Gelombang Plus Akan Landa UBN

on Aug 25, 2012





Gelombang Plus nama yang diberikan kepada kebangkitan gelombang yang meranapkan Umno dan BN dalam pilihan raya umum ke-12 lalu masih wujud dan terus bergerak. Malahan pergerakan gelombang ini makin kencang dan lebih ganas berbanding dengan kelajuan dan pergerakannya tahun 2008. Demikian menurut salah seorang terlibat dalam membuat kajian mengenai kedudukan Umno dan BN menjelang pilihan raya ke-12 lalu.

Kewujudan gelombang ini baru saya ketahui semalam apabila secara tidak sengaja salah seorang master mindyang terlibat dalam membuat kajian mengenai pencapaian UBN dalam pilihan raya umum ke 12 menceritakan apa yang berlaku dalam pertemuan spontan dengan orang berkenaan di majlis rumah terbuka aidifitri seorang kawan di Ampang malam tadi.

Menurut pengkaji itu merupakan seorang ahli akademik bertaraf Phd, satu pasukan pengkaji politik Umno telah membuat soal selidik terhadap lebih 2,700 orang koresponden dan mendapati kedudukan Umno ketika itu dalam bahaya. Sejajar itu Umno perlu bertindak selekas mungkin menangani permasalahan yang timbul untuk tidak menerima bahana dan musibah buruk.

Menurut pengkaji asal Kelantan itu kenapa kajian itu dinamakan Gelombang Plus kerana kebangkitan suatu wave yang merempuh UBN melalui jalur lebuh raya yang ada di negara ini. Gelombang itu menelusuri lebuh raya yang bermula bermula dari Johor melalui Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan berakhir di Perlis.

Gelombang itu tidak merempuh Pahang dan Terengganu kerana ia tidak dihubungkan oleh lebuh raya Plus - Utara Selatan. 

Dalam kajian itu telah menyebut gelombang itu akan menuruti jalur lebuh raya itu bermakna mana-mana negeri yang terlibat dengan lebuh raya itu akan menghadapi masalah. Beliau tidak menyebut apakah punca menyebabkan berlakunya gelombang berkenaaan tetapi ia diyakini ada sangkut paut dengan kelemahan Abdullah Badawi sebagai perdana menteri dan juga campur tangan Mahathir Mohamad dalam membantu menumbangkan BN apabila bekas PM itu siang malam mengkritik pentadbiran Abdullah.

Kajian separuh sulit yang menelan belanja jutaan ringgit itu mencadangkan agar Umno memberi perhatian dan tindakan segera untuk menyelamatkan Umno jika ingin melihat Umno menang. Namun katanya malang kajian itu tidak diendahkan malah ia dipersendakan sebegitu rupa oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar menantu Abdullah yang menjadi big bosskepada PM berpejabat di tingkat 4.   

Katanya Khairy mencampak begitu saja laporan itu dengan penuh kejengkilan.

"Siuppp......laporan itu dilempar oleh Khairy hingga terkena skrin slide selepas beliau membuahkan mulutnya dengan kata-kata .. "ini saja laporannya..", cerita pengkaji berkenaan. Tindakan sombong Khairy itu sangat-sangat dikesali oleh seluruh karyawan team kajian berkenaan. 

Ketidakpedulian Khairy dan Umno kepada laporan itu akhirnya menatijahkan empat buah negeri yang kebetulan dilangkahi lebuhraya itu runtuh dan terlepas ke tangan oposisi. Negeri-negeri itu, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.  Perak bagaimana pun dirampas balik dengan cara paksa dan politik hanyir.

Tambah pengkaji itu lagi sebenarnya Johor, Melaka dan Negeri Sembilan juga ikut terkena bahana gelombang berkenaan tetapi ia dapat diselamatkan disaat-saat akhir. "Kita berjaya 'bom' negeri berkenaan di saat-saat akhir. Beliau tidak menyebut apakah erti dan maksud istilah 'bom' yang diguna pakai itu. Pihak-pihak tertentu di negeri berkenaan yang diberikan laporan berkenaan tanpa pengesahan dari Khairy berbuat sesuatu berdasarkan laporan itu.

