Angan-angan Dr Mahathir itu ibarat 'pungguk rindukan bulan'

on Aug 21, 2012




Dr Mahathir Mohammad dalam kenyataan terakhir beliau meminta supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan bercantum dengan UMNO untuk melaksanakan hukum hudud bersama-sama. Pandangan terakhir Mahathir yang sentiasa berubah mengikut keadaan itu, merupakan satu pandangan yang sangat susah bagi sesiapa yang berfikiran tenang dan baik untuk mempercayainya.

Mahathir begitu jelas sebagai penentang hukum dan beliau pernah berkata pada suatu ketika dahulu yang hudud itu merupakan satu undang-undang yang zalim. Dr Mahathir memberikan alasan yang ada parti dalam Pakatan Rakyat tidak mahukan undang-undang hudud tetapi Dr Mahathir tidak pula mengaku bahawa rakan kongsinya MCA adalah parti yang sesungguhnya menentang hudud dengan keras dan lantang.

Tidak hairanlah jika MCA bersikap begitu kerana ahli-ahli dan pemimpinnya adalah dari kaum bukan Islam. Tetapi yang lebih malang lagi UMNO jugalah yang menyekat perlaksanaan hudud itu dan Mahathir tidak setuju dengan ‘enactment’ tentang hudud yang diluluskan oleh DUN Kelantan pada tahun 1991 dahulu. Dr Mahathir ini pelupa orangnya kerana beliaulah yang mempersendakan hukum Islam (hudud) itu secara  terang-terangan ketika dahulu.

Beliau tahu apa-apa hukum sekali pun yang diluluskan oleh dewan Undangan Negeri, ia tidak akan dapat dilaksanakan jika dicegah dan digagalkan oleh Kerajaan Persekutuan. Ajakan Dr Mahathir supaya PAS menyertai UMNO dan melaksanakan hukum hudud bersama-sama itu merupakan satu helah beliau untuk mencari jalan untuk UMNO terus di dalam kuasa.

Tidak dapat disangkal lagi PAS dan DAP jika kekal kerjasama sama mereka, UMNO sudah hampir terlalu pasti akan sampai ke penghujung nyawanya dan akan hanya wujud dalam sejarah sahaja. UMNO hanya menunggu pilihanraya sahaja untuk disahkan secara rasmi sebagai parti yang pada hakikatnya sudah tidak diterima rakyat lagi.

Saya selalu berkata perpaduan rakyat akan hanya terjadi jika mereka (rakyat) bersatu di luar BN. Seperti ilmu matematik, formula sangat penting untuk mencari jawapan yang betul. Formulanya ialah bersatu di luar BN dan seruan ini adalah untuk semua rakyat yang pada hakikatnya benar-benar inginkan perpaduan itu.

Jika benar UMNO mahukan perpaduan itu, parti itu sebaliknya keluar BN dan menjadi rakan kongsi yang ‘junior’ dalam Pakatan Rakyat dan menjadi pengikut pula kerana UMNO sudah tidak lagi mempunyai kekuatan untuk menjadi pemimpin. Lagi pula, di Semenanjung ini BN akan hanya mempunyai satu komponen sahaja, iaitu UMNO itu sendiri.

Sekarang UMNO terpaksa memberikan peruntukan kerusi kepada parti-parti yang sudah hampir pasti tidak akan menang di hati rakyat lagi seperti MCA, Gerakan, MIC dan PPP. Malahan parti-parti komponen dalam BN itu hanya memberikan bebanan yang sangat berat kepada UMNO yang sudah tersedia dengan bebanannya sendiri yang sangat berat.

Bagi saya, angan-angan Dr Mahathir itu adalah seperti ‘pungguk rindukan bulan’ kerana jika Mahathir sendiri atau pimpinan tertinggi UMNO yang ada sekarang ini mahu melakukan ‘negotiation’ untuk percantuman ini, ia tidak akan berjaya. UMNO tidak ada ‘magnanimity’ langsung termasuk Dr Mahathir itu sendiri untuk melakukannya.

“Dr Mahathir is a very good servant but a very bad master,” kata seorang pemimpin UMNO suatu masa dahulu. Beliau telah gagal untuk menjadi negarawan kerana baliau masih menjadi ‘activist’ parti UMNO dan tidak mempunyai sifat negarawan yang sejati. Dr Mahathir tidak ada ‘cut’ untuk digelar sebagai negarawan kerana beliau memihak kepada pimpinan yang rakus dengan rasuah dan beliau tidak merasa bersalah langsung mewarisi sifat rasuah kepada pimpinan-pimpinan selepas beliau.

Jika kita singkap sejarah yang masih terlalu baru, beliau tidak merasa bersalah kerana membantu menjatuhkan kekuatan UMNO apabila keluar dari parti itu sebelum pilihanraya yang lalu. Beliau bertindak keluar kerana mahu menjatuhkan Abdullah Badawi yang tidak sebulu dengan beliau. Kerana Abdullah seorang, beliau sanggup melemahkan parti yang beliau tubuhkan sendiri dalam tahun 1998 dahulu.

