Raja Celup

on Sep 26, 2012






Nama terlalu penting. Mempunyai nama gelaran di pangkal nama lagi penting! Mungkin ada antara kita yang akan bertanya, "Apa ada pada nama gelaran?"

Nama gelaran dengan pangkal nama Raja, Tengku, Tunku, Syed, Nik, Wan, Tun dan sebagainya menunjukkan keturunan seseorang dan merupakan sesuatu yang penting bagi sesetengah pihak. Baru-baru ini seorang penulis dengan nama Kerabat D'Raja Kelantan menulis di ruangan forum Utusan Malaysia mempertikaikan tindakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang melarang penggunaan nama gelaran "Nik" bagi anak-anak kepada pasangan wanita berketurunan raja yang berkahwin dengan bukan berketurunan raja (rujuk Utusan Malaysia bertarikh 25 Januari 2012 dengan artikel bertajuk JPN tidak faham salasilah gelaran 'Nik'). 

Bukan mereka yang berketurunan raja sahaja yang cuba mempertahankan hak menggunakan nama gelaran kerabat diraja. Yang bukan berdarah raja pun cuba mencari helah untuk meletakkan nama gelaran di pangkal nama! Ini yang dinamakan Raja Celup! 

Lebih memelikkan apabila mereka yang berbangsa Cina pun berminat untuk menjadi keturunan Raja-raja Melayu, semuanya boleh dibuat jika mempunyai wang ringgit. Itu yang didedahkan beberapa orang mangsa sindiket pembelian watikah dan logo kereta palsu Ahli Kerabat Diraja Perak.

Ramai yang ingin menjadi kerabat diraja. Dengan meletakkan nama gelaran di pangkal nama, umum akan tahu seseorang itu berketurunan raja. Dan sekaligus boleh meletakkan rujukan kehormat "Yang Mulia" di depan nama, contoh YM Tengku Si Polan Bin Si Polan.

Raja Celup dari Johor
Apabila bercakap mengenai Kesultanan Johor, umum menganggap Sultan-sultan Johor Moden adalah berketurunan Bugis, tambahan ada Sultan-sultannya yang kelihatan bengis.Jika dikaji salasilah Kesultanan Johor moden yang berketurunan Temenggong, sebenarnya merekaberketurunan Bendahara Tun Habib Abdul Majid dan bukannya berketurunan Bugis. Darah Bugis hanya di sebelah ibu kepada Daeng Kechil Abdul Hamid. Rujuk carta di bawah.


Temenggong Daeng Ibrahim atau Daeng Ronggek
Tidak dapat dipastikan mengapa anak-anak Temenggong Tun Abdul Jamal yang berkahwin dengan Daeng Maimuna semuanya mahu dikenali dengan nama gelaran "Daeng"(mengikut di sebelah ibu) dan bukannya "Tun" (di sebelah bapa) yang merujuk kepada keturunan Bendahara. 

Pertamanya, mungkin ingin menunjukkan beliau adalah keturunan raja iaitu berketurunan Opu Daeng Perani Ibni Opu Tendriburong Daeng Rilaka Ibni Opu La Maddusilla (La Madu Saleh) yang merupakan Raja Luwu. Hakikatnya, keturunan itu adalah di sebelah ibu. Nasab yang sepatutnya ialah di sebelah bapa yang merupakan keturunan Bendahara.

Keduanya, penggunakan nama gelaran "Daeng"mungkin menjadikan seseorang itu lebih berpengaruh. Pada zaman itu pengaruh Bugis adalah kuat di Johor terutamanya selepas Daeng Perani membantu Bendahara Abdul Jalil (dari Bendahara menjadi Sultan Abdul Jalil IV) merampas semula takhta dari Raja Kechil Siak yang mendakwa anak Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Anak Bendahara Abdul Jalil kemudiannya dilantik menjadi sultan dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dan adik Daeng Perani iaitu Daeng Merewah menjadi Yang Di-Pertuan Muda dimana lebih berkuasa dari seorang Sultan Johor.
Ungku Zeti Akhtar dan bapanya Ungku Aziz
Bermula dengan Temenggong Daeng Ibrahim yang menjadi de-facto Sultan Johor selepas perjanjian pada tahun 10 Mac 1855 antara Sultan Ali dan British di Singapura, dapat dilihat anak-anaknya mula dikenali dengan panggilan "Ungku". Contohnya, adik Maharaja Abu Bakar iaitu Ungku Abdul Majid yang berkahwin dengan wanita Turki, Rugayyah Hanum membawa kepada lahirnya Ungku Abdul Hamid  dan seterusnya Prof. Diraja Ungku Aziz dan Ungku Zeti Akhtar. 

 
Apabila Maharaja Abu Bakar menjadi Sultan Johor, anak-anaknya pula dikenali dengan panggilan "Tunku" hingga lah ke hari ini. Keturunan Sultan Ali yang merupakan keturunan Bendahara masih menggunakan nama gelar "Tengku".

