Anwar Ibrahim Mengail Di Endau?

on Feb 9, 2012



"Betulkah Anwar Ibrahim akan turun ke Endau pada 19 Februari 2012 nanti? Adakah beliau ingin berehat sambil memancing di sana? Entahlah. Elok juga berehat. Main politik memang penat. Laluan ke Putra Jaya amat sendat.
Berita ini menimbulkan dua reaksi berbeza. Penyokong PR pasti gembira. Mereka tahu Anwar akan ambil ruang menemui rakyat di kawasan Dato’ Zainal Abidin, Exco Agama Kerajaan Johor. Pimpinan UMNOBN tempatan pasti tidak ceria meskipun penyokong BN mungkin tidak ambil pot dengan kehadiran tokoh yang bebas dari tuduhan liwat kedua.

Biarlah Anwar memancing di laut. Laut banyak ikan dan ikan tidak boleh mengundi. Apa kata jika Anwar tidak suka mabuk ‘free’. Tentu dia ingin mengail di Sungai Endau walaupun udangnya payah digagau jika bukan pakar air payau. Lebih baik Anwar terus ke hulu. Selain memancing boleh jumpa Orang Asal. Orang Asal sebelah Endau sana bukan tidak ada isu. Mereka bukan bisu. Ertinya Anwar boleh juga memancing undi di darat.

Anwar tidak perlu bimbang jika aktiviti beliau dirancang lebih awal. Macam-macam beliau boleh buat. Ikan, dapat. Bercakap, dapat. Sokongan rakyat, juga beliau akan dapat. Syaratnya, aktiviti dianjurkan oleh Pakatan Rakyat. PAS Mersing sedang kerja kuat. DAP pula sedang bersemangat. PKR juga ingin terlibat. Mereka ingin lihat kehadiran Anwar berehat benar-benar memberi manfaat kepada semua rakyat.

Sudah pasti Anwar tidak akan hadir sendiri. Barangkali pimpinan PAS dan DAP pusat akan sama-sama menyertai aktiviti ini. Bot nelayan banyak. Tambahan pula ramai nelayan di Endau diam-diam menyokong Pakatan Rakyat..

Penulis percaya, Zainal Abidin payah tidur malam. Sudahlah desas-desus beliau tidak dicalonkan lagi makin kuah, tambah pula cerita Pakatan Rakyat buat aktiviti memancing di laut dan di darat.

Dr Latif juga mungkin rasa hendak demam. Sudahlah bingung memikir bagaimana hendak bertanding di DUN Tenggaroh, tambah pula cerita Anwar hendak menangguk undi tidak kira air jernih atau keruh.

Pihak Polis juga mungkin geram. Tengah sedap duduk diam aman tenteram, Anwar pula datang buat ragam. OCPD resah gelisah. Luluskan permit, susah. UMNOBN khasnya Dr Latif naik darah. Tidak beri permit pun susah. Cikgu Roslan dan Ustaz Azam pula marah. Anggota Polis yang malas buat kerja setuju permit tidak diluluskan sebab menurut khabarnya Anwar akan berceramah di Dewan China yang terletak dalam premis tok kong. Ada pula anggota Polis yang di samping jalankan tugas dapat dengar ceramah Anwar secara ‘life’.

PAS Mersing dan rakan pakatan mesti bijak ambil kesempatan. Ini masa bagus untuk menggerakkan petugas PRU. Kena buat mesyuarat seberapa banyak dan bincang hingga masak. Buat aktiviti sampingan biar gempak.

Jika kena cara dan elok gaya, kehadiran pimpinan Pakatan Rakyat bawa bahagia kepada semua. Para peniaga suka sebab ramai orang. Peminat Anwar bukan hendak buat kacau di Endau. Di antara mereka tentu yang syok makan pau Endau. Sebelum pulang cari oleh-oleh.

Akhir kalam, jangan lupa pelan B. Percayalah, UMNOBN Mersing yang sedang bergolak tidak akan berdiam diri. Jika cincai-cincai sahaja merancang aktiviti, nanti ramai yang tidak puas hati.

Apa kata jika ramai-ramai kita turun ke Endau 19 Februari ini.




Photobucket

Kecut Telor

on






"Tak kira di mana saja, Bakri, Gelang Patah atau Segamat, saya secara ikhlas menjemput Chua Soi Lek bertanding menentang saya di dalam PRU-13." - Chua Jui Meng, Ketua PKR Johor.
http://www.thesundaily.my/news/288488

Apa reaksi Presiden MCA, Chua Soi Lek?

“Sebagai presiden, saya bertekad untuk menjadi contoh kepada ahli dan akan hanya bertanding di kerusi yang orang lain tak mau bertanding atau di kerusi yang tiada calon boleh menang." 
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/2/8/nation/10695998&sec=nation


Soi Lek seharusnya mencontohi bekas Presiden MCA Lee San Choon yang menewaskan orang kuat DAP Chen Man Hin di Seremban pada 1982. Mungkin juga Soi Lek sedang memikirkan menentang Lm Kit Siang di Ipoh Timur ataupun Lim Guan Eng di Pulau Pinang kerana di kerusi kedua-dua pemimpin pembangkang ini "tiada calun boleh menang dan kerusi yang orang lain tak mau bertanding".

Ramai pemimpin Umno tidak takut berhadapan dengan pembangkang. Tun Dr Mahathir Mohamad dua kali ditentang oleh Presiden Pas Yusof Rawa (Dr Mahathir tewas pada 1969 di Kota Setar Selatan) dan sekali di tentang oleh Presiden Hamim Sudin Wahab pada 1990 di Kubang Pasu.

Sebenarnya pemimpin BN mesti berani mengharungi cabaran untuk meniup semangat kepada ahli di akar umbi.

Jangan hanya memikirkan untuk bertanding di kerusi selamat. Kalah menang di dalam pilihanraya perkara biasa.

Pada pilihanraya 1999 ramai pemimpin UMNO tewas, antaranya ialah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad ; Tan Sri Abdul Hamid Othman ; Yusof Noor ; Datuk Dr. Ibrahim Saad ; Datuk Ibrahim Ali; Datuk Idris Jusoh; Datuk Abu Bakar Daud; Datuk Tengku Mansor Mahmud; Datuk Seri Megat Junid Megat Ayub (Parit); Menteri Kewangan Kedua, Datuk Mustapa Mohamed (Jeli) dan ; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Annuar Musa (Peringat).

Ada di antara mereka ini masih aktif dan bernafas semula dalam politik. Oleh itu, tak perlu Soi Lek takut menentang Jui Meng kerana beliau ada lah Presiden parti.

