Kerajaan Najib masih lemah, kata Dr M

on May 28, 2012






Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi amaran kepada Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau masih lagi memimpin kerajaan yang lemah, mengulangi pendirian supaya pilihan raya ditangguhkan sehingga selesai bulan puasa yang akan tamat pada Ogos.

Bekas perdana menteri itu dipetik Bloomberg dalam satu temuramah khas berkata, perdana menteri perlu menanggunhkan rancangan untuk mengadakan pilihan raya yang mesti dilakukan dalam masa setahun.


































































“Apabila lemah, beliau perlu berhadapan dengan kritikan. Tapi bila berhadapan dengan masalah ini, apa pun yang dibuat tidak akan cukup,” kata bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) ini, dan menambah, Najib mewarisi perikatan yang lemah, yang mana memenangi pilihan raya 2008 dengan nisbah yang paling kecil sejak Merdeka.

Dr Mahathir: Temuramah Bloomberg. — Foto fail Najib mengambil alih pemerintahan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada April 2009, bagi mengurangkan rekod kekalahan 82 kerusi Parlimen dan lima negeri dengan pemerhati melihat dengan mengembalikan kuasa dua per tiga majoriti, Najib dijamin memegang kuasa yang besar.

Najib telah melaksanakan beberapa pembaharuan demokrasi untuk memberikan lebih kebebasan kepada rakyat, namun pengkritik melihat ia hanyalah remeh dengan lebih banyak undang-undang lama digantikan.

Perdana menteri masih lagi menguruskan perhimpunan ketiga Bersih pada 28 April lalu dan pentadbirannya telah mengemukakan saman badan pemerhati pilihan raya tersebut minggu lalu kerana menyebabkan berlakunya kerasakan terhadap kenderaan kerajaan berpunca daripada pertembungan antara polis dan perusuh.

Polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air serta menahan 512 perusuh apabila menceroboh Dataran Merdeka dengan merempuh halangan pihak polis.

Kaji selidik Merdeka Center mendapati 92 peratus pengundi menuntut daftar pemilih dibersihkan sebelum pilihan raya dilaksanakan dengan 48 peratus melihat daftar pemilih sedia ada tidak lengkap.

Dr Mahathir turut berkata kepada akhbar tersebut Najib perlu mengambil lebih masa sebelum melaksanakan pilihan raya bagi memperoleh kemenangan daripada kaum Cina yang majoritinya menyokong pembangkang, Pakatan Rakyat.

Najib sebelum ini berkata pilihan raya bakal dilaksanakan “tidak berapa lama lagi” disamping khabar angin Parlimen akan dibubar sebelum sidang berikutnya Jun ini

Namun hari ini, The Malaysian Insider melaporkan BN sedang meneliti kemungkinan pilihan raya akan dilaksanakan pada September kerana kaji selidik dalaman mendapati parti itu mampu memenangi 146 kerusi Parlimen dengan sekurang-kurangnya 80 pasti menang, lebih 140 yang dimenangi pada 2008 tapi kurang 148 untuk majoriti dua pertiga majoriti.

Pentadbiran Najib memberikan fokus utama kepada demografi namun cadangan pemansuhan bantuan dana pinjaman pendidikan oleh PR mungkin mengakibatkan undi belia, kunci utama pengundi yang meliputi sekurang-kurangnya 20 peratus daripada 12 juta pengundi.

Hampir 60 peratus pengundi baru adalah Melayu, komuniti dominan di negara ini.


sumber


Photobucket

Misteri lembaga wanita dalam kereta Sinar

on

misteri lembaga
Kelihatan imej lembaga berkenaan yang tertera di cermin belakang kereta. 


Imej lembaga wanita dari jarak dekat.
Imej lembaga wanita dari jarak dekat.


KULIM - “Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.

Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu.

Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya.

Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera.

Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan.

Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.

Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.

Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok.

Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran.

“Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan.

“Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi.

“Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok.

"Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat,” katanya.