Itulah kisahnya Kesultanan Johor dari keturunan Temenggong yang keliru - hakikatnya berketurunan Bendahara dengan gelaran "Tun" tapi lebih ingin dikenali berketurunan Bugis bergelar "Daeng". Dan seterusnya bergelar "Ungku" dan "Tunku" apabila merajakan diri sebagai Maharaja dan Sultan Johor.

Raja Celup dari Indonesia
Terdapat banyak Kesultanan-kesultanan Melayu di Indonesia yang ahli kerabatnya menggunakan gelar"Tengku" seperti Kesultanan Langkat Darul Aman, Kesultanan Deli Darul Maimon, Kesultanan Serdang Darul Arif, dan Kesultanan Asahan.  
Contoh keturunan Sultan Deli yang berada di Malaysia mencari kaum kerabat
Selepas berlakunya Revolusi Sosial Sumatera Timur pada bulan Mac 1946 yang menghapuskan Kesultanan-kesultanan Melayu di Sumatera Timur pada ketika itu, membawa kepada gelombang pelarian Indonesia yang terdiri daripada kerabat-kerabat diraja ke Semenanjung Tanah Melayu. Mereka yang hidup sebagai pelarian ini membuang identiti sebagai kerabat diraja, tidak lagi menggunakan nama gelaran "Tengku" dan hidup sebagai orang biasa. Banyak pengajaran yang boleh diambil daripada tragedi berdarah Revolusi Sosial Sumatera Timur dan mungkin akan dibincangkan dalam satu post di masa hadapan.
Glossary dari buku Rebellion and Reform in Indonesia karya Michelle Ann Mille
Selain daripada kerabat diraja Kesultanan di Sumatera Timur yang melarikan diri selepas Revolusi Sosial, terdapat juga mereka dari Aceh dengan gelaran "Tengku" (keturunan kerabat diraja) dan "Teuku"(keturunan bangsawan dan hulubalang Aceh) datang ke Semenanjung Tanah Melayu. 
Bekas bapa mertua Tengku Adnan yang mati dibunuh anak sendiri
Akhbar Harakah Daily bertarikh 17 Julai 2006 (boleh baca salinan artikel disini) pernah mendedahkan siapa Tengku Adnan Bin Tengku Mansor yang dilahirkan dengan nama Adnan Bin Mansor dan meletakkan gelaran"Tengku" pada tahun 1972 selepas berkahwin dengan kerabat Pahang-Terengganu, Tengku Fatimah Yasmin iaitu anak kepada pasangan Tengku Ismail Ibni Tengku Muhammad Ibni Sultan Ahmad Muazzam Shah dan Tengku Mariah Binti Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. 

Beliau mendakwa berketurunan diraja Aceh dan dengan sebab itu menggunakan gelaran "Tengku". Bagi sesetengah pihak, walaupun berketurunan diraja Aceh masih dianggap sebagai raja celup!

Penulis yakin di luar sana terlalu ramai yang berketurunan diraja dari Indonesia. Jika masing-masing mengemukan salasilah keturunan, adakah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan membenarkan menggunakan nama gelaran?Zaman ini anak cucu kerabat diraja Sumatera Timur yang lari dari Revolusi Sosial tidak perlu takut lagi, gunakan semula nama gelaran masing-masing dan kemukan bukti kepada JPN dan lihat adakah dibenarkan penggunaan nama gelaran bagi yang berketurunan diraja dari Indonesia? 
Perkahwinan Tengku Daud Shah iaitu anak kepada Tengku Adnan dan bekas isteri Tengku Fatimah Yasmin yang mengikut adat dan tradisi diraja Aceh


Berikan sahaja contoh Tengku Adnan, jika tidak cukup kemukakan pula contoh Raja Nong Chik! Jika tidak dibenarkan juga oleh JPN, sah kedua-dua mereka raja celup!
Wikipedia Raja Nong Chik yang perlu diperbetulkan maklumatnya. Pertama, beliau bukan kerabat diraja Perak dan keduanya isterinya seorang mualaf Cina tidak boleh menggunakan nama gelaran "Raja"

Raja Nong Chik bukan berketurunan diraja Perak walaupun dilahirkan di Kuala Kangsar dan nama gelarannya ialah "Raja" seperti mana kebanyakan kerabat Perak yang lain. Beliau sebenarnya adalah berketurunan Yang Di-Pertuan Pagaruyung, Sultan Alam Muningsyah. Salasilah secara penuhnya adalah Raja Nong Chik Bin Raja Zainal Abidin Bin Raja Tachik Bin Raja Yassin Bin Yamtuan Pandak Raja Beringin Bin Yang Di-Pertuan Sultan Alam Muningsyah I, Yamtuan Raja Bawang.