Cerita pengkaji ini menarik sekali. Ditanya mengenai bagaimana kedudukan atau pun perkembangan gelombang berkenaan pada masa kini, sambil menjebehkan mulut dan menggeleng-gelengkan kepala berkata; gelombang itu sedang bergerak dan mara dengan cepat. Ia umpama bakteria yang sedang memakan tisu badan manusia.

"Bagi saya BN habis kali ini!" jawabnya ringkas dengan muka berkerut. "BN akan tumbang.... wave plus yang kami namakan itu sudah bergerak semakin jauh dan BN pula sudah kehilangan punca untuk mengawal dan menyekatnya..," tambahnya lagi serius.

Pengkajin itu yang mengakui pembaca blog Merah Tinta memberikan saya nombor telefonnya apabila saya minta dan akan berbual lagi untuk membedah dan membuat postmortem awal bagaimana BN akan tumbang dalam pilihan raya ke 13 nanti. Sebelum kami sekali lagi berjabat tangan untuk berpisah dia menyebut, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan susah untuk ditumbangkan, manakala Perak akan dapat dirampas kembali oleh Pakatan Rakyat.

Saya cuba mengagahnya, barang kali Johor, Pahang dan Melaka akan kekal. Jawabnya berdasarkan kepada pegerakan wave plus Johor juga kini sedang tenat dilanda gelombang yang bermula di Johor itu.


http://msomelayu.blogspot.com

Photobucket

AZWAN ENGGAN MENGAKU UMI HAFILDA SEBAGAI ADIK

on






 Selebriti dan pengacara terkenal, Azwan Ali enggan mengakui Umi Hafilda sebagai adik kandung lantaran kelancangannya memfitnah sesama ahli keluarga.
Beliau enggan dikaitkan dengan Umi Hafilda yang sebelum ini dikatakan pernah memfitnah selebriti yang terkenal dengan ungkapan ‘Amboi, Amboi, Amboi’ melalui catatan surat arwah bapa mereka bertarikh 18 Oktober 1998.
“Jangan tanya apa-apa pasal Ummi Hafilda… Saya sudah tegaskan sebelum ini, saya tak ada sesiapa lagi. Saya hanya ada (Mohamed) Azmin dan Azman. Mereka itu saja darah daging saya,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Sebelum ini, Allahyarham bapa mereka, Ali Omar enggan mengakui Umi Hafilda sebagai anak, malah melarangnya pulang ke rumah keluarga di Kampung Kelang Gate, Setapak.
Berdasarkan surat itu, Ali Omar melucutkan warisan zuriat Umi kerana sikap suka melawan, tidak peduli nasihat, riak, takbur, pembohong di samping penglibatannya dalam konspirasi dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengikut catatan bertarikh 18 Oktober 1998 itu, fitnah Umi semakin menjadi-jadi apabila memfitnahnya dan isteri sehingga kedua-dua mereka bercerai pada 20 Februari 1998 sebelum rujuk kembali.
Buletin Utama TV3 baru-baru ini memaparkan perbuatan Umi Hafilda mengheret ibu mereka, Che Tom Yahaya, 78, ke kancah politik bagi memburuk-burukkan Azmin ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri.
Azwan percaya ibunya diperalat Umi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenai kemelut fitnah itu kerana kemarahannnya terhadap Umni Hafilda sudah dipaparkannya melalui akaun twitternya.
“Empat hari berturut-turut, saya beri komen yang boleh menggemparkan dunia. Saya akan teruskan dan kita lihat apa yang akan terjadi nanti,” katanya yang marah apabila ibunya diperalat untuk kepentingan Umno.
Azwan juga menganggap Azmin sebagai pemimpin terhebat dan berkaliber walaupun pelbagai tohmahan buruk dilemparkan Umi Hafilda bagi menjatuhkan karier politik Timbalan Presiden KEADILAN itu.
Enggan menyatakan parti mana yang diundinya, beliau mengakui menyokong Azmin bukan atas dasar hubungan adik-beradik tetapi disebabkan prinsip yang diperjuangkan abangnya untuk membela rakyat.
“Azmin adalah abang saya selama-lamanya. Beliau adalah ‘great leader’ (pemimpin yang hebat). Saya sokong perjuangan Azmin untuk KEADILAN,” katanya.