Dr Mahathir hanya mampu membawa kegelisahan kepada semua pihak. Beliau hanya berjaya jika semua pihak berpecah-belah. Politiknya hanya boleh hidup jika kita semua berpecah-belah dan bergaduh di antara satu dengan lain. Jika PAS dan DAP serta PKR dan bekerjasama pula dengan rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak, insyaalah kita akan bersatu dengan lebih mudah lagi.

Selagi UMNO, lebih-lebih lagi Dr Mahathir diberikan tanggungjawab untuk menyatukan rakyat, perpaduan tidak akan tercapai. UMNO nampaknya menunjukkan penyesalannya setelah nasi menjadi bubur.

UMNO hanya menyesal setelah berada di dalam gaung yang dalam. UMNO tidak boleh bangun lagi. PAS tidak perlu menghiraukan ajakan Dr Mahathir itu. Usaha penyatuan yang PAS dengan rakan-rakannya sedang lakukan sekarang sudah terlalu hampir untuk mendapat kejayaan. Jangan dirosakkan lagi.

Percayalah.



Photobucket

DUA PEMIMPIN PR YANG BANGANG

on




Kalau ada anugerah untuk Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang dinamakan Bangang Bin Bahlul, rasanya kedua-dua mereka ni iaitu Yb Karpal Singh dan Yb Nasharuddin Mat Isa memang layak mendapat Anugerah tersebut beb... kah kah kah... ini kerana kedua mereka ni bukan hanya menyusahkan tapi siap memberi pernafasan kepada United Munafikun National Organisations (Umno) untuk menyambung nyawa-nyawa Pemimpin Umno yang sedang Nazak.

Kalau tindakan tersebut dilakukan oleh ahli-ahli bawahan PR memang tak hairan lah beb kerana memang menteliti Penyokong kurang bernas jika dibandingkan dengan menteliti Pemimpin... tapi kalau yang melakukan perkara bodoh tersebut adalah Pemimpin... rasa nya lebih baik lu orang pergi mampos aje lah... kah kah kah... kerana hidup lu orang lebih banyak menyusahkan dan tak jauh bezanya dengan Perangai Pemimpin Umno/Bn... kah kah kah !.

Cuma bezanya lu orang menyusahkan untuk PR dengan memberi Pernafasan kepada Umno/Bn manakala Pemimpin Umno/Bn menyusahkan rakyat itu aje... dan pada Gua kedua-dua adalah sama iaitu berkesudahan dengan Menyusahkan Rakyat... yang mana akhirnya Perbuatan lu orang berdua boleh mengakibatkan PR gagal menduduki Putrajaya dan Umno/Bn dapat menyambung terus nyawa mereka walaupun satu ketika didapati Nazak dan hampir mampos... kah kah kah !.

Mungkin ada kedua-dua penyokong Yb PR yang Bangang Bin Balul ni tak setuju dengan Pandangan Gua... tapi Gua apa puduli beb dengan pandang lu orang yang membiarkan Pemipin Idola lu orang lu orang menjadi Bangang Bin Bahlul... kah kah kah... sepatutnya lu orang nasihatkan Pemimipin Idola lu orang yang mana seorang tu nama aje Veteran tapi otak macam budak-budak Tadika dalam mengeluarkan Kenyataan berkenaan Hudud... manakala seorang lagi pernah menjadi Timbalan Presiden Pas tapi otak dah macam Pemimpin Umno... kah kah kah !.

Akhirnya sekali Gua nak dengar apa pandangan kedua Yb PR yang Bangang Bin Bahlul dan yang sewaktu dengan nya ni berkenaan kenyataan Pengerusi Mca Selangor sahabat Umno... juga pandangan Pejuang IMR (Islam, Melyu, Raja) lebih-lebih lagi dari Pejuang Akidah Yb Hasan Ali Jati, Mufti Perak Dati Harusani, Ibrahim Al-Kataki, Zul Kulum, Ezam Sesumpah 7 Kotak, Pengerusi Cibai  dan Guru Pondok 2 milion RM Man... kah kah kah !. sumber klik sini

hemmmmm..... atau kalau payah sangat beb... lu orang yang sayangkan pemimpin idola lu orang tu boleh sama-sama ikut pemimpin lu iaitu pergi mampos dengan lu orang... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeeee... A B U.



sumber

Photobucket

Tolong Cerita Sikit.....

on








Photobucket

BN bakal tumbang di semua kerusi majoriti KDM dan Cina di Sabah

on




PILIHANRAYA UMUM Ke-13 Sabah kali sememangnya dijangkakan yang paling sengit selepas pilihanraya 1985. Jika pada PRU 1985 itu, satu sejarah telah tercatat apabila Kerajaan Berjaya yang gagah perkasa atas sokongan Kuala Lumpur telah ditumbangkan di bumi Sabah oleh Parti Nyamuk (PBS) pimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan.