Photobucket

Lagi Ramalan PRU 13

on




Barisan Nasional (BN), sedang meneliti kemungkinan pilihan raya dijalankan pada Sepetember ini sebagai tarikh terawal dengan kerajaan mula menggerakkan jenteranya supaya memperolehi kemenangan besar dan Datuk Seri Najib Razak, menyemak senarai nama calon bagi 222 kerusi Parlimen dan 505 negeri dengan meletakkan calon yang sesuai, kata sumber.

The Malaysian Insider telah melaporkan sebelum ini kemungkinan PRU akan diadakan seawal bulan Julai sebelum Ramadan bermula tetapi sumber BN berkata sebahagian kaji selidik menunjukkan BN perlu bekerja keras untuk kemenangan besar lebih-lebih lagi dengan 2.2 juta pengundi berdaftar akan mengundi buat kali pertama. Pilihan raya kali ini perlu diadakan sebelum April 2013 apabila mandat BN berakhir.

Difahamkan berdasarkan beberapa kaji selidik menunjukkan BN boleh memenangi sehingga 146 kerusi Parlimen dengan sekurang-sekurangnya 80 kerusi sudah pasti menang, lebih 140 yang dimenangi pada PRU 2008.
“Datuk Seri Najib Razak seorang yang amat berhati-hati dan beliau menyemak setiap senarai calon dan jumlah penyokong. Beliau akan mengarahkan kaji selidik untuk memastikan sokongan untuk pengundi baru,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Sumber itu berkata, kaji selidik itu akan siap pada Jun dan strategi BN akan dibuat ketika Ramadan dan Syawal.

“Ramadan dijangka bermula pada 21 Julai dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Tarikh yang paling sesuai untuk pilihan raya adalah pada September sebelum musim Haji,” kata sumber lain.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan pentadbiran Najib akan membentangkan bajet tahun hadapan dan kemudiannya membubarkan Parlimen. “ Semua kemungkinan boleh berlaku tapi pilihan raya mungkin tidak berlaku sekarang,” tambahnya.

Sumber telah mengesahkan kepada The Malaysian Insider pilihan raya pada Julai ada kemungkinan kerana barang-barang untuk tujuan itu sudah pun diimport dan disimpan di dalam gudang menunggu masa diedarkan. Beberapa Umno cawangan juga mula meletakkan bendera di pusat bandar di seluruh negara, menjangkakan pilihan raya mengejut. Parti itu menguasai 138 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat dan semua negeri kecuali empat negeri ditadbir Pakatan Rakyat (PR).

Najib sendiri berkata kepada belia sewaktu perhimpunan di Putrajaya hujung minggu lalu bahawa BN adalah pilihan terbaik. Himpunan Jutaan Belia yang berlangsung selama tiga hari itu menarik kehadiran ribuan termasuk ucapan politik diselang-seli dengan konsert, aktiviti sukan, serta perlumbaan drag.

Pentadbiran Najib memfokuskan terhadap pelbagai demografi namun cadangan pemansuhan bantuan pinjaman oleh pembangkang memungkinkan sokongan terhadap belia berubah, kunci utama daftar pemilih yang terdiri daripada 20 peratus daripada 12 juta pengundi. Hampir 60 peratus daripada pengundi baru adalah pengundi Melayu, majoriti dominan di negara ini.

Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April menuntut pulihan raya adil dan bersih turut mengurangkan jumlah sokongan terhadap kerajaan dengan hampir 200,000 orang menyertai perhimpunan duduk bantah di ibu negara.
Najib pada 4 Mei telah menafikan spekulasi kononnya pilihan raya mungkin dilewatkan kerana Bersih 3.0, dan menegaskan tarikh pilihan raya akan ditentukan rakyat. “Tarikh pilihan raya bergantung kepada itu,” katanya.
“Ia terpulang kepada rakyat. Kami akan memutuskan berdasarkan pengamatan rakyat terhadap kerajaan,” tambah Najib.

Bersih, gabungan 84 NGO telah menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan sistem daftar pemilih untuk ketiga-tiga perhimpunan mereka pada 2007, dengan yang terakhir pada 28 April lalu yang mana ribuan peserta merempuh ke kawasan Dataran Merdeka yang telah diharamkan pihak berkuasa.