Photobucket

Lebih baik mengundi ‘syaitan yang dikenali’...?

on Aug 23, 2012






Tun Dr Mahathir Mohamad berkata lebih baik mengundi “syaitan yang dikenali” dalam Barisan Nasional (BN) dari Pakatan Rakyat (PR) yang hanya tahu memberikan janji.
“BN telah mendengar suara rakyat dan mengubah banyak polisi dan undang-undang,” kata bekas perdana menteri itu dalam blognya hari ini.

“Rakyat hanya perlu mendesak BN bagi membawa perubahan yang mereka mahukan.
“Lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal.”
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengadakan pilihan raya, tetapi serangan dari PR serta pendedahan skandal melibatkan pentadbirannya telah melambatkan cadangan beliau.
Pentadbiran Najib juga telah memperkenalkan beberapa polisi baru dan perubahan polisi dalam mematahkan serangan PR dana janji reformasi mereka jika mengambil alih kuasa.
Perdana Menteri juga telah menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah selepas berlaku pembelotan beberapa ahli parlimen menyokong PR.
Beliau juga berjanji untuk menghapuskan Akta Hasutan selain menghapuskan beberapa akta keselamatan awal tahun ini.
Tetapi PR telah berjaya membuat serangan dengan mendedahkan skandal melibatkan projek penternakan nasional serta kontrak melibatkan projek tambahan LRT.
Pembangkang juga berjanji menurunkan harga kereta  lebih rendah untuk rakyat Malaysia.
Dalam blognya hari ini, Dr Mahathir membandingkan janji PR dengan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dengan janji perubahannya.
“Dalam kempennya untuk menjadi presiden, Barack Obama telah menjanjikan perubahan,” katanya.
“Beliau berjanji untuk menutup Kem Guantanamo, berjanji untuk tidak membawa tahanan ke mahkamah tentera, berjanji untuk membawa tentera keluar dari Iraq dan Afghanistan dan sekarang sudah empat tahun dan dia gagal untuk mengotakan janjinya.”
Menurutnya lagi, pembangkang di Malaysia telah meniru Obama dan menjanjikan perubahan.
Beliau mengakui bahawa BN telah memerintah Malaysia dalam tempoh yang lama, tetapi berkata BN mempunyai rekod yang baik.
“Lima tahun sebagai tempoh percubaan adalah sangat bahaya. Banyak perkara boleh hancur dalam masa lima tahun. Selain itu, tidak ada jaminan pembangkang bila menjadi kerajaan akan membenarkan BN kembali. Pegawai mereka akan mengugut sesiapa yang mahu menukar kerajaan.
“Walaupun kita lihat beliau yang mengaku berjuang untuk hak bersuara, tetapi dia sering menyaman orang yang mengkritiknya.
“Kuasa dalam bahagian lain kerajaan juga akan dirosakkan. Nepotisme dan kronisme akan berterusan seperti parti yang dipimpinnya,” kata beliau dengan merujuk kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ulasan .Wahai Che Det ,,lebih baik DR duduk diam dan jangan banyak berkata kata...biar pada Tok Najib dengan Tok Mahyudin ..cakap sudahla...undi syatan buat apa..