Berlaku perebutan kuasa untuk menjadi Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang melibatkan Yamtuan Pandak Raja Beringin dan kemudian anaknya, Raja Alang Sohor juga cuba mendapatkan takhta tetapi gagal. 
Petikan daripada buku Sejarah Negeri Sembilan tulisan Buyong Adil. Menceritakan Yamtuan Pandak Raja Beringin menuntut untuk menjadi Yamtuan Seri Menanti (kini Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan)
Sekali lagi keturunan Yamtuan Pandak Raja Beringin cuba menuntut takhta Yamtuan Seri Menanti melalui anaknya, Raja Alang Sohor tetapi gagal. Dikatakan keturunan Raja Beringin ini terus mendiamkan diri saja

Boleh dikatakan keturunan Raja Nong Chik yang bersalasilah Yamtuan Pandak Raja Beringin ini adalah terus kepada kerajaan Pagaruyung melalui Yang Di-Pertuan Sultan Alam Muningsyah I. Keturunan ini tiada kaitan secara terus dengan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan hari ini yang berketurunan Yamtuan Lenggang Ibni Yang Di-Pertuan Malenggang Alam Yamtuan Rajo Naro. 

Jadi, secara teorinya boleh dikatakan Raja Nong Chik ini berketurunan Pagaruyung, Indonesia dan bukan kerabat Negeri Sembilan. Jauh sekali berketurunan diraja Perak walaupun menggunakan gelaran "Raja".


Raja Celup di Sebelah Ibu
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ramai umat manusia di bumi Malaysia ini berebut-rebut untuk menjadi kerabat diraja. Sehinggakan terdapat kes di mana kaum Cina juga sanggup membeli watikah dan logo kereta palsu Ahli Kerabat Diraja Perak.

Keluarga Dato' Abang Abu Bakar menyambut Christmas di London
Jika ada kuasa, yang tidak boleh pun dibolehkan. Bagi sesetengah pihak mempunyai nama gelaran diraja adalah penting walaupun tidak sepatutnya digunakan. 

Contoh yang penulis boleh berikan ialah bekas Menteri Pertahanan Malaysia, Dato' Abang Abu Bakar yang juga cuba membawa masuk UMNO ke Sarawak satu ketika dahulu berkahwin dengan seorang kerabat Negeri Sembilan, Tunku Maziah Binti Tunku Mustapha Bin Tunku Burhanuddin Bin Yamtuan Tuanku Antah. 

Mereka dikurniakan 3 orang anak yang semuanya diletakkan nama gelaran"Tunku" (dari sebelah ibu) dan "Abang" (dari sebelah bapa). Nama yang diberikan kepada anak-anaknya adalah Tunku Abang Faisal Amir, Tunku Abang Mustapha Baqir dan Tunku Dayang Adelene Bahjah. Dan umat manusia lain terpaksa tunduk hormat "Ya, Ku", "Ya, Ku" apabila berbicara dengan raja-raja celup ini. Begitu pentingnya nama gelaran kerana status kerabat diraja itu dipandang terlalu tinggi. 
Daripada Laporan Tahunan Bank Negara
Jadi tidak hairan mengapa ada sebilangan rakyat Malaysia yang bermatian untuk meletakkan nama gelaran kepada anak-anak, sehingga sanggup bertekak dengan JPN!


Kesimpulan
Itulah kisah-kisah raja celup yang sempat dibincangkan. Seperti yang dikatakan, ramai umat manusia yang mementingkan status dan darjat, walaupun tidak sepatutnya menggunakan nama gelaran, akan cuba mencari jalan supaya nama gelaran diberikan kepada anak-anak. Tetapi perlu diingat, mereka yang lebih pekat darah diraja yang berada di luar sana lebih senang untuk tidak menggunakan apa-apa nama gelaran. Tepuk dada tanya selera.

Bercakap mengenai nama gelaran, penulis masih keliru dengan dakwaan Tengku Amran (rujuk blogUncleseekers III) bahawa beliau berketurunan Kesultanan Perak tetapi menggunakan nama gelaran"Tengku". Umum mengetahui kerabat diraja Perak menggunakan nama gelaran "Raja" dan bukannya"Tengku". Walaupun telah dijawab oleh Tengku Amran di dalam salah satu blog post, tetapi jawapannya tidak meyakinkan.