Pentadbiran Najib telah membentuk panel khas Parlimen selepas Bersih 2.0 dan telah mengemukkan 22 syor namun ditolak Bersih.
SPR semalam menafikan kaji selidik yang menunjukkan hampir separuh responden tidak mempercayai kredibiliti daftar pengundi, dengan menegaskan saiz sample terlalu “kecil” dan “rawak” untuk mewakili keseluruhan rakyat Malaysia.

Kaji selidik yang diumumkan Jumaat lalu oleh Merdeka Centre mendapati 92 peratus pengundi mahu daftar pemilih dibersihkan, dengan 48 peratus barsetuju data daftar pemilih tidak lengkap dan tepat.


sumber

Photobucket

Bila Pak Janggut Bersuara...

on





WABAK KE MSIA DARI TIMOR LESTE

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Timor Leste adalah sebuah negara baru dan negara termiskin di Asia. Negara ini baru merdeka sekitar 10 tahun yang lepas. Mac lepas berlangsung pru negara tersebut dan presiden inkumben Jose Ramos-Horta kalah. Dan pada 19 May 2012, penyerahan dan peralihan kuasa berlaku tanpa insiden yang tidak diingini,

Pernah kau terbayang negara miskin dan mundur serta dipandang rendah oleh sebahagian orang di dunia boleh mentadbir dan menjalankan proses pilihanraya yang bagus dan sempurna. Dan calon yang kalah, walaupun seorang presiden penyandang, dengan rela dan secara gentleman mengakui kekalahan dan menyerahkan kuasa tanpa banyak songel.

Kalau perkara seperti berlaku di Peranchis, seperti baru baru ini di mana presiden inkumben kalah dan sekarang telah diganti dengan presiden baru, maka kita tidak heran dan tidak terharu, kerana Peranchis adalah sebuah negara maju dan telah matang sistem politiknya.

Berbeza dengan Zimbabwe, di mana dalam pru mereka tahun 2009, Mugabe enggan menerima kekalahan dan menggunakan pelbagai tipu dan pembohongan dan mengubah keputusan pilihanraya, tetapi oleh kerana kekalahan tidak dapat dielak walau bagaimana tipu sekali pun, maka beliau terpaksa berkongsi kuasa dengan lawan yang ditipunya Morgan Tsvangirai.

Kalau Zimbabwe main tipu, patut la, ia negara Afrika yang tidak bertamadun, mungkin seorang berkata sedemikian.

 Perubahan citarasa di Timor Leste dan Peranchis  akan mewabak ke Malaysia. Tetapi indikasi yang ada sekarang menunjukkan sebahagian daripada rakyat Malaysia masih lagi serabut dengan hotak Zimbabwe. Insiden gangsterism di Merlimau, Melaka, dan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur adalah petunjuk nyata hal ini, ditambah pula dengan pemikiran ultra rightist yang dilondehkan oleh kononnya penjaja pasar malam serta persundalan politik oleh n.g.o. ultra ultra rightist, jelas ini menunjukkan hotak politik mereka masih di zaman hotak Zimbabwe.

Apabila wabak ini melanda Malaysia, pastikan mereka tidak menjilat buntut mugabe

Jadi lah Jose Ramos-Horta

Kalu kau ada hota


sumber dari sini


Photobucket

Kisah Menakjubkan Isteri Solehah Yang Dimadu

on May 27, 2012




Dahulu di Baghdad ada seorang laki-laki penjual kain yang kaya. Tatkala dia sedang berada di kedainya, datanglah seorang gadis muda mencari-cari sesuatu yang hendak dibeli. Ketika sedang bercakap, tiba-tiba gadis itu menyingkap wajahnya di sela-sela perbincangan tersebut sehingga laki-laki terrebut terkesima dan berkata, "Demi Allah, aku terpana dengan apa yang kulihat."
 