Kini setelah 27 tahun berlalu, adakah sejarah berkenaan akan berulang lagi? Tidak dinafikan, angin perubahan sedang bertiup kencang dan rata-rata rakyat Sabah sedang menunggu hari mengundi sahaja kali ini.
 

Rasa muak dan jengkel semakin membara, terutama semangat ingin menukar baju baru di hati mereka sememangnya telah terpendam sejak PRU 12 lalu; Apatah lagi selepas melihat warga Semenanjung yang meniupkan TSUNAMI sehingga takhta BN di 5 negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan memaksa Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib.

Berbalik pada PRU 13 Sabah kali ini, sememangnya kawasan KDM dan Cina yang dimenangi BN dalam PRU-12, kini berada dalam bahaya dan bakal jatuh ke tangan pembangkang.
 

Kesungguhan pembangkan memainkan isu 20 perkara, royalti minyak, Sabah adalah sebuah Negara dalam pembentukan Malaysia; Borneonisasi dan paling mujarab isu Pendatang Asing di bumi Sabah.
 

Kesemua isu ini nampaknya telah meracuni fikiran masyarakat KDM dan Cina serta 40% orang Islam sejati Sabah. Jentera Penerangan BN dan Pemimpin BN Sabah nampak tidak berdaya melawan dan menangkis senjata tajam yang telah dimainkan oleh STAR dan SAPP; dua parti yang mendakwa menjadi harapan rakyat Sabah kali ini.
 

Rakyat Sabah yang begitu sensitif dengan isu parokial, etnocentrisme dan kenegerian begitu ketara di era 85 apabila isu sekecil penyerahan Pulau Labuan telah menjadi senjata menumbangkan Kerajaan Berjaya.
 

Jika kita analisa, kawasan KDM hanya tinggal 18 kerusi, yang semuanya dikuasai PBS, UPKO, dan PBRS, dengan majoriti di antara 171 undi majoriti paling tipis kemenangan di N 33 Bingkor dan majoriti paling tinggi 5,455 undi di N 40 Labuk. Sementara 16 kerusi yang lain, adalah di bawah 2,900 undi.
 

Sementara itu, kawasan Cina hanya tinggal 9 kerusi yang 95% adalah pengundi Cina dan 3 lagi iaitu N 2 Tanjung Kapor, N 14 Likas serta N 58 Merotai hanya mempunyai 55 % pengundi Cina.
 

Jika trend angin orang Cina terhadap BN, seperti pilihanraya Sarawak yang lalu dan dengan sentimen yang sedang dimainkan oleh SAPP dan DAP, kita percaya kesemua 11 kerusi ini bakal jatuh ke tangan pembangkang Sabah.
 

Jika di analiasa dan kita lihat peluang pembangkang Sabah kali ini, sudah separuh kaki pembangkang telah menjejaki Pejabat Jabatan Ketua Menteri di Teluk Likas. STAR dan SAPP dijangka dapat merampas kesemua kerusi KDM ini dan SAPP dan DAP pada kesemua kerusi Cina.
 

Jika 18 kerusi dicampur 11, maka jumlahnya adalah 29. Ini bermakna pembangkang hanya perlu 3 kerusi lagi untuk membentuk kerajaan baru Sabah dengan 'simple majoriti'.
 

Mari kita tengok pula kawasan Umno yang dirasakan ada peluang dirampas daripada BN. Kita hanya 'target' dan analisa 5 kawasan yang Umno menang hanya menang di bawah 2,500 undi dan peratus keluar mengundi di kelima-lima kawasan ini adalah bawah 66%.
 

Kawasan tersebut ialah;
 

N 1 Banggi undi majoriti - 2,024
 
N 43 Sekong undi majoriti - 2,189
N 48 Sukau undi majoriti -2,107
N 49 Tungku undi majoriti 2,389
N 52 Sulabayan undi majoriti 2,037

Kesemua lima kawasan Umno ini, peluang pembangkang boleh merampas kerusi ini menerusi PKR. Andai peratus yang keluar mengundi kali ini boleh mencapai sehingga 90 % ke atas, serta pengundi atas pagar ini menyebelahi PR Sabah dan juga yang paling mustahak, pengundi hantu tidak digunakan BN kali ini.
 

Kita sangat pasti dengan angin perubahan dan Tsunami yang bakal melanda ini akan dapat menukar kerajaan BN-UMNO dengan kerajaan rakyat Sabah.
 