Diambil salinan surat beranak Tunku Amran yang diletakkan di blog tersebut bertarikh 13 September 2012 dengan artikel bertajuk Terima kasih malaysiacrisis seperti berikut. Cukup cantik surat beranak ini dengan typesetting seperti penggunaan komputer. Kebanyakan surat beranak yang dikeluarkan hingga ke tahun 1980an masih menggunakan tulisan tangan tetapi Tengku Amran amat bertuah kerana surat beranak beliau begitu cantik ditaip sedemikian rupa.
Surat beranak Tengku Amran yang cantik ditaip pada tahun 1940. Typesetting bukan seperti mesin taip tetapi seakan penggunaan komputer. Sedangkan kebanyakan surat beranak yang dikeluarkan di Malaysia sehingga tahun 1980an masih menggunakan tulisan tangan. Begitu bertuah Tunku Amran!
Ini contoh surat beranak yang dikeluarkan tahun-tahun sebelum merdeka dan satu lagi surat beranak yang dikeluarkan pada tahun 1980an. Rupa surat beranak ini biasa kita lihat dan ianya bertulis tangan. 
Contoh surat beranak yang dikeluarkan sebelum merdeka (kiri) dan surat beranak yang dikeluarkan pada tahun 1980an (kanan). Kedua-duanya bertulisan tangan dan bentuk surat beranak yang biasa kita lihat

Mungkinkah Tengku Amran seorang raja tulen jadi surat beranak beliau dibuat begitu istimewa pada tahun 1940an. Atau mungkinkah seorang raja celup?



MALAYSIA IN CRISIS


Photobucket

Pakatan Rakyat Akan Bongkar Semua Kes Rasuah Pemimpin Melayu UMNO

on



 Umno pembela melayu



Buat kali pertama, jumlah pengundi baru yang berdaftar mencatat rekod dan bakal memberi kesan besar ke atas pilihan raya umum (PRU) ke-13 Malaysia yang mesti diadakan sebelum hujung April tahun depan.
Jumlah pengundi baru adalah 2.9 juta orang dan mereka membentuk satu perlima atau 22 peratus daripada keseluruhan 13.1 juta pengundi di negara itu.
Kedua-dua parti, Barisan Nasional (BN) yang memerintah dan pembangkang Pakatan Rakyat, dijangka memberi fokus pada pengundi baru ini dalam kempen masing-masing.
Sejumlah 2,920,828 rakyat Malaysia berdaftar sebagai pengundi baru dari 2008 hingga 30 Jun lalu.
"Ini jumlah paling tinggi pernah dicatatkan. Sejak empat tahun lalu, kami telah cuba mengurangkan jumlah pengundi yang tidak berdaftar di Malaysia," kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Menurut beliau, jumlah pengundi baru berusia di bawah 39 tahun hampir sama dengan bilangan pengundi baru berusia 40 tahun ke atas.
"Tidak boleh dinafikan bahawa pengundi baru ini akan memberi impak yang cukup besar pada PRU-13 walaupun terdapat pengundi muda atau warga emas dalam setiap undi yang dikira," kata Datuk Wan Ahmad.
Sejumlah 155,420 rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi pada 2008 dan jumlah itu meningkat kepada 279,270 pada 2009; 826,462 pada 2010 dan 1,221,635 tahun lepas.
Seramai 438,041 orang mendaftar sebagai pengundi sepanjang 1 Januari hingga 30 Jun lalu.
Sementara itu, ketiga-tiga ahli majlis mesyuarat negeri (Exco) Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat(PKR), Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) tidak berasa membelanjakan lebih wang pembayar cukai untuk mengadakan pilihan raya berasingan sebagai satu masalah.
YB Ronnie Liu, daripada DAP, berkata ini kerana jika rakyat tersalah pilih kerajaan, perbelanjaan negeri atau negara akan semakin meningkat akibat memilih pemimpin bermasalah.
 "Kos lagi tinggi kalau pilih kerajaan membazir, melakukan jenayah rasuah atau ketirisan. Lagi teruk nanti kalau sampai harga air dan elektrik meningkat.
"Bagi saya, kita kena buat perbandingan. Memang kos tinggi kalau buat pilihan raya berasingan, tapi berbaloi jika boleh memilih kerajaan lebih berkesan, saksama dan bersih," katanya sebagaimana dipetik Sinar Harian Online.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pendirian Selangor, yang ditadbir Pakatan Rakyat, enggan menyertai negeri lain pada PRU-13 nanti.
YB Iskandar Abdul Samad daripada PAS berkata pendirian Selangor hendak mengadakan pilihan raya asing tidak melanggar perlembagaan Malaysia.
"Ini hak kita dalam demokrasi. Kalau kata kos tinggi, (kerajaan Pusat) buatlah pilihan raya bersama-sama (Selangor)," katanya.
Ahli Dewangan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Cik Elizabeth Wong, daripada PKR, menyifatkan mengundi dua kali dalam pilihan raya berasingan antara proses pengukuhan sistem demokrasi biasa dan ia sebagaimana diamalkan di negara maju.



Photobucket

PR akan guna Jet dan Helikopter untuk berkempen PRU13 ...Yang Penting Harta Kerajaan Tidak Disalahguna..!!!

on Sep 25, 2012







Kalau boleh pihak UmnoBn dengan segelintir penyokong-penyokong mereka mahukan Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat pergi berkempen ke Sabah Sarawak dengan naik sampan dari semenanjung.  Mereka buat-buat pelik dan memfitnah macam-macam jika sesuatu yang dilakukan PR di luar jangkaan mereka.
 