Photobucket

Angan-angan Dr Mahathir itu ibarat 'pungguk rindukan bulan'

on Aug 21, 2012




Dr Mahathir Mohammad dalam kenyataan terakhir beliau meminta supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan bercantum dengan UMNO untuk melaksanakan hukum hudud bersama-sama. Pandangan terakhir Mahathir yang sentiasa berubah mengikut keadaan itu, merupakan satu pandangan yang sangat susah bagi sesiapa yang berfikiran tenang dan baik untuk mempercayainya.

Mahathir begitu jelas sebagai penentang hukum dan beliau pernah berkata pada suatu ketika dahulu yang hudud itu merupakan satu undang-undang yang zalim. Dr Mahathir memberikan alasan yang ada parti dalam Pakatan Rakyat tidak mahukan undang-undang hudud tetapi Dr Mahathir tidak pula mengaku bahawa rakan kongsinya MCA adalah parti yang sesungguhnya menentang hudud dengan keras dan lantang.

Tidak hairanlah jika MCA bersikap begitu kerana ahli-ahli dan pemimpinnya adalah dari kaum bukan Islam. Tetapi yang lebih malang lagi UMNO jugalah yang menyekat perlaksanaan hudud itu dan Mahathir tidak setuju dengan ‘enactment’ tentang hudud yang diluluskan oleh DUN Kelantan pada tahun 1991 dahulu. Dr Mahathir ini pelupa orangnya kerana beliaulah yang mempersendakan hukum Islam (hudud) itu secara  terang-terangan ketika dahulu.

Beliau tahu apa-apa hukum sekali pun yang diluluskan oleh dewan Undangan Negeri, ia tidak akan dapat dilaksanakan jika dicegah dan digagalkan oleh Kerajaan Persekutuan. Ajakan Dr Mahathir supaya PAS menyertai UMNO dan melaksanakan hukum hudud bersama-sama itu merupakan satu helah beliau untuk mencari jalan untuk UMNO terus di dalam kuasa.

Tidak dapat disangkal lagi PAS dan DAP jika kekal kerjasama sama mereka, UMNO sudah hampir terlalu pasti akan sampai ke penghujung nyawanya dan akan hanya wujud dalam sejarah sahaja. UMNO hanya menunggu pilihanraya sahaja untuk disahkan secara rasmi sebagai parti yang pada hakikatnya sudah tidak diterima rakyat lagi.

Saya selalu berkata perpaduan rakyat akan hanya terjadi jika mereka (rakyat) bersatu di luar BN. Seperti ilmu matematik, formula sangat penting untuk mencari jawapan yang betul. Formulanya ialah bersatu di luar BN dan seruan ini adalah untuk semua rakyat yang pada hakikatnya benar-benar inginkan perpaduan itu.

Jika benar UMNO mahukan perpaduan itu, parti itu sebaliknya keluar BN dan menjadi rakan kongsi yang ‘junior’ dalam Pakatan Rakyat dan menjadi pengikut pula kerana UMNO sudah tidak lagi mempunyai kekuatan untuk menjadi pemimpin. Lagi pula, di Semenanjung ini BN akan hanya mempunyai satu komponen sahaja, iaitu UMNO itu sendiri.

Sekarang UMNO terpaksa memberikan peruntukan kerusi kepada parti-parti yang sudah hampir pasti tidak akan menang di hati rakyat lagi seperti MCA, Gerakan, MIC dan PPP. Malahan parti-parti komponen dalam BN itu hanya memberikan bebanan yang sangat berat kepada UMNO yang sudah tersedia dengan bebanannya sendiri yang sangat berat.

Bagi saya, angan-angan Dr Mahathir itu adalah seperti ‘pungguk rindukan bulan’ kerana jika Mahathir sendiri atau pimpinan tertinggi UMNO yang ada sekarang ini mahu melakukan ‘negotiation’ untuk percantuman ini, ia tidak akan berjaya. UMNO tidak ada ‘magnanimity’ langsung termasuk Dr Mahathir itu sendiri untuk melakukannya.