 
Gadis itu pun berkata, "Kedatanganku bukan untuk membeli apa-apa. Selama beberapa hari ini aku keluar masuk pasar untuk mencari seorang lelaki yang menarik hatiku dan bersedia menikah denganku. Dan engkau telah membuatku tertarik. Aku memiliki harta. Apakah engkau mahu berkahwin denganku? "

Laki-laki itu berkata, "Aku telah menikahi sepupuku, dialah isteriku. Aku telah berjanji kepadanya untuk tidak membuatnya cemburu dan aku juga telah mempunyai seorang anak darinya. "

Wanita itu mengatakan, "Aku rela jika engkau hanya mendatangiku dua kali dalam seminggu." Akhirnya laki-laki itu pun setuju lalu bangkit bersamanya. Akad nikah pun dilakukan. Kemudian dia pergi menuju rumah gadis tersebut dan berkaitan dengannya.

Setelah itu, si pedagang kain pulang ke rumahnya lalu berkata kepada isterinya, "Ada teman yang memintaku tinggal semalam di rumahnya." Dia pun pergi dan bermalam bersama isteri barunya.

Setiap hari selepas zuhur dia mengunjungi isteri barunya. Hal ini berlangsung selama lapan bulan, hingga akhirnya isterinya yang pertama mulai merasa aneh dengan keadaannya. Dia berkata kepada pembantunya, "Jika suamiku keluar, perhatikanlah ke mana dia pergi."

Si pembantu pun membuntuti suami majikannya pergi ke kedai, namun ketika tiba waktu zuhur dia pergi lagi. Si pembantu terus membuntuti tanpa diketahui hingga tibalah suami majikannya itu di rumah isteri yang baru. Pembantu itu mendatangi jiran-jiran sekitar dan bertanya, "Rumah siapakah ini?" Mereka menjawab, "Rumah milik seorang wanita yang telah berkahwin dengan seorang penjual kain."

Pembantu itu akan pulang menemui majikannya lalu menceritakan hal tersebut. Majikannya berpesan, "Hati-hati, jangan sampai ada seorang pun yang lain mengetahui hal ini." Dan isteri lama si pedagang kain juga tetap bersikap seperti biasa terhadap suaminya.

Si pedagang kain menjalani kehidupan bersama isterinya yang baru selama satu tahun. Lalu dia jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia dengan meninggalkan warisan sebanyak lapan ribu dinar. Maka isteri yang pertama membahagikan harta warisan yang berhak diterima oleh putranya, iaitu tujuh ribu dinar. Sementara bakinya yang berjumlah seribu dinar ia bagi menjadi dua. 

Satu bahagian ia letakkan di dalam beg, kemudian ia berkata kepada pembantunya, "Ambillah beg ini dan pergilah ke rumah wanita itu. Maklumkan kepadanya bahawa suaminya telah meninggal dengan mewariskan wang sebanyak lapan rib dinar. Putranya telah mengambil tujuh ribu dinar yang menjadi haknya, dan selebihnya seribu dinar aku bagi denganmu, masing-masing memperoleh setengah. Inilah bahagian untukmu. Dan sampaikan salamku juga untuknya. "

Si pembantu pun pergi ke rumah isteri kedua si pedagang kain, kemudian mengetuk pintu. Setelah masuk, disampaikannyalah berita tentang kematian si pedagang kain, dan mesej dari isteri pertamanya. Wanita itu pun menangis, lalu membuka kotak miliknya dan mengeluarkan sehelai kertas seraya berkata kepada si pembantu, "Kembalilah kepada majikanmu dan sampaikan salamku untuknya. Maklumkan kepadanya bahawa suaminya telah menceraikanku dan telah menulis surat cerai untukku. Maka kembalikanlah harta ini kepadanya kerana sesungguhnya aku tidak berhak mendapatkan harta warisannya sedikitpun. "

 menujuhidayah.wordpress.com


Photobucket

Chong Wei Perlu Berdepan Kekuatan Mental.

on

alt

Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, yang dijangka sembuh dalam masa empat minggu selepas mengalami kecederaan buku lali, perlu mengumpul kekuatan minda sebelum beraksi pada temasya Sukan Olimpik di London yang akan membuka tirai dalam tempoh 62 hari lagi.