Ini zaman sains dan teknologi berinternet la… semuanya pantas.  Kalau macam dulu pemimpin PR nak berkempen ke Sabah Sarawak, selalunya naik kapalterbang MAS ataupun Air Asia.  Itupun kadang-kadang terpaksa melencong ke tempat lain dulu kononnya ada masalah teknikal, seperti beberapa bulan lepas penerbangan Anwar Ibrahim terpaksa batal kedatangan beliau ke satu program di Sabah akibat masalah “teknikal” itu.

Dalam PRU 13 nanti, Pakatan Rakyat akan mengusahakan satu pendekatan bijak dan efektif untuk menangani masalahmasalah yang sebelum ini dihadapi semasa kempen pilihanraya terutamanya di Sabah dan Sarawak.
Petugas Pilihanraya terpaksa naik bot setengah hari lamanya untuk sampai ke Pusat Pengundian dan terpaksa bermalam untuk bertugas di tempat tersebut.
Pemimpin –pemimpin PR juga terpaksa menaiki bot dan meredah hutan untuk pergi berkempen ke kawasan pedalaman.

PR akan guna Jet untuk kempen pilihanraya di Sabah dan Sarawak
Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata bahawa jika diberi peluang, dia mahu menggunakan eksekutif jet yang disewa bagi tujuan berkempen pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata beliau dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat lain telah menggunakan jet eksekutif untuk terbang dari Subang ke Labuan baru-baru ini dengan persetujuan seorang kenalan.
 
Ketua Umum PKR itu tidak mendedahkan pemilik pesawat, tetapi berkata bahawa semua rekod yang berkaitan dengan jet boleh diperolehi dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

"Saya tidak melihat sebarang masalah (menggunakan jet).  Jika diberi peluang, saya mahu menyewa satu lagi, terutama untuk kegunaan semasa pilihan raya umum," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen.

Satu gambar yang diterbitkan Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berada di dalam jet eksekutif digunakan oleh penyokong Bn yang terkejut untuk memfitnah pimpinan PR.  Bagi mereka, pemimpin-pemimpin PR sering menuduh pemimpin kerajaan menjalani kehidupan yang mewah dan berlebih-lebihan, walaupun isu jet ini langsung tidak ada kena mengena dengan tuduhan mereka.


 Treler dan Bas adalah kaedah terkini dan efektif untuk berkempen dalan pilihanraya.  Segelintir orang UmnoBn terkejut beruk dengan cara berkempen canggih Pakatan Rakyat

Anwar mendakwa bahawa pemilik jet pernah menghubunginya untuk memudahkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Labuan dan Sabah, dan dia (Anwar) mengambil tawaran itu.  Lagipun jika semua pemimpin Pakatan Rakyat menaiki penerbangan Air Asia, kosnya lebih mahal… lebih baik menyewa jet dari seorang kawan yang menyokong Pakatan Rakyat.

"Saya periksa untuk menentukan sama ada terdapat sebarang unsur kepentingan (pemilik jet) di Selangor, tetapi tidak ada.  Kebimbangan saya adalah bahawa dia mungkin mahu tanah atau kontrak di Selangor ... tetapi tidak ada benda itu, dia (pemilik jet) kata tak ada kepentingan di negeri-negeri Pakatan Rakyat" katanya.





Photobucket

Masih Adakah Kuasa "PM" Ditangan Pak Lah...?

on






Bila Tony F membuat kenyataan “And I don’t want to be like some senior politicianswho insist on calling the shots long after they’ve handed over the reins,” ramai yang menyangka kenyataan itu ditujukan kepada Tun Mahathir.Sejak beberapa hari lalu ramai bloggers yang mengulas kenyataan Tony F ini sebagai "penghinaan kepada Tun Mahathir"(sindiran) tanpa sedar kenyataan itu sebenarnya ditujukan kepada Pak Lah.Hanya sahabat blogger ABIW yang mengulas tepat kenyaataan Tony ini dalam artikelnya bertajuk "Is Pak Lah still calling the shots,Tony?" dan aku amat bersetuju.

Sebenarnya ramai yang tak sedar PAK LAH MASIH MEMEGANG BEBERAPA KUASA PERDANA MENTERI (aku ulang sekali lagi...'beberapa' bukan semua)sejak menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Najib.Sebab itu suka atau tidak Najib tidak melakukan rombakan kabinet dan terpaksa mewarisi "kitchen cabinet Pak Lah" yang penuh dengan lipas dan serangga perosak yang lain.Aku boleh confirm hal ini kerana ada perkara yang melibatkan aku secara peribadi yang sepatutnya menjadi KUASA PERDANA MENTERI HARI INI dan bukanKUASA MANTAN PERDANA MENTERI (Pak Lah) tapi masih gagal ditangani oleh Najib.