Seorang presiden perlu berani. Presiden yang kecut hanya akan melemahkan semangat parti.




Photobucket

Skandal Pasir Di Selangor

on






Pada 23 Mei 2009, sekitar jam 5 petang, satu mesyuarat telah diadakan diantara Kontraktor Pasir (selepas ini dipanggil KP) dan Mat Suhaimi Shafei di Sunway Hotel di Seberang Perai. Tujuan mesyuarat ini ialah untuk membincangkan pengorekan pasir di Selangor.

Mat Suhaimi meminta KP menyerahkan permohonan untuk mengorek pasir kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd dengan satu salinan kepadanya (Mat Suhaimi). Kumpulan Semesta Sdn bhd merupakan syarikat milik kerajaan Negeri Selangor yang terlibat dalam mengorek dan menjual pasir di Selangor.

Pada 2 Julai 2009, sekitar tengahari, satu mesyuarat dilakukan di pejabat Mat Suhaimi dimana dia mengarahkan KP untuk menyertakan sebuah syarikat bernama Double Dignity (M) Sdn Bhd (No. syarikat 308078W)

Pengarah-pengarah syarikat ini ialah:
1. Adnan Bin Abd Mokhtar (IC number 691119-10-5105)
2. Siti Rosmaliza Binti Meo Rasli (IC number 751115-08-5026)
3. Marzaniyah Binti Arshad (IC number 721127-08-5444)
4. Mat Suhaimi Bin Shafiei (IC number 680227-08-5275)
5. Amirudin Bin Shari (IC number 800208-01-6059)
Elaun Pengarah untuk Mat Suhaimi and Amirudin yang dipersetujui ialah  RM5,000 sebulan.
Pada 18 Januari 2010, Double Dignity (M) Sdn Bhd, menghantar permohonan untuk mengorek pasir di Dengkil (Sepang, Selangor), seluas 45 ekar. (lihat suratnya dibawah)

Satu perkara yang penting ialah kedua-dua Mat Suhaimi dan Amirudin didaftarkan sebagai Pengarah syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd pada hari yang sama, 18 Januari 2010. Ini bukan satu kebetulan. (Lihat borang 49 dari Pendaftar Syarikat dibawah)

Walaubagaimanapun, sebelum itu, mari kita jejaki apa yang berlaku sebelum 18 Januari 2010.
Pada 15 Ogos 2009, sekitar jam 100 malam, Mat Suhaimi menghubungi KP dan meminta RM3,ooo wang tunai untuk tabung kempen. Pada jam 2.30 petang keesokannya, KP menemui Mat Suhaimi dipejabatnya untuk menyerahkan wang tunai tersebut.

Pada sekitar jam 10.30 pagi, 25 Ogos 2009, KP menyerahkan RM2,000 wang tunai kepada Mat Suhaimi. Mesyuarat diadakan dibilik 1514, Pearl View Hotel di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Pada 9 September 2009, Mat Suhaimi menghubungi KP dan meminta RM35,000 sebagai “perbelanjaan Ramadhan”. Malam berikutnya, sekitar 11.25 malam, mereka berjumpa di Restoran Nasi Kandar di USJ12 dimana KP menyerahkan kepada Mat Suhaimi wang tersebut.

Jelas disebut bahwa semua wang ini adalah pembayaran untuk membantu Double Dignity (M) Sdn Bhd mendapatkan persetujuan dari Kumpulan Semesta Sdn Bhd atas permohonan untuk mengorek pasir di Selangor. Mat Suhaimi memberitahu KP bahawa mereka perlu membayar orang-orang tertentu didalam Kumpulan Semesta.

Pada 16 September, Mat Suhaimi menghubungi KP dan memberitahunya bahawa dia mahu mengadakan majlis berbukan puasa. Mat Suhaimi meminta KP untuk menganjurkannya, dan sudah tentunya menanggung kos tersebut. Mat Suhaimi juga meminta KP sebanyak RM5,000 sebagai elaun Pengarahnya.

Pada 17 September 2009, satu majlis berbuka puasa diadakan di sebuah Coffehouse di Hotel Legend di Kuala Lumpur. Pada malam yang sama, sekitar jam 8.45 malam, KP membayar kepada Mat Suhaimi dan Amirudin Shari elaun Pengarah sebanyak RM5,000 seorang.

Beberapa hari kemudian, Mat Suhaimi menghubungi KP dan meminta RM10,000 untuk membayar kos “jamuan Hari Raya”. Pada 30 September 2009, KP menemui Mat Suhaimi di Jaya Jusco di Kelang dan menyerahkan wang tersebut.

Pada 5 Januari 2010, Mat Suhaimi menghubungi KP dan meminta RM5,000. Kali ini, jumlah tersebut tidak dibayar secara tunai seperti sebelumnya tetapi dimasukkan terus kedalam akaun syarikat A&L Norash Enterprise (no akaun 100070023904) di Affin bank di Kelang. Transaksi ini dibuat pada 11 Januari 2010. (Lihat dibawah).

Norash Enterprise adalah syarikat yang dimiliki oleh Ashmali bin Osman dan isterinya Norlela binti Ahmad, kawan rapat Mat Suhaimi.

RM10,000 dikeluarkan secara tunai, RM12,500 dibayar kepada Farahsyamsyawati bt Sulaiman (Banker’s cheque: 0070210000117) dan RM27,500 dibayar kepada Smart Renovators Sdn bhd. (chek no 00702100000118) atas arahan Mat Suhaimi.

Berikut adalah perbualan telefon yang dirakamkan diantara Mat Suhaimi (no telefon 019-6185239) dan KP (no telefon 019-3958888) pada 6 Januari 2010.

SC: …itulah…pasal yang YB mintak 50 ribu nak ape…nak pakai 50 ribu boleh takde masalah…dalam minggu depan boleh?
Mat Suhaimi: Dalam minggu depan ye…
SC: Pasal saya nak setelkan akaun sikit…
Mat Suhaimi: Okay…
SC: Lepas tu takde masalah lah…
Mat Suhaimi: okay, okay, okay, hari Isnin boleh?
SC: Hari Isnin boleh…lagi satu YB…say mintak tolong satu…saya di Batang Kali ada tanah…geran…nak keluar pasir…pasir banyak lagi tu…
Mat Suhaimi: Berapa besar tanah tu?
SC: Dia 100 lebih ekar…
Mat Suhaimi: Nanti saya bincang dengan Azmin….tapi kena bayarlah…Azmin sedang collect duit untuk pilehanraya…
SC: ah, okay, okay…nanti kita bincang.
Pada 11 Januari 2010, KP menelefon Mat suhaimi dan perbualan tersebut adalah seperti berikut.
SC: Konfirm ye nombor ini?….Affin Bank ni?…
Mat Suhaimi: Confirm, confirm, confirm…
SC: Ni company…company siapa ni YB?
Mat Suhaimi: Ini….company…yang supply….yang buat event….
SC: okay, okay, okay, okay…confirm ye boleh masuk ye?
Mat Suhaimi: Ya, ya…
SC: Takut lah…nanti tak sampai kepada YB…
Mat Suhaimi: Jangan risau…okay…
SC: Nanti kalau boleh saya contact YB lah…so ini saya masukkan 50 ribu dalam akaun ini…confirm ye…
Mat Suhaimi: ha, okay, okay…yang Amir punya ada dengan Amir…