Pensyarah kanan Sains Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM), Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad berpendapat, Chong Wei perlu mendapat bantuan pakar psikologi sukan di Institut Sukan Negara (ISN) bagi memastikan beliau pulih 100 peratus dari segi kekuatan mental dan keyakinan diri sebelum menyambung pemburuan pingat emas pertama negara di London nanti.
"Untuk kembali bangkit ke tahap keyakinan sebelum ini, Chong Wei perlu mendapat kekuatan mental yang secukupnya supaya dapat mengatasi tekanan akibat kecederaan yang dialami," katanya kepada Bernama hari ini.
Chong Wei mengalami kecederaan buku lali kanan ketika beraksi mewakili Malaysia menentang pemain Denmark Peter Hoeg Gade pada kejohanan Piala Thomas yang berlangsung di Wuhan, China Selasa lepas yang memaksanya menarik diri daripada kejohanan itu.

Beliau kemudiannya pulang ke tanah air dan mendapat rawatan daripada dua pakar ortopedik iaitu Dr Saw Khay Yong dan Dr Nicholas Geary di Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur (KLSMC) dan dilaporkan akan pulih dalam masa empat minggu.

Kamaruddin yang pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan, berkata pemulihan kekuatan mental perlu disegerakan bagi memastikan Chong Wei tidak berhadapan dengan situasi hilang keyakinan atau was-was untuk membuat keputusan apabila beraksi di gelanggang kelak.

Beliau juga berpendapat sepanjang tempoh empat minggu itu, adalah lebih baik jika Chong Wei tidak melakukan latihan berat sebaliknya hanya menjalani latihan bercorak pemulihan kerana dikhuatiri akan mendatangkan mudarat kepada dirinya.
Katanya, jurulatih perlu memainkan peranan penting bagi memastikan Chong Wei tidak berdepan dengan risiko kecederaan sepanjang tempoh empat minggu ini.

"Dalam tempoh pemulihan jurulatih perlu mengambil berat dengan keadaan semasa Chong Wei dan bijak mengatur tindakan selanjutnya bagi memastikan jaguh badmintion negara itu kembali pulih sepenuhnya," katanya.

Beliau berkata, semua atlet terdedah kepada kecederaan ketika perlawanan dan beliau tidak menolak kemungkinan Chong Wei berkemungkinan akan berdepan dengan risiko sama pada pertandingan berikutnya.

Photobucket

China juara Piala Thomas 2012

on

Lin danok

WUHAN - China muncul juara Kejohanan Badminton Piala Thomas 2012 selepas mengalahkan Korea Selatan 3-0 pada final di Gimnasium Pusat Sukan Wuhan di sini sebentar tadi.
Keputusan:
Lin Dan mn Lee Hyun Il 21-14, 21-17
Cai Yun / Fu Haifeng mn Lee Yong Dae / Kim Sa Rang 21-16, 25-23
Chen Long mn Shon Wan Ho 21-9, 21-13



Photobucket

Amerika sedia bekerjasama dengan 'Mesir baru'

on


 Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Puan Hillary Clinton mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Mesir atas pilihan raya presiden bersejarah yang diadakan negara itu kelmarin.

Katanya, Washington sedia bekerjasama dengan pemerintah baru di Kaherah.

"Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan pemerintah Mesir yang dipilih secara demokratik," kata Clinton dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakapnya.

Hilary Clinton membuat kenyataan itu sedang kiraan undi masih diteruskan di negara Arab yang paling ramai penduduk.

"Hari ini (kelmarin) rakyat Mesir mengakhiri dua hari yang bersejarah dalam pusingan pertama pilihan raya presiden, menandakan satu lagi mercu tanda penting dalam peralihan mereka ke arah demokrasi.