Oleh: MOHD DANIAL ABDULLAH




Photobucket

Sayangi Orang Tua Anda....

on Aug 18, 2012







Photobucket

Selamat Hari Raya

on Aug 17, 2012









Photobucket

'Tanda Putra' itu 'tanda UMNO terdesak'

on




‘Tanda Putra’ merupakan filem yang dipergunakan oleh BN lebih-lebih lagi UMNO untuk ‘discredit’ Lim Kit Siang dan ini merupakan tindakan ‘desperate’ pihak BN dalam menunggu pilihanraya yang paling mencabar dalam sejarah negara ini. Isu perkauman dan agama diperbesarkan oleh pihak UMNO kerana itu sahaja yang mereka rasakan boleh menyekat peningkatan pengaruh DAP dalam kancah politik tanahair. DAP sudah di terima oleh sebahagian orang Melayu sebagai parti yang mampu membawa kebaikan kepada negara bersama-sama dengan PAS dan PKR.

Tohmahan dan tuduhan palsu ke atas LKS itu merupakan jalan yang terakhir untuk BN mengelakan diri dari terjatuh tersungkur di hadapan mata rakyat kerana momokan terhadap parti itu sejak lebih empat dekad lalu sudah secara deras tidak diterima lagi oleh ramai orang Melayu. UMNO dalam kedudukan ‘desperate’ untuk mendapatkan sokongan orang Melayu kerana sebahagian besar dari orang Melayu sudah menerima PAS sebagai parti gantian kepada UMNO untuk mereka sekarang ini.

Kaum Cina pula sudah meninggalkan MCA yang selama ini merupakan parti yang mewakili bangsa Cina dalam Perikatan dan BN selepas itu. Maka memainkan isu perkauman itu merupakan salah satu dari strategi untuk mengelakan orang Melayu dari memberikan perhatian terhadap DAP. Dalam posting saya semalam saya telah menulis tentang betapa 'desperate'nya UMNO jika PAS dan DAP terus-terusan bekerjasama dengan baik kerana jika kedua-dua parti ini tidak dapat dipecah belahkan oleh UMNO maka keputusan pilihanraya yang akan datang ini adalah ‘predictable’.

Datin Paduka Shuhaimi Baba, pengarah filem itu menafikan yang filem itu membawa maksud untuk menuduh LKS terlibat memyebabkan tercetusnya trajedi 13 Mei ’69 itu. Saya mempunyai andaian yang isu ini dengan sengaja dipermainkan kerana politik dan kuasa. Ramai yang bercakap dan menghubungi saya berpendapat ini merupakan permainan politik yang sangat kotor dan LKS sepatutnya mengambil tindakan Mahkamah jika cukup kesahihan yang isu ini diperbesarkan semata-mata kerana permainan politik desperado pihak yang ketagih dengan kuasa itu.

Jika isu fitnah itu menyebabkan kecederaan kepada intergriti pemimpin maka mangsa kepada isu itu sememangnya wajar untuk tampil mengambil tindakan undang-undang kerana isu ini akan menyebabkan perpecahan rakyat yang berdasarkan kepada kaum. Isu yang dimainkan oleh pihak yang menyokong pemerintah ini adalah isu yang tidak bertanggungjawab dan ia bertentangan dengan slogan-slogan pihak pemerintah untuk menjaga kepentingan kesemua kaum di negara ini.

Kita sudah merdeka selama 55 tahun dan isu perkauman ini nampaknya di burukan oleh pihak parti-parti yang memerintah. Sekarang ini, rakyat pula yang bersabar dengan tindak tanduk BN untuk mengelakan pergaduhan di antara kaum di negara ini. Tindakan media massa dan alternatif yang memihak kepada BN sengaja mahu mengingatkan peristiwa berdarah itu untuk menakut-nakutkan orang Melayu dan untuk menyemai perasaan benci-membenci di antara kaum.

Kita elok memberi pandangan kepada pihak parti-parti yang memerintah supaya berkelakuan baik untuk mendapat penghormatan rakyat, bukannya menabur fitnah terhadap mana-mana pihak untuk mengekalkan kuasa. Walau bagaimana pun rakyat tidak mudah untuk menerima tohmahan ini kerana rakyat sudah tersedia dengan persepsi yang sangat buruk terhadap parti pemerintah sekarang ini.

Adalah tidak bermoral untuk sesiapa memperjudikan keselamatan negara kerana ingin terus berkuasa dengan memecah belahkan rakyat. Bagi LKS, beliau berhak untuk mempertahankan diri beliau dari korban fitnah yang tidak terperi kotornya ini.

LKS sepatutnya ke mahkamah dalam masa yang terdekat ini kerana fitnah mesti diperangi habis-habisan. Isu ini keluar kerana pilihanraya akan tiba. Rakyat ramai harus bangkit untuk menolak sebarang tindakan yang bersifat perkauman untuk meninggalkan sebuah negara yang aman damai kepada generasi kita yang akan datang.

Bagi rakyat pula kita seharusnya tidak terjebak dengan permainan kotor setengah pihak ini kerana kita juga tidak boleh membiarkan pihak ini memperbodoh-bodohkan kita dan bersekongkol dengan niat jahat pihak tersebut.