Dan berita tersebut tiba-tiba meletup. (Lihat laporan Bernama dibawah). Walaubagaimanapun, SPRM seolah-olah tidak dapat melakukan penyiasatan dan selepas dua tahun, kes ini masih lagi “dalam siasatan”. Malaysia Today mempunyai semua bukti, termasuk rakaman perbualan telefon, tetapi SPRM seolah-olah tidak mampu meneruskan siasatan.

Mengapa? Apakah SPRM sudah membuat perjanjian dengan Mat Suhaimi dan Amirudin, seperti yang mereka lakukan terhadap dua ADUN PKR di Perak (Jamaludin dan Osman Jailu) yang mana ditangkap dan kemudian melompat keluar dari PKR untuk mengelak dari dipenjara? (http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/2/1/nation/3172334&sec=nation)

Saya rasa, adalah lebih baik untuk menyimpan dua ADUN ini dan menjadikan mereka Trojan Horse didalam Pakatan Rakyat Selangor. Trojan Horse jauh lebih berharga dari seseorang yang dipenjarakan.

Perkara yang sama juga berlaku di Perak. dan inilah yang menjadi sebab kejatuhan Pakatan di Perak apabila dua ADUN PKR ditangkap ketika melakukan kesalahan dan kemudiannya dipujuk untuk melompat. Sekali lagi, kita mempunyai dua ADUN di Selangor yang ditangkap secara jelas melakukan kesalahan yang sama.

Tapi..Pakatan Rakyat mempunyai lebih banyak kerusi berbanding Perak. Jadi, kalaupun dua ADUN ini melompat, ianya masih belum membolehkan Umno merampas Selangor. Lebih baik membiarkan mereka, tetapi diikat, dan memaksa mereka seperti anai-anai..mengunyah dari dalam dan melakukan sebanyak kerosakan yang mungkin.

Saya masih ingat apabila Sultan Selangor berkata bahawa dia boleh bekerja dengan sesiapa saja asalkan negeri Selangor diuruskan dengan baik dan bebas dari rasuah. Baginda Sultan juga berkata bahawa dia tidak akan bertolak ansur dengan rasuah dan mahukan mereka yang terlibat didedahkan.

Tuanku!! sebagai rakyat yang setia dan salah seorang kerabat diraja Selangor, saya melakukan apa yang dititah, mendedahkan rasuah..tidak kira parti politik mana yang melakukannya.

Dan bagi mereka yang akan berkata “Mengapa sekarang?”..saya nak tanya “Bila?”. Kalau didedahkan selepas Hari Pencalonan dan sebelum Hari Mengundi, masa tu dah terlambat. Umno sudah tentu akan menggunakan isu ini. Sekurang-kurangnya, sekarang..Pakatan Rakyat masih mampu melakukan sesuatu tentang ini dan meyakinkan pengundi bahawa ia mengurus negeri dengan bersih dan telus. Apakah Pakatan Rakyat mentadbir negeri Selangor secara tidak bersih dan tidak telus?

Apa pun, tunggu beberapa pendedahan lagi tentang kebobrokan yang berlaku di Selangor. Ada banyak lagi yang akan didedahkan…dan ini hanya permulaan.

—————————————————–

MACC still investigating Selangor sand-mining scandal: Nazri

(Bernama, 24 June 2010) — The Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) will continue investigations into the alleged graft in the Selangor sand-mining scandal against state sand-mining concession Kumpulan Semesta Sdn Bhd, the Dewan Rakyat was told today.

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz said MACC would investigate the allegations thoroughly and not leave any stones unturned during the course of investigations.
“Once investigations are completed, the investigation papers will be handed over to the Deputy Public Prosecutor,” he told Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) in a written reply at the Dewan Rakyat here today.

Wee had wanted to know whether any action had been taken or would be taken by MACC over a report made by Kapar Member of Parliament S. Manikavasagam (PKR) with regard to the alleged sand-mining graft involving Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Mohamed Nazri said MACC had already taken action on illegal sand-mining syndicates in a number of states, including Selangor.

“So far, 42 offenders have been detained and 22 cases have been filed in court,” he said.













Cerita Dari Sini

Photobucket

Irama Dan Lagu Tak Boleh Dipisahkan

on



MENGAPA BLOGGER UMNO,GAMBAR LUCAH,POST LUCAH DAN FITNAH TAK DAPAT DIPISAHKAN..... IBARAT IRAMA DAN LAGU




Aku tak tahu sampai bila blogger UMNO sanggup menggadaikan prinsip Islam semata-mata mahu menjatuhkan sesetengah pemimpin. Mereka yang mengaku Islam ni nampaknya sangat selesa membuat gambar super impose kemudian menjajanya dengan harapan Fitnah itu akan menjatuhkan kredibiliti pemimpin itu.........

Bertaubatlah wahai Blogger UMNO andai kata anda mati dalam keadaan orang yang difitnah tidak redha dengan perbuatan anda...Nerakalah tempat penginapan anda selepas dunia..........



Siapa yang faham baca lah


Gambar porno yang dikatakan Anwar itu telah di keluarkan oleh Majalah Porno Jepun. Namun setelah di selidiki, rupa-rupanya gambar tersebut telah di superimpose ke majalah tersebut dan artikelnya menceritakan kisah lain iaitu berkenaan hackers yang uploadkan gambar-gambar ahli politik Jepun.

Artikel tersebut tidak menceritakan langsung kisah Anwar.



Photobucket

Bila Merasa Diri Dah Kebal...PapaGomo 2

on




Selepas Peguam PAS, Kini Giliran Lim Guan Eng Saman Papagomo!

Penang reminds Transport Minister Datuk Seri Kong Cho Ha that the stop-work order is issued against MCC-Gamuda Joint Venture.

Press Statement By Penang Chief Minister Lim Guan Eng In Komtar, George Town On 16.11.2010.

Pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari hari ini membuat laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap laman web rasmi Umno, Umno Online dan blog pro-Umno Pisau.net dan Papa Gomo.

Laporan ini dibuat ekoran serangan berterusan laman web dan blog tersebut terhadap anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang difitnah sebagai pencabul kehormatan seorang pelajar perempuan.

“Saya telah diarahkan untuk membuat aduan kepada SKMM atas perkara ini kerana penerbitan dan penyiaran artikel-artikel palsu dan fitnah oleh Pisau.net, Umno-Online dan juga Papa Gomo merupakan suatu kesalahan di bawah, antara lainnya, Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau turut menjelaskan contoh artikel yang berunsur fitnah dan sindiran tersebut.

“Sebagai contoh terbaru, saya memetik daripada artikel Papa Gomo pada 7 Februari 2012 yang bertajuk “Lim Guan Eng Nenen Memang SIAL – Ibrahim Ali”, di mana Papa Gomo telah membuat sindiran berikut:

“Psssttt.. Guan Eng Kaki Nenen, patut anak pun suka Raba Tetek… Memang SIAL”.

Motif jelik dan keji

“Adalah jelas di sini bahawa laman-laman web seperti Papa Gomo mempunyai motif jelik dan keji serta sanggup melakukan apa-apa termasuk memainkan sindiran yang bukan sahaja memfitnahkan Ketua Menteri tetapi juga memangsakan seorang kanak-kanak dalam usia persekolahan yang tidak bersalah,” kata Zairil di dalam satu kenyataan media.

Pada bulan Oktober tahun lepas, terdapat desas desus bahawa anak Guan Eng telah ditukarkan sekolah gara-gara mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan di sekolah lamanya.

Laman-laman web tersebut, termasuk laman web rasmi Umno iaitu Umno-Online, telah mendakwa bahawa Ketua Menteri telah membayar RM200,000 kepada pelajar perempuan tersebut sebagai sogokan untuk berdiam.

Bagaimanapun, tuduhan tersebut telah disangkal oleh ‘pelajar perempuan’ tersebut yang dikenal pasti sebagai jaguh catur Hong Kong yang kini berada di Britain.

“Anya Corke, telah menegaskan bahawa beliau tidak pernah sesekali pun bertemu dengan Ketua Menteri atau anaknya,” jelas Zairil.

Ini diikuti oleh pengesahan Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin bahawa tidak ada sebarang bukti untuk mengaitkan anak Ketua Menteri dengan apa-apa kejadian sedemikian.

Pengetua SMJK Heng Ee, iaitu sekolah lama anak Ketua Menteri, juga telah menafikan kejadian itu.

Meskipun demikian laman web dan blog yang dinyatakan di atas tetap meneruskan serangan dengan memaparkan laporan berunsur fitnah dan palsu di laman mereka.


Photobucket

Bila Merasa Diri Dah Kebal....PapaGomo 1

on

Bila Papagomo Merasakan Diri Dia Kebal



Peguam terkenal, Datuk Sukri Mo­ha­med memfailkan saman fit­nah RM10 juta ter­hadap blogger pro-Umno, Papagomo berikutan penye­baran beberapa artikel yang mendakwa ahli politik itu me­nyeleweng wang rakyat Kelantan.

Writ saman itu dikemuka­kan terhadapnya, nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini baru-baru ini.

Dalam writ saman tersebut, Ahli Suruhanjaya Perkhidma­tan Negeri Kelantan itu men­dakwa artikel-artikel yang di­muatkan dalam blognya secara terbuka memfitnahnya iaitu “ratusan ribu wang rakyat lesap disamun penasihat Sul­tan Kelantan, pada 4 Mei 2011".

Kandungan tulisan itu an­tara lain menyebut plaintif kononnya mengarahkan Peja­bat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh menurap jalan tar di atas tanah persendirian miliknya di Banggol Mak Esah, Pasir Puteh, Kelantan bagi meraikan majlis persandingan anaknya pada 16 April 2011, menggunakan Dana WANG RAKYAT KELANTAN dari Pejabat Tanah dan Jajahan Pa­sir Puteh.

Kos yang di­anggarkan dalam penurapan jalan tar tersebut di laporkan ber­jumlah RM200,000.

Artikel kedua bertajuk “Eksklusif - Wang Komisen RM700,000 Hasil Kayu Balak Kelantan Milik Siapa?” yang secara innuendo menuduh plaintif dalam tulisannya:

“Dalam dokumen di atas dinyatakan tarikh dan jumlah Transaksi Amaun Wang Tunai yang telah di­masukkan ke dalam akaun seseorang individu yang amat berpengaruh di Kelantan. In­dividu ini dikatakan cukup hebat sampaikan tidak ramai yang boleh mengambil apa-apa ke atas individu tersebut.

“Hebat Individu yang berkuasa ini boleh melakukan apa sahaja demi kerjaya politik­nya. Siapa individu tersebut? Gomo yakin sudah ada orang di Kota Bharu yang menge­ta­hui Individu yang dimaksud­kan itu.

“Keseluruhan dokumen komisen yang berjumlah RM700,000 yang didedahkan ini akan dibongkar semuanya esok bagi menjelaskan kepada rakyat Kelantan hakikat yang berlaku selama ini," katanya.

Artikel itu kemudian di­sambung oleh defendan me­lalui tulisannya di dalam blog yang sama dengan turut di­iri­ngi dengan gambar plaintif de­ngan tajuk; “Tuanku Sultan Ke­lantan sembunyikan rahsia besar penyelewengan pena­sihatnya? ”

Berikutan penyebaran ar­tikel berkenaan, Ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan itu mendakwa defendan me­nuduh plaintif sebagai seorang tidak amanah, perompak dan penyeleweng dan memburuk-burukkan plaintif di kalangan masyarakat bahawa dengan penyiaran artikel tersebut, imej baik plaintif telah terjejas di mata masyarakat.



Photobucket

APA MUSLIHAT NYA

on





Mengapa SPR takut dengan "pemerhati asing" jika benar pilihanraya di negara ini adil dan telus sepertimana yang didakwa?


Pengerusi SPR sendiri pernah ke Bangkok kerana dipanggil untuk menjadi pemerhati antarabangsa bagi pilihan raya umum Thailand. Saya ingin bertanya kepada kepada SPR berapa kali SPR ada memanggil pemerhati antarabangsa untuk perjalanan pilihanraya umum atau kecil di negara kita? Jawap! Ya, kosong kali, kenapa? Sebab SPR tidak pernah mahu berlaku bersih di dalam pilihanraya. Malah pemerhati dalaman pun seperti MAFREL ditakuti SPR sehingga tidak diiktirafkan sebagai pemerhati.


