulama’-ulama’ dan Majlis Fatwa yang berani mengajak pemimpin-pemimpin UMNO untuk meneliti ratusan ayat al-Quran yang menyebut Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.

Mereka juga tidak berani dan akan terhumban bersama apabila kuasa mungkar ini terbungkas.  Mereka adalah makluk-makluk jahat yang sentiasa bersekongkol dengan sesiapa sahaja demi sedikit upah yang mereka terima.

Jika Adam Adli  adalah anak-anak kayu yang kini sedang menyangkarkan akar pada bumi dan melonjak untuk tumbuh berdiri tegak maka Anwar Ibrahim adalah sebatang tongkat yang cukup keras dan mampat untuk disandarkan harapan.  Hanya pohon-pohon yang hidup puncak di gunung dan sentiasa dipulas angin menjadi keras dan tumpat.  Semakin keras angin memulas semakin kuat akarnya mencengkam bumi  untuk ia tegak menjadi keras dan tumpat.


Dia sudah diuji.  Dibalun, ditendang dan ditelanjang.  Dihina dicaci dikeji, difitnah dan dipenjara.  Sudah tentu aib yang diterima bukan kepalang untuk mengadap anak-anak, saudara, keluarga, teman-teman dan sahabat di dalam dan di luar negara.    


Kini Anwar Ibrahim  benar-benar untuk rakyat sandarkan harapan.  Mengembalikan semangat juang 1937 yang mendukong kepentingan rakyat.  Solidariti rakyat untuk  Anwar pada 901 menunjukkan bahawa rakyat benar-benar yakin bahawa Anwar akan berjuang membela nasib mereka.

Cengkaman regim bangsawan UMNO sejak 54 tahun lalu yang bergelumang rasuah, menindas dan salah gunakuasa sebenarnya  tidaklah mudah untuk dibungkaskan melainkan kita mempunyai suatu kekuatan yang seimbang dengannya.

Anwar kini sedang memasuki tahap ketiga dalam hayat politiknya, menjadi tongkat untuk rakyat anak semua bangsa menyandarkan harapan dan menyelamatkan negara dari muflis kerana hutang negara kini sudah mencecah RM446.7bilion (Dec 2011)  lebih kurang 54% dari KDNK Malaysia.

Hutang yang tersangat besar ini sudah tentu mempunyai kesan komulatif (cumulative effect) berganda (kerana kadar bunga) dan akan mencecah 1 trillion pada 2019.


Malaysia akan bankrup.  Jika tidak benar unjuran ini maka Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan mengungkapkan "kekalahan UMNO adalah lebih baik untuk Malaysia".  Selamatkanlah negara kita Malaysia!


MerdekaReview


Photobucket

Anwar Gempur Sabak Bernam

on





Walaupun diheboh-hebohkan oleh media pencacai Umno yang PR akan lingkup dalam PRU13 nanti di Selangor.Tapi nilah buktinya yang PR masih masih dihati rakyat selangor.Semakin dekat dengan PRU ni macam-macam tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pencacai Umno yang menggunakan segala kekuatan maksimum bagi merialisasikan Impian depa nak rampas negeri kaya malaysia nie.

Seterusnya akan mengatur rencana bagi merompak kekayaan negeri sikit demi sedikit seperti yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin Umno nie.Inilah impian puak-puak nie,Semalam diadakan satu ceramah PR kawasan kubu Umno yang merupakan satu-satunya Parlimen yang dimenangi oleh Umno iaitu Sabak Bernam.Sambutan alhamdulillah kira Ok la walaupun tak penuh stadium tu tp memang ramai la.

Nasib baik semalam samseng-samseng umno tak mai serang.kalau mai serang jenuh jugak la na lawan sebab depa ni memang kuat nak mampuih...kah,kah,kah..Apa pun tahniah la kepada PR selangor.Insyallah PR akan mengekalkan kemenangan di Selangor nie...


Tengok gambar dibawah nie...