Kita memperjuangkan kehidupan rakyat yang muhibbah dan harmonis kerana sejak merdeka kita mempunyai satu matlamat yang ‘ultimate’, iaitu penyatuan semua kaum dan mencapai tahap ‘national unity’ yang optima.

Itulah sebaik-baik peninggalan untuk generasi kita yang akan datang.





Photobucket

Sabah Sudah ada Kabinet Bayangan.....?

on





PEMBANGKANG Sabah sememangnya dipenuhi dengan pemimpin yang hebat dan vokal seperti Datuk Jeffrey kitingan, Datuk Yong Teck Lee, Jimmy Wong, Christina Liew, Dr Hiew King Cheu, Hj Ansari Abdullah, Ahmad Tamrin Jaini, Hj Hamzah Abdullah.

Barisan ini diperkukuhkan lagi dengan wira sabah yang berani serta dipuji oleh semua rakyat Sabah iaitu Datuk Seri Panglima Lajim Hj Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing.

Kesemua pemimpin pembangkang ini adalah antara senarai harapan rakyat Sabah kali ini. Persoalan kita sekarang, siapakah di antara mereka yang terbilang ini, akan mengetua barisan pembangkang dalam pertempuran sengit di medan perang 60 Kawasan Dun nanti?

Pembangkang mesti mencapai kata putus dan sepakat mewujudkan satu Gagasan pembangkang yang kuat serta senarai calon yang boleh diterima oleh semua gabungan pembangkang di 60 Dun nanti.

Calon pembangkang kali ini mestilah boleh diterima oleh semua gabungan dan peluang menang mesti 100%, malah kesemua calon pembangkang ini adalah bersih dari disyaki perasuah, kaki betina, kaki judi dan paling penting, mempunyai prinsip dan maruah, agar tidak mudah menjadi siluman katak lagi.

Berbalik soal, siapa bakal Jenderal yang akan mengetua pembangkang kali ini, Jenderal ini juga


bakal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru. Andainya pembangkang menang simple majoriti kali ini, (kenapa saya katakan simple majoriti), kerana diramalkan PRU 13 kali ini, adalah sangat sengit dan 'head to head', sama ada BN atau PR dapat membentuk kerajaan baru Sabah nanti; adalah hanya menang dengan kedudukan 33 vs 27.

Persoalannya, siapakah Jenderal yang boleh mengetuai pasukan penggempur ini dan boleh diterima semua? Adakah Datuk Jeffery atau Datuk Yong Teck Lee atau Datuk Lajim Ukin atau Datuk Wilfred Bumburing atau Hj Ansari atau Hj Tamrin?

Majoriti rakyat Sabah, sememangnya sangat berbangga dengan pahlawan-pahlawan yang disebutkan di atas tadi, tetapi pada hakikatnya, seorang 'Ketua' mesti dilantik sebagai Jenderal untuk ke medan perang nanti.

Datuk Dr Jeffery Kitingan, semestinya difikirkan sesuai dan orang yang layak mengetua gabungan kesemua pembangkang ini. Pakatan Rakyat dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semestinya memberi peluang kepada pemimpin yang hebat serta berani bercakap atas dasar fakta ini, serta Dr Jeffrey ini sangat tepat mengetuai gabungan ini kerana ia setanding dengan 'kepala hotak' Tun Dr Mahathir Mohammad, dan abang kandungnya sendiri, Datuk Pairin.

Dengan kelulusan PhD, dirasakan beliau layak. Bagaimanapun, pemimpin lain mesti mencapai kata sepakat ini dan menerima Dr Jeffery sebagai Jenderal mereka; demi masa depan dan harapan rakyat Sabah untuk menukar kerajaan dan Ketua Menteri Sabah.

Kebijaksaan semua pemimpin pembangkang Sabah kali ini, bakal diuji. Jika pembangkang Sabah kali masih gagal mencapai kata sepakat itu, maka harapan rakyat Sabah akan hancur berderai.

Oleh itu, pembangkang Sabah mesti sedia bertolak ansur serta bercita-cita besar dan merangka satu senarai 'Kabinet Bayangan' yang setanding dengan kabinet sekarang ini supaya rakyat boleh bayangkan menteri-menteri dari PR ini nanti.

Kabinet Bayangan yang boleh memberi inspirasi baru kepada rakyat Sabah, mungkin seperti senarai berikut;

Ketua Menteri - Datuk Dr Jeffery kitingan (STAR)

Menteri di JKM 1 - Dr Hiew king Chew (DAP)
Menteri di JKM 2 - Ahmad Tamrin (PKR)

Timbalan KM - Hj Ansari Adullah (PKR) merangkap Menteri Kewangan
Timbalan KM - Jimmy wong (DAP) merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian
Timbalan KM - Datuk Wilfried Bumburing (SRF) merangkap Menteri Pertanian Dan Perikanan.