Apakah pihak berkuasa Thailand pernah menyatakan bahawa pemerhati asing seperti Tan Sri Abdul Aziz tidak tahu selok belok undang-undang di negaranya seperti kenyataan Wan Ahmad yang cuba memperbodohkan rakyat ini?


Dengan sebab itulah, mengapa rakyat berpersepsi bahawa SPR adalah komponen BN dan ternyata apa juga alasan yang diberikan oleh SPR, alasan-alasan berkenaan kesemuanya in favour of the ruling party, BN. 


Ingat SPR, tanggungjawab SPR bukan sekadar kepada rakyat di negara ini tetapi kepada Allah. Dan pengerusi dan timbalan pengerusi boleh mengeluarkan hujjah-hujjah di depanNya nanti. Hukum Kebenaran dan Hukum Tuhan tetap berjalan. Yang bersalah akan tetap menerima balasanNya.



CERITA BERKAITAN :-


SPR ingatkan pembangkang tidak ghairah tarik pemerhati asing


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan parti-parti pembangkang supaya tidak ghairah menarik pemerhati asing ke negara ini untuk memantau proses Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pemerhati asing, yang mungkin mewakili badan bukan kerajaan (NGO) tertentu, tidak memahami undang-undang pilihan raya di negara ini.

Katanya mereka juga tidak faham budaya berpolitik di Malaysia selain tidak memahami sensitiviti rakyat negara ini. "Dia (pemerhati asing) datang seminggu sebelum pilihan raya, kemudian buat andaian dan kesimpulan mengenai proses perjalanan pilihan raya di negara ini.

Adilkah kepada rakyat Malaysia? Tentunya tidak!" katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Taklimat Persediaan PRU Ke-13 kepada pegawai polis dan pengurus serta penolong pengurus pilihan raya di Kelantan di sini, hari ini.

Wan Ahmad berkata pemerhati dalam negara adalah lebih adil kerana mereka memahami undang-undang pilihan raya negara ini, memahami sensitiviti rakyat malahan mereka mempunyai kepentingan dalam pilihan raya kerana mereka adalah rakyat negara ini.

"Janganlah kita ghairah hendakkan pemerhati asing, pemantau dalam negara oleh rakyat kita sendiri adalah lebih wajar. SPR akan kaji perkara tersebut yang mana (pemerhati dalam negara) kita nak lantik, sebelum pilihan raya bermula kita boleh putuskan," katanya.

Beliau berkata sistem dan proses pilihan raya di Malaysia adalah sistem yang sesuai bagi negara ini kerana penambahbaikan dilakukan daripada satu pilihan raya ke satu pilihan raya.

"Pemerhati asing ini, dia suka memantau pilihan raya di negara kita tambahan sekarang dengan aktiviti parti politik yang suka menarik perhatian negara luar, macam pemimpin pembangkang pergi ke luar negara bercakap sana-sini, tentunya menarik minat pemerhati asing untuk datang memantau pilihan raya di Malaysia,"
katanya.

Wan Ahmad berkata berkata pasukan pemantau pilihan raya, yang diketuai pegawai SPR dan disertai pegawai polis, pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wakil calon, akan diwujudkan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara kecuali di Sarawak mengikut Parlimen bagi memantau perjalanan PRU
Ke-13 akan datang.

Beliau turut mengingatkan rakyat yang mencapai umur 21 tahun supaya segera mendaftar sebagai pengundi bagi membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mengundi. -SH


Photobucket

Lagi Sensasi Pasal Rosmah??? Kalungan Bunga RM 200 Ribu???

on Feb 8, 2012



Mak ai besarnya kalungan bunga???? Mesti Mahal!!! RM100 ribu??? RM200 ribu???

Sebelum Pakatan Rakyaat buat cerita baik penulis yang cerita....

Gunakan taktik "Anwar Ibrahim" yang sentiasa "pointing finggers" pada kerajaan BN ...terlebih dahulu supaya rakyaat tak sedar sebenarnya dia yang "banyak buat kesalahan".... Jestru apa yang dia buat walaupun satu kesalahan yang besar, rakyaat dan penyokong2 nya akan tetap menyalahkan kerajaan BN. Semuanya akan menjadi salah BN dan merupakan satu konspirasi....

Apapun berbalik kepada kalungan bunga di atas, takkanlah Najib dan Rosmah nak tolak pulak kalungan bunga yang sudah disediakan oleh pihak penganjur/tuan rumah.....


Nik Aziz pun tidak menolak kalungan bunga dan selendang yang dikalungkan dipakaikan kepadanya.... Adat orang Melayu sememangnya tidak mahu mengecilkan hati tuan rumah.

Cuma bezanya sebab Nik Aziz merupakan pemimpin yang lebih "kecil" berbanding PM, kalungan bunga pun lebih kecil lah....



Photobucket

Adakah Elizebeth Wong Yang Biayai Kekasihnya Hilmi Malik Di Indonesia?

on



Siapa yang biayai Hilmi Malik kekasih Elizebeth Wong di Indonesia? Siapa yang menguruskan perjalanan Helmi Malik sepajang beliau di Indonesia dengan berpindah kesatu tempat ke satu tempat yang lain sejak 2009 sehingga waktu ini? Siapa?

Hilmi Malik apabila ditahan pihak berkuasa Indonesia mengesahkan bahawa beliau dibiayai sepenuhnya oleh pihak Parti Keadilan Rakyat. Beliau mengesahkan bahawa pihak PKR menampung segala kos sara hidup semenjak beliau melarikan diri dari pihak Polis Malaysia sehingga sekarang ini.

Elizebeth Wong mengakui bahawa Hilmi Malik lelaki Islam Melayu merupakan kekasihnya yang telah merakam gambar bogel beliau pada tempoh lalu. Elizebeth Wong EXCO Kerajaan Negeri Pakatan Selangor juga turut mengesahkan bahawa Hilmi Malik yang bertanggungjawap menyebabkan gambar Bogel tersebut tersebar pada tahun 2009.


EXCO Kerajaan Negeri Selangor Yang Bermoral?

Apakah Rakyat tidak melihat bahawa dengan tercetus nya isu ini dimana seorang lelaki yang dikehendaki oleh pihak Polis bagi membantu siasatan berhubung Gambar Bogel Eli Wong telah disembunyikan oleh pihak PKR di Indonesia dalam menghalang tugas Polis menjalankan siasatan. Apakah satu tindakan yang elok dengan pihak PKR menyembunyikan Hilmi Malik di Indonesia?