“Dr Mahathir is a very good servant but a very bad master,” kata seorang pemimpin UMNO suatu masa dahulu. Beliau telah gagal untuk menjadi negarawan kerana baliau masih menjadi ‘activist’ parti UMNO dan tidak mempunyai sifat negarawan yang sejati. Dr Mahathir tidak ada ‘cut’ untuk digelar sebagai negarawan kerana beliau memihak kepada pimpinan yang rakus dengan rasuah dan beliau tidak merasa bersalah langsung mewarisi sifat rasuah kepada pimpinan-pimpinan selepas beliau.

Jika kita singkap sejarah yang masih terlalu baru, beliau tidak merasa bersalah kerana membantu menjatuhkan kekuatan UMNO apabila keluar dari parti itu sebelum pilihanraya yang lalu. Beliau bertindak keluar kerana mahu menjatuhkan Abdullah Badawi yang tidak sebulu dengan beliau. Kerana Abdullah seorang, beliau sanggup melemahkan parti yang beliau tubuhkan sendiri dalam tahun 1998 dahulu.

Dr Mahathir hanya mampu membawa kegelisahan kepada semua pihak. Beliau hanya berjaya jika semua pihak berpecah-belah. Politiknya hanya boleh hidup jika kita semua berpecah-belah dan bergaduh di antara satu dengan lain. Jika PAS dan DAP serta PKR dan bekerjasama pula dengan rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak, insyaalah kita akan bersatu dengan lebih mudah lagi.

Selagi UMNO, lebih-lebih lagi Dr Mahathir diberikan tanggungjawab untuk menyatukan rakyat, perpaduan tidak akan tercapai. UMNO nampaknya menunjukkan penyesalannya setelah nasi menjadi bubur.

UMNO hanya menyesal setelah berada di dalam gaung yang dalam. UMNO tidak boleh bangun lagi. PAS tidak perlu menghiraukan ajakan Dr Mahathir itu. Usaha penyatuan yang PAS dengan rakan-rakannya sedang lakukan sekarang sudah terlalu hampir untuk mendapat kejayaan. Jangan dirosakkan lagi.

Percayalah.



Photobucket

DUA PEMIMPIN PR YANG BANGANG

on




Kalau ada anugerah untuk Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang dinamakan Bangang Bin Bahlul, rasanya kedua-dua mereka ni iaitu Yb Karpal Singh dan Yb Nasharuddin Mat Isa memang layak mendapat Anugerah tersebut beb... kah kah kah... ini kerana kedua mereka ni bukan hanya menyusahkan tapi siap memberi pernafasan kepada United Munafikun National Organisations (Umno) untuk menyambung nyawa-nyawa Pemimpin Umno yang sedang Nazak.

Kalau tindakan tersebut dilakukan oleh ahli-ahli bawahan PR memang tak hairan lah beb kerana memang menteliti Penyokong kurang bernas jika dibandingkan dengan menteliti Pemimpin... tapi kalau yang melakukan perkara bodoh tersebut adalah Pemimpin... rasa nya lebih baik lu orang pergi mampos aje lah... kah kah kah... kerana hidup lu orang lebih banyak menyusahkan dan tak jauh bezanya dengan Perangai Pemimpin Umno/Bn... kah kah kah !.

Cuma bezanya lu orang menyusahkan untuk PR dengan memberi Pernafasan kepada Umno/Bn manakala Pemimpin Umno/Bn menyusahkan rakyat itu aje... dan pada Gua kedua-dua adalah sama iaitu berkesudahan dengan Menyusahkan Rakyat... yang mana akhirnya Perbuatan lu orang berdua boleh mengakibatkan PR gagal menduduki Putrajaya dan Umno/Bn dapat menyambung terus nyawa mereka walaupun satu ketika didapati Nazak dan hampir mampos... kah kah kah !.