Menteri Kerajaan Perumahan & Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Lajim ukin (APR).

Menteri Pembangunan Luar Bandar - Danial John Jambun (STAR)

Menteri Pembangunan Infrastruktur - Christina Liew (PKR)

Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Alam Sekitar - Hj Hamzah Abdullah (PAS)

Menreri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna - Edward Mujie ( DAP )

Menteri Belia Dan Sukan - Hj Amde sidik ( SAPP )

Senarai kabinet bayangan pembangkang ini hanyala satu ilham dan satu harapan rakyat Sabah, untuk menumbangkan Kerajaan BN yang gagah perkasa ini, serta kabinet ini diharapkan akan meyayukan kesemua pemimpin pembangkang Sabah kali ini.

INI KALI LA KITA TUKAR BAJU BARU!



Oleh : MOHD DANIAL ADULLAH



Photobucket

Mengapa Najib Enggan Dakwa Musa Aman Dan Taib Mahmud...?

on





Mana-mana pemikiran rakyat Malaysia yang waras kini mesti tertanya-tanya mengapa Perdana Menteri Najib Razak begitu keberatan untuk bertindak terhadap ketua menteri Sabah dan Sarawak, memandangkan bahawa kedua-dua didakwa menghadapi bukti-bukti kukuh menggalakkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang tidak terbatas.

Kedua-dua Musa Aman dari Sabah dan Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud yang telah lama berkhidmat adalah antara yang terkaya di kalangan 13 ketua menteri di Malaysia, setelah dilaporkan mempunyai kekayaan berbilion-bilion dan masih aktif mengumpul kekayaan dan hartanah domestik dan luar negara.

FMT baru-baru ini telah menemuramah tiga penganalisis yang secara kolektif bersetuju bahawa keengganan Najib adalah disebabkan oleh tindak balas yang mungkin boleh membahayakan cengkaman parti pemerintah pada "simpanan tetap" di negeri-negeri Borneo.

Walaupun khabar-khabar angin tidak mempersoalkan kepintaran percaturan politik pemimpin-pemimpin ini, bagaimanapun mereka tidak ragu-ragu bersetuju mengenai "kekebalan" kedua-dua mereka dan dakwaan bahawa ia adalah "ketakutan" buat Najib akan kehilangan sokongan mereka.

Dr James Alin, seorang pakar ekonomi Universiti Malaysia Sabah (UMS), ketika ditemui, berkata bahawa sebarang cubaan untuk mendakwa kedua-dua lelaki itu akan mempunyai akibat yang tidak diingini ke atas Najib dan Barisan Nasional (BN).

"Najib takut kehilangan sokongan dari kroni Musa dan Taib yang Najib sendiri dianggap sebagai dalam lingkungan BN dalam.

"Akibatnya lain adalah keluarga Najib mungkin kehilangan rakan kongsi perniagaan.

"Mereka menubuhkan sebuah perbicaraan monyet untuk Shahrizat Abdul Jalil untuk menutup penglibatan jelas dalam lingkungan kuasa Umno berkenaan isu Pusat Fidlot Nasional [NFC]. Najib kini terpaksa bermain secara selamat apabila berurusan dengan Musa dan Taib kerana dia tahu bahawa Anwar Ibrahim boleh bekerjasama dengan kedua-dua mereka dalam keadaan yang paling ekstrim sekalipun, "kata Alin.

Alin yang merupakan lulusan universiti Jepun berpendapat bahawa Najib tidak mampu bertindak seperti Machiavelian sebagaimana yang ditunjukan bekas perdana menteri Mahathir Mohamad.

"Dia bergantung sepenuhnya kepada kroni beliau untuk menang di Sabah. Menentang Musa akan menjadi terlalu bahaya dari sudut politik kerana rakan-rakan Umno di Sabah, Upko dan PBS, [hanya] berpura-pura berjuang untuk rakyat Sabah.

"Mengeluarkan Musa menjadikan Umno Sabah tidak stabil, dan BN akan hancur. [Di Sarawak], Najib tahu rakyat Sarawak sudah bosan dengan Taib tetapi tidak akan bertolak ansur dengan gangguan dari Kuala Lumpur ... "tambah Alin.

Dan yang menjelaskan mengapa Najib, yang mendakwa untuk menggalakkan tadbir urus yang baik di Malaysia, begitu keberatan untuk bertindak terhadap "kembar berkuasa" di Malaysia Timur itu.

Najib takut tindak balas

Apa-apa tindakan terhadap kedua-dua lelaki itu akan melihat tindak balas yang boleh memintas menembusi kubu pertahanan Najib sendiri di Sabah dan di Sarawak.

Oleh itu, ia akan menjadi lebih baik untuk membiarkan sahaja kedudukan mereka dan mengharap yang terbaik daripada keadaan tersebut dan fokus tertumpu untuk merampas kembali kerusi di Semenanjung walaupun agak mustahil.