Kadang kadang aku tertanya tanya apakah 'kengkangan' yang membuatkan Najib'tidak ada kuasa' atas 'inisiatif' yang dia sendiri usahakan sejak 2007 lagi dan 'kuasa' itu kekal ditangan Pak Lah sehingga saat aku menulis artikel ini.Susah nak percaya kan?Tapi percayalah dan imbas kembali sejak Najib mula mengambil alih kepimpinan dari Pak Lahdan cara beliau menangani isu/najis peninggalan Pak Lah.Jadi jika Najib membaca artikel aku ini dia pasti tahu apa yang aku maksudkan.

Aku cuba mengelak dari mengulas 'isu ini' tapi ianya tidak bermakna aku melupakan nya,hanya masa dan keadaan yang akan menentukan apakah tindakan akhir aku terhadapKEGAGALAN Najib menyelesaikan nya...



aku peduli apa

Photobucket

Melaka Catat Dua Kemalangan Maut Berasingan

on



Photo: Trilogi tragedi kemalangan semalam di MITC Melaka gambar dari Andarjalaz Empire -MZ


Kemalangan 1 
Nahas 10 kenderaan, 2 maut

AYER KEROH - Seorang pemandu lori maut selepas hampir empat jam tersepit di tempat duduk hadapan apabila lori dipandunya yang merempuh empat motosikal, tiga kereta dan dua lori di persimpangan Seri Negeri-Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, R R Chandran, 47, maut di tempat kejadian bersama seorang lagi penunggang motosikal, R Mukeudan @ Mukundan, 62.

Nahas yang berlaku berhampiran Pasar Raya Mydin itu membabitkan 10 kenderaan itu turut mengakibatkan tiga cedera, termasuk seorang lelaki parah.

Difahamkan, lori terbabit melanggar kereta Perodua Kancil dari arah Plaza Tol Ayer Keroh menuju pusat bandar raya sebelum merempuh lapan kenderaan lain yang berhenti di lampu isyarat merah di laluan bandar raya menghala Plaza Tol Ayer Keroh.

Lori hadapi masalah brek.

Kelindan lori yang terselamat dalam kejadian itu, N Balan, 30, berkata, sebelum lori yang dipandu Chandran melanggar kenderaan lain, dia menyedari lori yang dinaiki mempunyai masalah brek apabila lori tersebut meluncur laju ketika menuruni bukit menghala lampu isyarat.

“Saya yang terkejut kemudian terus menundukkan kepala dan beberapa saat selepas itu saya berasa hentakan kuat di bahagian hadapan.

“Apabila saya mendongak kepala, lori yang saya naiki kemalangan dan melihat Chandran sudah tidak bergerak.

Ketika itulah saya segera menendang cermin hadapan lori untuk keluar,” katanya yang cedera kaki kanan.

Seorang lagi mangsa, S Yogananthini, 20, berkata, ketika kejadian dia bersama lima ahli keluarganya dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Kesang Damai, Jasin, berhenti di lampu merah persimpangan tersebut selepas keluar dari Pasar Raya Mydin.

“Kami yang menaiki kereta Iswara mahu balik ke rumah melalui Jalan Bemban berada di laluan kanan, sedang menunggu lampu merah di belakang kereta Honda City. Tiba-tiba sebuah lori yang datang dari arah Seri Negeri melanggar bahagian tengah antara kereta saya dan Honda City yang dipandu seorang wanita.

“Lori itu kemudian melanggar sebuah motosikal, namun penunggangnya sempat melompat meninggalkan motosikalnya sebelum merempuh dua lori dan beberapa motosikal yang lain,” katanya yang tidak mengalami kecederaan.

Seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Zul, 38, berkata, dia yang sedang memakir motosikal di bangunan Kota Cemerlang di sini, terdengar bunyi dentuman sebelum berlari ke tempat kejadian.

“Ketika sampai, saya lihat seorang lelaki sudah ditimbus tanah, seorang penunggang motosikal cedera parah, seorang wanita di dalam kereta Honda City, sebuah keluarga menaiki kereta Iswara dan seorang lelaki dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan' berada antara dua lori dan Honda City,” katanya.

Empat jam keluarkan mangsa

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Lokman Hakim berkata, pihaknya mengambil masa hampir empat jam bagi mengeluarkan mangsa iaitu pemandu lori dedak yang maut akibat tersepit di bahagian pemandu.

Katanya, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira jam 3.30 petang, sebelum mengerahkan seramai 24 anggota dari Balai Bomba Ayer Keroh dan Balai Bomba Bukit Katil ke lokasi terbabit.

“Bomba mengalami kesukaran iaitu kira-kira tiga jam setengah untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit antara lori. Mangsa hanya dapat dikeluarkan jam 6.40 petang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, siasatan awal mendapati Chandran yang memandu lori dari arah bulatan Seri Negeri dipercayai terbabas sebelum melanggar sembilan kenderaan lain.

Menurutnya, siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.