Mungkin ada kedua-dua penyokong Yb PR yang Bangang Bin Balul ni tak setuju dengan Pandangan Gua... tapi Gua apa puduli beb dengan pandang lu orang yang membiarkan Pemipin Idola lu orang lu orang menjadi Bangang Bin Bahlul... kah kah kah... sepatutnya lu orang nasihatkan Pemimipin Idola lu orang yang mana seorang tu nama aje Veteran tapi otak macam budak-budak Tadika dalam mengeluarkan Kenyataan berkenaan Hudud... manakala seorang lagi pernah menjadi Timbalan Presiden Pas tapi otak dah macam Pemimpin Umno... kah kah kah !.

Akhirnya sekali Gua nak dengar apa pandangan kedua Yb PR yang Bangang Bin Bahlul dan yang sewaktu dengan nya ni berkenaan kenyataan Pengerusi Mca Selangor sahabat Umno... juga pandangan Pejuang IMR (Islam, Melyu, Raja) lebih-lebih lagi dari Pejuang Akidah Yb Hasan Ali Jati, Mufti Perak Dati Harusani, Ibrahim Al-Kataki, Zul Kulum, Ezam Sesumpah 7 Kotak, Pengerusi Cibai  dan Guru Pondok 2 milion RM Man... kah kah kah !. sumber klik sini

hemmmmm..... atau kalau payah sangat beb... lu orang yang sayangkan pemimpin idola lu orang tu boleh sama-sama ikut pemimpin lu iaitu pergi mampos dengan lu orang... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeeee... A B U.



sumber

Photobucket

Tolong Cerita Sikit.....

on








Photobucket

BN bakal tumbang di semua kerusi majoriti KDM dan Cina di Sabah

on




PILIHANRAYA UMUM Ke-13 Sabah kali sememangnya dijangkakan yang paling sengit selepas pilihanraya 1985. Jika pada PRU 1985 itu, satu sejarah telah tercatat apabila Kerajaan Berjaya yang gagah perkasa atas sokongan Kuala Lumpur telah ditumbangkan di bumi Sabah oleh Parti Nyamuk (PBS) pimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan.

Kini setelah 27 tahun berlalu, adakah sejarah berkenaan akan berulang lagi? Tidak dinafikan, angin perubahan sedang bertiup kencang dan rata-rata rakyat Sabah sedang menunggu hari mengundi sahaja kali ini.
 

Rasa muak dan jengkel semakin membara, terutama semangat ingin menukar baju baru di hati mereka sememangnya telah terpendam sejak PRU 12 lalu; Apatah lagi selepas melihat warga Semenanjung yang meniupkan TSUNAMI sehingga takhta BN di 5 negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan memaksa Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib.

Berbalik pada PRU 13 Sabah kali ini, sememangnya kawasan KDM dan Cina yang dimenangi BN dalam PRU-12, kini berada dalam bahaya dan bakal jatuh ke tangan pembangkang.
 

Kesungguhan pembangkan memainkan isu 20 perkara, royalti minyak, Sabah adalah sebuah Negara dalam pembentukan Malaysia; Borneonisasi dan paling mujarab isu Pendatang Asing di bumi Sabah.
 

Kesemua isu ini nampaknya telah meracuni fikiran masyarakat KDM dan Cina serta 40% orang Islam sejati Sabah. Jentera Penerangan BN dan Pemimpin BN Sabah nampak tidak berdaya melawan dan menangkis senjata tajam yang telah dimainkan oleh STAR dan SAPP; dua parti yang mendakwa menjadi harapan rakyat Sabah kali ini.
 

Rakyat Sabah yang begitu sensitif dengan isu parokial, etnocentrisme dan kenegerian begitu ketara di era 85 apabila isu sekecil penyerahan Pulau Labuan telah menjadi senjata menumbangkan Kerajaan Berjaya.
 

Jika kita analisa, kawasan KDM hanya tinggal 18 kerusi, yang semuanya dikuasai PBS, UPKO, dan PBRS, dengan majoriti di antara 171 undi majoriti paling tipis kemenangan di N 33 Bingkor dan majoriti paling tinggi 5,455 undi di N 40 Labuk. Sementara 16 kerusi yang lain, adalah di bawah 2,900 undi.
 