Apa yang penting ialah bagi BN untuk mendapatkan majoriti kerusi parlimen dari Sabah, Sarawak dan Labuan, yang secara keseluruhan sudah mempunyai 57 daripada 222 kerusi iaitu kira-kira satu perempat kekuasaan BN.

Dr Arnold Puyok, seorang penganalisis politik dengan UiTM Kota Kinabalu, di samping berkongsi pandangan Alin bahawa Sabah dan Sarawak memegang kunci kepada survival politik BN, berkata bahawa Najib sedar bahawa kedua-dua pemimpin mempunyai sokongan "kuat" di kalangan pengundi luar bandar.

"Najib perlu berhati-hati. Dia tahu sokongan untuk Musa dan Taib masih kukuh di kalangan pengundi luar bandar yang dapat menjelaskan mengapa tidak ada tindakan terhadap kedua-dua lelaki itu sehingga kini.

"Bagaimanapun, berbanding Taib, kedudukan Musa adalah sukar sedikit kerana dia mempunyai isu dengan puak-puak dalaman Umno Sabah. Dia mungkin diminta untuk berhenti oleh Najib kerana tekanan daripada pemimpin Umno Sabah sendiri, "katanya.

Puyok juga menyatakan bahawa ketiadaan pengganti yang sesuai untuk Taib boleh menjadi sebab mengapa memaksa beliau membiarkan Taib sekarang adalah satu-satunya pilihan tepat.

"Tidak ada tanda bahawa Taib akan meletak jawatan dalam masa terdekat kerana dia masih tidak mempunyai pengganti yang sesuai," katanya.

Seorang lagi penganalisis dari sebuah universiti di sini berkata beliau menjangkakan perdana menteri meminta Musa berundur sebagai ketua menteri tidak lama lagi dan membuka jalan bagi peralihan kepemimpinan baru, segar, mungkin dari kalangan menteri Musa "tetapi ia juga boleh menjadi mana-mana pemimpin Umno di luar Kabinet ".

"Jika Musa enggan meletak jawatan, maka perkara yang seterusnya Najib boleh lakukan adalah untuk merombak Umno Sabah, menggantikan Musa sebagai ketua dan sama ada menggantikannya dengan timbalannya Salleh Said Keruak atau pemimpin lain," katanya, sambil menambah bahawa Umno Sabah juga tidak nampak pemimpin yang lebih baik untuk menggantikan Musa.

Penganalisis yang enggan namanya disiarkan, juga berkata bahawa salah satu sebab mengapa Najib tidak mengambil tindakan tegas terhadap kedua-dua lelaki itu adalah ketakutan sendiri bahawa apa-apa tindakan menyerang akan membuka pekung busuk mengenai rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kerajaan dan Umno sendiri.

"Jika Perdana Menteri membersihkan dirinya, maka dia sepatutnya telah mengambil tindakan, bukan sekadar memerhatikan rakyat yang bangun menentangnya," katanya.


Photobucket

Siapa "Syaitan-syaitan Bisu" dalam Kenyataan Nasharuddin Mat Isa?

on




Nasharudin Mat Isa yang mencetuskan kontroversi apabila bersama-sama dengan Najib mengadakan pertemuan dengan beberapa orang tokoh agama di sana menafikan bahawa dirinya akan menyertai UMNO. Katanya, dia setia dengan PAS.

Menurut Nasha dalam kenyataan medianya, "Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekah antara beberapa orang Ulama di Makkah bersama dengan YAB PM bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Mekah dengan visa khas selepas YAB PM bersetuju untuk bertemu dengan ulama2 tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil haram.

Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohinya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada PM seperti mempastikan Malaysia terus mengangkat pegangan ahli sunnah wal jamaah dalam memelihara kesucian Islam.
 

Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau Umno, sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar dari Pas atau Umno. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum."

Nasha seterusnya mempersoal "Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?" Persoalannya, adakah tindakan Nasha ini diketahui oleh partinya. Selaku orang yang masih menjawat jawatan penting sudah tentu tindak-tanduknya terutama melibatkan pemimpin parti lawan perlu dimaklumkan kepada parti. Adakah dia berbuat demikian? 

Kalau kita baca di media, laporan akhbar mesra UMNO cukup-cukup memanipulasikan pertemuan Najib dengan Pak Arab. Tambah-tambah pula yang memberikan kenyataan itu ialah Najib sendiri. Misalnya Bernama melaporkan, "Tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish menyatakan pandangan mereka itu dalam satu perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Ketiga-tiga tokoh agama bersama dua lagi pemimpin Islam terkenal iaitu Penasihat Wasir TV Channel Sheikh Dr Abdul Rahim Mulazadah dan Pengerusi Al Maijd TV Dr Hammad Mohamad Al Ghammas mengunjungi Perdana Menteri yang mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di kota suci Makkah mulai hari ini. 