Photobucket

Oiiii Hassan Ali Pergi Jual 'Kismis' Lagi Baik

on



Seminggu lagi Dr Hassan Ali akan menjengah Bukit Antarabangsa dalam Siri Jelajah beliau selepas ditendang keluar dari Pas.Aku pun tak pasti siapa penganjur yang bakal membawa Hassan Ali kesini menjual TEMBERANG dia tapi dengar dengar Perkasa Daerah Hulu Langat terlibat kerana salah seorang penceramah malam tu nanti ialah Roslan Kassim.Apapun tu cuma sosek sosek yang aku dengar hangat diperkatakan masyarakat setempat.

Dengar khabar 'PENGANJUR' yang membawa Zulkifli Nordin tempohari enggan menjadi TUAN RUMAH kepada Hassan Ali kali ini bila diminta oleh YDP Perkasa Hulu Langat.Siapa pula yang setuju nak jadi PAK SANGGUP untuk JELAJAH PENJUAL KISMIS ini kali ini aku kurang pasti.Tapi yang aku tak faham kenapa setiap kali 'ULAT ULAT TAIK' x-PKR atau x-Pas ini dibawa naik kebukit ini 'penganjur sebenar' akan berselindung dibelakang Persatuan Penduduk?


Hari itu khabarnya Umno Ampang bawa Zul Kulim Persatuan Penduduk Bukit Mulia jadi 'pak sanggup',dan aku dengar kali ini KRT Bukit Utama pula akan di keldaikan untuk memberi ruang Hassan Ali menjual 'kismis jampi' dia.Apa nak jadi dengan orang Umno dan NGO 'mesra Umno' ini aku pun tak faham?Macam lah spesis Hassan Ali dan sewaktu dengan nya hebat sangat hingga di kompang seluruh negara.


Apa salahnya biarkan Hassan Ali kembali kepada kerja asalnya sebelum berpolitik iatu cari makan buat kursus motivasi dan jual 'kismis jampi'.


http://aku-tak-peduli.blogspot.com
Photobucket

Kenapa Mamat Ni Marah Sangat Dengan Pak Lah...?

on Jan 26, 2012







Ramai yang baru menjadi pengikut blog ini bertanya kenapa aku MARAH SANGAT dengan Dollah.Penat juga aku nak kena jawap soalan ini dari masa kesemasa walaupun aku dah sarankan supaya melayari ARKIB blog ini dan cari jawapan nya disitu.

Untuk tidak menghampakan mereka yang bertanya tapi tak berapa rajin nak mencari jawapan nya sendiri,maka aku siarkan semula artikel yang pernah aku siarkan pada 4hb Nov 2011.Sebenar SIRI ini yang mengandungi 9 BAHAGIAN aku hentikan setakat Bahagian 5 sahaja.Kalau aku siarkan Bahagian 6 bererti TIADA JALAN PULANG LAGI...TIADA LAGI GEAR REVERSE...DAN TIADA PUSINGAN U LAGI dan semua pihak termasuk aku terpaksa menghadapi segala KEMUNGKINAN yang bakal mendatang.

Jadi kenapa aku IMBAS kembali apa yang pernah aku siarkan jika belum mahu meneruskan siri seterusnya sehingga tamat?Jawapan nya...aku ingin memberi peluang kepada pembaca yang tak faham jalan cerita ini agar dapat mengikutinya dari awal ANDAIKATA siri seterusnya TERPAKSA aku siarkan.

LAGIPUN HARI INI 26HB JANUARI 2012 ADALAH HARIJADI PAK LAH...jadi kepada Pak Lah jangan LUPA tiup lilin sebelum jam 12 tengah malam nanti ya...?


Ini bukan hal POLITIK,ini hal PERSONAL aku dengan Mangkuk Tingkat sebuah ini.Mungkin kepada ramai yang follow siri 'Hadiah Untuk Imam Hadhari' ini rasa siri ini dah berhenti dan tiada penamat nya.Sebenarnya masih banyak lagi,tapi saperti yang pernah aku nyatakan sebelum ini semuanya keranaTIMING dan STRATEGY.Jadi kepada yang belum membaca nya aku siar semula siri siri sebelum ini dan kepada yang mengikutinya anggap ianya sebagai Refresh ingatan anda semua..