Sementara itu, kawasan Cina hanya tinggal 9 kerusi yang 95% adalah pengundi Cina dan 3 lagi iaitu N 2 Tanjung Kapor, N 14 Likas serta N 58 Merotai hanya mempunyai 55 % pengundi Cina.
 

Jika trend angin orang Cina terhadap BN, seperti pilihanraya Sarawak yang lalu dan dengan sentimen yang sedang dimainkan oleh SAPP dan DAP, kita percaya kesemua 11 kerusi ini bakal jatuh ke tangan pembangkang Sabah.
 

Jika di analiasa dan kita lihat peluang pembangkang Sabah kali ini, sudah separuh kaki pembangkang telah menjejaki Pejabat Jabatan Ketua Menteri di Teluk Likas. STAR dan SAPP dijangka dapat merampas kesemua kerusi KDM ini dan SAPP dan DAP pada kesemua kerusi Cina.
 

Jika 18 kerusi dicampur 11, maka jumlahnya adalah 29. Ini bermakna pembangkang hanya perlu 3 kerusi lagi untuk membentuk kerajaan baru Sabah dengan 'simple majoriti'.
 

Mari kita tengok pula kawasan Umno yang dirasakan ada peluang dirampas daripada BN. Kita hanya 'target' dan analisa 5 kawasan yang Umno menang hanya menang di bawah 2,500 undi dan peratus keluar mengundi di kelima-lima kawasan ini adalah bawah 66%.
 

Kawasan tersebut ialah;
 

N 1 Banggi undi majoriti - 2,024
 
N 43 Sekong undi majoriti - 2,189
N 48 Sukau undi majoriti -2,107
N 49 Tungku undi majoriti 2,389
N 52 Sulabayan undi majoriti 2,037

Kesemua lima kawasan Umno ini, peluang pembangkang boleh merampas kerusi ini menerusi PKR. Andai peratus yang keluar mengundi kali ini boleh mencapai sehingga 90 % ke atas, serta pengundi atas pagar ini menyebelahi PR Sabah dan juga yang paling mustahak, pengundi hantu tidak digunakan BN kali ini.
 

Kita sangat pasti dengan angin perubahan dan Tsunami yang bakal melanda ini akan dapat menukar kerajaan BN-UMNO dengan kerajaan rakyat Sabah.
 

Oleh: MOHD DANIAL ABDULLAH




Photobucket

Sayangi Orang Tua Anda....

on Aug 18, 2012







Photobucket

Selamat Hari Raya

on Aug 17, 2012









Photobucket

'Tanda Putra' itu 'tanda UMNO terdesak'

on




‘Tanda Putra’ merupakan filem yang dipergunakan oleh BN lebih-lebih lagi UMNO untuk ‘discredit’ Lim Kit Siang dan ini merupakan tindakan ‘desperate’ pihak BN dalam menunggu pilihanraya yang paling mencabar dalam sejarah negara ini. Isu perkauman dan agama diperbesarkan oleh pihak UMNO kerana itu sahaja yang mereka rasakan boleh menyekat peningkatan pengaruh DAP dalam kancah politik tanahair. DAP sudah di terima oleh sebahagian orang Melayu sebagai parti yang mampu membawa kebaikan kepada negara bersama-sama dengan PAS dan PKR.

Tohmahan dan tuduhan palsu ke atas LKS itu merupakan jalan yang terakhir untuk BN mengelakan diri dari terjatuh tersungkur di hadapan mata rakyat kerana momokan terhadap parti itu sejak lebih empat dekad lalu sudah secara deras tidak diterima lagi oleh ramai orang Melayu. UMNO dalam kedudukan ‘desperate’ untuk mendapatkan sokongan orang Melayu kerana sebahagian besar dari orang Melayu sudah menerima PAS sebagai parti gantian kepada UMNO untuk mereka sekarang ini.