Kemalangan 2

Lelaki rentung rempuh belakang lori penyeludup

Alor Gajah: Seorang lelaki rentung selepas keretanya merempuh belakang sebuah lori penyeludup di Kilometer 194.9, Lebuh Raya Utara Selatan, awal pagi semalam.

Mangsa, Lor Kuan Chuan, 26, dalam perjalanan ke arah utara apabila kereta Perodua Myvi dipandunya gagal dikawal dan merempuh belakang lori membawa muatan rokok dan minuman keras yang diseludup sebelum kenderaan diseret kira-kira 100 meter dalam kejadian jam 6 pagi itu. Mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Mangsa tersepit di tempat duduk apabila kereta terperosok di bawah lori manakala pemandu lori berkenaan melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, yang mengesahkan kejadian itu berkata, identiti pemandu lori belum dikenal pasti namun berdasarkan maklumat Jabatan Pengangkutan Jalan, lori berkenaan milik seorang lelaki di Pontian, Johor.

“Siasatan awal mendapati lori berkenaan didaftarkan menggunakan alamat di Ipoh, Perak. Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu menyebabkan kematian,” katanya.

Lori bawa barang seludup

Pengarah Kastam Diraja Malaysia Melaka, Datuk Mohd Nasir Said, mengesahkan barang yang dibawa lori berkenaan diseludup dan bernilai sekitar RM350,000 dengan jumlah cukai lebih RM2 juta.

“Siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengenal pasti bagaimana barang itu dibawa masuk dan ke mana hendak dihantar,” katanya.

Penguasa Kanan II Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Hadzar Hasan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.16 pagi dan menghantar empat jentera, dua dari balai Ayer Keroh dan masing-masing satu dari Jasin dan Bukit Katil.

“Seramai 18 anggota mengambil sedikit masa untuk sampai kerana perlu melalui Tol Lipat Kajang untuk ke lokasi.

“Kerja memadam api selesai jam 7.35 pagi dan mangsa didapati tersepit dan rentung 80 peratus manakala kenderaannya hangus,” katanya.





Photobucket

Jadilah sebuah parti yang 'gentleman'. Jangan jadi parti ‘gila talak’.

on




sekadar hiasan




Saya berasa lega apabila isu kerugian Bank Negara Malaysia sebanyak lebih dari RM30 billion dalam pertukaran wang asing hasil dari tindakan Nor Mohamad Yakcop yang telah membabitkan Bank Negara Malaysia (BNM) dengan ‘forex trading’ pada 1992 dahulu timbul di dalam sidang Dewan Rakyat.. Saya berasa lega kerana saya pernah di belasah oleh pembaca blog saya semasa itu kerana menulis tentang isu ini. Saya di tuduh membuat fitnah dan tidak bertanggungjawab.

Seperti biasa Dr Mahathirlah yang mempertahankan Nor Mohamad Yakcop dan tidak membenarkan Menteri Kewangan semasa itu untuk mengambil tindakan terhadap Nor Mohamad Yakcop. Jika ditanya Nor Muhamad Yakcop beliau dengan tangkas sahaja berselindung di bawah ketiak Dr Mahathir dan berkata tindakan beliau itu adalah di atas arahan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohammed.

Saya berasa lega kerana Ahli Parliament telah bertanya di Dewan Rakyat untuk mengetahui berapa jumlah kerugian sebenarnya dalam skandal pertukaran wang asing itu. Kerugian dari pertukaran wang asing ini merupakan kerugian yang terbesar dalam sejarah negara dan tidak ada sebab Nor Mohammad Yakcop tidak boleh di ambil tindakan semasa itu.

Perdana Menteri telah memberitahu Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim,  supaya jangan mengambil tindakan terhadap Nor Mohammad Yakcop dan Nor Mohamad Yakcop telah berhenti dari BNM. Selepas kerugian yang dilakukan oleh ketua jabatan perbendaharaan BNM itu beliau telah dinaikkan pangkat dan darjat di dalam kerajaan dengan perlantikan beliau sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan persekutuan.

Di negara ini jika seseorang itu berada di dalam kroni Perdana Menteri dan melakukan kesalahan besar mereka akan dinaikkan pangkat dan tanggugjawab yang lebih besar lagi. Nor Mohammad Yakcop sejak itu telah dinaikkan taraf dan kedudukan beliau oleh Dr Mahathir sehingga beliau menjadi Menteri Kewangan dan sekarang Menteri yag penting dalam Jemaah Kabinet negara.

Saya telah banyak menulis tentang etika kepimpinan dalam blog ini sejak beberapa tahun dahulu. Manusia yang diberi tanggungjawab oleh Perdana Menteri, Mahathir, kebanyakkan nya adalah mereka yang tidak berkelayakan dari sudut moralnya untuk memikul apa-apa tanggungjawab dalam perkhidmatan awam. Bagi Mahathir rekod buruk seseorang itu tidak penting dan mereka diberi kemudahan untuk menjawat jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam. Yang penting seseorang itu mestilah taat setia tanpa berbelah bagi. Apa yang akan mendatang hasil dari pilihan yang salah itu tidak penting.

