PILIHANRAYA UMUM Ke-13 Sabah kali sememangnya dijangkakan yang paling sengit selepas pilihanraya 1985. Jika pada PRU 1985 itu, satu sejarah telah tercatat apabila Kerajaan Berjaya yang gagah perkasa atas sokongan Kuala Lumpur telah ditumbangkan di bumi Sabah oleh Parti Nyamuk (PBS) pimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan.
Kini setelah 27 tahun berlalu, adakah sejarah berkenaan akan berulang lagi? Tidak dinafikan, angin perubahan sedang bertiup kencang dan rata-rata rakyat Sabah sedang menunggu hari mengundi sahaja kali ini.
Rasa muak dan jengkel semakin membara, terutama semangat ingin menukar baju baru di hati mereka sememangnya telah terpendam sejak PRU 12 lalu; Apatah lagi selepas melihat warga Semenanjung yang meniupkan TSUNAMI sehingga takhta BN di 5 negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan memaksa Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib.
Berbalik pada PRU 13 Sabah kali ini, sememangnya kawasan KDM dan Cina yang dimenangi BN dalam PRU-12, kini berada dalam bahaya dan bakal jatuh ke tangan pembangkang.
Kesungguhan pembangkan memainkan isu 20 perkara, royalti minyak, Sabah adalah sebuah Negara dalam pembentukan Malaysia; Borneonisasi dan paling mujarab isu Pendatang Asing di bumi Sabah.
Kesemua isu ini nampaknya telah meracuni fikiran masyarakat KDM dan Cina serta 40% orang Islam sejati Sabah. Jentera Penerangan BN dan Pemimpin BN Sabah nampak tidak berdaya melawan dan menangkis senjata tajam yang telah dimainkan oleh STAR dan SAPP; dua parti yang mendakwa menjadi harapan rakyat Sabah kali ini.
Rakyat Sabah yang begitu sensitif dengan isu parokial, etnocentrisme dan kenegerian begitu ketara di era 85 apabila isu sekecil penyerahan Pulau Labuan telah menjadi senjata menumbangkan Kerajaan Berjaya.
Jika kita analisa, kawasan KDM hanya tinggal 18 kerusi, yang semuanya dikuasai PBS, UPKO, dan PBRS, dengan majoriti di antara 171 undi majoriti paling tipis kemenangan di N 33 Bingkor dan majoriti paling tinggi 5,455 undi di N 40 Labuk. Sementara 16 kerusi yang lain, adalah di bawah 2,900 undi.
Sementara itu, kawasan Cina hanya tinggal 9 kerusi yang 95% adalah pengundi Cina dan 3 lagi iaitu N 2 Tanjung Kapor, N 14 Likas serta N 58 Merotai hanya mempunyai 55 % pengundi Cina.
Jika trend angin orang Cina terhadap BN, seperti pilihanraya Sarawak yang lalu dan dengan sentimen yang sedang dimainkan oleh SAPP dan DAP, kita percaya kesemua 11 kerusi ini bakal jatuh ke tangan pembangkang Sabah.
Jika di analiasa dan kita lihat peluang pembangkang Sabah kali ini, sudah separuh kaki pembangkang telah menjejaki Pejabat Jabatan Ketua Menteri di Teluk Likas. STAR dan SAPP dijangka dapat merampas kesemua kerusi KDM ini dan SAPP dan DAP pada kesemua kerusi Cina.
Jika 18 kerusi dicampur 11, maka jumlahnya adalah 29. Ini bermakna pembangkang hanya perlu 3 kerusi lagi untuk membentuk kerajaan baru Sabah dengan 'simple majoriti'.
Mari kita tengok pula kawasan Umno yang dirasakan ada peluang dirampas daripada BN. Kita hanya 'target' dan analisa 5 kawasan yang Umno menang hanya menang di bawah 2,500 undi dan peratus keluar mengundi di kelima-lima kawasan ini adalah bawah 66%.
Kawasan tersebut ialah;
N 1 Banggi undi majoriti - 2,024
N 43 Sekong undi majoriti - 2,189
N 48 Sukau undi majoriti -2,107
N 49 Tungku undi majoriti 2,389
N 52 Sulabayan undi majoriti 2,037
Kesemua lima kawasan Umno ini, peluang pembangkang boleh merampas kerusi ini menerusi PKR. Andai peratus yang keluar mengundi kali ini boleh mencapai sehingga 90 % ke atas, serta pengundi atas pagar ini menyebelahi PR Sabah dan juga yang paling mustahak, pengundi hantu tidak digunakan BN kali ini.
Kita sangat pasti dengan angin perubahan dan Tsunami yang bakal melanda ini akan dapat menukar kerajaan BN-UMNO dengan kerajaan rakyat Sabah.
Oleh: MOHD DANIAL ABDULLAH
0 comments:
Post a Comment