"Kami akan terus berdiri bersama rakyat Mesir sedang mereka berusaha menggapai janji hasil pemberontakan tahun lalu dan membina demokrasi yang melambangkan nilai dan tradisi mereka, menghormati hak asasi manusia dan memenuhi aspirasi bagi kehidupan lebih baik," kata Clinton.

[Gambar - MENGIRA UNDI: Para pegawai pilihan raya Mesir mengira undi di salah satu pusat mengundi di Kahirah, setelah negara itu selesai menjalankan pilihan raya presiden yang bersejarah. - Foto AFP]

Setelah berdekad-dekad menerima keputusan yang telah ditetapkan di bawah pemerintahan mantan Presiden, Hosni Mubarak, keputusan undian dua hari itu tidak dapat dijangka dan mungkin memaksa undian pusingan kedua diadakan antara dua calon utama bulan depan.

Sekitar 50 juta pengundi diminta membuat pilihan antara 12 calon.

Tinjauan pendapat menunjukkan calon yang dijangka menang mungkin daripada golongan Islamis atau calon yang pernah menjadi menteri dalam era pemerintahan Hosni Mubarak.

Calon-calon golongan Islamis telah mengatakan mereka akan memperjuangkan matlamat pemberontakan tahun lalu.

Antara pesaing utama jawatan presiden Mesir, termasuk mantan Menteri Ehwal Luar Mesir dan ketua Liga Arab, Encik Amr Mussa, yang dilihat sebagai seorang ahli politik dan diplomat berpengalaman.

Tetapi, sebagaimana Perdana Menteri terakhir pentadbiran Encik Mubarak, Encik Ahmed Shafiq, Encik Mussa dituduh masih mempunyai hubungan dengan rejim lama.

Selain itu, calon Kumpulan Persaudaraan Islam (Ikhwan) yang berkuasa, Encik Mohammed Mursi, pula menghadapi saingan daripada bekas anggota pergerakan Islamis itu, Encik Abdel Moneim Abul Fotouh, yang menyifatkan dirinya sebagai pilihan yang dipersetujui. - AFP.


Photobucket

KEMPEN ‘KELUAR MENGUNDI, LAWAN PENIPUAN’

on



Bersih akan kembali kepada fokus utama mereka menuntut pilihan raya adil bersih, kali ini dengan merantau ke seluruh pelusuk tanah air bagi kempen mengajak pengundi berdaftar keluar mengundi ketika pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang dijangka tidak lama lagi.

Badan pemerhati pilihan raya itu akan memulakan kempen "Keluar Mengundi, Lawan Penipuan" bermula Jun depan dengan memberikan fokus utama di kawasan pedalaman.
"Bersih akan kembali kepada agenda utama kami. Dengan mengadakan "roadshow" bermula Jun depan. Kami akan memberi penjelasan kenapa pengundi perlu keluar mengundi dan melawan penipuan dalam sistem daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," kata ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah ketika perhimpunan vigil pasca Bersih di hadapan pintu masuk Taman Tasik Perdana.

Jelas Maria, antara aktiviti yang akan diadakan adalah sesi forum dan ceramah daripada panel Bersih.

"Setakat ini kami telah merancang akan mengadakan 7 forum dalam aktiviti tersebut termasuk ceramah di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

"Kami bergerak atas nama Bersih, dan tidak melibatkan mana-mana parti, namun sekiranya ada jemputan daripada Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR) untuk menjemput kami dalam ceramah mereka, kami amat mengalu-alukannya.

Tambah Maria, "kempen itu akan bermula minggu kedua Jun depan di negeri - negeri seperti Perak, Terengganu, Kedah, Perlis, Pulau - Pinang, dan Melaka, manakala di Johor akan dibuat pada bulan Julai."

"Lokasi lain masih dalam perbincangan, dan lokasi-lokasi kempen ini juga belum diputuskan," katanya lagi.

Himpunan vigil anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu menyaksikan sekitar 10-15 peserta memegang lilin dan membawa plakad tertera perkataan "hentikan keganasan polis," "polis perlu bebas daripada pengaruh politik," dan "kami mahu IPCMC."