Hilmi Malik kekasih tidor Elizebeth Wong ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia kerana memiliki Kartu Penduduk dan Kad Kelahiran warga Indonesia PALSU. Merupakan satu kesalahan jenayah yang besar dalam isu ini kerana tinggal di Indonesia dengan menggunakan Identiti Palsu dengan nama Azmin Heli. Tidakkah ini memberi gambar jelas bahawa pihak PKR sebenarnya menyokong Indentiti pengenalan diri yang PALSU?

PKR melalui pemimpin mereka sering menduduh Kerajaan Barisan Nasional menggunakan pengundi Hantu dan sebagainya dalam pilihanraya yang diadakan. Malah mereka pihak PKR menuduh bahawa banyak Kad Pengenalan Palsu telah diberikan kepada para pengundi hantu. Namun realitinya mereka sendiri pihak PKR bersuhabat dalam menggunapakai Identiti PALSU sepertimana yang diberikan kepada Hilmi Malik kekasih ELizebeth Wong.

PKR sehingga ke saat ini masih lagi berdiam diri berhubung isu penangkapan Agen PKR yang juga kekasih Adun PKR Bukit Lanjang yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor. Hanya kenyataan dari pejabat Menteri Besar sahaja yang keluar pada kelmarin yang mana tidak menjawap insiden yang berlaku sebaliknya cuba menyalahkan para Blogger dan media kerana mencetuskan isu yang pernah dibangkitkan pada tahun 2009.


Jika pada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional pihak PKR siang dan malam akan merekayasakan berita yang belum tentu kesahihannya. Tapi bila kena pada mereka dengan diberikan berita yang sahih dan fakta yang tepat mereka akan mengelak dan cuba membuat pekara tersebut tidak berlaku.

Rakyat perlu lihat disinilah kelemahan PKR parti yang mendambakan kuasa politik negara yang mana berimpian untuk mentadbir Negara dan menjaga kita semua. APakah ini parti yang telus dan amanah dalam melaksanakan kewajipan jika mereka menjadi pentadbir negara?

Suspek yang dikehendaki Polis telah dihantar pihak PKR ke Indonesia untuk bersembunyi, Malah PKR turut membiayai segala kos Suspek yang dikehendaki oleh pihak Polis. Lebih jelek lagi PKR sanggup melakukan kesalahan berat apabila memperuntukkan Identiti diri PALSU buat Suspek yang melarikan diri itu untuk tinggal di Indonesia.

Rakyat Malaysia perlu bijak dan matang dalam soal ini, jika isu sebegini pun PKR sudah bermain dengan taktik kotor dan keji bagaimana jika mereka menjadi Kerajaan Malaysia kelak? Sudah pasti banyak hidden agenda yang lebih dasyat mereka lakukan. Rakyat akan menjadi mangsa dikemudian hari kerana sistem Undang undang negara akan diLIWAT PKR secara bertalu talu.



http://www.papagomo.com

Photobucket

Khalid Samad Berkata

on

Terkini! Pededahan Panas YB Khalid Samad Berkaitan Tohmahan Yang Dilemparkan Oleh Hassan Ali.......




Hassan Ali Dan Khalid samad

Ada yang berpandangan saya tidak perlu melayan segala dakwaan Hassan Ali terhadap diri saya. Mereka kata biarlah dia meroyan seorang diri, semakin dia meroyan, semakin terserlah keperibadiannya yang sebenar. Saya akui, ada kebenaran nasihat dari kalangan sahabat saya itu. Pada masa yang sama, saya dapati kali ini dakwaan beliau terlalu melampau, jauh melepasi batas ‘adaabul ikhtilaf’ yang perlu dihayati oleh mereka yang takut kepada azab Allah. Walaubagaimanapun, bagi yang mempunyai maklumat, walaupun sedikit, dakwaannya pasti akan ditertawakan sahaja.

Namun, bagi yang tiada maklumat langsung dan mungkin ramai juga yang begini, mereka mungkin termakan dengan tuduhan liar yang dibuat olehnya. Oleh itu, pada pendapat saya, jawapan terhadap tuduhan liar tersebut, khususnya tuduhan beliau terhadap diri saya, perlu dikemukakan. Oleh yang demikian, bagi memahami dengan jelas persoalan ini, maka perlu disingkap sedikit sejarah saya bersama Hassan Ali.

Sebelum itu, ingin saya sebut bahawa saya pernah fikirkan kesesuaian perkataan dalam beberapa istilah bahasa Melayu, termasuk istilah ‘gila talaq’. Saya hairan mengapa nenek moyang kita memilih perkataan ‘gila’ dalam istilah berkenaan sedangkan beberapa perceraian pasangan suami isteri yang saya lihat sebelum ini tiada yang menzahirkan kelakuan yang boleh disifatkan sebagai ‘gila’. Namun dalam kes Hassan Ali ianya menjadi jelas dan adalah terbukti bahawa perkataan gila amat tepat untuk diguna-pakai. Memang ada yang apabila ‘ditalaq’ menjadi gila. Pendekata, Hassan Ali sudah ‘gila talaq’ dan dalam kegilaannya, meroyan dan meracau tidak ketentuan.

SEJARAH RINGKAS
Saya dan Hassan Ali bukan baru berkenalan. Sebenarnya saya diantara yang paling gembira dengan kemasukan beliau dalam PAS pada tahun 1998. Sebagai orang yang menyertai PAS lebih awal dari beliau, iaitu pada tahun 1983, saya telah sambut kemasukan beliau dan membantu beliau setakat mana yang saya mampu. Sebagai seorang ‘baru’ dalam PAS, penerimaan beliau oleh orang ‘lama’ seperti saya pasti memudahkan pergerakan beliau di kalangan ahli lama yang lain.

Saya sering berceramah bersama beliau dan pada tahun 2003, apabila beliau dilantik Pesuruh Jaya PAS Selangor buat kali pertamanya, saya dilantik beliau sebagai Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor. Hubungan dan kerjasama kita menjadi semakin rapat dan pada tahun 2005, apabila beliau dilantik kembali sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi kedua, saya diminta untuk mengambil alih jawatan Bendahari yang dikosongkan oleh Tuan Haji Nasir. Pada tahun 2007, beliau dilantik sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi ketiga, saya dilantiknya sebagai Timbalan Pesuruh Jaya 2.

Jelas sekali bahawa pada ketika itu saya tidak dianggap beliau sebagai parasit tetapi sebaliknya sebagai orang kanan beliau.

DUGAAN JAWATAN MB SELANGOR
Pada tahun 2008 hubungan kita mula berubah. Perubahan bermula apabila setelah menang saya menolak usaha kerjasama dengan UMNO yang dikemukakan. Sekiranya kerjasama itu menjadi, Hassan Ali akan dilantik sebagai Menteri Besar dan itu adalah apa yang ditawarkan oleh UMNO.