Kalau salah kata sistem dan etika kenegaraan, benar kata Dr Mahathir. Mahathir memang tidak boleh bekerja dengan pemimpin yang baik yang tiada masalah ‘baggage’ peribadi. Lagi besar masalah seseorang itu lagi senang hati Dr Mahathir untuk melantiknya kerana melantik orang-orang seperti ini akan memudahkan beliau untuk mengawal mereka.

Bagi Dr Mahathir sistem dan etika itu boleh dipersetankan. Apa yang akan terjadi kemudian hari itu tidak penting dan semua yang berlaku sekarang ini adalah kerana pimpinan tidak boleh menahan diri dari melantik mereka yang rapat dengan mereka (pimpinan) walaupun tidak mempunyai ‘moral standing’ untuk menjawat jawatan terpenting kerajaan kita. Orang yang mencuri di beri tugas untuk menjaga harta benda rakyat.

Akhirnya tidak ada dikalangan yang dibawa ketengah oleh Dr Mahathir boleh dipercayai untuk menjaga nasib anak bangsa dan negara seperti yang sedang kita rasakan akibatnya sekarang ini. Penggubal dasar yang diamanahkan untuk menjaga kementerian ( Menteri) yang sepatutnya memerhati dan mempastikan segala dasar dilaksanakan dengan betul termasuk mengelak dari rasuah kini bersekongkol dengan pegawai tertinggi kementerian mereka dan bersama-sama melakukan rasuah.

Kalau begitu keadaannya kita hendak bertanya, dimanakah rakyat hendak meletakkan harapan mereka yang ramai untuk menjaga negara dan kerukunan rakyat? Sekarang rakyat sudah mual dengan janji-janji yang ditabur oleh pimpinan hari ini, maka adalah tidak salah jika rakyat yang sudah begitu lama melakukan 'soul searching’ untuk bertindak mengikut lunas yang dibenarkan oleh perlembagaan negara iaitu melalui pilihanraya yang akan datang  ini.

Sesungguhnya pimpinan UMNO baru menyedari penolakan rakyat terhadapnya dan barulah kita mendengar pemimpin yang begitu takbur dan sombong merayu dan meminta belas ehsan rakyat tetapi semuanya itu sudah terlalu lambat untuk mendapat pertimbangan rakyat. Pemimpin yang berkuasa kini sudah menjadi kembiri politik merayu dan menadah tangan untuk mendapatkan sambungan mandat rakyat.

Dua tiga hari yang lepas Najib merayu agar beliau diberikan peluang untuk berada di Putrajaya sepenggal lagi seolah-olah pembangkang sudah memerintah lama dinegara ini. Selama ini rakyat telah memberikan kepada BN sebanyak 12 kali peluang dan ia bermakna BN telah memerintah selama 12 penggal. Bukankah selama ini BN telah diberikan peluang itu oleh rakyat?

Sepatutnya pembangkanglah yang meminta untuk diberikan peluang penggal ini untuk membuktikan kemampuan mereka mentadbir kerajaan persekutuan kerana PR telah menunjukkan rekod yang baik dalam mentadbir empat buah negeri dalam persekutuan ini. Jika PR tidak berkemampuan untuk melaksanakannya rakyat masih berhak untuk mengembalikan kuasa kepada pihak BN dalam pilihanraya yang berikutnya.

Tetapi buat kali ini mandat wajar di berikan kepada pihak alternatif dan rakyat sudah ramai menerima hakikat yang BN terutamanya UMNO sudah sewajarnya duduk di pihak pembangkang di Dewan Parlimen penggal ini untuk memberi peluang untuk mereka melakukan introspeksi terhadap diri mereka serta memperbaiki diri mereka supaya lebih memahami yang manusia dan makhluk itu sentiasa berubah. Manusia termasuk rakyat negara kita juga ingin bersama berubah kerana mereka bukan makhluk yang statik  Rakyat mahu merasakan ‘ambience’ baru dalam negara setelah begitu jemu mengalami dibawah pentadbiran yang mengelirukan ini.

Rakyat ramai juga ada perasaan. Bukan pemimpin UMNO sahaja yang mempunyai perasaan itu. Bukankah kita ini manusia yang merupakan secantik-cantik kejadian Tuhan? UMNO mesti menghormati rakyat dan jangan terus menerus mempersendakan perasaan rakyat yang sedang melakukan introspeksi diri dengan serius.

UMNO wajar memberhentikan buruk laku ini. Jadilah sebuah parti yang 'gentleman'.   Jangan jadi parti ‘gila talak’. Apabila sampai waktu duduk diluar, duduklah diluar.



ASPAN ALIAS



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List