Kaum Cina pula sudah meninggalkan MCA yang selama ini merupakan parti yang mewakili bangsa Cina dalam Perikatan dan BN selepas itu. Maka memainkan isu perkauman itu merupakan salah satu dari strategi untuk mengelakan orang Melayu dari memberikan perhatian terhadap DAP. Dalam posting saya semalam saya telah menulis tentang betapa 'desperate'nya UMNO jika PAS dan DAP terus-terusan bekerjasama dengan baik kerana jika kedua-dua parti ini tidak dapat dipecah belahkan oleh UMNO maka keputusan pilihanraya yang akan datang ini adalah ‘predictable’.

Datin Paduka Shuhaimi Baba, pengarah filem itu menafikan yang filem itu membawa maksud untuk menuduh LKS terlibat memyebabkan tercetusnya trajedi 13 Mei ’69 itu. Saya mempunyai andaian yang isu ini dengan sengaja dipermainkan kerana politik dan kuasa. Ramai yang bercakap dan menghubungi saya berpendapat ini merupakan permainan politik yang sangat kotor dan LKS sepatutnya mengambil tindakan Mahkamah jika cukup kesahihan yang isu ini diperbesarkan semata-mata kerana permainan politik desperado pihak yang ketagih dengan kuasa itu.

Jika isu fitnah itu menyebabkan kecederaan kepada intergriti pemimpin maka mangsa kepada isu itu sememangnya wajar untuk tampil mengambil tindakan undang-undang kerana isu ini akan menyebabkan perpecahan rakyat yang berdasarkan kepada kaum. Isu yang dimainkan oleh pihak yang menyokong pemerintah ini adalah isu yang tidak bertanggungjawab dan ia bertentangan dengan slogan-slogan pihak pemerintah untuk menjaga kepentingan kesemua kaum di negara ini.

Kita sudah merdeka selama 55 tahun dan isu perkauman ini nampaknya di burukan oleh pihak parti-parti yang memerintah. Sekarang ini, rakyat pula yang bersabar dengan tindak tanduk BN untuk mengelakan pergaduhan di antara kaum di negara ini. Tindakan media massa dan alternatif yang memihak kepada BN sengaja mahu mengingatkan peristiwa berdarah itu untuk menakut-nakutkan orang Melayu dan untuk menyemai perasaan benci-membenci di antara kaum.

Kita elok memberi pandangan kepada pihak parti-parti yang memerintah supaya berkelakuan baik untuk mendapat penghormatan rakyat, bukannya menabur fitnah terhadap mana-mana pihak untuk mengekalkan kuasa. Walau bagaimana pun rakyat tidak mudah untuk menerima tohmahan ini kerana rakyat sudah tersedia dengan persepsi yang sangat buruk terhadap parti pemerintah sekarang ini.

Adalah tidak bermoral untuk sesiapa memperjudikan keselamatan negara kerana ingin terus berkuasa dengan memecah belahkan rakyat. Bagi LKS, beliau berhak untuk mempertahankan diri beliau dari korban fitnah yang tidak terperi kotornya ini.

LKS sepatutnya ke mahkamah dalam masa yang terdekat ini kerana fitnah mesti diperangi habis-habisan. Isu ini keluar kerana pilihanraya akan tiba. Rakyat ramai harus bangkit untuk menolak sebarang tindakan yang bersifat perkauman untuk meninggalkan sebuah negara yang aman damai kepada generasi kita yang akan datang.

Bagi rakyat pula kita seharusnya tidak terjebak dengan permainan kotor setengah pihak ini kerana kita juga tidak boleh membiarkan pihak ini memperbodoh-bodohkan kita dan bersekongkol dengan niat jahat pihak tersebut.

Kita memperjuangkan kehidupan rakyat yang muhibbah dan harmonis kerana sejak merdeka kita mempunyai satu matlamat yang ‘ultimate’, iaitu penyatuan semua kaum dan mencapai tahap ‘national unity’ yang optima.

Itulah sebaik-baik peninggalan untuk generasi kita yang akan datang.





Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List