Ketika usaha kerjasama dengan UMNO dijalankan, Hassan Ali pernah bertanya pada saya, “siapa patut menjadi MB Selangor?” Saya jawab sambil memandang terus ke muka beliau, “Tan Sri Abdul Khalid”. Beliau terdiam, perasaan kecewa jelas kelihatan terbayang di mukanya. Mungkin beliau merasakan saya mengkhianati dirinya. Mungkin beliau inginkan saya, sebagai orang kanannya memperjuangkan ‘haknya’ untuk menjadi MB. Mungkin bagi dirinya, itulah peranan seorang kanan. Saya tidak tahu, mungkin itulah yang difikirkannya. Beliau diam dan terus berpaling.

Pasti ada yang masih ingat bagaimana saya telah menggantinya dalam pertemuan dengan Pak Lah dan Khir Toyo. Kami berjaya menggagalkan usaha kerjasama bersama UMNO dan dengan itu cita-cita Hassan Ali untuk menjadi MB hancur berkecai.

Bermula dari saat itu saya merasakan hubungan kami sudah mula berubah dan Hassan Ali mula membawa agenda tersendiri.

MELAGA PAS DENGAN DAP & PKR
Selepas Menteri Besar dilantik dan isu itu saya anggap telah selesai, saya melihat Hassan Ali berusaha untuk menimbulkan ketidak-stabilan dalam pentadbiran kerajaan PR Selangor. Beliau berusaha untuk mencari peluang untuk menunjukkan perbezaan di antara PAS dan DAP khususnya dan menimbulkan pergeseran di antara parti komponen PR. Saya beranggapan niatnya adalah untuk membuktikan kerjasama dengan DAP adalah sesuatu yang mustahil.

Saya sering menegurnya dan meminta supaya ditumpukan pada persamaan yang banyak di dalam PR. Saya ingatkan beliau akan keputusan muktamar PAS yang diadakan di Ipoh supaya PR dikukuhkan. Malangnya beliau terus dengan usahanya dengan mengatakan beliau mempunyai agenda tertentu tanpa menjelaskan apa agendanya itu.

SAYA DIPECAT SEBAGAI TPJ 2
Akhirnya, oleh kerana saya sering menegurnya, saya dipecat dari jawatan Timbalan Pesuruh Jaya 2 PAS Selangor pada pertengahan tahun 2008. YB Iskandar dinaikkan pangkat menjadi TPJ 2 dari TPJ 3 dan YB Dr Che Rosli dilantik menjadi TPJ 3. Itu semua saya tidak hairan, itu hak Hassan Ali sebagai PJ. Oleh itu saya tidak menjadikan pemecatan saya sebagai satu isu sepertinya sekarang. Tetapi saya telah sempat berpesan sambil saya keluar mesyuarat setelah dipecat, “ingat keputusan muktamar adalah untuk kukuhkan PR, bukan merosakkannya”.

Walaupun saya bukan lagi TPJ 2, saya tetap YDP PAS Kawasan Shah Alam. Saya tetap merupakan ahli mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor. Oleh itu saya hadir di mesyuarat Negeri dan setiap kali Hassan Ali menimbulkan isu melalui media untuk melaga-lagakan PAS dengan parti komponen PR yang lain, saya membantah dalam mesyuarat tersebut dan juga melalui media. Ini saya lakukan kerana saya sudah dapat membaca agenda dirinya. Pada masa yang sama, hubungan beliau dengan OKU UMNO semakin kukuh, termasuklah dengan Tan Sri Rozali Puncak Niaga (SYABAS).

TUDUHAN GOLONGAN ERDOGAN
Kumpulan yang menyokong beliau mula mempopularkan istilah ‘golongan Erdogan’. Istilah ini digunakan terhadap diri saya dan beberapa pimpinan Negeri dan Pusat yang lain dan kami dituduh tidak wala’ pada pimpinan dan terlalu kuat menyokong DSAI. Oleh itu, penggunaan istilah yang bertujuan untuk menghina dan menjadikan orang prejudis terhadap saya bukan perkara baru. Dulu Erdogan dan sekarang parasit. Penggunaan nama untuk tujuan menghina merupakan senjata kegemaran golongan seperti ini rupanya.

Kaedah ini membuktikan kerapuhan hujjah pihak yang cuba memburuk saya. Oleh kerana mereka tidak ada hujjah dan tidak mampu berhujjah, maka mereka menggunakan kaedah melabelkan orang atau ‘name calling’.

SAYA DAN HASSAN ALI DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN
Akhirnya perbalahan kami dirujuk kepada PAS Pusat pada tahun 2009. Saya digantung semua jawatan parti selama 6 bulan. Hassan Ali didapati bersalah dan diberi amaran keras supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan dasar kerajaan PR melalui media massa. Kalau ada yang tidak dipersetujui, maka hendaklah dibawa berbincang bukan diheboh melalui media.

Berbeza dengan saya, hukumannya tiada tempoh masa. Ianya berkuat-kuasa selagimana PAS bersama PR.

SOKONGAN HASSAN MERUDUM
Walaupun saya yang dikenakan tindakan yang lebih keras oleh jawatan kuasa disiplin, ahli PAS melihat dan menilai apa yang sedang berlaku. Ramai beranggapan bahawa tindakan Hassan Ali menjejas kestabilan PR dan menguntungkan pihak lawan. Maka pada tahun 2011, semasa pemilihan AJK PAS Pusat dijalankan, sokongan Hassan Ali di kalangan ahli PAS terbukti merudum.

Pada 2009 Hassan Ali mendapat undi yang ke-empat tertinggi semasa pemilihan AJK PAS Pusat. Pada 2011, beliau mendapat undi yang ke 16 tertinggi.

Dalam kes saya pula adalah sebaliknya. Pada 2009 saya tidak terpilih apabila menduduki tempat ke 23 tertinggi sedangkan hanya 18 yang tertinggi akan dipilih. Pada tahun 2011, saya mendapat undi ke 8 tertinggi.

Peribahasa menyatakan sudah jatuh ditimpa tangga. Inilah apa yang berlaku ke atas diri Hassan Ali pada tahun 2011. Setelah melihat popularitinya jatuh sedemikian rupa, beliau tidak pula dilantik untuk menjawat jawatan PJ Selangor oleh DS Presiden. Pemilihan PJ dilakukan semasa mesyuarat pertama selepas muktamar diadakan. Dalam mesyuarat itu Hassan Ali hadir dan selepas pemilihan dimuktamadkan, beliau terus keluar.