Blog Mamat Ni


Photobucket

Pemimpin Cina Dibuli Dalam BN...?

on



Betulkah para pemimpin Cina yang duduk di dalam Barisan Nasional hanya sekadar menjadi Patung Kulit kepada Tok Dalang mereka iaitu Umno. Apakah itu menjadi salah satu sebab kenapa orang Cina mula beralih arah meninggalkan BN dan mula menyokong Pakatan Rakyat. Kerana mereka tidak mahu hanya menjadi orang suruhan Umno dan hilang segala maruah mereka.

Mari kita lihat semula tuduhan Yong Teck Lee dari SAPP Sabah yang memberikan contoh pengalaman apa yang telah dilihatnya berlaku kepada Koh Tsu Koon.


Yong Teck Lee pernah menyaksikan Koh Tsu Koon ditengking dengan tidak sopan dan kasar oleh seorang pegawai kerajaan berbangsa Melayu kerana bercakap dalam Bahasa Mandarin dengan seorang pemimpin lain.
Yong Teck Lee juga pernah menyaksikan Koh Tsu Koon terbongkok-bongkok menyembah Menteri Besar Kedah ketika itu Sanusi Junid agar tidak meneruskan hasrat mahu membina lapangan terbang di Kedah kerana khuatir ia akan bersaing dengan Pulau Pinang. Sanusi dengan selamba menolak Koh ke tepi tanpa perdulikannya dan berlalu di mana Koh terhegeh-hegeh mengejar Sanusi dan terus merayu.
Kalau semua yang telah diceritakan diatas itu benar dan saya rasa macam nak percaya yang ianya benar, kita sepatutnya merasakan kagum dengan kehebatan Umno yang mampu membuli dan meletakkan kedudukan orang Cina di bawah mereka. Dakwaan Umno bahawa mereka selama ini menjaga kepentingan orang Melayu daripada dibolot oleh orang Cina mungkin ada betulnya kerana orang Cina akan sentiasa menjadi Patung Kulit orang Umno.

Dalam cerita pertama di atas, digambarkan seorang pegawai kerajaan Melayu dengan selamba menengking seorang Menteri Besar berbangsa Cina kerana bercakap Mandarin di depan khalayak ramai. Kita semua tahu betapa para pegawai kerajaan Melayu amat setia menjadi kaki ampu para pemimpin Umno atau lebih ringkas lagi ayat popular pencacai Umno.

Daripada cerita di atas kita boleh bentuk Hiraki ketuanan BN sebagai berikut:

ORANG UMNO > PEGAWAI KERAJAAN > ORANG CINA

Maksudnya orang Cina akan mengikut arahan pegawai kerajaan Melayu dan Pegawai Kerajaan Melayu pula akan menurut perintah orang politik Umno. Jesteru itu Yong Teck Lee lebih rela kalah daripada berterusan hilang maruah menjadi balaci Umno yang tidak ada jati diri.


Apakah orang Cina mendapat apa yang mereka mahukan dengan menyokong Pakatan Rakyat dan orang Melayu di dalam Pakatan Rakyat tidak membuli orang Cina sepertimana di dalam BN. Kita mengharapkan bahawa warna kulit tidak menjadi faktor menentukan keadilan.

Semua bangsa berhak sama rata mendapatkan keadilan sebagai seorang manusia bermaruah. Pertolongan wajib disalurkan kepada mereka yang memerlukan buka kepada mereka yang berkulit sawo matang sahaja. Orang yang lapar kita perlu beri makan, orang yang jahil kita berikan pelajaran, tiada rumah kita berikan perlindungan tak kira apa warna kulitnya...itu baru adil.


Maklumat Berkaitan Kat Sini
Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List