Najib memberitahu wartawan Malaysia di Makkah, ketiga-tiga ulama Arab Saudi itu memuji kerajaan Malaysia kerana berjaya mengukuhkan kedaulatan Islamiah apabila meletakkan Islam sebagai agama persekutuan walaupun rakyatnya berbilang kaum dan agama.
  
Katanya, para ulama Arab Saudi juga kagum dengan kepimpinan kerajaan Malaysia yang memupuk hubungan baik antara ulama dan umarak dan mahukan negara Islam lain menjadikan Malaysia sebagai model negara Islam yang maju.
 
“Kita juga memaklumkan mengenai konsep Wasatiyah yang kita pegang dari dulu dan di peringkat negeri pula kita mempunyai enakmen yang menyebut pegangan kita ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi mengelakkan berlaku sebarang konflik dan kerosakan akidah dan sebagainya,” katanya.
  
Ulama itu berpendapat pendekatan kerajaan terhadap kepimpinan yang berteraskan Islam itu telah mengelakkan Malaysia daripada menghadapi sebarang konflik seperti negara majmuk yang lain.

Di mana isu Rohingya, Syria?

Yang TM persoal ialah sikap Nasha terhadap UMNO walaupun dia dengan tegas mengkritik DAP terutama berkaitan dengan hudud. Kata Nasha dalam kenyataan medianya, "Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam." 



Setahu kita, Karpal menentang hudud atas sebab-sebab perundangan, Perlembagaan, hudud tidak dimasukkan ke dalam manisfesto PR, dan sudah tentu Karpal Singh bukan Islam. Namun yang pasti, kita tidak pernah mendengar berita atau laporan atau kenyataan menunjukkan Karpal anti-Islam, selain andaian dan tanggapan pihak-pihak tertentu untuk mencetuskan persepsi buruk kepada DAP. Bagaimana Nasha boleh mengatakan Karpal anti-Islam hanya kerana Karpal tidak bersetuju dengan hudud. Pernahkah Nasha mendengar Karpal menghina hudud atau Islam? Jika antihudud itu anti-Islam, maka banyak orang UMNO yang jatuh dalam golongan ini!

Seterusnya, Nasha berkata "Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa perlaksanaan sistem perundangan Islam 'is over my dead body' menunjukan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja 'at whatever cost ' untuk pertahankan agama saya."

Wow!

Adakah sikap DAP sebagai sebuah parti begitu?
 
Apa tindakan Nasha terhadap orang Islam yang bukan sahaja menentang hudud tetapi MENGHINA, MEMPERLEKEH, MEMFITNAH hudud, hukum Allah, Tuhan mereka? Apakah hukumnya Nasha bersama-sama dengan puak-puak ini?

Apa at whatever cost Nasha untuk mempertahankan agama Islam daripada dihina dan diperlekeh oleh pemimpin yang kini menjadi "rakan akrabnya"? Apa tindakan Nasha terhadap "rakan karibnya" yang membiarkan pemimpin MCA menghina hudud dan Islam?
Pernah dengar pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan begini?

Banyak lagi gambar menarik. Google atau Yahoo.
Cuba baca pandangan Che Det tentang hudud di sini. Apa pandangan Ustaz Azhar? Lihat di sini.


Kata Nasha lagi "Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, Insyaallah saya tidak akan biarkan mana mana pihak sewenang wenangnya menghina agama saya."

Jadi, siapa yang patut dilabel sebagai syaitan bisu? 

Walhal kita maklum pendirian PAS yang tetap mempertahankan hudud walaupun pada masa yang sama pendirian itu tidak dipersetujui oleh beberapa pemimpin DAP. Biarpun begitu, DAP sebagai sebuah parti menyatakan kesanggupan dan kesediaan mereka untuk bermuzakarah dengan PAS berkaitan dengan hudud, sesuatu yang tidak pernah terlintas dalam minda pemimpin UMNO. 

Kita juga maklum bahawa pemimpin PAS sekeras-kerasnya mengutuk sikap pemimpin UMNO yang bukan sahaja menolak tetapi menghina dan memperlekeh hudud. Sebagai ahli Parlimen di Kelantan, Nasha juga maklum bahawa UMNO pernah pernah mengancam untuk membawa kes hudud ke mahkamah jika Kelantan meneruskan niat untuk melaksanakan hukum Allah itu.

Jika Nasha "menibai" DAP kerana pemimpinya menentang hudud, mengapa Nasha bersengkongkol dengan pemimpin UMNO yang terang-terangan menghina, memperlekeh, dan menghalang pelaksanaan hudud, hukum yang diamanahkan oleh Tuhan mereka untuk dilaksanakan di muka bumi ini? -DCM

Apa hukum bersekongkol dengan pemimpin seperti ini?


P/s: Sampai bila PAS nak simpan pemimpin seperti ini???


http://duniacacamarba.blogspot.com

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List