Sokongan beliau terjejas bukan sekadar di kalangan ahli, tetapi jelas, ianya juga terjejas di kalangan pimpinan.

Untuk melengkapkan kekecewaan beliau, pada penghujung tahun 2011, semasa senarai nama dikemukakan oleh cawangan untuk diturunkan sebagai calon dalam PRU ke 13, nama beliau tidak dinaikkan untuk DUN Gombak Setia. Walaupun telah dinyatakan bahawa keputusan belum muktamad dan sekiranya Gombak Setia tidak mahu, maka tempat lain bersedia, Hassan Ali tidak peduli.

Pada ketika itu, mungkin Hassan Ali melihat bahawa masa depannya bersama PAS tidak secerah dahulu. Oleh itu beliau terpaksa menyusun ‘exit strategy’ atau ‘strategi untuk keluar PAS’. Inilah apa yang dapat saya rumuskan berhubung tindakan beliau semenjak peristiwa mutakhir tahun 2011 yang saya ceritakan di atas.

PEMECATAN HASSAN ALI
Bacaan saya berhubung Hassan Ali, persoalan yang paling utama baginya adalah untuk menjadi MB Selangor. Persoalan ini sering beliau sebutkan walaupun sudah bertahun-tahun selepas perlantikan Tan Sri Abdul Khalid sebagai MB Selangor.

Apabila beliau tidak lagi menjadi Pesuruh Jaya, beliau menganggap bahawa peluang beliau untuk menjadi MB melalui PAS sudah lenyap dengan begitu sahaja. Lebih-lebih lagi apabila tidak menjadi calon di kerusi yang sekuat Gombak Setia. Mungkin beliau menganggap beliau akan diletakkan di kerusi yang sukar untuk dimenangi kerana beliau bukan lagi pimpinan di Negeri Selangor.

Dengan dibekal sangkaan buruk sebegini, Hassan Ali memikirkan cara terbaik untuk beliau melepaskan diri dari berada bersama PAS tetapi dengan cara ‘terhormat’. Tiada cara lain melainkan dengan menyatakan bahawa PAS sudah tersasar dari matlamat asalnya. Ini bermakna bukan beliau yang terpesong tetapi sebaliknya PAS. Bukan beliau yang salah tetapi PAS.

Beliau terus melemparkan tuduhan bahawa PAS telah tersasar dari landasannya berkali-kali melalui media perdana dan walaupun dinasihati untuk berhenti oleh pimpinan tertinggi, beliau terus melakukannya. Oleh itu, tidaklah hairanlah apabila beliau dipecat. Beliau bukan sekadar melanggar amaran keras yang pernah diberi kepada beliau sebelum ini, beliau melampauinya.

Apabila dipecat, pada mulanya Hassan Ali mengatakan beliau tidak kisah. Selepas itu beliau kata mungkin beliau akan merayu. Selepas itu dikatakan tidak akan merayu. Begitu juga dengan pemecatan beliau sebagai exco. Pada mulanya dikatakan tidak mengapa. Kemudian ditulis surat kepada MB menyatakan tempoh rayuan belum habis. Selepas itu dikatakan tiada yang mampu melainkan dirinya. Akhirnya berkata tidak mengapa juga.

KENAPA SAYA YANG DISASARKAN?
Dalam kemelut yang terhasil, Hassan Ali melihat saya sebagai punca kejatuhannya. Oleh itu saya disasarkan beliau. Dalam serangan beliau terhadap diri saya, Hassan Ali tidak kisah samada apa yang dikatakan adalah benar atau sebaliknya. Namanya roadshow untuk mempertahankan aqeedah tetapi saya dan pimpinan PAS menjadi sasaran. Mungkin beliau tidak tahu maksud perkataan ‘aqeedah’ itu dan dianggap apa sahaja yang keluar dari mulutnya adalah aqeedah. Itu saya tidak pasti.

Yang pasti beliau telah menunjukkan akhlak yang paling tercela dengan membuat tuduhan dan fitnah terhadap diri saya bahawa saya di antara yang merosakkan aqeedah ummat Islam. Dituduhnya juga saya sebagai orang yang menghalang pengharaman jualan arak, penutupan kedai judi dan rumah urut (pelacur) di Shah Alam. Amat jelas bagi saya Hassan Ali sudah gila talaq.

Bagaimanakah boleh saya menghalangnya? Kuasa apa yang ada pada saya? Saya PJ atau dia? Saya exco atau dia? Kalau benar saya ada kuasa untuk menghalang, kenapa tidak saya menghalang diri saya dari didakwa JAIS atas tuduhan mengajar tanpa tauliah?

Dalam soal pengharaman penjualan arak di kawasan ummat Islam dominan seperti di kawsan Shah Alam asal, ianya telahpun dilaksanakan tanpa kekecohan, dengan persetujuan pihak peniaga. Sebenarnya yang merampasnya dulu pun adalah pihak penguat-kuasa MBSA, bukan JAIS. MBSA bukan dibawah Hassan Ali tetapi beliau tumpang sekaki untuk dijadikannya isu.

Pada masa itu semua Ahli Majlis, termasuk yang dari DAP, telah bersetuju supaya penjualan minuman keras akan diharamkan di kawasan tersebut. Mereka hanya menunggu untuk menguatkuasakannya apabila lessen diperbaharui. Rancangannya ialah supaya disebut secara khusus larangan berkenaan dalam lessen baru. Tidak sempat lessen mati, pihak penguat-kuasa bertindak tanpa arahan dari pihak MBSA. Hanya atas arahan seorang ahli Majlis lama.

Hakikatnya kita berbeza dari segi pendekatan. Hassan Ali suka gunakan kuasanya dan suka memaksa sedangkan saya lebih cenderung kepada kaedah dakwah dan mendidik. Terhadap yang Islam dan yang bukan Islam.

KESIMPULAN
Melalui tulisan ringkas ini saya ingin memberitahu semua bahawa Hassan Ali sudah gila talaq. Maka jangan percaya apa yang dinyatakan beliau. Beliau sanggup berbohong dan memutar-belit semua perkara. Lagi beliau cakap lagi jelas kegilaannya.

Hadis Rasulullah (SAW);
Dari Abi Umaamah yang berkata, telah bersabda Rasulullah (SAW),
<“Terdapat pada orang beriman semua jenis kekurangan, kecuali khianat dan berdusta” (Dari Ahmad, Baihaqi dari Saad Bin Abi Waqas).

Hadis ini diketengahkan bukan untuk menafikan keimanan mana-mana pihak. Tetapi ianya adalah untuk menjelaskan betapa kejinya sifat khianat dan berdusta.

WaLlahu 'Alam




Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List