Malah, peserta turut melaungkan slogan "polis baik kami suka," dan "polis jahat kami benci," di hadapan perkarangan pintu masuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Sejurus perhimpunan yang bermula jam 8 malam itu tamat sejam kemudian, pihak polis mula datang dan memerhatikan kumpulan tersebut. Bagaimanapun tiada insiden kekasaran berlaku antara peserta dan polis. (TMI)





Photobucket

Keganasan tidak harus berlaku dalam perbezaan berpolitik

on


Kebelakangan ini keganasan sering berlaku di kalangan para pendukung dan penyokong parti-parti politik khususnya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Ianya tidak seharusnya berlaku walaupun berlainan fahaman dan pegangan politik kepartian.

Jika satu ketika dahulu, orang Melayu menjadikan sebagai satu jenaka apabila mesyuarat sebuah parti politik yang mewakili satu kaum tertentu berkesudahan dengan pergaduhan dan saling membaling kerusi dan apa saja objek yang boleh dilontar, sekarang mereka pula yang mentertawakan perangai dan tingkah laku orang Melayu.

Berlainan pegangan dan sokongan politik tidak seharusnya dipenuhi dengan keganasan dan kesamsengan yang bukan sahaja memperlihatkan ketandusan disiplin tetapi kerendahan akhlak. Biar berbeza pendapat dan sokongan tetapi jangan pula ia dijadikan alasan untuk mengganas dan mencederakan saudara sebangsa dan seagama ataupun sesiapa sahaja. 

"Sesungguhnya orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara dua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." (Surah Al-Hujuraat: Ayat 10)

Majoriti orang Melayu bimbang perpecahan bangsa yang sedang berlaku atas kerekahan fahaman politik akan membawa padah kepada negara dan keturunan akan datang. Orang Melayu mesti belajar daripada sejarah dan pengalaman bangsa dan negara lain yang hancur apabila kesatuan bangsa runtuh. 

Kita hendaklah jadikan iktibar daripada sejarah hitam Melaka dan bangsa yang ditakluk Portugis pada 1511 diikuti selama 446 tahun penjajahan oleh Belanda, Inggeris dan Jepun dan selepas Merdeka peristiwa berdarah 13 Mei 1969.  Kita percaya mereka yang terlibat dalam keganasan dan tindakan samseng kebelakangan ini belum lahir semasa peristiwa hitam 1969 itu berlaku dan tidak tahu akan padahnya.

Bangsa Melayu tidak mampu lagi untuk berpecah-belah. Biarlah berlainan fahaman politik tetapi jangan jadikannya sebagai satu alasan untuk bergaduh dan berpecah-belah. Jadikan perbezaan pendapat dan pegangan politik sebagai satu kekuatan bukan satu kelemahan.

Peringatan yang diberikan dalam al-Quran secara nyata mengajak manusia supaya menjaga ikatan silaturahim dan persaudaraan, bukan sebaliknya. Kita diajar supaya menjauhkan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan ikatan persaudaraan dan kejiranan, bukan bermusuhan.

Perpecahan hanya akan melemahkan umat Islam. Apabila menjadi lemah sudah tentu akan berlaku kerosakan dan kehancuran.

Semua pihak yang 'bermusuhan' akibat berlainan fahaman politik perlu ingat dan disedarkan bahawa Islam menyeru kepada perpaduan sejagat, melarang sama sekali perpecahan apa lagi sesama umat Islam. 

Apa yang berlaku hari ini, terutamanya di kalangan negara berpenduduk majoriti Islam, amat menyedihkan kerana ia berlawanan sama sekali dengan apa yang dianjurkan oleh Islam. Perkara yang sama sedang berlaku di Malaysia, semuanya kerana berlainan fahaman politik yang sempit. 

Saya percaya majoriti orang Melayu dan umat Islam di Malaysia, khasnya dan rakyat Malaysia amnya,  menolak perpecahan apatah lagi keganasan dan tindakan samseng, tak kiralah oleh mana-mana pihak atau kumpulan tertentu.

BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH.


sumber

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List